Thursday, June 30, 2011

Ketua Pemuda Pas kata 9 Julai "Hari Gotong Royong Negara" kerana keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih. Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini. [Sebenarnya PAS memang takut kalah dalam PRU13 nanti. Petunjuk telah ada dalam PRK Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau kemudian di susuli dgn PRN Sarawak, di mana PAS gagal di dalam persaingannya dgn UMNO utk menjadi juara umat Melayu dan Islam. Maka apabila AMBIGA BERSIH ingin menganjurkan BERSIH di bawah bendera NGO walaupun semua tahu bahawa dalangnya adalah "AAAnugerah Tuhan", PAS dengan rela hati mengatakan bahawa PAS sanggup berjuang bersama-sama dgn AMBIGA BERSIH utk memBERSIHkan kekotoran tersebut yg telah di cipta oleh PAS dan Pakatanal Rakyatul Syaitan sendiri. Ketidak BERSIHan pilihanraya Malaysia adalah disebabkan oleh persepsi fitnah dan pembohongan PAS, PKR dan DAP aka Pakatanal Rakyatul Syaitan kerana takut kalah dalam PRU13 nanti yg mana 4 negeri yg diperintah sekarang telah memberi sedikit buffer zone kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan utk bergerak tetapi gagal utk merealisasikan janji-janji PRU12 yg menyebabkan rakyat mula naik mual dan jelak dgn perangai ala gangster Pakatanal Rakyatul Syaitan ini. Ini di celarukan lagi dgn kenyataan Presiden PAS yg mengatakan akan menyeru semua ahli-ahli PAS utk menyertai Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini. Walaupun Presiden PAS tahu bahawa ahli-ahli DAP dan PKR yg berbangsa Cina dan India tidak akan menyertainya tetapi Presiden PAS dgn muka tebal tetap menyeru ahli-ahlinya menyertainya kerana utk menundukkan kerajaan UMNO/BN yg telah menjadi mush azali mereka sejak 54 tahun merdeka dgn sorakan "Kebajikan, Kebajikan, Kebajikan" tetapi siapa yg dikebajikan. Nampak gayanya umat Melayu dan Islamlah yg akan dikebajikan oleh AMBIGA BERSIH kerana DAP tahu bahawa yg akan melaksanakan kerja jahat dan kotor adalah umat Melayu dan Islam, kaum Cina dan India akan jadikan kotak undi sebagai senjata mereka. Ini menunjukkan bahawa PAS hanya menggunakan Islam sebagai landasan utk menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal. Bagi PAS Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH ini adalah penentangan terhadap kerajaan UMNO kerana UMNO itu tidak Islam dan kafir serta zalim, menindas rakyat dan merosakkan akidah rakyat tetapi PAS lupa bahawa yg ditentang itu adalah kerajaan Islam dan pemimpin-pemimpin Islam yg telah memberi rung kepada PAS utk berkembang termasuklah pemimpin-pemimpinnya. Natijahnya "Hari Gotong Royong Negara" Ketua Pemuda PAS itu lebih kepada "Hari Barua dan Keldai AMBIGA BERSIH" memperok peranda dan menggangu ketenteraman serta kepentingan awam. Inilah yg dikatakan bagaimana PAS melaksanakan kebajikannya kepada rakyat iaitu memperjudikan ketenteraman dan kepentingan awam berlandaskan fatwa dan dalil songsang PAS yg telah banyak memecah belahkan umat Melayu dan Islam...


SHAH ALAM, 30 Jun: Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan Himpunan Bersih pada 9 Julai depan sebagai Hari Gotong Royong Perdana Peringkat Negara.

Sebelum itu, beliau menggambarkan suasana hanyir dan meloyakan dengan segala macam sampah sosial berselerakan di seluruh pelosok negara menerusi sebuah sajak khas untuk Bersih.

Antara bait sajaknya berbunyi: 'Rasuah berselerak di laman politik negara' yang menggambarkan keadaan politik yang penuh dengan kucar kacir ditambah suasana pilihan raya yang tidak adil dan bersih.
Beliau menyeru semua golongan masyarakat agar hadir dalam himpunan 9 Julai depan untuk sama-sama bergotong royong membersihkan negara dari segala kekotoran memualkan selama ini.

