Thursday, March 17, 2011

Kit Siang calls for unconditional bible release...[the books in Port Klang be stamped with a Home Ministry disclaimer stating “For Christians Only” and that each copy carry a serial number]..Adakah ini "religious bigotry" atau "two unreasonable and unacceptable conditions"...Si Kit Siang kata "they smack of discrimination at its worst and will expose Malaysia to international ridicule, scorn and condemnation"...Bila kita lihat apa yg di laksanakan oleh KDN adalah bertepatan dgn status Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan agama lain boleh di amalkan di Malaysia di bawah Perlembagaan Malaysia. Kita anggap itu adalah peraturan-peraturan dan syarat-syarat yg mesti di patuhi oleh semua agama di Malaysia iaitu ianya mesti di cop dgn "Untuk Kegunaan Agama Kristian sahaja" dan di letakkan nombor siri spt mana di laksanakan ke atas Al-Quran yg di cop dgn "cop KDN" dan di letakkan nombor siri. Kita yg beragama Islam tidak membantah mengapa org Kristian mesti di berikan keistimewaan dalam penglabelan tersebut. Kita tahu mengapa KDN meletakkan syarat tersebut kerana di khuatiri bahawa Al-Kitab tersebut akan terlepas ke tangan org yg cetek Islamnya ataupun yg baru memeluk Islam maka apabila di lihat buku bertajuk Al-Kitab maka diingatkan bahawa Al-Kitab adalah terjemahan Kitab Al-Quran. Natijahnya jangan di polimekkan isu penglabelan oleh KDN tersebut dan jangan memaksa Menteri KDN supaya memohon maaf kerana tiada apa-apa kesalahan yg besar yg boleh menyebabkan penganut agama Kristian tidak boleh membaca dan merujuk kpd Al-Kitab utk upacara keagamaan penganut Kristian. Al-Kitab bukan di cetak dan di ubah ayat-ayatnya tetapi hanya di labelkan "For Christians Only" dan di letakkan nombor siri. Di mana pertimbangan dan kerasionalan Monyet DAP dalam mempolimekkan isu ini. Adakah pilihanraya Sarawak semakin hampir maka Monyet DAP mengambil kesempatan drp kekusutan tersebut utk meraih undi simpati penganut Kristian dgn melabelkan kerajaan tidak adil dan diskriminasi terhadap agama lain...Kita nasihatkan Monyet DAP supaya rentikan polimek ini takut nanti ianya akan menjadi perkara yg boleh mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman serta kemakmuran yg telah kita nikmati selama 53 tahun. Hanya kerana keuntungan politik maka masyrakat berbilang agama di Malaysia beramok sesama sendiri utk menuntut hak-hak mereka dalam beragama...

Lim said the Najib administration had wasted the goodwill gained from the bibles’ release. — file pic
 
KUALA LUMPUR, March 17 — DAP’s Lim Kit Siang has demanded the immediate withdrawal of the two conditions imposed for the release of the 5,100 Bahasa Malaysia bibles impounded in Port Klang, calling them discriminatory and shameful to the country.

“They smack of discrimination at its worst and will expose Malaysia to international ridicule, scorn and condemnation,” he said in a statement today.

The senior politician added that the conditions and the manner in which they were implemented were gross violations of both the prime minister’s 1 Malaysia concept and the constitutional guarantee of religious freedom.

“All attempts to impose the two unreasonable and unacceptable conditions, which make a total mockery of Najib’s inclusive 1 Malaysia policy, should stop immediately and the 35,100 copies of Alkitab in Port Klang and Kuching Port should be released without conditions whatsoever,” he said.

The Najib administration relented on Tuesday and ordered the release of the 35,100 Malay-language books detained at the two ports. It, however, insisted the books in Port Klang be stamped with a Home Ministry disclaimer stating “For Christians Only” and that each copy carry a serial number.

Both conditions have caused indignation within the Christian community and church leaders have refused to collect the books, accusing the government of religious bigotry.

Their anger was further fuelled yesterday when news reached them that Home Ministry officials had marked the books with serial numbers and stamped its official seal without prior permission.

