Saturday, June 11, 2022

PRN Johor, PAU 2021 dan PRU 15...

PRN Johor telah menunjukkan kepada rakyat betapa kurang kesedaran para pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat dan/atau kerajaan bagi mewakili mereka dalam mentadbir dan menjalankan tugasan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ianya juga telah memberi isyarat bahawa rakyat sudah bosan dan muak dengan agenda "manifesto" pembaohongan dan kencing rakyat oleh pihak pembangkang terutamanya PH dan PN.

Sebaliknya rakyat Johor telah memberikan mandat yang besar kepada BN untuk mentadbir negeri dengan tagline #KestabilanDemiMasaDepan. BN menang dengan majoriti 2/3 Dewan Undangan Negeri Johor sebanyak 40 kerusi, PH (Dapigs 10, Amanah 1, PKR 1, Muda 1) dan PN 3. BN telah mengemukakan nama ADUN Benut sebagai MB Johor tapi DYMM Tuanku Sultan Johor mohon orang muda jadi MB. Maka Adun Benut telah mengemukakan nama Adun Machap sebagai calon MB Johor. Alhamdulillah Tunaku Sultan Johor berkenan dan Adun Machap jadi MB Johor ke 19. Tahniah.

Sekarang fokus kepada PAU 2021 pula. Momentum kemenangan PRN Melaka dan PRN Johor telah menyuntik semangat baru yang membara ke dalam sanubari ahli-ahli UMNO untuk terus menongkah samudera dengan bahtera BN untuk membadai, memecahkan dan membuang semua laluan yang tersumbat untuk di lancarkan pelayarannya. Kedengaran seruan PRU15 disegerakan dalam Perhimpunan Pemuda, Wanita dan Puteri dan ianya tidak bermaksud untuk menarik dan membelakangi PM9 tetapi kata-kata Tok Mat itu ada betulnya "kita mesti serang ketika musuh dalam keadaan lemah" seperti mana kita di serang bertubi-tubi dengan isu-isu 1MDB pada ketika sebelum PRU14 oleh PH. 

PH mengetahui amat sukar untuk menumbangkan BN yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat Malaysia tetapi pada ketika itu PH hanya ingin menonjolkan parti alternatif kepada BN untuk rakyat Malaysia dengan mengunakan hasutan dan fitnah untuk membedilkan kotak pemikiran rakyat. Akhirnya rakyat terpengaruh dan PH dalam sejarah Malaysia menang PRU14 dan menubuhkan kerajaan. Tun Mahathir di angkat sebagai PM7 dan DSWA sebagai TPM (suaminya DSAI sebagai PM in waiting). Malangnya segala-gala manifesto PH hancing dan rakyat terkena kencing yang paling kronik, akhirnya kerajaan gagalkrasi PH jatuh apabila PM7 letak jawatan dengan sendirinya.

Seterusnya "Langkah Sheraton" telah menaikkan TSMY sebagai PM8 apabila BN, PAS, PPBM (parti pecah belah Melayu & parti katak lompat) dan katak-katak lompat PKR membentuk PN. BN pula hanya menyokong PN sebagai "friendly gesture" untuk menidakkan PH dari berkuasa. UMNO/BN tidak pernah bersetuju dengan PPBM mahupun PN, malahan pada ketika itu UMNO/BN sudah ada MN. Kita ingat ikatan MN itu kuat tapi PRN Melaka adalah dugaan pertama ikatan MN yang amat rapuh. PAS masuk dalam PN menentang calon BN. Begitu juga di PRN Johor di mana PAS lebih selesa dengan PN untuk menentang UMNO/BN.

Dalam PAU, permasalahan MN itu telah dinyatakan dengan lantangnya bahawa UMNO tidak akan bersama dengan parti yang suka main banyak kolam, parti yang ingin mengkhianati kawan, tikan belakang kawan dan parti yang ingin membunoh UMNO/BN samada dari dalam mahupun dari luar. Maka MN hanya tinggal nama walaupun masih belum berkubur tapi sayang seribu kali sayang PAS tidak ingin penyatuan ummah itu tapi lebih kepada "untuk meluaskan kuasa dan idealogi PAS" seperti mana PAS dalam BN di kala PERIKATAN (kapal layar) dahulu. Pada ketika itu PAS lebih pentingkan untuk meluaskan kuasa dan menubuhkan cawangan-cawangan di setiap tempat UMNO ada. Akhirnya UMNO/BN tendang PAS keluar kerana degil dengan "agenda meluaskan kuasa dan idealogi PAS". Ingat PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS.

Apabila UMNO melaungkan seruan disegerakan PRU15 banyak pemimpin2 parti pembangkang mula mengeluarkan kenyataan berbau seolah-olah tak mahu PRU15 di adakan dalam masa terdekat kerana mereka tahu "keadaan mereka di mata rakyat amat rendah sekali" dan "gabungan mereka agak rapuh" serta "kecelaruan dalam agenda pembaharuan yang ingin di bawa" sudah tidak boleh memgigit hati rakyat. Maka keluar kenyataan bahawa 6 negeri tidak akan membubarkan DUN mereka, PAS mengeluarkan kenyataan Kedah, Teganu dan Kelate tidak akan di bubarkan DUNnya. Kenapa parti-parti yang ingin melawan UMNO/BN takut untuk memulangkan mandat kepada rakyat?

Kita mesti ingat bahawa kedudukan antara kerajaan dan pembangkang dalam Dewan Rakyat amat tipis sekali. Sekarang Dewan Rakyat tidak banyak berpolitik kerana ada MOU dengan Pembangkang tetapi selepas Julai, 2022 nanti tiada siapa yang tahu apa akan berlaku. Pada mengamatan kita UMNO/BN perlu bersiap sedia untuk PRU15 kerana ianya boleh di tekan butangnya pada bila-bila masa. Permasalahanya kerajaan sekarang di anggotai oleh pelbagai parti terutamanya BN dan PN tapi perlukah BN memohon kepada PN untuk membubarkan Parlimen ataupun pembubaran tersebut boleh di laksanakan atas nasihat PM kepada Agong dan seterusnya Agong akan tandatangani dekri pembuburan Parlimen bagi membolehkan PRU15.

Sekiranya PRN Johor boleh di adakan tanda sebarang kluster PRN Johor dan sekiranya jangkitan tersebut datang dari kalangan penduduk yang bergelaja seperti demam, selsema, batuk maka SOPnya ialah kuarantine dalam rumah sahaja selama berberapa hari kemudian sudah tidak bergejala. Kita mesti ingat PRN Johor itu berlaku apabila DYMM Tuanku Sultan Johor berkenan tandatangan dekri pembuburan DUN Johor atas nasihat MB Johor. Maka precedent tersebut boleh digunakan pakai di peringkat Persekutuan yang mana sekiranya Agong bersetuju untuk tandatangan dekri pembuburan tersebut setelah di nasihati oleh PM9, maka PRU15 dalam masa 60 mesti di adakan.

Kita akan tertarik dengan kata-kata Presiden UMNO bahawa "kita bukan mahu menidakkan hak-hak PM9 dan Agong dalam perkara pembuburan tersebut" tapi kita mahu ianya berlaku apabila kita sedang mendapat angin yang akan kencang untuk melayari bahtera dalam samudera yang penuh bergelora. Permasalahan dalam UMNO mengenai persoalan pemilihan parti juga telah di selesaikan dalam PAU 2021 apabila majoriti ahli-ahli UMNO setuju pemilihan UMNO di tunda kepada selepas PRU15. Adakah gesaan PRU15 ada kaitan dengan kes-kes DSN dan DSZH? Pada kita ianya tiada kaitan langsung kerana kuasa Kehakiman dan Eksekutif memang telah di pisahkan melainkan terdapat campurtangan politik seperti zaman PH di mana lantikkan AG di berikan kepada peguambela Lim Guan Eng dan SPRM di berikan kepada orang kuat DSAI PKR, Latipah Koyak Kutty. Pendakwaan Lim Guan Eng dalam kes Terowong rasuah 10% itu pun boleh di gugurkan inikan pula kes-kes lain yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin PH habis di buangnya. Ini sungguh memalukan dan mencemarkan badan AG itu sendiri yang selama ini amat di geruni oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin. 

Berbalik kepada kes DSN dan DSZH biarlah mereka membela diri untuk membersihkan nama dan diri mereka sendiri dan sekiranya di dapati bersalah juga sehingga ke Mahkamah Persekutuan, maka rakyat mesti menerimanya dengan hati terbuka. Penglibatan mereka dalam politik UMNO akan terhenti dan pemimpin-pemimpin lain akan mengambilalih tampuk tertinggi dalam UMNO. Persoalannya siapakah calon-calon tersebut. Pada kita calon utama ialah Tok Mat dan Tok Mail Sabri dan Tok Kaled. Tok Det kena tunjukkan keupayaannya untuk menawan semula Kedah kerana di Kedah kita nampak DSJB dan DSA Baling yang paling power yang boleh menambat hati rakyat Kedah. Pemimpin ini boleh datang dan pergi tapi aura pemimpin tertentu itu yang membuat rakyat ternanti-nanti kemunculannya. PH dulu ada DSAI, Rafizi (tapi kaki kencing dan kaki hasut tak kira bohong, fitnah janji menang), Tun, TSMY, Kit SIang dan Guan Eng. Malangnya aura itu sudah hilang apabila PRN Melaka, Sarawak dan Johor telah menelan mereka bulat-bulat. Ini amat berbeda dengan aura DSN yang sentiasa di nanti-nantikan oleh rakyat. Kenapa ianya terjadi.

Semasa DSN jadi PM6, beliau adalah orang yang paling dibenci oleh rakyat dan paling di caci, dihina, dimaki dan di perkartunkan oleh pelbagai pihak. Akibat dari kebencian dan kehinaan tersebut, PH telah menjaya menghasut dan menfitnah DSN sehingga tumbang pemerintahan BN selama 60 tahun di Malaysia. Masa itu semua rakyat terkejut dan penyokong-penyokong PH gembira. Mereke telah memeriahkan kejayaan PH dengan berjoget di jalanan dan kawalan ketat di sekeliling Putrajaya terutamanya di JPM ataupun PMO sekarang. Semua laluan keluar masuk di sempadan di tutup dan begitu juga di lapangan terbang dan laluan air. Ph takut DSN lari dan pada malannya kediaman DSN di geladah oleh PDRM dan SPRM mula menyoal DSN dan isteri dengan pelbagai tuduhan. Bila di kenangkan masa itu, betapa buruknya BN dan betapa cantiknya PH tetapi rupanya rakyat keseluruhanya "mimpi di siang hari". PH mengencing rakyat saban hari, ekonomi teruk, pelabur asing lari, projek-projek mega di batalkan dan harta-harta GLC banyak di lupuskan kepada kroni-kroni. Inilah titik hitam dalam pemerintahan PH di Malaysia yang di ketuai oleh Tun (Dapigs, PKR, PPBM, Amanah).

Maka rakyat mencari jalan keluar dari kebokbrokkan dan kecelakaan yang di bawa oleh PH dan PN. Maka wujudkan tagline #maluapaBOSSKU. Semakin lama ianya terus menjadi tagline #BOSSKU. Ke mana sahaja BOSSKU pergi pasti akan ada rakyat mengerumi dan ingin selfie dengan BOSSKU dan rindu zaman BOSSKU, mohon maaf BOSSKU dan macam-macam kerenah rakyat apabila BOSSKU berkunjung ke kawasan mereka. Ini dapat di lihat dalam PRN Melaka dan Johor. Aura BOSSKU memang jelas memainkan peranan penting dalam kemenangan UMNO/BN sehinggakan pelbagai pemimpin-pemimpin besar PH, Dapigs, PPBM, PAS dan Pejuang gagal untuk mematahkan semangat rakyat untuk datang mendengar ceramah dan menyantuni BOSSKU. Walaupun BOSSKU di gelar dengan pelbagai gelaran tapi kempen BOSSKU tetap berjalan untuk memberitahu rakyat betapa bokbroknya PH dan PN sekiranya mereka dapat mentadbir Melaka dan Johor.

