Monday, May 23, 2011

Pakar kata Perlembagaan tak lengkap, tapi harus dikekalkan...Maka sekarang tiada sebab mana-mana pihak harus mempertikai Perlembagaan Malaysia yg telah tercipta hasil drp perkongsian antara Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain...Inilah fakta yg penting harus diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa kira fahaman politik...

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Perlembagaan negara wajar dikekalkan meskipun undang-undang paling tinggi itu tidak lengkap sepenuhnya manakala Muslim wajar menerima hakikat mereka “perlu tinggal bersama dan berganding dengan bukan Muslim”, kata  pakar perlembagaan Prof Dr A Aziz Bari.

“Mereka tiada pilihan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam reaksinya berhubung maklum balas pembaca mengenai tulisan terbitan The Malaysian Insider malam tadi.

Katanya, melihat pada komen-komen daripada para pembaca mereka kelihatan tidak gembira dengan pandangan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda manakala kerajaan pula tidak sewajarnya memberi hak-hak secara meluas kepada bukan Muslim, antaranya memegang jawatan dalam kerajaan.

Pandangan itu dilontarkan pada Wacana Membina Negara Sejahtera anjuran Sekretariat Syubban Persatuan Ulama Malaysia, yang antara lain bertujuan menyuntik semangat kepada masyarakat tentang aspirasi dan impian menuju negara Islam.

Pada wacana itu, beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam.

Dalam pandangannya, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Datuk Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam.

“Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberi hak-hak sivil.

“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia Zamri Hashim pula berkata, Muslim sewajarnya melihat menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar.

“Kita mesti melihat di luar (ruang) politik. Agenda Melayu sangat penting untuk (kita) tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu adalah Muslim. Bukan lagi tentang PAS dan Umno,” kata timbalan mufti Perak ini.
Timbalan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan Malaysia tidak harus menjadi negara sekular.

Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim Othman menambah Perlembagaan Persekutuan mesti digantikan kerana ia digunal oleh penjajah British.

Mengulas lanjut mengenai polemik terbaru ini, Aziz menekankan, antara perkara utama beliau bangkitkan pada pertemuan semalam termasuklah keperluan memahami  Perlembagaan Persekutuan dan lupakan gesaan memindanya memandangkan parti-parti alternatif masih boleh memperoleh majoriti  mudah untuk  membentuk kerajaan.

“Pokoknya, masyarakat Muslim perlu tahu apakah keutamaan mereka. Cakap-cakap mahu meminda Perlembagaan hanya akan menakutkan bukan Islam.

“Apa pun mereka tidak boleh berbuat demikian tanpa memperoleh (sokongan) bukan Islam. Pendek kata masyarakat Muslim perlu  praktis,” katanya lagi sambil menjelaskan, persekitaran politik negara ini juga menunjukkan usaha membentuk kerajaan pun adalah sukar dan hanya boleh dilakukan menerusi sokongan bukan Muslim.

Sehubungan itu katanya, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga menghadiri wacana semalam, yang turut mengingatkan hadirin bahawa Muslim mesti belajar daripada pengalaman lama dan tidak seharusnya mencimplak perkara-perkara yang tidak sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Cendekiawan-cendekiawan zaman lalu menulis perjanjian untuk berurusan dengan masalah mereka ketika era mereka.

“Malah beliau (Asri) juga mengingatkan mereka agar bercakap mengenai isu-isu lebih besar seperti rasuah dan salah guna kuasa yang memberi kesan kepada setiap orang, Muslim dan bukan Muslim,” kata Aziz (gambar) lagi.

Aziz juga berkata, Asri juga menimbulkan isu di mana kerajaan yang memerintah berpandangan bahawa peruntukan projek termasuk yang dijanjikan ketika pilihan raya kecil adalah hak mereka.

“Asri mengingatkan bahawa wang itu adalah milik rakyat yang membayar cukai,” katanya yang dilihat merujuk kepada pengumuman projek-projek oleh BN ketika pilihan raya kecil.

Dalam pada itu, Asri yang dihubungi menjelaskan Perlembagaan Persekutuan tiada masalah walaupun ada “benda yang boleh disemak” supaya selaras dengan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan diketengahkan Islam.

Malah kata beliau, tiada masalah bagi Muslim dan bukan Muslim untuk berada dalam kerajaan yang sama untuk mentadbir negara ini.

