Sunday, October 30, 2022

Siapa yang nak berkawan dengan Pejuang aka GTA...

 


KIta tak mahu cerita pasal Dapigs. Mungkin generasi lahir tahun 80 an dan 90 an tahu siapa Dapigs itu tetapi generasi lahir tahun 2000 ke atas mungkin memandang Dapigs sebagai parti wadah untuk bangsa Malaysia kerana di dalam Dapigs terdapat bangsa Melayu, Cina dan India. Malangnya generasi Melayu dan Islam sekarang gagal untuk melihat secara menyeluruh tentang Dapigs itu. 

Dapigs di lahirkan sebagai parti sosialis dan tidak menganggap Islam sebagai Agama Persekutuan sebaliknya agama-agama lain adalah sama sahaja dengan Islam. Dalam Al-Quran juga ada dinyatakan bahawa agama Allah (SWT) adalah agama Islam. Sesiapa menyembah selain daripada Allah (SWT) maka orang itu adalah kafirun. Memang betul bila kita duduk dalam Dapigs agama Islam tidak akan dicabut daripada kita mahupun negara tetapi cuba kita bagi kepada Dapigs untuk memerintah apa akan dilaksanakannya. 

Permasalahannya bila Dapigs belum dapat tetapi bila dia sudah dapat apa yang akan dilaksanakan. Jawapanya PRU14 telah menjadi satu pengajaran kepada kita iaitu Dapigs menguasai kementerian-kementerian berprofil tinggi seperti kewangan, miti, pertahanan, komoditi dan lain-lain. Akibatnya apa yang telah di lakukan habis harta Melayu dan Islam dalam GLC di jualnya kepada orang-orang bukan Islam di bawah andaian kononnya kerajaan tiada duit akibat skandal IMDB. Agama Islam di hina berleluasa, orang murtad di lindungi dan bible di edarkan kepada orang-orang Islam secara terang-terangan. Hak istimewa orang Melayu dan Islam di sekat dan dipotong, bantuan kepada institusi Islam di potong tetapi bantuan kepada Institusi non Islam di naikkan berlipat gandam, kakitangan awam di perhentikan dan lain-lain.

Kita mengajak umat Melayu dan Islam jangan tersangkut dalam buian Dapigs kerana jawatan dan kuasa kerana Melayu dan Islam akan hancur lebur secara sikit demi sikit. Tengok PKR dan Amanah selain daripada cemuhan, hinaan, fitnah, dusta dan pembohongan apakah agenda yang di bawa dalam ceramah-ceramah Pakatan Hancing? Allah (SWT) akan jadikan manusia kepada golongan kanan dan golongan kiri. Golongan kanan ini selalunya akan mendapat hidayah tetapi golongan kiri ini jarang sekali akan mengikuti ajaran Allah (SWT). Dalam erti kata lain golongan kiri ini kebanyakkannya adalah golongan liberalisme dan yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar seperti Syiah, Khawarij dan lain-lain. 

Kita ini macam Palestine dan negara-negara Arab menentang Yahudi Israel. Walaupun negaranya kecil tetapi Israel boleh menentang negara-negara Arab yang kaya raya dengan minyak dan lain-lain khazanah bumi. Mengapa? Jawapannya mudah tiada "penyatuan" antara umat Islam. Sekiranya negara-negara Islam saling bantu membantu antara satu sama lain sudah lama Israel itu lenyap daripada mukabumi ini. Macam itu juga kita UMNO v PAS bergaduh bertahun-tahun sejak kita zaman kanak-kanak lagi sehinggalah ke saat Muafakat Nasional di meteraikan. Berlinang air mata "menyambut" penyatuan adik beradik yang berbalah "fahaman politik" sehingga melibatkan permasalahan kafir mengkafir, amal ibadat, nikah kahwin, korban dan macam-macam "perpecahan akibat fahaman politik".

Sayangnya PAS enggan tolak PPBM kerana pada anggapan PAS PPBM itu lebih suci muci daripada UMNO. Itu keputusan PAS, maka kita menghormati dan UMNO pun tidak bermusuh dengan PAS seperti mana dahulu kerana apa yang Hadi Awang utarakan tentang UMNO ianya adalah "pandangan peribadi" Hadi Awang. KIta masih ingat lagi "Amanat Hadi Awang" sekarang Hadi Awang kata "UMNO ada keruh lagi" dan masih belum matang (masak) ibarat durian muda makan nanti sakit perut dan/atau itik tempang.

Kita selak sikit tentang Pejuang aka GTA partai Tun M. Tun M kata Pejuang/GTA adalah parti Melayu tetapi kenapa Tun M tubuhkan parti Melayu lain sedangkan orang Melayu ada UMNO. Tun M kata UMNO itu kuat rasuah, perompak, penyamun dan lari daripada landasan perjuangannya. Perlu diingat PPBM itu pun di tubuhkan oleh Tun M untuk melawan UMNO semasa PRU14. Hasilnya UMNO tumbang dan Tun M jadi PM-7 tetapi Allah (SWT) telah menentukan nasib Tun M pada ketika itu hanya bertahan 22 bulan sahaja. Cuba bayangan semasa dengan UMNO Tun M boleh bertahan selama 22 tahun tetapi dengan PH Tun M hanya bertahan selama 22 bulan. Mengapa?

Sekarang Pejuang/GTA ingin bergabung dengan partai-partai lain untuk menentang UMNO/BN tetapi malangnya tiada partai yang ingin berkawan dengan Tun M. PH menolak, PH menolak, BN belum diketemukan oleh Tun M tetapi mahu ke BN bergabung  dengan Tun M melainkan Tun M bubar Pejuang.GTA. Lagipun BN telah di anggap sebagai musuh Pejuang/GTA macam PN menganggap BN sebagai musuh No.1 PN dan PH pula anggap BN itu musuh azali. Persoalannya kenapa Tun M nak pecah belahkan undi Melayu yang akan menguntungkan PH. Perlu diingat bahawa dalam PH ada Melayu yang di letakkan sebagai calon untuk pecahkan undi Melayu contohnya "kawasan Lipis dan Rembau". PN dan GTA akan meletakkan calon untuk menentang UMNO/BN ini sudah tentu akan merosakkan undi Melayu. 

Tun M sudah hilang taring apabila PN dan PH enggan bekerjasama untuk jatuhkan BN. Malahan Tun M anggap PN dan PH sebagai sombong. Adakah ini pengakhiran kerjaya politik Tun M di bumi Malaysia. Tun M yang terkenal dengan Malay Dilemma dan adakah apa yang di perkatakan oleh arwah Ustaz Fadhil Noor itu akan menjadi kenyataan. Tungguuuuuuu...

 

No comments:

Post a Comment