“At 5pm today (yesterday), KDN informed Bible Society of Malaysia that they had already chopped the bibles and asked Bible Society of Malaysia to come collect the bibles,” the importer said in a statement to The Malaysian Insider yesterday.

“Bible Society of Malaysia is alarmed by the defacement of the Christian bible by non-Christians chopping it with words that the Christians have not accepted or agreed to,” it added.

Today, Lim condemned the move and said the earlier “goodwill” of the Najib administration in ordering the books’ release had dissipated within 24 hours.

“It was dissipated not only by the two unreasonable and unacceptable conditions, but the most ham-fisted way and trigger-happy manner in implementing them,” he said.

He urged for immediate intervention by Najib, predicting that the prime minister’s failure to do so would inflict severe damage on Malaysia’s image.

“The prime minister should direct that immediate action be taken to mitigate, if not to undo, the gross damage to Malaysia’s national and  international image as a model multi-religious nation where constitutional guarantees of freedom of worship is fully honoured and respected as a result of the imposition and  implementation of the two unreasonable and unacceptable conditions,” he said.

Monday, March 7, 2011

Cita-cita PAS di Johor, Pahang dan Melaka gagal....


ADAKAH KITA INGIN HANCURKAN APA YG TELAH KITA BINA SELAMA 53 TAHUN SEMATA-MATA UTK SLOGAN "JOM UBAH DAN SELAMATKAN MALAYSIA"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBl3TlT48hPigLcIp0Wcmy3JniTeCNvUq48Tfnevn2ai9fCDAcYwD_P0yk2XZ2QU6vH56MublkK74X9p6QOqnE_c0W2Ss3UM3z_8lMhE5gUOw7xOZqvgt9UrqyFMQ9g5xnan0_hOyueLk/s1600/putrajaya01.jpg
Putrajaya yg menjadi idaman Pakatanal Rakyatul Syaitan.
Mengapa Anwar, Lim Kit Siang dan Haji Hadi mengidam dan beria-ia utk menguasai Putrajaya tanpa mengira apa kos yang terpaksa di tanggung dan maruah yg terpaksa di jual dan martabat yang terpaksa di lelong, namun cita-cita utk merampas Putrajaya tidak pernah lentur drp sanubari pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS. Adakah ini kerana dendam dan sakit hati. Maka PKR, PAS dan DAP pun berpelukan dan bersalaman antara satu sama lain utk menubuhkan gabungan "PAKATANAL RAKYATUL SYAITAN". 


Kita tubuhkan parti Pakatanal Rakyatul Syaitan


Gadaikan prinsip perjuangan Islam kepada DAP demi Putrajaya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS3X4u4bnXgUBGvW4vfqNg4NQtPlLlyLlF4h4jLop2cTZyzjqD6iW76zFBr_OUpJaitijOiG0Z9CAuwcUij-yp6hvsl52Yi2T5paXnslWLbO8DM99VIE9PomS7v5yEturJzasiBehdLBtx/s400/pas-nik-aziz-bacul.png
PAS takut kepada DAP dan Anwar Ibrahim


Apakah kesudahannya kepada PAS yg berjuang bermati-matian di Galas Kelantan, di Tenang Johor, di Kerdau Pahang, di Merlimau Melaka tetapi masih gagal untuk menggantikan UMNO. PAS dgn banggakan mendabik dada apabila mempamerkan slogan "PAS akan ganti UMNO" maka undilah PAS untuk ke syurga, undi UMNO haram, kalau  tak undi PAS jahiliah dan banyak lagi fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang akan di keluarkan apabila menjelang pilihanraya semata PAS nak menang pilihanraya.