Ustaz Nasrudin berbuat demikian mengakhiri pidatonya di Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini malam tadi.

Turut berucap adalah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; wakil Suaram, K Arumugam, Ketua Muslimat Selangor, Ustaz Wan Hasrina Hassan.

Berucap sama adalah Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Peguam Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridwan.

Dalam ucapannya juga, Nasrudin menyatakan memang tunjuk perasaan atau demontrasi mesti dilakukan secara beramai-ramai dan tidak boleh dilakukan seorang diri.

“Pergilah buat demontrasi seorang diri di mana-mana tepi jalan atau pun taman bunga dan menjeritlah kuat-kuat, bukan FRU yang datang tapi ambulans kerana dikatakan orang itu sudah tidak betul,” selorohnya.

Ustaz Nasrudin juga sempat membetulkan kefahaman rakyat tentang erti sebuah hadis.

Menurutnya, selama ini orang ramai menterjemahkan hadis berkenaan dengan erti yang salah menyebabkan tiada apa-apa berlaku meskipun sudah lama membaca hadis tersebut.

Katanya, perkataan 'mengubah' dalam Hadis bila kamu melihat kemungkaran hendaklah diubah dengan tangan, lidah dan hati itu perlu dibetulkan kepada perkataan 'menukar'.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat agar jangan bimbang kerana Pemuda PAS Malaysia menyediakan semua keperluan seperti 300 peguam dan paramedik terdiri daripada pengamal perubatan yang akan memberikan rawatan awal jika berlaku apa-apa melibatkan kecederaan.

Sementara itu, Zamri juga memberi jaminan 300 peguam akan berkhidmat pada hari itu.

"Mereka bukan sahaja datang untuk memberikan khidmat nasihat perundangan kepada peserta Himpunan Bersih malah mereka juga akan berarak sama pada 9 Julai depan," tegasnya.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa yg menjadi "barua dan keldai AMBIGA BERSIH". Jangan sertai AMBIGA BERSIH...

Kita turunkan gambar-gambar ketika perhimpunan HARAM BERSIH edisi 2007 di Kuala Lumpur iaitu setahun sebelum PRU12.


Siapa yg menjadi "barua dan keldai"
Kita rasa sedih kerana anak muda umat Melayu dan Islam amat mudah dipergunakan oleh kaum lain bagi membawa masej utk rakyat kononnya. Sebaliknya umat Melayu dan Islam di gunakan sebagai perisai kaum lain utk melakukan dan memaksa kerajaan supaya mematuhi syarat-syarat mereka kalau tidak kita akan ajak rakyat berdemo di  jalanan lagi. Inilah contoh bagimana kita menang sorak tapi kampung tergadai akibat drp perasaan iri hati, dendam dan niat buruk terhadap kerajaan sedia ada.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmwfHj1XHnhLj7ZsYjRUldBGwMOUzWDY5wykW7vY-ba1m1k_NLl_izx-bNEqoqzkiOM-nZGQCk0cBwEKEKPvCkeuTEaH74r_N5rVCJ7Pq0nv2c0xj0hUYWN6RW0tHFQZIbjq5em5znb3Mx/s400/pmn2.jpg
Mengapa pelajar IPTA dan IPTS perlu terlibat
Mengapa pelajar IPTA dan IPTS perlu terlibat dalam kancah demo jalanan yg tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa baik pelajar mahupun pihak penganjur ataupun kerajaan. Pelajar IPTA dan IPTS harus sedar bahawa kerajaan yg sedia ada sekarang telah memberi banyak ruang dan kelonggarn utk pelajar-pelajar IPTA dan IPTS berhubung dgn pihak kerajaan tetapi ianya jarang digunapakai oleh pelajar-pelajar di negara ini. Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS hanya tersangkut dgn pihak pembangkang yg banyak memberikan persepsi fitnah dan pembohongan tentang kerajaan ke dalam sanubari pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. Akibatnya pelajar-pelajar ini mudah terpengaruh dgn budaya demo jalanan yg telah di pelupori oleh "AAAnugerah Tuhan" di zaman studentnya. Adakah ini contoh modal insan yg sedang di bina oleh kerajaan utk dijadikan icon masa hadapan?


http://i104.photobucket.com/albums/m167/naivemonster666/DSC00230.jpg
Adakah mereka ini mengetahui tujuan BERSIH
Adakah makcik-makcik ini mengetahui apakah tujuan BERSIH tersebut. Adakah BERSIH itu betul-betul BERSIH. Adakah BERSIH itu tidak mempunyai agenda lain selain drp menyerahkan Memo kpd Agong. Kalau nak menyerahkan Memo mengapa harus melaksanakan demo jalanan? Kesian makcik-makcik ini yg diheret bersama-sama utk menjayakan agenda sulit Pakatanal Rakyatul Syaitan iaitu mengambil negara secara demo jalanan.

http://i21.photobucket.com/albums/b281/naiffusDamha/P1090153.jpg
Apa matlamat BERSIH
Adakah bersorak dan menyuarakan bantahan secara demo jalanan adalah matlamat BERSIH atau BERSIH adalah satu pergerakan utk menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan Malaysia memang zalim, menindas, tidak demokratik dan tidak telus dalam mengadakan pilihanraya dan menafikan hak-hak rakyat yg telah di berikan dalam Perlembagaan Malaysia. Matlamat BERSIH hanya nak porak peranda Malaysia dan memalingkan perhatian rakyat serta dunia ke arah kerajaan Malaysia bukan kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan yg sekarang menghadapi masalah rumit iaitu bagaimana nak melenyapkan isu-isu moral dan akhlak peribadi ayam tambatan mereka "AAAnugerah Tuhan". Pakatanal Rakyatul Syaitan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain selain drp BERSIH utk mengembelingkan kembali sokongan rakyat terhadap Pakatanal Rakyatul Syaitan dgn cara demo jalanan seperti yg telah dilaksanakan sebelum PRU12. Kita berpendapat pisang tidak akan berbuah dua kali dan rakyat sekarang tidak segila di zaman pimpinan Abdullah Badawi di mana rakyat marah kerana kenaikkan harga minyak yg terlalu mendadak telah melenyapkan segala-gala kepercayaan mereka terhadap kerajaan BN. Momentum itu tidak akan berlaku semasa PRU13 akan datang kerana kerajaan pimpinan YAB PM telah memberikan kedudukan selesa dan perhatian kepada permasalahan rakyat dgn berbagai sokongan utk mengurangkan bebanan rakyat akibat drp kenaikkan harga minyak dunia.


http://i180.photobucket.com/albums/x57/WJJ8443/DSCN2068.jpg
Mana pergi kaum lain dalam BERSIH
Mana perginya kaum-kaum lain yg berada dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan. Mengapakah BERSIH ini hanya melibatkan umat Melau dan Islam sahaja. Adakah kerajaan sekarang menindas dan membelakangi umat Melayu dan Islam. Adakah umat Melayu dan Islam ini memang senang utk dipengaruhi terutamanya PAS yg memang berdendam dgn UMNO/BN. Kita tengok DAP mereka tidak hadir dalam demo jalanan kerana mereka tahu bahawa ianya akan mendatang kerugian kepada ekonomi mereka dan membuang masa sahaja. Mereka biarkan pemimpin-pemimpin mereka sahaja menyertainya kerana mereka tahu bahawa kaum yg akan menjadi "barua dan keldai" pemimpin-pemimpin mereka ialah umat Melayu dan Islam. Ini dapat kita saksikan bahawa tiada kaum lain selain drp umat Melayu dan Islam sahaja yg menyertai BERSIH ini. Mengapakah ini terjadi kepada umat melayu dan Islam di Malaysia?

http://ahfook.krova.com/photos/albums/071110_bersih/IMG_7725.jpg
Di mana amannya BERSIH
Adakah dgn menganggu gugat ketenteraman awam dan kepentingan awam serta perniagaan org lain itu sudah di katakan Perhimpunan BERSIH itu aman. Sedangkan apabila diteliti gambar di atas nampak sangat akan ketidak amannya Perhimpunan haram BERSIH tersebut kerana telah menghalang perniagaan dan menghalang kunjungan orgramai ke gedung-gedung dan bazar-bazar perniagaan, memporak-perandakan suasana dan menggangu ketenteraman awam serta mematahkan sumber rezeki org lain. Inilah yg dikatakan dalam Islam yg memudaratkan lebih drp yg mendatangkan kebaikkan. Maka hentikan penganjuran Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH dan jangan jadi "barua dan keldai AMBIGA BERSIH".

http://mohamadsabu.com/joomla16/images/bersih2011_2.gif
Di mana BERSIHnya 


Friday, June 17, 2011

Kartun Zunar vs Kartun Utusan Malaysia...di mana letaknya pendirian PAS...

