Tuesday, October 12, 2010

Selamatkan Malaysia! Persoalannya daripada siapa?























Kita tertanya-tanya ada diri sendiri samada "a new Malaysia is possible" yang dilaungkan oleh Pakatan Rompah seperti Selamatkan Malaysia, Jom Ubah dan Islam adalah cara hidup atau Islam for all. Inilah slogan-slogan yang kita sering dengar kebelakangan ini. Walaupun begitu daripada portal-portal pembangkang, kita lihat Malaysia Insider nampak laporan yang munasabah dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Tetapi cara Malaysia Insider tersebut mendapat sesuatu berita itulah yang menjijikkan kerana sanggup mencetak sesuatu isu yang sepatutnya bukan untuk tatapan umum yang di laporkan oleh "perempuan perkauman" menceroboh masuk majlis tertutup Puteri Keris.

Bila kita tengok gambar ini kita dapati bahawa Pakatan Rompah begitu berkeyakinan bahawa Putrajaya dalam tangan mereka kerana Keris dan Dacing sekarang sudah graba. Pakatan Rompah sentiasa mengutarakan kata-kata "kerajaan yang sedang menunggu" dalam kebanyakkan ceramahnya kerana seolah-olah mereka merasakan bahawa kerajaan yang ada sekarang akan tumbang dan mereka akan jadi pemerintah. Ketua Pembangkang akan jadi PM dan S/U Agong Roket Naga Kepala 2 akan jadi TPM , penasihat Roket Naga Kepala 2 akan jadi penasihat Suruhanjaya Di Raja kerana semasa jadi pembangkang beliau selalu mengesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja. Si Badut itu pulak akan jadi Menteri akan beg kepada TPM 2. Sayang sekali Bulan Penuh tiada dalam gambar ini. Maka kabinet bayangan tidak dapat di halusi dan di nilai akan ke barangkaliannya.

Sungguhpun begitu kita rasa "sceptical" samada perkara di atas akan berlaku kerana dalam Pakatan Rompah berdayung kegembiraan dan ketawa terbahak-bahak, Allah (SWT) telah tunjukkan kepada kita akan kecurangan dan kemungkarannya dalam menangani berbagai isu yang telah menjadi kudis dan sedang bernanah menjadi bisul untuk di letupkan pada bila-bila masa di PRU 13 sahaja. Bulan Penuh dengan perjuangan Islam yang bercelaru dan memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Laporan Harakah Daily juga tidak menunjukkan apa-apa yang manfaat dan ketokohan pemimpin-pemimpin Bulan Penuh memimpin kerajaan negeri yang dikuasai oleh Bulan Penuh dalam memenuhi aspiration dan kehendak org-org Melayu dan Islam melainkan ceramah mencela, mencemuh, memfitnah dan membohongi rakyat. Segala usaha dan inisiatif Dacing dan Keris akan di labelkan seperti bodoh, Raja Lawak, desperado dan perkauman dan kurang akidah, menyelewengkan Islam dan sebagainya. Natijahnya Harakah Daily adalah suratakhbar fitnah dan pembohong yang tujuannya adalah untuk menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan Dacing dan hasad dendam terhadap tunjang Dacing iaitu Keris.  Inilah agenda utama pemimpin-pemimpin Bulan Penuh iaitu menumbangkan Keris. Sekiranya Keris tumbang maka akan tumbanglah Dacing. Saya rasa kalau perkara ini terjadi maka Putrajaya akan huru hara seperti Malaysia baru sahaja di landa gempa bumi yang paling dashyat. Insyallah kita berserah kepada Allah (SWT) supaya perkara ini tidak akan terjadi kepada Malaysia kerana kita sebagai rakyat Malaysia tak ingin nak merana selama 5 tahun di bawa Pakatan Rompah. 5 tahun itu sangat panjang macam-macam boleh jadi mungkin Perlembagaan Malaysia akan dicerobohi, mungkin badan kehakiman akan di rombak, mungkin Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan di letakkan di bahwa purview Roket Naga Kepala 2 dan banyak lagi kemungkinan yang kita boleh bayangkan. Bayangan selalunya adalah mainan syaitan tetapi sekiranya ulama sanggup berkawan dengan syaitan maka perkara-perkara yang kita tidak sangka-sangkakan pasti akan berlaku.

