PRN di enam (6) negeri memperlihatkan betapa taksubnya orang Melayu untuk berkuasa dan menjadikan medan politik sebagai agen untuk mengaut kuasa dan kedudukan. Kedudukan kerajaan Persekutuan sekarang adalah cerminan kerajaan perpaduan antara parti politik. Kemudian dalam PRN cerminan itu diwujudkan untuk mencorakkan kepimpinan yang jitu bagi mengepalai pentadbiran negeri sekiranya PH-BN menang kelak.
Malangnya di satu pihak pula sanggup bergolok bergadai maruah politik bagi mencapai cita-cita untuk berkuasa. Itulah sebabnya dalam politik tiada ertikata sahabat dan/atau lawan selama-lamanya. Tiba-tiba Tun M muncul di dalam ceramah perdana PAS di Kota Bahru baru-baru ini. KIta tidak terkejut mahupun pelik akan tindak tanduk Tun M yang agak aggresif terhadap kepimpinan DSAI dan DSZH. Kedua-dua pemimpin tersebut masih di anggap sebagai "burung yang perlu di matikan" bagi menghidupkan "perpaduan Melayu" yang sebelum ini telah di pecahkan oleh Tun M sendiri.
Kita mesti ingat sejarah politik Tun M dengan PAS di Kelantan, sejarah politik Tun M dalam UMNO dan sesudah meninggalkan UMNO. Siapa yang menubuhkan PPBM (Bersatu) untuk lawan UMNO dan kemudian tubuhkan Pejuang untuk lawan UMNO dan Bersatu pula. Semuanya berpunca daripada Tun M sendiri. Dalam ertikata lain Tun M adalah "BAPA PERPECAHAN" orang Melayu. Sekarang begabung pula dengan "BAPA PERPECAHAN ORANG ISLAM" iaitu PAS. Maka sudah jadilah "JEMBALANG PERPECAHAN MELAYU dan ISLAM".
Kita tidak perlu bicarakan istilah dan slogan PAS dalam setiap PRU dan PRN. Ianya adalah sama "tunggang agama untuk berkuasa". Adakah corak kepimpinan PAS itu bergitu jitu dengan pembangunan dan ekonomi negeri di bawah pertadbiranya melonjak sehinggakan melebihi pencapaian pembangunan dan ekonomi kerajaan pusat? KIta telah ulang beberapa kali mengenai isu PAS dengan Islam ini, ianya adalah satu idealogi yang tidak berpaksikan kepada Islam yang di anuti oleh kita di bawah payung syahadah iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Sebelum ini UMNO telah di kafirkan, Tun M sudah lama kafir tapi sekarang apabila berceramah di pentas PAS, maka Tun M telah di Islamkan oleh PAS (disucikan oleh PAS) sebab nak menang PRN Kelate.
Annuar Musa yang di sucikan oleh PAS tanpa segan silu mengeluarkan ungkapan menyatakan orang Kelate mesti "haramkan tangan undi selain PAS". Apakah maknanya? Sebelum ini PAS pernah juga berkawan dan bercium dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Maka apakah pada ketika itu halal tangan orang Kelate undi PR walaupun ada DAP tetapi sekarang "haram tangan orang Kelate pangkah BN" kerana BN duduk dalam kerajaan perpaduan PH yang ada DAP. PAS memang pandai tunggang bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersetujui dan/atau di pecat daripada UMNO untuk kepentingan politik dan kuasa PAS di Kelate. Siapa tak takut hilang kuasa, pangkat dan imbuhan. Tanya kepada para pemimpin terutama yang sudah pernah pegang jawatan dan/atau berjawatan, maka pasti mereka inginkan kekalkan jawatan, pangkat dan imbuhan tersebut.
Maka dalam kempen-kempen politik untuk PRN kelak, pasti kita akan mendengar "kafir mengkafir", caci maki, hasutan, fitnah dan sebagainya dalam setiap ceramah politik dan di Selangor perkara itu telah di bentangkan dalam Khutbah Jumaat di setiap masjid atas perintah DYMM Sultan Selangor. Maka kita sebagai rakyat yang akan memangkah (X) mestilah memberikan undi kepada pemimpin yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, membangunkan kawasan sekitar, meningkatkan taraf ekonomi setempat dan yang mempunyai idea serta visi ke hadapan bukannya tunggang agama dan omong-omong kosong sahaja.
Kita sudah ketinggalan lima (5) tahun kebelakang jika dibandingkan dengan rakan-rakan ASEAN yang lain terutama selepas PRU 14. Kita sepatutnya memberikan masa kepada kerajaan perpaduan untuk melonjakkan semula pembangunan dan ekonomi negara, soal Raja formula itu tolak tepi (memang tak boleh di pakai cakap-cakapnya). Kita berikan peluang kepada kepimpinan DSAI untuk membuktikan apa yang di janjikan. Sekiranya tiada, maka dalam PRU16 nanti kita ubah kepada parti-parti yang boleh mengubah Malaysia kembali sebagai negara membangun dengan ekonomi mantap dan rakyat hidup aman, makmur dan sejahtera.
Kita dan semua rakyat Malaysia inginkan keamanan, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan. Tanpa perkara-perkara tersebut kita tidak boleh maju ke hadapan dan kita akan ketinggalan di takok lama tanpa sebarang perubahan. Inilah yang terjadi di Kelate jika di bandingkan dengan negeri pantai timur lain iaitu Teganu dan Pahang, macam langit dan bumi. Pembangunan dan ekonomi rancak di Teganu dan Pahang tetapi di Kelate agak malap kerana idealisma kepimpinan kerajaan Kelate adalah bertunjangkan Islam PAS yang bersifat "khawarij".
Kita jangan jadi cacamarba dalam berpolitik sehingga mengundang perpecahan yang amat ketara di kalangan orang Melayu dan Islam. Kita mesti berpaksikan kepada selagi pemimpin itu Islam dan tidak membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW) maka kita mesti memilih pemimpin tersebut termasuklah mesti ada sifat amanah, bertanggungjawab, ada visi, idea untuk memajukan kawasan sekitar dan meningkatkan ekonomi setempat (ini akan diterjemahkan dan/atau diketahui setelah pemimpin itu diangkat).
Kita Melayu dan Islam nampak banyak tetapi bila berpolitik nampak sangat "perpecahan kek politik tersebut". Inilah angkara jembalang politik iaitu PAS dan Tun M yang telah menanamkan benih politik perpecahan tersebut lebih 60 tahun ke dalam sanubari orang-orang Melayu dan Islam. Persoalannya adakah generasi XYZ sekarang masih terikut-ikut dengan politik taksub PAS dan Tun M untuk mendapatkan kuasa dan pangkat? Zaman internet dan "information" di hujung jari, kita mesti mengunakan akal fikiran dan membuat analisa sendiri ke atas sesuatu perkara dengan lebih realistik samada ianya bertepatan dengan kaedah semasa dan/atau sudah ketinggalan zaman.
Politik cacamarba, hasutan, caci maki, taksuban terhadap pemimpin dan idealismanya mesti di kerat daripada minda kita. Fokus mesti di beri kepada apakah agenda parti-parti untuk masa depan kita dan/atau anak-anak kita di kemudian hari. Pembangkang terutama PN cakap harga barang semua naik tetapi masih PN memerintahpun harga barangan naik juga, begitu juga nilai matawang ringgit terdapat susut nilai, ekonomi merudum, hutang mencecah 1 trillion. Kita sudah merasa pemerintahan BN, PN, PH dan sekarang PH-BN, cuma di empat (4) negeri sahaja lain iaitu PN/PAS (Kelate, Teganu, Kedah dan Perlis). Johor, Melaka, N9, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Penang dan Pahang sahaja yang berpaksikan Kerajaan Perpaduan.
Sekarang rakyat di berikan peluang untuk memilih parti-parti mana yang boleh memberikan masa depan yang lebih cerah jika di bandingkan dengan parti pemerintah yang sedia ada. Kekal status quo dan/atau ubah...
No comments:
Post a Comment