Kartun Zunar yg terang-terang menghina Islam


Adakah ini penghina kepada Islam atau kepada PAS

Wednesday, June 15, 2011

Siapakah pilihan kita...[Transformasi politik, ekonomi dan sosial atau Jom Ubah Selamatkan Malaysia]

   

Sekarang orang Melayu ada dua pilihan satu (1) UMNO/BN dan (2) Anwarisme/PR. Kalau di lihat senario sekarang PASisme tidak boleh di anggap sebagai contender kepada pucuk kepimpinan Melayu dan Malaysia kerana PASisme telah menjadi second fiddle (pemain simpanan) sahaja kepada Anwarisme. Ini telah terbukti dalam PRN Sarawak baru-baru ini, di mana Anwarisme hanya menang 3 kerusi sedangkan PASisme kosong kerusi. Walaupun begitu yg menghangatkan keadaan ialah apabila DAPisme sekutu Anwarisme dan PASisme menang 12 kerusi. Ini menunjukkan bahawa PR di kuasai oleh DAPisme. Sayang sekali DAPisme hanya parti satu kaum iaitu kaum Cina sahaja sedangkan DAPisme tidak berjaya utk mendapatkan sokongan drp kaum Melayu dan Islam.

DAPisme telah menjalankan program utk merapatkan jurang tersebut dgn melancarkan ROKETkini.com utk menarik org-org Melayu kepada idealogi dan pemikiran DAPisme. Pada kita apa yg telah di lancarkan DAPisme itu hanya bayangan bagaimana DAPisme hendak menjadikan org Melayu sebagai "barua dan keldai" DAPisme dalam merampas tampuk pemerintahan Malaysia daripada tangan org-org Melayu. DAPisme memang bijak dalam aktiviti perang saraf dan strategik memenangi pilihanraya terutama dalam menjuarai kaum Cina yg telah menunjukkan bagaimana MCA dan Gerakan telah gagal utk menyekat kemaraan tersebut. Pada kaum Cina perhatian mereka sekarang beralih kepada penguasaan politik pula sesudah mereka memantopkan penguasaan ekonomi di Malaysia. Kaum Cina tahu bahawa utk menjadikan Malaysia maju mengikut acuan mereka dan menjadikan Malaysia seperti mana Taiwan, Hong Kong, Singapura maka tampuk pemerintahan Malaysia harus di kuasai oleh kaum Cina. DAPisme sentiasa melemparkan hujahan-hujahan yg boleh menimbulkan syak wasangka dan kebencian serta penentangan kaum Cina terhadap pemerintah terutamanya UMNO. Setiap tindakan dan propaganda DAPisme ialah utk menghancurkan tunjang pemerintahan org Melayu iaitu UMNO. Sekiranya UMNO gugur dan hancur, maka DAPisme senang utk menguasai Malaysia kerana Anwarisme dan PASisme hanya mempunyai pemimpin-pemimpin yg tamakkan kuasa dan harta benda sahaja. Sekali DAPisme bersuara semua dalam PR terkedu termasuklah Anwarisme yg hanya boleh pandang dan melihat tapi tak boleh sentuh.

Apabila Anwarisme terkena batang hidung sendiri.

