Tuesday, November 29, 2011

Presiden PAS kata Malaysia makin mundur dalam amalan demokrasi...Kita percaya kenyataan Presiden PAS adalah ikut sedar perutnya sahaja kerana pada beliau demokrasi PAS, PKR dan biaDAP sahaja yg betul demokrasi UMNO/BN itu salah...kalo ikut demokrasi barat kita tengok Perancis, Bapa Demokrasi tapi mengapa halang org Islam pakai Hijab...kita di Malaysia org nak pakai ala Ninja tiada siapa yg menghalang atau membantah...di USA mengapa nak di bakar Al-Quran kalo betul2 demokrasi dan faham akan hak asasi manusia beragama...Itulah wahai Presiden PAS kalo nak citer pasal demokrasi jangan buat banyak demo parlimen, keluar Parlimen bila tak setuju nampak sangat ketidak demokrasian kita, jangan buat demo jalanan utk tuntut pilihanraya BERSIH...agenda sebenarnya adalah utk mengoncang kerajaan UMNO/BN supaya tunduk kpd PAS, PKR dan biaDAP...Rakyat Malaysia sudah matang sekarang...kerajaan UMNO/BN selari dgn kematangan rakyat Malaysia dgn membatalkan RUU Darurat, ISA, AUKU dan membentangkan RUU Perhimpunan Awam 2011...Inilah contoh keikhlasan kerajaan UMNO/BN dalam memenuhi tuntutan semasa dan peredaran zaman yg memerlukan transfomasi minda dan tindak tanduk selari dgn kematangan negara dan rakyat Malaysia...




 
















KUALA LUMPUR, 29 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kesal dengan kegagalan Kerajaan Umno BN menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat majmuk di negara ini mengenai konsep keadilan dalam Islam [UMNO/BN telah menunjukkan contoh yg baik dalam menerajui negara dgn berkongsi kuasa yg mana tiada siapa pon di ketepi dr arus pembangunan. Walaupun Islam di angkat sebagai agama rasmi tapi agama2 lain di benarkan utk dipraktikkan di Malaysia. Bukankah itu satu petanda konsep keadilan dalam Islam yg di jamin dalam Perlembagaan Malaysia].

Abdul Hadi sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman sebelum ia diluluskan petang tadi berkata, kerajaan di negara Barat sendiri melakukan pembaharuan dalam demokrasi selepas merujuk kitab feqah dalam Islam.

Sebaliknya beliau berkata, Malaysia yang mendakwa sebuah negara Islam semakin mundur dalam amalan demokrasi [Ini pandangan Presiden PAS yg kureng bijaksana kerana bulatan PAS telah memadamkan penglihatan dan pemikirannya yg rasioanal. Sebaliknya timbul kenyataan yg di selaputi oleh fitnah dan pembohongan yg tidak nampak betapa kayanya demokrasi dalam sistem pemerintahan di bawah UMNO/BN sekarang].

"Di negara barat perubahan demokrasi purba ke demokrasi moden dilakukan daripada kajian orientalis daripada kitab-kitab feqah Islam.

"Mengapa kita yang menganut Islam yang memimpin kerajaan, dan Umno sebagai tulang belakang (kerajaan) tak boleh tunjukkan contoh yang baik dalam masyarakat majmuk," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang [Kita nak tanya contoh yg bagaimana yg dikatakan baik dalam masyarakat majmuk, wahai Presiden PAS? Adakah apa yg PAS adakan dan perjuangkan itu contoh yg baik dalam masyarakat majmuk? Adakah dgn membawa slogan PAS For All sudah cukup atau adakah dgn menerima kaum-kaum lain dalam PAS sudah diterjemahkan bahawa PAS sudah menjadi contoh yg baik kpd masyarakat majmuk?].

Menurut Abdul Hadi, kerajaan meninggalkan konsep "mendengar sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap rakyat" seperti yang diajar dalam Islam, menyebabkan kerajaan sesuka hari meminda undang-undang yang mencengkam kebebasan rakyat [Kerajaan pindaan dan buat perubahan dalam RUU Perhimpunan Aman 2011 adalah kerana memndengar denyutan nadi dan suara rakyat, maka pindaan dan perubahan perlu di buat bagi mengemas kinikan RUU tersebut agar ianya nampak lebih komprehensif dan jitu. Adakah Presiden PAS ingin mengatakan bahawa kerajaan sepatutnya membatalkan sahaja RUU tersebut bagi memberikan rakyat pilihan utk mengadakan demo di mana-mana sahaja?].

"Dalam Islam ada budaya memberontak iaitu mengangkat senjata menentang kerajaan, itupun ditangani dengan baik dalam Islam.

"Mengikut Islam, kerajaan akan dengar aduan mereka. Kalau aduan mereka benar, kerajaan yang salah, kerajaan wajib ikut. Sekiranya aduan mereka salah, mereka degil, barulah kerajaan boleh bertindak. Konsep ini kita tinggalkan khususnya dalam negara aman [Kita ambil contoh demo AMBIGA BERSIH. Kerajaan telah berulang kali cakap jangan demo tapi PAS, PKR dan  biaDAP tetap degil dan biadap hendak juga mengadakan demo bagi mengembalikan suara rakyat menentang kerajaan. Kemudian kerajaan memberikan kelonggaran, okaylah boleh demo tapi dalam stadium. Biasalah PAS, PKR dan biaDAP terus degil dan keras kebiadapannya maka jadilah demo AMBIGA BERSIH. Mujur kita ada PDRM yg cekap kalo nak di bandingkan dgn demo di kota London, hancur lebur Kuala Lumpur pada ketika itu. Siapa yg rugi, siapa yg merana dan siapa yg sengsara? Adakah Presiden PAS melihat itu atau sengaja memutar belitkan fakta dan kebenaran yg luas terbentang kerana malu utk mengaku akan kesilapan yg telah PAS, PKR dan biaDAP lakukan?]

"Saya harap kerajaan jangan salah guna kuasa majoriti yang ada pada mereka tetapi mestilah lebih berhemah dalam meminda sebarang undang-undang," katanya.

Tambahnya, RUU Perhimpunan Aman menujukkan kerajaan bertindak sebelum terjadinya perhimpunan aman sedangkan rakyat berhak menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam sesuatu isu melibatkan kerajaan.

"Rang undang-undang ini terdapat kemungkinan sebelum apa-apa tunjuk perasaan sudah bertindak. Belum melihat sudah bertindak, tak diberi kebenaran.

"Setelah ada tunjuk perasaan boleh berlaku provokasi. Provokasi bukan daripada penunjuk perasaan tapi dari pihak lain. Maka berlakulah tindakan kerajaa yang zalim," katanya sambil menyifatkan RUU itu jauh terkebelakang dalam sistem demokrasi [Adakah PDRM yg memprovokasi demo AMBIGA BERSIH, sehinggakan ada yg mati dan ada yg berlagak mati, ada yg patah kaki, ada yg terluka. Adakah PDRM melakukan provokasi itu atau pendemo2 AMBIGA BERSIH yg berlakon setelah diri sendiri di gunakan utk melakonkan demo yg penuh dgn kepalsuan dan cita-cita tinggi yg tidak dapat di manfaatkan akibat dr kegagalan rakyat Malaysia secara keseluruhannya gagal mengambil bahagian dalam demo AMBIGA BERSIH].

Sementara itu, RUU tersebut berjaya diluluskan dengan undi suara selepas dibahaskan kira-kira empat jam oleh enam wakil BN dan Pakatan.

Tuesday, November 22, 2011

KEBANGKITAN BOLASEPAK DI MALAYSIA...


HARIMAU MALAYA

Barisan Harimau Muda yang merentap keegoan pasukan bola sepak Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, kelmarin. – utusan/Izham Jaafar



MEREKA tidak menghormati kamu, mereka tak hormat bendera kita, mereka tak hormat Raja kita dan mereka tak hormat ibu bapa kita. Kalau kamu benarkan ini terjadi, maka kamu adalah pengecut. Kamu sebagai rakyat Malaysia mesti ajar mereka.

Kita berjaya tewaskan mereka bukan sekali tapi dua kali di hadapan penyokong fanatik mereka. Kita tunjukkan pada mereka macam mana nak lakukannya.