Pemimpin-pemimpin PAS akan kata sebelum pengundian bahawa UMNO dan BN telah lama memerintah tetapi berlaku zalim kepada rakyat tidak mengambil kira kebajikan rakyat dan kesusahan rakyat. Apa yg di pentingkan ialah kroninya sahaja dan mengaut keuntungan drp duit rakyat. Apabila di tanya mengapa sesetengah ahli-ahli PAS bertugas dgn kerajaan BN, jawapannya ialah itu adalah tanggungjawab pemerintah utk memberi pekerjaan kpd rakyat. Begitu juga kalau di tanya mengapa mengambil juga wang bantuan dan biasiswa serta pinjaman kerajaan BN, jawapannya ialah itu adalah tanggungjawab kerajaan utk menjaga kebajikan rakyat. Bila di tanya pula mengapa sembahyang di masjid kerajaan BN, jawapannya ialah ini adalah rumah Allah (SWT) dan sesiapa sahaja boleh datang utk mengerjakan amal ibadat dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan utk memartabatkan agama Islam di Malaysia sejajar dgn prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia.

Ini bermakna segala yg di laksanakan oleh kerajaan selama 53 tahun adalah benar dan tidak pernah kerajaan bersikap zalim dan menindas rakyat di Malaysia. Agama Islam bergerak senada dan seirama dgn kematangan Malaysia selama 53 tahun yg menyaksikan berbagai aktiviti di wujudkan bagi memartabatkan dan menyebarkan sinar agama Islam di Malaysia. Kerajaan tidak pernah menganaktirikan sesiapa dalam konteks pengiat-pengiat agama Islam ini. Malahan kerajaan sekarang telah memberi berbagai imbuhan dan ganjaran kepada pengiat-pengiat agama Islam ini. Kita lihat kelas-kelas fadu air, al-quran, tajwid dan sebagainya tumbuh seperti cendawan di merata tempat di Malaysia. Ini sudah menunjukkan satu perkembangan yg positif bahawa rakyat semakin hari semakin dekat dgn agama Islam. Ini adalah sejajar dgn slogan kerajaan 1 Ummah iaitu kita bersatu dan berpadu di bawah satu wawasan iaitu Islam tanpa mengira idealogi.

Sungguhpun begitu kesatuan dan perpaduan tersebut gagal diwujudkan kerana kedegilan dan kesombongan di kedua-dua belah pihak. UMNO dgn keMelayuan dan PAS dgn keIslamannya. Sekiranya UMNO melurutkan konsep kemelayuannya adakah PAS akan bersatu dgn UMNO. Begitu juga dgn sekiranya PAS melurutkan keislamannya adakah UMNO akan bersatu dgn PAS. Natijahnya di sini kita kena lihat iltizam dan aspirasi pemimpin-pemimpin parti UMNO dan PAS. Titik noktah utk pertemuan itu ada tetapi ianya menjadi sukar sekiranya masing-masing enggan bertolak ansur. Di Malaysia sekiranya org itu berbangsa Melayu maka sudah pasti ianya adalah beragama Islam. Ini bermakna Islam itu adalah sinonim dgn Melayu. Kita tidak boleh membuang Melayu hanya kerana Islam dan kita juga tidak boleh tolak Islam hanya kerana kita Melayu. Natijahnya kedua-dua parti UMNO dan PAS kena ambil kedua-duanya utk di jadikan asas perjuangan mereka demi agama, bangsa dan negara. Sanggupkah PAS dan UMNO melakukan transformasi itu. UMNO telah menjemput PAS utk bersatu dan berpadu tetapi PAS kata UMNO lebih kuat drp PAS maka PAS hanya akan berpadu dgn parti-parti yg setaraf dgnnya. Lagipun UMNO tolak Islam dalam perjuangannya. UMNO lebih mementingkan bangsa Melayu drp Islam. Oleh itu bukan sahaja DAP, PAS juga sanggup berkawan dengan "SYAITAN" sekalipun.
 

http://mynegeri9.net/uploads/image/risik.jpg
Hambo kawen dgn mu walaupun mu kafir dan syaitan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg48al71HeHyKLwDu2ADwWjCLY_V6SjhHh1ss3X1qF41-5ZxCZ-1W7rwDJCSo0-kXcWCqUyHMGPnAmdRG4ClJmbvozdBci6CYAS9YNe3nZgLThSXTLTfJWvB9E04pBVivZrwRY43V673oX9/s400/gambar+pakatan+celaru.jpg
Kami PAS pun takkan bangkitkan Negara Islam dan Hukum Hudud.