Ini dapat kita lihat apabila DAPisme dgn strategik berbaik-baik dgn PASisme dan merujuk kepada Tok Guru PASisme apabila terdapat perlanggaran terhadap Islam di jalankan. Apabila rujukan tersebut di luluskan oleh Tok Guru PASisme maka lagi kuat propaganda DAPisme dalam mencincang dan mencanaikan Islam mengikut selera DAPisme. Inilah yg di katakan oleh PASisme bahawa DAPisme telah mendapat tarbiyah sedangkan DAPisme mengunakan PASisme utk mendapatkan undi Melayu sahaja iaitu PASisme sebagai "barua dan keldai DAPisme". Mengapa DAPisme tidak memberikan kawasan majoriti Cina kepada PASisme utk bertanding kalau DAPisme sudah mendapat hidayah Islam? Mengapa DAPisme tidak bersetuju dengan konsep Negara Islam dan Hukum Hudud yg ingin dilaksanakan oleh PASisme? Mengapa DAPisme banyak membantah sekiranya ada program utk menghapuskan perkara-perkara mungkar di Selangor dan di Kelantan. Di Selangor kisah "Arak" dan di Kelantan kisah "Big Sweep". 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkbzPwBfU8nLItuWX96cybuYzPrDC_1L6pgXOdGhT-3Hbq2XSJ-uKwDMlxQFyjzuZ2PZqbnOj1r8A0K_ha7rN2quEGT6Vd5O1TbKxVFHUmZia1TEki0LhPlL7koWMLAw1TcPV9t8HKKSQn/s320/IMG_3965.JPG
Siapa yg dominan dalam PR


Kita beranggapan bahawa PASisme hanya perjuangkan Islam pada bibir sahaja iaitu dgn air liuh dan utk menang pilihanraya. Ini dapat di lihat apabila tiba pilihanraya maka semua fatwa dan dalil PASisme yg songsang pun keluar seperti kilang kereta berduyun-duyun fatwa dan dalil sehinggakan rakyat terutama yg beragama Islam keliru dan pelik. Mengapa PASisme berkelakuan dan bergantungan kepada fatwa dan dalil songsang yg mengharamkan yg halal dan menghalalkan yg haram. Sekarang PASisme lebih teruk lagi selepas Muktamar PAS 2011, Presiden PAS telah mengumumkan bahawa tag line PAS telah bertukar drp "Negara Islam" kepada "Negara Kebajikan". Maka gugurlah "Negara Islam" selama ini yang diperjuangkan oleh PAS iaitu 54 tahun. Ini bermakna "Negara Islam" yg di perjuangkan selama 54 tahun adalah retorik politik dan alat utk meraih undi umat Melayu dan Islam sahaja bukannya PASisme bermatian-matian utk memperjuangan Islam dan seterusnya memartabatkan Malaysia sebagai "Negara Islam" tetapi berjuang utk mendapat undi bagi menumbangkan UMNO dan rampas Putrajaya sahaja. Nampaknya PASisme telah menyimpang jauh dan terus terpesong daripada landasan perjuangannya dgn tag line baru sebagai pengasas "Negara Kebajikan". Adakah kita perlu menunggu selama 54 tahun utk menikmati "kebajikan" PASisme setelah menunggu 54 tahun utk terbentuknya "Negara Islam" di Malaysia. Adakah UMNO tidak memperdulikan "kebajikan" selama 54 tahun memerintah Malaysia?

https://lh6.googleusercontent.com/-INsIVRIV1ZQ/TWyT0g_HcYI/AAAAAAAABLE/24IzRA3qY_M/fitnah2.jpg
Adakah ini yg menyebabkan tag line PAS bertukar kpd "Negara Kebajikan"


Anwarisme memang memainan peranan yg penting dalam PR kerana Anwarismelah PR bersatu tetapi tanpa Anwarisme maka PR akan bercerai berai macam domino. Anwarisme telah menjejaskan kredibiliti PR begitu juga "AAAnugerah Tuhan" yg mempunyai berbeg-beg masalah moral telah menjerumuskan PR ke dalam kancah yg jijik tetapi PR memerlukannya kerana hanya "AAAnugerah Tuhan" sahaja yg ada pengalaman sebagai pemimpin di Malaysia. Pemimpin-pemimpin yg lain dalam PR samada dalam DAPisme, PASisme tidak mempunyai kredibilti utk memimpin negara selain drp "AAAnugerah Tuhan". "AAAnugerah Tuhan" sahaja yg dapat menyatukan fahaman yg berlainan dalam PR demi utk membalas dendam terhadap UMNO/BN. "AAAnugerah Tuhan" adalah "paradox" yg akan menentukan samada PR bergerak lancar dan juga menentukan samada PR yg tersungkur semasa PRU13 nanti.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjZcL0iSMNdaJilctgexqfT9uEWF-G_-TPRmwg5G3xhKqH-0YzciHDPLivokBTEWa28RITs9y8TO39kWHxd37hQs1ryO1Q0hEvqCrg1rkCtThPc4WIshf1vNHb2-xDsLzQodOnqMkFMH9I/s400/standard-tv-ar.jpg
Adakah ini sebenarnya moral dan maruah "AAAnugerah Tuhan"