“Cuma pada masa-masa lalu, ketika era dahulu, wujud kesangsian mengenai soal kedudukan bukan Muslim dalam kerajaan dari segi pelaksanaan dan kuasa eksekutif... dulu tiada perlembagaan bertulis dan undang-undang, tetapi kini ia bukan satu masalah,” kata Asri.

“Kini masalah itu sudah tidak wujud, kita ada Perlembagaan (Persekutuan) dan ada undang-undang... kita ada undang-undang dan majlis syura iaitu jemaah menteri di mana ada wakil Islam dan bukan Islam, dan jika ada isu atau masalah, ia dapat dielakkan dengan perbincangan dan keputusan bersama,” kata beliau lagi.

Asri juga menjelaskan, orang ramai perlu menerima hakikat bahawa setiap perlembagaan dan undang-undang yang ada di muka bumi ini digubal olah manusia, bukannya diperturunkan oleh Tuhan.

“Tiada perlembagaan yang datang daripada Tuhan... Nabi Muhammad pun tidak meninggalkan satu bentuk negara (yang lengkap), cuma ketetapan iaitu cara, kerajaan dan pentadbiran yang adil mengikut prinsip-prinsip Islam... keadilan, kesaksamaan dan tidak zalim,” kata beliau.

“Sebaliknya banyak pihak terpengaruh dengan sistem kenegeraan yang diterokai pada zaman sekitar 1,000 tahun lalu.

“Oleh itu, kita kena menerima bahawa kerajaan zaman itu berbeza daripada situasi dan masalah zaman sekarang, lebih-lebih lagi berbeza daripada senario di Malaysia,” kata Asri.

Oleh itu, kata beliau, setiap anggota masyarakat negara ini perlu menerima hakikat tersebut.

Monday, May 2, 2011

Bilakah politik Malaysia boleh bertapa...




Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim and wife Wan Azizah Wan 
Ismail arrive at the courthouse for his sodomy trial in Kuala Lumpur 
April 25, 2011. Anwar has denied the charge and says the case is a 
repeat of a government conspiracy that saw him...
Adakah ini "Anugerah Tuhan" yg kita agungkan?
 
Dalam politik segala kemungkinan pasti akan berlaku kerana ianya berdasarkan sokongan. Sekiranya ada sokongan maka adalah parti politik. Inilah yg terjadi kepada PKR yg mana umum sudah ketahui bahawa "Anugerah Tuhan" yg di sanjung sebagai pencetus idea reformasi dan pemimpin agung di Asia Tenggara telah di palitkan dgn perbuatan mungkar akibat kegilaan, kerakusan, kejantanan dan ketakburannya dalam merampas dan mengambil alih Putrajaya dan jawatan Perdana Menteri tersebut drp UMNO dan BN.

Nampaknya semangat Anwarisme semakin hari semakin sepudarnya PKR yg di rasuk oleh hantu dan jembalang. Kita hanya menanti belah dan bubarnya parti PKR tersebut. Dalam pertikaian isu terbesar iaitu "kegilaan Anugerah Tuhan" si pelakunya tidak ingin melakukan sumpah laknat tersebut, malah utk menyaman malu terhadap Dato' T pun "Anugerah Tuhan" tak berani. Inilah yg terjadi apabila Tun Mahathir keluarkan memoir "The Doctor In the House" yg ada menyebut pasal perlakuan "Anugerah Tuhan" tetapi sekiranya tidak betul dan fitnah serta pembohongan sepatutnya "Anugerah Tuhan" yg mempunyai rangkaian lawyer-lawyer politik yg terkenal saman sahaja. Nampaknya ia tidak akan menjadi kerana "perbuatan itu sudah tentu akan membuka lagi banyak pekung dan bangkai gajah yg sudah busuk dan ianya sudah dapat di hidu oleh rakyat Malaysia keseluruhannya siapakah itu "Anugerah Tuhan" sebenarnya.

