Pada mula partai-partai Melayu hanya ada dua iaitu UMNO dan PAS kemudian setelah UMNO berpecah team A dan B maka wujud le Semangat 46. Bila datang pilihanraya wujud pula Barisan Alternatif. Semangat 46 cuba menggantikan UMNO tetapi partai tersebut tidak dapat sambutan rakyat Melayu & Islam di Malaysia. Akhirnya partai Semangat 46 ditutup dan Presidennya iaitu Ku Li kembali kepada UMNO.
Sebelum dan selepas penutupan Semangat 46 UMNO hanya berlawan dengan PAS sahaja dalam setiap pilihanraya. Kemudian datang pemecatan DSAI maka wujudnya Keadilan aka PKR membawa agenda reformasi tetapi selepas PRU13 nampaknya apabila pemimpin-pemimpin Melayu kalah dalam pemilihan dan/atau di pecat daripada partai politik asal maka pemimpin-pemimpin ini akan menubuhkan partai baru. Maka selepas PRU13 kita sudah ada partai PPBM serpihan UMNO dan Amanah serpihan PAS. Pada PRU14 kedua-dua parti ini masuk Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh PKR dan Dapigs. Cuba bayangkan partai serpihan UMNO dan Amanah masuk ke dalam lubang liberalisme dan Malaysia Malaysian. Ini maknanya mereka sanggup menggadaikan prinsip dan/atau asas kepimpinan Melayu hanya untuk menumbangkan UMNO.
Persoalannya kenapa partai-partai Melayu ini teruja sangat nak tumbangkan UMNO/BN?
Pada pengamatan kita UMNO adalah sebuah perjuangan untuk membela dan mendaulatkan iltizam bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia. Peranan ini cuba di gugat oleh PAS tetapi majoriti orang tak bersetuju dengan PAS bukan kerana Isle tetapi lebih kepada "ketaksuban pemimpin-pemimpin PAS" dalam memberikan dalil-dalil mengenai UMNO sehinggakan terjadi perpecahan antara umat Melayu dan Islam di Malaysia pada satu ketika dahulu. PAS yang telah mengeluarkan Amanat Hadi mengenai UMNO sehinggakan isu kafir mengkafirkan pengikut-pengikut UMNO itu menjadi seperti barah yang telah mengakibatkan sembahyang dua imam, sembelihan UMNO haram di makan oleh orang PAS, nikah orang UMNO haram, adik beradik saudara mara berpecah dan banyak lagi. Inilah bahana dalil-dalil PAS yang dikerat-kerat untuk kepentingan politik songsang PAS.
Sekarang PRU15 menjelang dan penamaan calonnya pada 5/11/2022 UMNO bergabung dalam BN (UMNO, MCA, MIC dan PBRS), PH (PKR, DAPIGS, Amanah), PN (PPBM, PAS dan Gerakan), GTA (Pejuang, Putra, Berjasa, Iman). Makna rakyat ada pilihan gabungan mana yang lebih mantap.
Malangnya calon PM mereka tidak berubah terutama PH, GTA dan PN. PH mengemukakan DSAI yang telah menjadi PM tepi sejak dari PRU10, GTA Tun M sudah menjadi PM dua kali (dengan UMNO selama 22 tahun dengan PH selama 22 bulan), PN TSMY jadi PM selama 17 bulan dan BN DSIS jadi PM selama 15 bulan. Ini bermakna selepas PRU14 kita ada 3 PM yang mana tidak pernah terjadi di Malaysia akibat "katak si katak lompat". Akhirnya untuk menghapuskan dan mengenepikan prinsip "katak si katak lompat" Parlimen telah meluluskan "Akta Anti Lompat Parti".
Hampir terlupa serpihan PKR pun sudah ada satu masuk PPBM dan satu lagi dalam partai PBM yang sekarang sedang bergolak merebut jawatan. PBM cuba menjadi gabungan BN tetapi di tolak oleh BN mungkin PBM ingin mengekalkan MP-MP yang menang dalam PRU14 untuk bertanding di kerusi-kerusi tersebut.
Kita mesti ingat BN ini partai unggul dan utuh serta mempunyai ramai pemimpin yang datang dan pergi mana mungkin partai-partai baru memohon masuk hendak meletakkan syarat-syarat seperti "meminang Puteri Gunung Ledang".
Isu debat yang di bawa oleh PKR dan/atau DSAI. Ianya tidak relevan langsung dan DSIS pun menolaknya begitu juga dengan PN TSMY. Sebenarnya DSAI hendak memancing undi sahaja dengan berdebat kerana debat DSAI dengan BOSSku tempoh hari pun tidak menunjukkan kematangan DSAI dalam sektor ekonomi dan kewangan melainkan sering diungkapkan oleh DSAI adalah "audit forensik".
Sekali pandang PH nampak gah di setiap ceramahnya tetapi pada pandangan kita rakyat sudah mempunyai idea dan pendirian siapa yang mereka akan undi pada 19/11/2022 nanti. Kita ambil PRN Melaka, Sarawak, Sabah dan Johor ianya menampakkan partai-partai pembangkang melakukan segala-galanya untuk menarik undi rakyat tetapi bila keputusan undian di umumkan lain pulak yang menang.
Pada kita rakyat sekarang sudah matang dan tidak menggunakan emosi seperti PRU14 yang mana rakyat termakan dengan "manifesto PH" yang memberikan semuanya "free" tetapi bila dapat Putrajaya PH gagal untuk melaksanakan "manifesto" tersebut malahan mengatakan "manifesto" bukan kitab suci. Rakyat di kencingnya sampai lenjun selama 22 bulan. Itulah hasilnya daripada "pengundian secara emosi yang termakan fitnah, hasutan dan pembohongan" oleh PH. Adakah rakyat akan terperangkap dalam "web PH" sekali lagi? Kita tunggu "Manifesto" #PHKITABOLEHKENCINGHANCING2.0
No comments:
Post a Comment