Adakah UMNO/BN akan bekerjasama dengan PKR tanpa PH untuk menubuhkan kerajaan? Sanggupkah DSAI pinggirkan Dapigs, Amanah dan Muda untuk mengejar cita-cita DSAI untuk menjadi PM-10? Kemungkinan kerjasama UMNO/BN dengan PKR itu amat tipis dan ianya tidak mungkin akan di laksanakan memandangkan "suara akar umbi UMNO" menentang kerjasama tersebut.
UMNO/BN hanya akan bekerjasama dengan partai-partai Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan partai-partai Sabah dan Sarawak lebih selesa bekerjasama dengan UMNO/BN. Kerjasama BN-GPS sudah lama dan GPS lebih selesa dengan BN daripada PH. Manakala kerjasama BN-GRS pula bagi menentukan kemenangan bersama untuk rakyat Sabah. Walaupun dalam GRS itu ada PPBM tetapi secara totalnya BN Sabah tiada kaitan dan/atau "bercium mulut" dengan PPBM Sabah. Malah perlu diingat bahawa kebanyakkan pemimpin-pemimpin PPBM Sabah itu adalah "katak si katak lompat" daripada UMNO. Maka sudah tentu mereka tahu kekuatan UMNO di Sabah dengan segala persiapan dan jentera PRU BN Sabah yang begitu mantop. Slogan BN Sabah "Radu Tatap Radu" itu amat mengerunkan pihak lawan sambil menaikkan semangat BN Sabah untuk terus berjuang untuk merampaskan kembali kerusi-kerusi "katak si katak lompat".
Adakah kemungkinan BN-PAS akan bekerjasama kembali selepas PRU15? Ini satu kemungkinan boleh berlaku kerana di akar umbi kedua-dua partai terbesar Melayu itu masih lagi "bekerjasama erat" di setengah kawasan, walaupun pihak atasan UMNO-PAS mengatakan bahawa tiada kerjasama. Kita amati dalam setiap ceramah UMNO-PAS tiada tembak menembak antara satu sama lain. Ini sudah bagus kerana kita berlawan secara "bersaudara" siapa yang rakyat pilih. Sekiranya rakyat pilih BN maka PAS hendaklah akur dan boleh bekerjasama untuk menubuhkan kerajaan di Putrajaya. PAS tahu UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dalam menerajui negara dan negeri. PAS juga tahu bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat mengekal kestabilan dan kemakmuran negara dan negeri di Malaysia.
Adakah BN mampu bekerjasama dengan Dapigs? Ini option yang akan di tolak mentah-mentah oleh akar umbi dan kepimpinan UMNO/BN sendiri. Kita semua tahu apa niat dan agenda Dapigs. Kita tak perlu ulas panjang lebar kerana 22 bulan Dapigs pegang kementerian-kementerian penting untuk negara apa yang sudah jadi?
Insya Allah kemungkinan BN menang dalam PRU15 adalah semuanya bergantung kepada budi bicara rakyat. Sekiranya rakyat berikan tanggungjawab tersebut, Insya Allah UMNO/BN akan pikul amanah tersebut untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran. Sebaliknya sekiranya rakyat putuskan UMNO/BN jadi pembangkang maka UMNO/BN akan menjadi pembangkang yang padu dan jitu untuk rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment