Friday, January 4, 2013

JASA PAHLAWAN VS AMANAT HADI AWANG DAN GESAAN SI TOKONG LIM DYNASTY SERTA SALAH KIRA PEMILIHAN CEC DOKTRIN DAP...


Pahlawan Kanang anak Langkau

KUCHING 3 Jan. - Pahlawan Negara, Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 1.45 pagi ini dipercayai akibat serangan jantung. Isterinya, Datin Brawang Chunggot, 55, berkata, mendiang sebelum itu mengadu sakit dada sewaktu berada di kediaman mereka di Kampung Sungai Apong di sini. Semalam saya dan suami menonton siaran berita di televisyen sekitar pukul 11 malam, tiba-tiba dia mengadu sakit dada dan batuk seperti tersedak sesuatu. Saya kemudiannya memberi suami minum air suam sebelum dia jatuh pengsan," katanya ketika ditemui di pekarangan Rumah Mayat HUS pagi ini.

Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1981.

Keberanian dan kegagahan kamu akan kami kenangi dan contohi selagi nyawa belum terputus dari badan perjuangan demi agama, bangsa dan negara akan di teruskan. Kita harap pihak kerajaan akan memberikan satu "penghargaan" teristimewa untuk "Pahlawan Kanang Anak Langkau".


Amanat Haji Hadi Amanat Hadi Awang. Maaf Forum Tidak 
Diteruskan Kerana RTM Terikat Dengan FATWA (Majlis Fatwa & 
Jawatankuasa Muzakarah)
Berita terkini
Kita tidak sangka pulak "Amanat Hadi Awang" itu akan menjadi "satu taufan maut" untuk Doktrin PAS sehinggakan Hadi Awang terpaksa memohon kepada RTM dan TV3 untuk memberikan beliau "airtime" selama satu (1) jam bagi menjelaskan "Amanat Hadi Awang" ini. Walaupun perkara itu telah di ucapakan 31 tahun dahulu tetapi kesan "Amanat Hadi Awang" itu terus menular di kalangan pengikut-pengikut akar umbi Doktrin PAS.



Nukilan "ex-Doktrin PAS"

Kesan tersebut telah di ceritakan oleh CN Afghani dalam buku Kafirkah Aku. Akibat citer tersebut maka tercetuslah fenomena mengapakah "Amanat Hadi Awang" itu masih menular di kalangan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengatakan bahawa "Amanat Hadi Awang" itu salah dan terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah [ASWJ].  Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat tidak boleh berdiam diri dan cuci tangan dengan mengatakan bahawa itu adalah amanat politik semata-mata dan tiada kaitan pun dengan pengkafiran dan permurtadkan parti UMNO/Barisan Nasional.

Nabi Muhammad [SAW] beramanat kepada manusia sekelian ketika khutbah Jumaat terakhir, baginda telah berpesan supaya umat Islam berpegang kepada dua perkara sahaja iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad [SAW] sahaja. Doktrin PAS pula pada tahun 1981 telah mencipta "Amanat Hadi Awang" menggantikan "Amanat Nabi Muhammad [SAW]" tersebut. Amanat Hadi Awang itu lebih penting dan lebih afdal dan lebih Islamik dari Amanat Nabi Muhammad [SAW]. Kita turunkan Amanat Hadi Awang di sini:-

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
 
Bila Amanat Hadi Awang mengatakan kita menentang parti UMNO/Barisan Nasional kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah maka sepatutnya Doktrin PAS cuba memberikan alternatif kepada rakyat Malaysia perlembagaan macam mana Doktrin PAS nak bawa, undang-undang macam mana Doktrin PAS nak guna, peraturan yang tak jahiliyah macam mana Doktrin PAS nak pakai. Malangnya Doktrin PAS sendiri yang mengucapkannya tetapi berlagak ibarat "ayam berkokok" sahaja tetapi najisnya bergelumang di buntut. Doktrin PAS bukan sahaja gagal dalam merealisasikan apa-apa yang di perkatakan kepada penentangan terhadap parti UMNO/Barisan Nasional itu malahan setiap ikrar yang di buatnya di bawah Pakatan Barisan Alternatif dan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam perlembagaan penjajah tersebutlah yang akan di kekalkan, undang-undang kafir itulah yang akan di pakai dan peraturan jahiliyah itulah yang akan diteruskan.

Ini amat bertentang sekali dengan "Amanat Hadi Awang" apabila bila Doktrin PAS mendapat Putrajaya segala-gala apa yang kerajaan parti UMNO/Barisan Nasional buat akan di teruskan dan di kekalkan. Ianya sudah tentu menimbulkan persoalan. Apa yang di tentang oleh Doktrin PAS sebenarnya, parti UMNO/Barisan Nasional atau perasaan dendam yang semakin menebal di dalam hati-hati pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang tidak mampu membuat sebagai mana pemimpin-pemimpin parti UMNO buat untuk membangunkan negara dan memberikan kesejahteraan hidup kepada rakyat. Amanat Hadi Awang itu di cipta untuk mengikis tanggapan rakyat bahawa parti UMNO adalah pembela umat Melayu dan Islam di Malaysia dengan melabelkan parti UMNO sebagai penyambung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Setelah 55 tahun di bawah pemerintahan parti UMNO/Barisan Nasional negara stabil, makmur, aman, rakyat sejahtera harmoni, undang-undang adil dan saksama dan negara semakin maju. Kita syukur kepada Allah [SWT] dengan limpah kurnianya negara Malaysia terus maju dan rakyatnya hidup aman damai dan harmoni. Inilah sebenarnya yang amat di cemburui oleh pemimpin-pemimpin Doktrin PAS terhadap parti UMNO/Barisan Nasional.

Doktrin PAS terus dengan khayalan dan mainan "kafir mengkafir" parti UMNO/Barisan Nasional. Malang sekali dengan kuasa Allah [SWT] telah di dorongnya Doktrin PAS berkawan dengan "parti kafir" iaitu Doktrin DAP dan Doktrin PKR. Sebelumnya di setiap ceramah, syarahan, usrah dan bengkel Doktrin PAS akan melabelkan hakmilik terpelihara bahawa parti UMNO/Barisan Nasional itu parti kafir. Bila cakap kafir maka segala-gala berkaitan dengannya kafir. Maka wujudlah perpecahan di kalangan umat Melayu dan Islam di Malaysia, sembahyang dua Imam, dua Masjid, nikah semula kerana nikah di bawah kadi kerajaan tidak sah, rumahtangga runtuh kerana berlainan fahaman, kenduri kendara tidak akan di hadiri kalau di buat oleh org UMNO/Barisan Nasional, sembelihan org UMNO/Barisan Nasional haram utk di makan, tanam mayat di laman tangga kerana tak mahu mayat bercampur dengan perkuburan awam yang di anggap kafir. Inilah beberapa contoh yang telah di luahkan oleh ahli-ahli akar umbi Doktrin PAS sendiri. Malangnya pemimpin-pemimpin Doktrin PAS mengganggap perkara ini remeh temeh dan memperlekehkan "ilmu ahli-ahli akar umbi" dengan mengatakan itu hanya anggap guru yang baru belajar ABC.


Che Rokeman Musa 

DUNGUN 4 Jan. - Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008. Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini. "Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO. "Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak.

Apabila Doktrin PAS berkawan dan berkongsi bantal sahaja dengan parti kafir Doktrin DAP melalui "tahaluf Siyasi" maka kekafiran tersebut telah di halalkan demi kepentingan jawatan dan kuasa serta politik Doktrin PAS. Ini bermakna selama ini Doktrin PAS cuba menyembunyikan fakta dan realiti sebenar di Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa, kebudayaan dan agama memerlukan setiap parti politik menjuarai kaum masing-masing atau bersatu bagi mendapatkan "kuasa majoriti" dari semua kaum di Malaysia. Maknanya apa yang telah di buat oleh parti UMNO/Barisan Nasional selama ini adalah sejajar dengan Perlembagaan Madinah yang di cipta di zaman Nabi Muhammad [SAW] iaitu berkongsi ekonomi dan politik dengan kaum kafirun tetapi tidak berkongsi agama. Pemimpin-pemimpin Doktrin PAS tetap mengatakan parti UMNO/Barisan Nasional itu kafir walaupun "Tahaluf Siyasi" itu terpakai kepada Doktrin PAS dan juga parti UMNO kepada akar umbinya bagi memastikan sokongan padu dan "kegelapan" terus membelenggu akar umbi yang taksub dan jumud dengan Doktrin PAS yang di perlihatkan lebih Islamik dengan "penonjolan agamawan politik" bertopengkan agama tetapi bertandukkan "syaitan" iaitu untuk memecah belahkan umat Melayu dan Islam di Malaysia. Mungkin inilah petunjuk yang ingin di perlihatkan oleh Allah [SWT] kepada kita betapa menyonsangnya, sesat dan menyesatkan perjuangan Doktrin PAS yang "banyak" mempergunakan elemen "agama" untuk meraih simpati dan undi umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Bagaimana Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat nak memperbetulkan "perpecahan dan kekeliruan serta kesongsang" tersebut dari terus menular di kalangan umat Melayu dan Islam?????

Allah [SWT] dalam Surah Ali-Imran ayat 103 "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu sehingga dengan kurnia Allah kamu menjadi bersaudara sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu darinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNYA kepadamu agar kamu mendapat petunjuk".

Ianya bersambungan dengan Surah Al-Imran ayat 104 "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Mereka itulah orang yang beruntung".

Ianya di teruskan dengan Surah Ali-Imran ayat 105 "Dan janglah kamu menyerupai orang yang bercerai-berai dan berselisih setelah kamu datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksaan yang berat".

Kalau di lihat dari ayat-ayat Surah Ali-Imran ayat 103-105, Allah [SWT] tidak pernah mengatakan bahawa hendaklah kamu bercerai-berai, berpecah dan berdendam di antara satu dengan yang lain. Ayat ini merupakan satu perintah Allah [SWT] untuk bersyukur kepadaNYA atas nikmat perpaduan yang telah dikurniakanNYA terutama di zaman Nabi Muhammad [SAW] antara kaum Aus dan Khazraj. Malangnya kita di kalangan umat Melayu dan Islam di Malaysia, akibat dari "Amanat Hadi Awang" ini yang mengatakan kita hendaklah perangi parti UNMO/Barisan Nasional kerana mengamalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah telah melangkaui prinsip-prinsip Surah Ali-Imran ayat 103-105 iaitu pegang kepada tali Allah [SWT] maka kita akan aman, makmur, berpadu, bersaudara, bertolong-tolongan dan bermuafakat serta bersatu. Maka segala bibit-bibit permusuhan dan dendam khusumat terus di bakar oleh Doktrin PAS di kalangan pengikut-pengikut akar umbinya, segala rupa fitnah dan pemboikotan berterbangan sejak dari Amanat Hadi Awang diciptakan.    

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah lagi teruk perjuangan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad, apabila lawan puak-puak ini [org UMNO/Barisan Nasional] kalau kita mati akan dapat syahid tak perlu masuk Buddha, Hindu, Kristian. Kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku dan agama suku".