Sekarang Bulan Penuh sedang sibuk untuk mempersiapkan jentera pilihanraya kecilnya bagi Dun Galas. Bulan Penuh akan menghadapi seteru yang bukan calang-calang daripada Keris sebagai Pengarah Pilihanraya kecil Dun Galas iaitu YAM Ku Li. Sebelum ini berbagai tohmahan dan fitnah di keluarkan oleh Bulan Penuh mengenai perlantikan tersebut. Almaklumlah YAM Ku Li telah membantu Bulan Penuh menyaman Petronas dan saman tersebut pun telah di failkan oleh Bulan Penuh yang diketuai oleh Tok Guru Bulan Penuh. Dalam menghadapi saman tersebut pakar ekonomi Bulan Penuh telah mengeluarkan kenyataan supaya rakyat mendoakan kerajaan Malaysia supaya di terbalikkan oleh Allah (SWT) dan tabung sebanyak RM400,000-00 untuk menghantar ulama-ulama ke Mekah untuk mendoakan kemenangan Bulan Penuh dalam saman terhadap Petronas.

Sekembalinya YAM Ku Li daripada London tempoh hari, beliau telah memberikan keputusannya bahawa beliau dengan sukacitanya menerima jawatan sebagai Pengarah PRK Dun Galas bagi pihak Keris. Ini sudah tentu memberi tamparan yang hebat kepada Bulan Penuh. Ini jugak bermakna satu mulut sudah di tutup. Sekarang adalah tumpuan untuk menutup mulut yang kedua. Dalam temubual itu juga YAM Ku Li di tanya apakah reaksinya terhadap kata-kata Bulan Penuh. Inilah contoh ahli politik yang bertaraf negarawan dengan selambanya menjawab "Kalau kita dengar semua kata-kata Bulan Penuh susah lah kita". Kata-kata yang penuh bermakna dan dalam maksudnya. Secara amnya YAM Ku Li cuba menyingkap bahawa kita jangan terlalu terpengaruh dengan kata-kata Bulan Penuh kerana sekiranya kita terpengaruh ini bermakna sebarang kerja pun kita tak boleh buat sebabnya semuanya salah belaka.

Bulan Penuh pasti akan menggunakan isu-isu royalti dan perjuangan Islam mereka untuk memancing undi. Dalam soal perjuangan Islam juga Bulan Penuh tidak terserlah kerana banyak sangat fatwa dan dalil yang kelam kelibut yang telah memberi impak yang agak negatif terhadap Islam itu sendiri. Sebelum ini kita tidak pernah dengar kejadian-kejadian yang betul-betul menghina agama Islam tetapi sekarang bukan sahaja agama Islam tetapi ayat-ayat Al-Quran pun di buat main-main dalam ceramah politik serta di jadikan slogan dalam pentadbiran tetapi kemungkaran banyak terjadi. Inilah akibatnya kalau cakap saya bukan Melayu tetapi Islam dan saya sanggup berkawan dengan syaitan. Kalau Keris membaca dan menaksirkan sesuatu ayat Al-Quran, Bulan Penuh akan mengatakan itulah ulama terompah. Pada Bulan Penuh yang pandai menkasirkan Al-Quran adalah ulama Bulan Penuh sahaja. Begitu juga tentang ladang rakyat yang di usahakan. Ini tidak bermakna kerajaan Kelantan mengambil hak rakyat tetapi kita mengusahakan untuk di berikan kepada rakyat. Itu bukan rampas hak rakyat sebab tanah itu tanah kerajaan. Sekarang kita lihat kes Felda, Bulan Penuh bersungguh-sungguh cuba menfitnah dan membohongi rakyat kononnya kerajaan Dacing telah menipu rakyat. Natijahnya ialah memang kerja-kerja Bulan Penuh adalah untuk menfitnah dan membohongi rakyat akan apa sahaja di laksanakan oleh kerajaan Dacing yang ditunjangi oleh Keris adalah menipu belaka yang betul adalah Bulan Penuh.