Pada pandangan kita PRU13 adalah satu perlawanan yg amat getir kepada UMNO seperti yg telah di katakan oleh YAB TPM kerana suasananya amat berbeda daripada 12 PRU sebelumnya. Kita faham sebagai parti pemerintah UMNO/BN tidak dapat melangkaui batas-batas Perlembagaan Malaysia dgn hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja dan meminggirkan kaum-kaum yg lain. Dalam merencanakan pembangunana, ekonomi dan sosial negara sudah pasti akan berlaku kebocoran, rasuah dan salah guna kuasa dalam mana-mana sektor. Ini memang tidak dapat di nafikan bahawa yg mengendalikan sektor tersebut adalah manusia. Selagi manusia mempunyai keinginan, hawa nafsu dan bernyawa selagi itu manusia akan mengejar kemewahan dan kesenangan serta kuasa. Adakah setiap perlakuan manusia  atau pemimpin-pemimpin di sektor awam dan swasta, kita letakkan di bahu pemerintah sedangkan pemerintah telah memberi "guidelines" dan polisi serta tatacara bagaimana perkara tersebut harus dilaksanakan tetapi yg melaksanakan ingin terus menyimpang drp "guidelines" yg dikhususkan kepada dia sebagai pengendali semasa itu dan masa kini.


Kita berani nyatakan bahawa jangan cakap kalau PR ambil nanti tiada rasuah, salahguna kuasa dan mementing satu kaum sahaja. Ini telah dapat kita lihat dalam kes Teoh Beng Hock  di mana wang peruntukan pembangunan telah di salurkan di dalam Tabung DAPisme, di Perak DAPisme melebihkan kaum Cina dgn memberi berbagai-bagai kemudahan termasuklah Tanah bebasa dan Geran melebihi 999 tahun, di Selangor isu Air, di Kelatan isu Ladang Rakyat dan pembangunan, di Kedah isu peruntukan di belanjakan utk aktiviti politik dan banyak lagi, di Pulau Pinang tanah Melayu dan peniaga Melayu di humbannya., YB tunjuk samseng, pelancaran WIFI dan gunakan hasil judi utk bagi derma kpd golongan tua. Ini baru satu penggal [Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan] di perintah oleh PR. Cuba kita bayangkan sekiranya 20 tahun macam PASisme di Kelantan. Kita bukan nak merendahkan kebolehan PR tapi kita juga kena terima hakikat bahawa PR memang tidak boleh memerintah Malaysia sebagaimana UMNO/BN telah memerintah Malaysia selama 54 tahun.

Penyokong taksub "AAAnugerah Tuhan"
 
Mengapa kita kataka bahawa Malaysia ini adalah lebih selamat dan berjaya di bawah UMNO/BN drp Anwarisme/PR. Ini dapat kita lihat di negeri yg diperintah oleh PR di Malaysia. Mengapa mereka mengamalkan "double standard" dalam pembangunan dan meningkat taraf ekonomi rakyat negeri-negeri tersebut. Setiap perancangan dan peruntukkan kewangan kepada negeri tersebut ingin di boloti utk di taburkan kepada kawasan yg menyokong mereka sahaja tetapi tidak kepada lawan mereka. Adakah ini corak pemerintahan demokrasi dan keadilan. Apakah hasil dan kejayaan yg pemerintah PR yg paling di ingati oleh rakyat? Setahu kita ialah demo di Parlimen, demo air di KL, demo Interlok, demo Lynas di Kunatan, demo nak hapuskan Utusan Malaysia. Sekarang nak anjurkan demo AMBIGA BERSIH di Kuala Lumpur sekitar 7/9/2011. Demo AMBIGA BERSIH itu telah menyelakkan kain yg menutup kemaluan-kemaluan Pakatanal Rakyatul Syaitan betapa jijiknya politik anutan mereka dgn mengajak rakyat bangun menentang kerajaan yg telah banyak berbakti dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Ianya juga telah menyelak topeng di belakang AMBIGA BERSIH iaitu "AAAnugerah Tuhan" yg inginkan AMBIGA BERSIH ini berjaya agak permasalahan peribadi dan moralnya dapat di lupai oleh rakyat dgn mengembelingkan tenaga-tenaga juak-juak PAS dan PKR utk sekali lagi turun ke jalanan dgn slogan "REFORMASI" tetapi kali ini percaturanya tidak menjadi. Selain itu yg paling di ingati rakyat ialah ceramah dan sembahyang hajat laknatkan YAB PM dan YAB TPM dan laknatkan "First Lady" Malaysia dan laknatkan UMNO. Apa pembangunan infrastruktur dan ekonomi serta sosial yg telah di bawa oleh kerajaan PR di Selangor, Pulalu Pinang, Kedah dan Kelantan?

