Saturday, March 25, 2023

PUASA di BULAN RAMADAN 2023

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. ”
-Surah al-Baqarah Ayat : 183

🕋 Kandungan Ayat

🪴 Allah S.W.T telah menyampaikan perintah kewajipan berpuasa kepada orang-orang yang beriman.
🪴 Puasa adalah suatu syariat yang penting, ia bukanlah suatu perkara yang baru kerana umat-umat terdahulu juga diperintahkan untuk berpuasa.
🪴 Natijah dari puasa yang berkualiti dari seorang mukmin, akan menghasilkan mukmin yang bertaqwa.

🕋 Pengajaran

🪴 Puasa mendidik kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita sebelum berpuasa.
🪴 Puasa merupakan ibadat yang paling hampir dengan keikhlasan bagi seorang hamba kerana ianya merupakan rahsia antara hamba dan Tuhannya.
🪴 Kejayaan sebenar seorang mukmin dalam melaksanakan kewajipan berpuasa ialah mencapai darjat ketaqwaan.
🪴 Orang Islam di seluruh dunia berpuasa dalam bulan yang sama yang menandakan kesatuan ummah, masing-masing merasai nikmat kebaikan bulan Ramadhan  yang penuh keberkatan dan kerahmatan tanpa mengira warna kulit, bangsa, keturunan, bahasa dan sempadan geografi.

Betapa mulianya bulan Ramadan yang di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada umat Nabi Muhammad (SAW) untuk mendapat pahala, keimanan, ketakwaan dan menjadi pemangkin kepada perjalanan umat Islam ke alam akhirat tetapi selepas bulan Ramadan adakah kita akan kembali kepada asal iaitu melalaikan semua seruan Allah (SWT) dan/atau melambatkan, melonggarkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah (SWT) kerana leka dengan habuan dan/atau kejar mengejar duniawi yang telah mengelapkan mata kita dan/atau melalaikan kita kenapa kita di jadikan khalifah di dunia oleh Allah (SWT).

Puasa di bulan Ramadan akan berpancar juadah dan makanan di Pasar Juadah di bulan Ramadan. Puasa di bulan Ramadan ini adalah kewajipan untuk setiap umat Islam tak kira di mana mereka berada di Zon Utara, Barat, Timur mahupun Selantan samada tempat sejuk beku, panas lilit, hujan banjir mahupun kering kontang, puasa wajib dan/atau mesti di laksanakan oleh seorang muslim seperti mana firma Allah (SWT) dalam surah al-Baqarah ayat 183-185 dimana Allah (SWT) memerintahkan bahawa betapa seorang Islam wajib berpuasa seperti mana orang Islam yang sebelum itu berpuasa, supaya kamu bertakwa. Ianya telah menjadi satu kewajipan seorang Islam mesti meunaikannya seperti di nyatakan dalam Rukun Islam.

Di Malaysia, bulan Ramadan banyak di kaitkan dengan Pasar Juadah dan solat sunat Tawarih. Di sebelah siang, kaum muslimat dan muslimat akan berpusu-pusu membanjiri Pasar-pasar juadah untuk membeli samada minuman dan makanan untuk buat berbuka dan di sebelah malam akan berpusu-pusu ke masjid dan surau untuk menunaikan solat Tarawih kerana ganjarannya seperti berikut;

Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu

— Hadis riwayat Muslim


Umat Islam boleh memilih untuk membuat 8 rakaat dan 20 rakaat yang menjadi kelaziman di Malaysia kemudian di ikuti dengan 3 solat sunat witir. Umat Islam digalakkan untuk membaca al-Quran di bulan Ramadan seperti 


Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1-3)


Bagaimana kita nak mendapatkan malam lailatulqadar tersebut? Dalam setiap amal ibadat kita kepada Allah (SWT) mesti ada ketulusan hati dan keiklasan iaitu untuk menjadi orang beriman dan bertakwa iaitu setiap amalan kita akan mendapat kerehdaan Allah (SWT) . Pada masa sama digalakkan untuk meningkatkan usaha dengan bertadabbur iaitu mengetahui makna ayat kemudian diikuti membaca tafsir al-Quran bagi memahami isi kandungan mukjizat kurniaan kepada Nabi Muhammad (SAW). Istiqamah terbentuk dengan membiasakan diri dan diharap dengan melazimkan membaca sepanjang bulan ini, kita akan terus membaca al-Quran sebab itu kita digalakkan berdoa supaya dapat menghayati Ramadan, membaca al-Quran dan melakukan ibadat dengan niat baik.


Salah satu pintu yang di buka oleh Allah (SWT) untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah dan bulan Ramadan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. Ketahuilah bahawa kedermawan adalah salah satu sifat Allah (SWT) sebagaimana hadis


"Sesungguhnya Allah (SWT) itu Maha Meberi. Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia. Ia membenci akhlak yang buruk" (HR Al Baihaqi, disahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami, 1744"


Dari hadis ini, demikian dapt diambil kesimpulan bahawa bakhil adalah akhlak yang but=ruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga sifat suka meminta-minta bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah (SAW) 


"Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta" (HR Bukhari no.1429 Muslim no. 1033)


Di bulan Ramadan musliman dan muslimat juga di tuntut untuk memperbanyakkan sedekah seperti Rasullullah (SAW) yang melipat gandakan sedekahnya seperti "angin yang berhembus". Ini menunjukkan betapa lajunya sedekah Rasullullah (SAW) tanpa berfikir panjang. Sedekah dapat menghapuskan dosa, mendapat naungan di hari akhirat, memberi keberkatan kepada harta, Allah (SWT) melipatkam gandakan pahala, pintu syurga yang di lalui oleh orang bersedekah, bukti keimanan seseorang, menghapuskan siksa kubur, dada lapang dan hati bahagia, jauhkan diri dari api neraka seperti mana di utarakan;


Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon: “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.” Kemudian yang kedua pula berdoa: “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain daripada itu, setiap kali seseorang hamba menginfakkan hartanya, Allah SWT memberikan kurnia kepadanya berupa kesihatan jasmani, ketenangan batin dan keluasan rezeki. Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:
“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)

Semoga bulan Ramadan pada tahun 2023 akan memberikan lebih banyak pahala, keberkatan dan pembersihan hati dan bertambah keimanan serta ketakwaan kita dalam menunaikan segala kewajipan terhadap Allah (SWT).








No comments:

Post a Comment