Ini menunjukkan bahawa perbuatan dan pelakuan itu sebenarnya memang telah terjadi dan di lakukan dan di lakonkan oleh "Anugerah Tuhan". Bagaimana pula org nak fitnah dan melakukan pembohongan terhadap "Anugerah Tuhan" sekiranya "Anugerah Tuhan" tidak melaksanakan sesuatu utk membersihkan dirinya, maruahnya, martabat keluarganya dan corak kepimpinannya yg di cerminkan sebagai warak dan alim tetapi dalaman yg di lihat lebih menjurus kpd fitnah dan pembohongan. Maka Allah (SWT) telah turunkan bala yg amat dahsyat akibat pengaruh "Pakatanal Rakyatul Syaitan" sepandai-pandai tupai melompat akhirnya perbuatan kemungkaran tersebut tervideo dalam tape "perbuatan sakit belakang" dan boleh di saksikan oleh semua rakyat Malaysia. Siapa yg hendak dipersalahkan? Adakah ini perbuatan UMNO dan BN atau adakah ini gimik politik murahan Pakatanal Rakyatul Syaitan ingin mengalihkan perhatian dan tumpuan rakyat terhadap Pakatanal Rakyatul Syaitan yg semakin hari semakin runcing sekarang.

"Anugerah Tuhan" telah beberapa kali menolak utk melaksanakan DNA, sumpah laknat sekarang sekutu Pakatanal Rakyatul Syaitan, PASisme menerusi Husam Musa mencabar Dato' T supaya melaksanakan ujian poligraf nak tahu siapa yg menipu dan tidak menipu. Dato' Eskay pula memberi lalu kepada "Anugerah Tuhan" utk melaksanakannya dahulu di hadapan seluruh rakyat supaya rakyat dapat menjadi saksi akan kehebatan dan keagungan "Anugerah Tuhan" sebagai pemimpin agung Pakatanal Rakyatul Syaitan. Persoalannya ada berani ke "Anugerah Tuhan"?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQmglyTGAI_tx6hoAbXLoUtkW3RX-zF-gdCWJbBXsTQB6RtCXhnLLCaEg_EO9XSznoUOQlcawoZwTga2zIrL6SXrFtVLS_HqlhR87TmKNW0O8q62ziQYNWGZheiHqjgz287AFkF2UmFFUR/s320/PAS-bodoh.jpg
Buat apa PAS jadi barua dan keldai DAP dan Anwarisme

PAS rakan sekutu akrab Anwarisme yg selalu menyokong dan memberikan galakan kepada "Anugerah Tuhan" dalam bentuk fatwa dan dalil songsang telah mengeluarkan kenyataan melalui Tok Gurunya dalam Sinar mengatakan bahawa apa yg di hadapi oleh "Anugerah Tuhan" adalah fitnah belaka. Sesungguhpun begitu kenyataan S/U PAS Mustafa Ali mengatakan bahawa PAS akan mengkaji penyertaannya dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan yg telah menyebabkan Azminisme melenting tak tentu pasal kerana PKR hanya mengharapkan kekuatan PAS utk merobohkan kekuatan UMNO melalui agenda agama. Kita semua ketahui bahawa PAS hanya gunakan agama utk menang pilihanraya bukannya betul-betul hendak menegakkan agama Islam itu. Sekiranya betul-betul nak tegakkan agama Islam maka PAS sudah lama buat hukum Hudud dan Negara Islam di Kelantan yg telah di perintah selama 20 tahun di bawah pemerintahan Tok Guru. Apa yg penting bagi PAS ialah org menyokong PAS wlalaupun PAS yg berslogankan '"Islam for All" tidak ikhlas perjuangan Islamnya. Apa yg selama ini PAS laksanakan di Kelantan dan terbaru di Kedah? Apa yg ada ialah bagaimana umat Islam di pecahkan kepada Islam PAS dan Islam UMNO dgn senjata azimatnya iaitu fatwa dan dalil songsangnya sehinggakan PAS di gelar parti fatwa dan dalil No.1 di Malaysia yg hanya menggunakan Islam utk menang pilihanraya.

Inilah yg dikatakan rasis dan perkauman
  
Pari DAP yg terkenal dgn sikap perkuaman dan rasis sehinggakan di gelar parti rasis No.1 di Malaysia. DAP inginkan PAS dan PKR dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan kerana DAP boleh menjadikan PAS barua dan keldainya utk mendapatkan sokongan org Islam di Malaysia. DAP pula ingin menggunakan PKR kerana sentimen Anwarisme yg masih membara walaupun hakikatnya DAP tahu bahawa perbuatan dan pelakuan "Anugerah Tuhan" yg menyebabkan kejatuhan dan kegagalan Pakatanal Rakyatul Syaitan mengekalkan momentum tsunami PRU12 pada PRN Sarawak dgn slogan "Change" kecuali kaum Cina sahaja yg inginkan perubahan tetapi kaum lain masih kelak bersama-sama dgn BN. Inilah yg telah menyebabkan Presiden MCA mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya MCA kalahkan dalam PRU13 maka tiada jawatan kabinet akan di pegang oleh ahli-ahli parti MCA. Inilah yg menyebabkan DAP marah kerana MCA telah membelakangi kaum Cina. Apabila di kaji akan rasional kenyataan Presiden MCA ini ada taksiran yg unik iaitu sekiranya kaum Cina dalam kerajaan kalah buat apa minta jawatan kabinet kerana jawatan kabinet adalah utk yg menang sahaja. Kalau hendak menang kaum Cina kena sokong calon BN bukan calon DAP. Inilah kenyataan berani Presiden MCA yg tidak pernah dilaksanakan oleh Presiden MCA sebelum ini.