Dalam Al-Quran tiada pun di sebut bahawa memerangi parti UMNO/Barisan Nasional itu jihad melainkan Allah [SWT] memerintahkan agar mengajak orang mengesakan Allah [SWT] dan menyeru orang memeluk Islam. Kita tidak nampak pun parti UMNO/Barisan Nasional ingin membawa umat Melayu dan Islam ke arah kekufuran (tidak mempercayai keesaan Allah [SWT]) dan Isyraak Billah ( menyekutukan Allah [SWT]). Kerajaan UMNO/Barisan Nasional sentiasa menjaga, memartabat, menegakkan dan menyerukan serta menyebarkan seruan Agama Islam kepada rakyat Malaysia. Seruan Amanat Hadi Awang supaya memerangi puak-puak ini (org UMNO) adalah jihad tetapi orang UMNO adalah orang Islam yang bersyahadah mengakui tiada Tuhan yang berhak di sembah selain dari Allah [SWT] dan Muhammad adalah pesuruh Allah [SWT]. Orang UMNO tidak pernah memurtadkan diri mereka dan menkafirkan diri mereka untuk melayakkan Doktrin PAS memerangi atau berjihad terhadap orang UMNO. Inilah contoh bagaimana "Amanat Hadi Awang" itu telah mengelirukan umat Melayu dan Islam kononnya Allah [SWT] membenarkan Doktrin PAS memerangi parti UMNO kerana parti UMNO itu kafir, sedangkan Doktrin PAS hanya berfatwa dan berdalilkan "Amanat Hadi Awang" sahaja yang amat bertentangan dengan konsep "Fi Sabilillah" di sisi Allah [SWT]. Tiada berjihadnya derma kita kepada Doktrin PAS melainkan mengkayakan pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang mengharapkan belas ihsan dan kebajikan rakyat terutamanya umat Melayu dan Islam untuk terus mengembangkan "konsep fi sabilillah Doktrin PAS" yang sesat dan menyesatkan itu.

Tiada satu pun ayat-ayat Al-Quran mengenai "Amanat Hadi Awang" berkaitan dengan jihad "Fi Sabilillah" membolehkan pejuang-pejuang Doktrin PAS layak di gelarkan sebagai "syahid". Trajedi Memali itu amat menyedihkan dan memilukan serta membuka mata kita bahawa betapa taksub dan jumudnya "Ibrahim Libya" dan pengikut-pengikutnya terhadap "Amanat Hadi Awang". Hanya Allah [SWT] sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Firman Allah [SWT] "Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Tuhan tiada akan mensia-siakan pekerjaan mereka. Tuhan akan memimpin mereka dan memperbaiki mereka. Dan akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diberitahu kepada mereka". Berlainan sungguh konsep jihad "Amanat Hadi Awang" dengan konsep "Fi Sabilillah" Agama Islam. Doktrin PAS menyeru agar akar umbinya dan pemimpin-pemimpinnya terus memerangi parti UMNO dan orang UMNO kerana itu jihad sedangkan parti UMNO dan orang UMNO tidak pernah menduakan Allah [SWT] mahupun memurtadkan diri mereka iaitu keluar dari Islam. Persoalanya adakah jihad dalam "Amanat Hadi Awang" itu "jihad ingin membalas dendam kesumat yang terbuku di dalam hati setiap pemimpin-pemimpim Doktrin PAS terhadap parti UMNO dan orang UMNO"?????

Akhir sekali kita tidak payah masuk Buddha, Hindu, Kristian tapi kita menjadi kafir apabila mengamalkan politik suku dan agama suku. Kita tidak ingin menyelami perkara ini begitu mendalam kerana Islam itu adalah agama syumul iaitu merangkumi semua. Agama Islam itu memberikan kita satu kelebihan dalam melaksanakan "amal makruf nahi mungkar". Tetapi meletakkan kekafiran kepada orang Islam lain hanya kerana "Amanat Hadi Awang" mengatakan menjadi kafir apabila mengamalkan politik suku dan agama suku adalah suatu yang mengelirukan umat Melayu dan Islam di Malaysia.


Rentetan dari situ, para penyokong Doktrin PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya. Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin Doktrin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.

Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut Doktrin PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin Doktrin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu. Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan?????

Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak?????

Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut Doktrin PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian. Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain, para pemimpin UMNO, ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam.

"Bezanya antara UMNO dan Doktrin PAS ialah, UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam". Manakala "Doktrin PAS pula, mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi" pemimpin-pemimpin Doktrin PAS.

Oleh kerana "kepentingan politik" Doktrin PAS dalam Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam  itulah walaupun kalimah Allah s.w.t dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian, Mursyidul Am Doktrin PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.

UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara. Dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden Doktrin PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri. Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981, beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah, sekular dan kafir.

Jika benar UMNO mengamalkan fahaman “politik suku agama suku” sebagaimana dipropagandakan oleh Doktrin PAS, nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara. Dalam hal “politik suku agama suku” para pengikut Doktrin PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.

Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak, Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am Doktrin PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama? Begitu juga apabila Naib Presiden Doktrin PAS, Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik, bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik?

Malah Ketua Dewan Ulama Doktrin PAS, Haron Taib juga pernah dengan lagak egonya mempersoalkan campurtangan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan berikutan teguran mereka berdua berhubung kesesatan Amanat Hadi. Kesemua tingkah laku pemimpin-pemimpin Doktrin PAS itu segalanya menjurus kepada “politik suku agama suku”. Bukan begitu?
Sekali lagi Doktrin PAS terpaksa tunduk kepada gesaan Doktrin DAP. Walaupun golongan agamawan dalam Doktrin PAS menolak gesaan Si Tokong Lim Dynasty tapi Mat Sabu tetap kata Doktrin PAS senada dengan Doktrin DAP bahawa orang Kristian boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam Kitan Injil versi bahasa Melayu. Gesaan ini di sokong pula oleh Mujahid Yusuf Rawa dalam ceramahnya "kenapa org Kristian tidak boleh menggunakan perkataan "Allah" tiada masalah besar".


 

Arena politik Malaysia di kejutkan pula dengan permainan "wayang opera" Doktrin DAP yang mengatakan bahawa telah terdapat kesilapan dalam pengiraan undi calon-calon menduduki pucuk pemilihan CEC Doktrin DAP tempoh hari. Kenapa selepas 3 minggu baru nak kata terdapat "permasalahan pengiraan atau masalah teknikal". Adakah sokongan terahadap Doktrin DAP semakin merosot maka Si Tokong Lim Dynasty kata Doktrin DAP mesti menunjukkan kebenarannya kepada rakyat.

Selepas tiga (3) minggu terdapat lebihan kepada undian Zairil (S/U Politik Si Tokong Lim Dynasty). Inilah keajaiban yang di cipta oleh Doktrin DAP. Sebelum ini Doktrin DAP lantang menyerlar SPR dengan mengaakan SPR tidak adil, tidak beretika, tidak amanah, tidak bermoral dan selewengkan "undi" dengan mengamalkan "undi hantu" tetapi Doktrin DAP undi sekecil pemilihan CEC pun tidak dapat hendak di atasi inikan pula nak "play the balme game" terhadap SPR. Cemuhan Doktrin DAP terhadap SPR sudah terkena kepada batang hidung sendiri. Sebelum ini terkena pasal undi Melayu yang mana org Melayu dalam Doktrin DAP di pinggirkan tetapi Doktrin DAP terutamnya Si Tokong Lim Dynasty hanya anggap itu mainan politik UMNO/Barisan Nasional sahaja. Selepas pemilihan CEC kenyataan Doktrin DAP rasis, anti Melayu dan anti Islam memang terserlah dan menjadi nyata. Ianya telah membuka mata org Melayu dan Islam bahawa sesungguhnya Doktrin DAP itu adalah petualang untuk menghancurkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.



Sikap Chauvinis Doktrin DAP

 Mengapa selepas di hemtan atas bawah dan kiri kanan baru nak kata terdapat permasalahan tersebut, iaitu setelah 3 minggu. Adakah Doktrin DAP cuba menutup kelemahannya atau cuba untuk memancing undi org Melayu. Keikhlasan Doktrin DAP ini sentiasa di ragui oleh umat Melayu dan Islam sejak dari peristiwa 13 Mei, 1969. Doktrin DAP memang terkenal sikap chauvinis dan tagline "rasis, anti Melayu dan anti Islam". Kita rasa tagline tersebut akan kekal pada PRU 13 nanti.