Tuesday, August 16, 2011

Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul, dakwa Hadi Awang...Nampaknya Presiden PAS ini gagal melihat bagaimana UMNO telah berjaya meletakkan Malaysia sebaris dgn negara-negara membangun lain di dunia dan demokrasi serta Perlembagaan Malaysia sentiasa di patuhi oleh UMNO yg menyebabkan PAS terasa akan kekurangan mereka dalam menghadapi UMNO di masa PRU 13 nanti. Sekiranya tidak ada kegusaran mengapa tagline "Negara Islam" di tukar kepada "Negara Kebajikan". Kata Hadi "Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita". Bila Presiden PAS kata begitu makna PAS sudah membuka pekungnya sendiri bahawa dalam pendirian mereka utk melaksanakan "Negara Islam" mereka telah gagal utk melaksanakan kesejahteraan spiritula dan akhlak serta pembangunan rohani yg di hubungkan dgn agama apabila Kelantan yg telah di perintah selama 20 tahun gagal utk di tonjolkan sebagai "Negara Islam" contoh baik dari segi kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani kerana segala corak dan urus tadbir Kelantan seolah-olah melihatkan bagaimana kesejahteraan spiritual dan ahklak serta pembangunan rohani tidak diterapkan kepada rakyat Kelantan melainkan doktrin perjuangan PAS yg banyak di canang ke hulu dan ke hilir di Kelantan agar rakyat Kelantan hanya tahu bahawa PAS sahaja yg boleh memerintah Kelantan...Kita sedih dgn lontaran dan kecaman Presiden PAS itu seolah-olah cuba menidakkan kerja-kerja baik UMNO selama ini terhadap rakyat dan negara Malaysia. Rakyat semua sudah tahu di mana sebenarnya kedudukan PAS dan rakyat juga sudah muak dan jelak dgn cakap-cakap bunga-bunga PAS yg tidak mendatangkan apa-apa untung dan perubahan kepada kehidupan mereka. Sebaliknya rakyat terpaksa menanggung beban akibat kegagalan pemimpin-pemimpin dalam menanggani isu-isu yg membabitkan umat Melayu dan Islam. Kepada siapa rakyat nak mengadu kalau bukan kpd UMNO. PAS sudah tahu akan malapetaka yg akan menimpa mereka pada PRU13 nanti tetapi masih ingin bermain-main dgn kata-kata bunga agar rakyat dapat berbalik kpd PAS bagi menyelamatkan umat Melayu, Islam dan Malaysia. Inilah yg kita gelar cakap sahaja berdegar-degar tapi tahi bergelumang di lubang dubur. Rakyat bukan nak cerita dongeng tetapi nak realiti...





KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tambah beliau “Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”

Kata Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.

“PAS wajib menyelamatkan negara supaya kembali kepada asasnya yang tepat mengikut penafsiran Islam yang sebenar dengan persefahaman yang adil bersama pihak lain,” katanya.

Hadi memilih tema “Membangun Negara Berkebajikan” dalam ucapan dasarnya pada muktamar parti itu Jun lalu. Ia lanjutan daripada tema manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pemimpin Umno-BN mengkritik pendekatan itu sambil mendakwa PAS sudah mengabaikan agenda negara Islam.

Buku ini dikeluarkan sebagai saluran menjawab kritikan itu.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN juga mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,” katanya.

Menurut Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.

“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.

“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,” katanya.

Tambah beliau, PAS bersedia berbincang secara ilmu dan tanggungjawab dengan semua pihak bagi kepentingan rakyat dan negara.

No comments:

Post a Comment