DAP sekarang terpalit dgn kes Teoh Beng Hock yg di laksanakan oleh Suruhanjaya DiRaja apabila pegawai yg terbunuh itu adalah pegawai DAP yg melaksanakan kerja-kerja utk Ahli DUN DAP Selangor. Dalam perbicaraan tersebut di dedahkan bahawa DAP telah mengambil dan mengaut segala-galanya utk bumiputra masuk ke dalam kantung bukan bumiputra dan komisennya di salurkan kpd DAP sebagai imbuhan. Dahulu DAP raja kepada penubuhan SPRM dan anti  rasuah tetapi kebelakang ini DAP adalah hantu dan jembalang yg mengalakkan kejadian rasuah.

Pakatanal Rakyatul Syaitan sekarang sibuk dgn ceramah fitnah dan pembohongan tetapi agenda dalam PRU12 tidak pernah di laksanakan kerana janji akan tinggal janji akibat terlalu berpolitik sehinggakan rakyat diabaikan. Janji politik di taburkan kepada rakyat utk berfikir samada itu benar atau tidak. Sebaliknya BN tidak terbawa-bawa dgn agenda politik Pakatanal Rakyatul Syaitan terus menjalan khidmatnya utk membawa rakyat Malaysia ke arah kemajuan dan kecemerlangan menjelang 2020 sejajar dgn slogan rakyat di dahulukan dan pencapain di utamakan [1 Malaysia]. YAB PM telah ke negeri Terengganu utk menemui rakyat dan mengajak PAS masuk BN tetapi PAS menolak tapi YAB PM kata PAS keluar dr Pakatanal Rakyatul Syaitan, PAS tetap menolak. Ini bermakna PAS memang sudah serasi dgn tag barua dan keldai DAP. Malahan PAS mengatakan bahawa UMNO dan BN terdesak itu pun tidak mengugat semangat UMNO utk mengatakan pendiriannya bahawa agenda Islam dan Melayu akan sentiasa di perjuangan dan UMNO tidak akan menggadaikan asas perjuangan tersebut demi utk berkuasa di Putrajaya dan merebut jawatan Perdana Menteri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjBz-Pm7GcFLsq2gOYPpbuXx0wwWcEDiFpZ9ksJ4EFG4qolrhfelRM1klrlalySuEQJGvARxAZSf7vbIlNUXd_u6z5KQNgTa9bjc6KJZ2995qTFH3kSKjS89R0-WA3A2ho5WGYClt2iN38/s400/1+BN.png
Inilah parti utk rakyat Malaysia
UMNO dan BN selama ini telah berlaku adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia dan sentiasa mengekalkan kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, keadilan, keharmonian dan kemajuan sebagai teras kepada pembentukan negara maju pada 2020 nanti. Kita tidak boleh bergantung kepada Hikayat 100 hari Buku JinGay utk mendapatkan itu semua kerana dgn dongengan kita tidak boleh menaiki roket utk ke bulan tanpa usaha dan polisi serta perancangan yg kukuh. Cerita satu perkara Perbuatan satu perkara. Mana lebih di percayai cerita dongengan dgn perbuatan yg real yg boleh di lihat sekeliling kita selama 53 tahun merdeka....Natijahnya fikirlah dgn akal yg waras bukannya dgn perasaan utk membalas dendam, iri hati, benci dan amarah...jangan kita jadi menang sorak tetapi kampung tergadai seperti mana PRN Sarawak menunjukkan kita satu pangajaran yg harus di amati semua di mana sokong kaum bumiputra tetap kpd BN tetapi sokongan kaum Cina kpd DAP...Siapa yg lebih rasis dan pentingkan diri sendiri?