Sunday, October 23, 2022

The Devil of Malaysian politic...

 


Tiada apa yang hendak di perkatakan tentang Tun M melainkan kita lihat pada carta di atas. Satu ketika dahulu Tun M pernah berkata bahawa beliau tidak faham dengan politik orang Melayu apabila tak dapat kuasa dan jawatan akan tubuh parti baru. Sebaliknya Tun M yang memulakan pertelingkahan dan kemudiannya menubuhkan parti baru iaitu PPBM dan kemudian Pejuang dan seterusnya gabungan yang di kenali sebagai GTA. Nasib baik GTA tak sempat di daftarkan lagi maka Tun M terpaksalah guna "logo Pejuang".

Sekarang ada ura-ura Tun M nak baik balik dengan Presiden Gabungan PH iaitu Presiden PKR tapi mahu ke partai-partai dalam PH menerima Tun M setelah apa yang terjadi semasa pemerintahan PH selama 22 bulan. Kemudian Mukriz Mahathir pula keluarkan kenyataan Pejuang akan bergabung dengan PN. Pada penelitian kita Pejuang tiada kekuatan dan jentera untuk mengerakkan pasukannya dalam sesuatu kawasan melainkan Pejuang dapat "suntikan dana" daripada "kroni-kroni" Tun M untuk bergerak ke serata pelusuk Malaysia. Bukan kecil anak "dana yang diperlukan" untuk membiayai jentera "pilihanraya sesuatu kawasan".

"tekad utama PH menghapuskan rasuah, menyediakan peluang pekerja bermutu dan terjamin kepada anak tempatan serta memulihkan imej negara melalui kestabilan politik dan ekonomi yang kukuh yang juga iltizam seluruh rakyat"

"GTA mula perbincangan dengan PN" Kita melihat kerjasama ini boleh dibuat dalam bentuk gabungan politik (GTA dan PN), tetapi ia berkemungkinan agak sukar kerana kesuntukan masa. "Tetapi mungkin boleh dibuat kerjasama dalam menghadapi pilihan raya jika kedua-dua pihak melihat kerosakan bakal dibuat BN dan UMNO sekiranya kembali mendapat kuasa". 

Nak tanya juga Presiden Pejuang kerosakkan apa yang telah di bawa oleh BN. BN telah di hukum pada PRU14 dan rakyat telah memberikan mandat mereka kepada PH (PKR, Dapigs. Amanah, PPBM dan Warisan). Pada PRU14 tumbang BN kerajaan di gantikan oleh PH dan PM-7 telah dilantik iaitu Tun M. Malangnya rakyat sangka mimpi indah apabila PH di letakkan di Putrajaya tetapi sebaliknya rakyat dapat mimpi ngeri seperti "melepaskan diri dari kandang harimau kemudian masukkan pula dalam lubang buaya". Habis rakyat di perdayanya, ditipu, diheret dengan isu-isu perkauman, politik 24 jam, ekonomi merudum, projek di batalkan dan bantuan rakyat di sekat walaupun akhirnya diberikan semula tetapi rakyat hanya layak untuk menerima E-Wallet sebanyak RM30-00 ringgek.

Kita merancang tapi rancangan Allah (SWT) itu lebih agung, jatuh PH setelah 22 bulan memerintah apabila Tun M meletakkan jawatan. Sekarang Parlimen telah di bubarkan dan PRU15 akan di adakan. Rakyat tak mahu isu-isu recycle tapi rakyat hendak tahu apakah matlamat dan perancangan GTA mahupun PN apabila dapat mentadbir di Putrajaya??????? 

Sekarang rakyat adalah stakeholdernya dan kepada siapa rakyat nak bagi samada BN, PH, PN ataupun GTA (Pejuang). Adakah rakyat hendak bertuankan Tun M lagi ataupun "sesumpah" DSAI ataupun "politik of schemes" TSMY ataupun "politik kestabilan dan kemakmuran" DSIS...




.






No comments:

Post a Comment