Apakah sumbangan kerajaan PASisme kepada Kelantan dan Kedah, kerajaan DAPisme kepada Pulau Pinang dan kerajaan Anwarisme kepada Selangor? Bolehlah di katakan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR rakyatnya sentiasa gelisah dan tertekan dgn gelagat pemimpin-pemimpinnya yg mengeluarkan arahan yg tidak masuk akal iaitu menentang pegawai awam dan perlantikan pegawai awam, meminda peruntukkan undang-undang negeri, mencampuri urusan hal-ehwal agama Islam, mengarahkan pilihanraya masjid, menggunakan masjid utk menyuarakan pendapat dan pandangan politik sempit PR dan yg paling penting ialah setiap kejadian yg menimpa mereka maka kesalahan tersebut akan jatuh kepada UMNO dan Utusan Malaysia. Inilah yg terjadi apabila siri Omega terkeluar dgn gambar "AAAnugerah Tuhan" terpampang sedang beraksi hagat dgn perempaun bukan muhrim. Maka PR telah melancarkan berbagai kaedah utk melindungi "AAAnugerah Tuhan" dgn pemimpin-pemimpin PASisme mengeluarkan fatwa dan dalil bahawa itu adalah fitnah dan Anwarisme menuduh itu adalah perbuatan UMNO yg gilakan sek dan DAPisme senyap seribu bahasa kerana menggunakan situasi ini utk meningkatkan lagi populariti mereka di kalangan golongan Melayu yg sosialis supaya menyokong mereka dan menjadi calon boneka DAPisme dalam pilihanraya nanti. Inilah kerja DAPisma di mana PASisme dan Anwarisme sedang sibuk membuat ceramah fitnah dan qazaf, DAPisme cuba menguatkan jentera pilihanrayanya dgn mengrekrut "boneka-boneka" utk di jadikan "barua dan keldai" DAPisme semasa PRU13 nanti agar peristiwa pahit di Perak tidak akan berulang lagi.


http://www.malaysiapollster.com.my/uploadedimages/images/BN_PR2.gif
Siapakah pilihan kita


Anwarisme dan PASisme sekarang sedang sibuk menyebarkan dakyah kononnya PR ada Hikayat 100 hari Buku JinGay sedangkan UMNO hanya ada video sex sahaja. Apa yg kita pelik ialah video sex siri Omega itu adalah berkaitan dgn permasalahan moral dan martabat seorg pemimpin yg warak dan tekun Islamnya di gelar "AAAnugerah Tuhan" yg bercita-cita utk menjadi PM dan merampas Putrajaya pada 16/9/2008 yg tidak menjadi sehingga seluruh negara dan rakyat tegang dan gelisah menantikan saat dan ketikanya. Sesungguhnya Allah (SWT) itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana muslihat dan taktik kotor "AAAnugerah Tuhan" tidak menjadi sebaliknya Perak jatuh kepada UMNO/BN. Adakah kita inginkan "fitnah dan pembohongan" dan menolak "kebenaran" atau sebaliknya menolak "fitnah dan pembohongan dan menyokong "kebenaran". Kitalah yg menjadi penentunya bukannya pemimpin, bukannya parti politik ataupun NGO tetapi rakyat di mana demokrasi datang dari rakyat kepada rakyat dan oleh rakyat.

Apa-apa pun siapakah pilihan kita dalam PRU13 nanti. Kebijaksanakan kita akan memastikan Malaysia akan terus stabil, aman, makmur, harmoni dan maju utk mencapai status negara maju menjelang 2020 nanti.