Keputusan PRN Johor telah menunjukkan betapa rakyat perlukan kerajaan yang stabil dan berwawasan bukannya kerajaan "politic aiming to destroy the economic, political stability dan the well being of the people". Desas-desus bahawa PRU15 akan di adakan semakin kencang bertiup dan asakan untuk pembentangan "Akta Lompat Parti" pun semakin kuat di palu. Parti terbaru "Parti Bangsa Malaysia" iaitu parti pelbagai kaum telah mendapat suntikan baru apabila "YB Ampang" melompat kali ketiga. Sebelum ini dari PKR kepada PPBM dan terakhir kepada PBM. Perjalanan politik YB Ampang penuh dengan "warna pembohongan dan fitnah" sekarang beliau cuba membawa PBM untuk masuk ke dalam BN pula. Pada hikmat kita BN tidak perlukan parti yang di tubuhkan oleh YB-YB melompat kerana ianya akan menyukarkan BN untuk membuat keputusan yang tepat demi untuk memajukan negara dan kesejahteraan rakyat.

Sekarang kita tunggu YAB PM Tok Mail Bera tekan loceng PRU15. Walaupun begitu terdapat angin bertiup dari Pagoh yang mengatakan bahawa YB Pagoh cuba untuk mengheret Parlimen sekali lagi masuk ke dalam kancah "peralihan jawatan PM" kepada beliau dengan mengumpul YB-YB Parlimen untuk menumbangkan kerajaan Tok Mail Bera. Ada juga desas-desus bahawa mantan PM iaitu Pengerusi Pejuang ingin menutup parti Pejuang kerana pencapaian buruknya dalam PRN Johor dan kemungkinan Pejuang akan di tolak terus oleh rakyat dalam PRU15 akan datang adalah satu perkara yang tidak boleh di perlekehkan. Rakyat sudah meluat dengan menyampah dengan "temberang dan cakap tak serupa bikin" mantan PM 22 tahun dan 22 bulan itu. PM penanti juga semakin jauh dengan rakyat walaupun aura dan egoistiknya untuk menjadi PM semakin menebal lebih-lebih lagi "Raja fitnah dan pembohongan" sudah kembali menjadi Timbalan Presiden PKR sekarang. Adakah PKR akan di angkat semula oleh rakyat dengan pemilihan "Rafizi" sebagai Timbalan Presiden, hanya waktu dan keadaan semasa sahaja yang akan menentukannya. Perlu diingat bahawa hanya 12% sahaja ahli-ahli PKR yang keluar untuk membuang undi semasa pemilihan PKR baru-baru ini. Ini sesuatu yang memeranjatkan dengan slogan "reformasi" nampaknya PKR semakin tenggelam di bawah arus deras politik Malaysia.

PAS pula semakin hanyut dengan "politik itiknya" sekejap "A" sekejap "B". Matlamatnya untuk menwujudkan "Hudud" lebur dan negara Islam punah kerana "jawatan, kuasa dan kekayaan". Rakyat sedang memerhatikan PAS secara sinis akibat daripada agenda yang tidak masuk akal dan tidak menampakkan "kemajuan" yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat. Apa yang PAS lakukan ialah bertempek kepada parti yang boleh menguntungkan PAS untuk mendapatkan "kuasa, jawatan dan kekayaan" selain daripada itu biar parti lain yang yang memikirkan dan buat untuk negara dan rakyat. PAS tiada agenda untuk negara dan rakyat. PAS itu bukan Islam dan Islam itu bukan PAS. Islam tidak pernah datang dari PAS dan PAS juga tidak pernah menyebarkan Islam seperti mana Islam itu tersebar di seluruh dunia. Sekiranya kita ambil konteks Malaysia, PAS tiada asas kukuh dalam penyebaran Islam itu melainkan penyebaran dakwah "Khawarij" sahaja iaitu PAS sahaja yang Islam orang yang bukan anggota PAS adalah kafir. Itulah yang terjadi kepada permasalahan dan perpecahan umat Islam di Malaysia yang di akibatkan oleh PAS.

Sekarang kita nanti loceng berbunyi.......😅😅😅😅😅😅😅😅