Kejadian yang menimpa umat Islam di Pulau Mutiara patut di jadikan iktibar kepada semua masyarakat Islam di Malaysia kerana akibat taksub kepolitian dan setelah mendengar fatwa serta dalil Bulan Penuh org Islam sanggup mengatakan apa yang di lakukan itu adalah pembohongan Dacing semata-mata. Apa ada pada RM100-00 yang di berikan oleh kerajaan Roket Naga Kepala 2 itu. Inilah contoh Roket Naga Kepala 2 dan Bulan Penuh yang akan memutar belitkan isu-isu yang haram untuk di jadikan halal, almaklumlah Pakatan Rompah. Roket Naga Kepala 2 adalah parti perkauman No.1 di Malaysia dan Bulan Penuh adalah parti Fatwa dan Dalil No.1 di Malaysia. Pakatan Rompah pasti akan menghalalkan sesuatu perkara tersebut walaupun perkara-perkara itu memang haram sampai ke pusat. Inilah pembohongan yang telah masuk ke dalam saluran darah yang sukar untuk dikikis keluar kecuali petunjuk Allah (SWT) sahaja.  

Secara keseluruhannya tiada apa yang perlu di banggakan ataupun hendak di gembar gemburkan oleh Bulan Penuh kecuali fitnah dan pembohongan sahaja. 

Kita beralih pulak kepada Mata Sepet yang di pikul oleh Ketua Umum yang sedang menghadapi tuduhan liwat II. Parti Mata Sepet pada asalnya adalah parti "Reformasis" parti jalanan dan parti demotrasi ala Baju Merah di Thailand dan Bendera di Indonesia. Ianya betunjangkan demokrasi dan keadilan. Walaupun begitu kebelakangan ini semenjak pemilihan cabang maka demokrasi dan keadilan tersebut terhakis sama sekali kemudian timbul pulak parti huru-hara, parti gangster, parti baling kerusi dan bangku, parti kroni, nepotisme dan sebagainay di labelkan kepada Mata Sepet. Natijahnya ialah laungan demokrasi dan keadilan tersebut tidak wujud di dalam Mata Sepet. Apa yang wujud ialah kroni, nepotisme dan gangterisme. Adakah ini parti yang akan kita calonkan sebagai pemerintah dan duduk kerusi panas Putrajaya.


Ketua Pembangkang tersebut adalah ibarat "saudagar dongeng" yang cuba memutar belitkan rakyat dengan retorik politiknya agar rakyat sentiasa bersama beliau dengan pandangan bahawa segala kegelisahan dan kemungkaran yang timbul ke atsnya dan rakyat adalah di sebabkan oleh Keris dan Dacing. Ini pasal Felda, Felcra dan lain-lain agensi kerajaan di serang bertubi-tubi dengan cara fitnah dan pembohongan. Kemudian bom meletup, 2 org jagaanya telah menyatakan bahawa surat akuan yang mereka buat itu adalah palsu tetapi pada ketika itu Ketua Pembangkang tersebut sedang memberi ceramah di Indonesia dengan gaya "saudagar dongeng" melaungkan kalau saya jadi PM saya boleh selesaikan masalah Malaysia-Indonesia ini dalam masa 2 minggu sahaja. Inilah satu racun yang sedang dan berterusan akan di taburkan ke dalam pemikiran rakyat Malaysia sehingga ke PRU 13 supaya rakyat benci kepada Keris dan Dacing.

Sekarang kedengaran pulak Memorandum Taubat telah di hantar oleh ahli-ahli Mata Sepet kepada ibupejabat Parti Mata Sepet bagi mengesa Ketua Pembangkang bertaubat. Ingat tak satu ketika dahulu Mr. King Kapal Singa telah menyuruh Ketua Pembangkang itu bertaubat. Org Melayu sekarang bercelaru adalah di sebabkan oleh mainan politik Ketua Pembangkang. Org Melayu menjadi keliru siapa yang hendak di percayai. Pada kita ianya perlu di lihat daripada sudut yang rasional iaitu sekiranya Ketua Pembangkang itu rasa beliau telah di khianati maka tegakkan kebenaran dan keadilan di Mahkamah jangan main wayang dan sandiwara kerana lama-kelamaan perkara-perkara yang cuba di sorok dan dirahsiakan akan timbul. Akhirnya Org Melayu akan tahu sebenarnya tetapi pada ketika itu sudah terlambat sebab pemerintahan negara telah terlepas ke tangan Pakatan Rompah..... 




No comments:

Post a Comment