Mengapa gagal di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau? Adakah PAS tidak kuat seperti 2004 atau PAS sekarang lebih pentingkan impian Anwar Ibrahim dan Putrajaya drp agenda perjuangan Islamnya? Adakah berpelukan dan berpakatan dgn DAP dan PKR itu telah menyebabkan org Melayu menolak PAS? Satu ketika dahulu PAS pernah mengkafirkan org UMNO kerana berkawan dgn MCA dan MIC, begitu juga sembahyang dua iman dan buat masjid lain serta tak makan sembelihan org UMNO kerana haram sebab berkawan dgn kafir. Sekarang siapa pula yg berkawan dgn kafir yg paling di benci oleh org Melayu, iaitu DAP. Adakah ini pengajaran dan musibah yg Allah (SWT) hendak tunjukkan kepada kita bahawa PAS yg memperjuangkan Islam sanggup menggadaikan maruah Melayu dan martabat agama Islam demi kuasa dan Putrajaya. Ini bermakna PAS hanya mempergunakan Islam utk menang pilihanraya sahaja bukannya ikhlas memperjuangkan dan meningkat syiar Islam.

Kalau kita lihat kempen-kempen PAS di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau maka kita dapat lihat bahawa kempennya berkisar di sekitar fitnah dan pembohongan serta serangan peribadi. Kemudiannya kempen itu akan mencapai kemuncaknya apabila fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang di keluarkan utk meraih dan menarik pengundi mengundi PAS. Taktik ini sudah lapuk dan basi. Rakyat inginkan apakah agenda PAS akan bawa sekiranya PAS dapat memerintah. Sudah tentu Negara Islam dan Hukum Hudud tidak dapat di teakkan kerana DAP dan PKR menentang perkara tersebut. Agenda pembangunan pun tiada dalam kamus PAS, hanya agenda kebencian, fitnah, dendam dan pembohongan sahaja yg selalu di mainkan oleh PAS.

Sehinggakan Mufti Perak menegur ulamak politik "mengundi PAS masuk syurga" tetapi PAS terutamanya Tok Guru sebaliknya meminta penjelasan drp Mufti Perak maksudnya "mengundi PAS masuk syurga". Mengapa pula Mufti Perak kena beri penjelasan terhadap perkara tersebut. Bukankah perkara tersebut di utarakan oleh PAS mengapa Mufti Perak pula kena buat penjelasan. Inilah contohnya ulama politik yg menggunakan agama utk menang pilihanraya.
 
Adakah PAS boleh meluluskan permohonan kita utk ke syurga?


Dalam kempen di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau PAS cuba menawan hati org Melayu dengan menjanjikan berbagai-bagai tetapi janji-janji itu hanya apa yg telah di putuskan oleh gabungan Pakatanal Rakyatul Syaitan iaitu reformasi "Buku Jingga 100 hari". Adakah perkara 100 hari itu akan terlaksana, pasti terlaksana dan berjaya di laksanakan. Kalau di perhatikan "16/9" dahulu maka ianya akan menjadi satu siri pembohongan dan putar alam yang amat terkedu sekali yg pernah berlaku di dalam arena politik Malaysia.

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/09/anwar_16sept_banner.jpg
Mainan fitnah dan pembohongan Pakatanal Rakyatul Syaitan


Sebaliknya bagaimana pula PAS boleh ke hulu ke hilir berceramah pasal Buku Jingga 100 hari reformasi sedangkan PAS pun belum pasti samada perkara itu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Adakah PAS sekarang sudah jadi dongkey kepada PKR dan DAP. Tapi nampaknya keadaan politik PAS sekarang lebih condong kepada dongkey DAP. 


Apa nak jadi dgn parti yg memperjuangkan Islam ini?

Kita dapat lihat bahawa segala yg di rancang oleh PAS utk mengabui hati dan fikiran org Melayu gagal sungguhpun cuba utk menabur fitnah dan pembohongan tanah peneroka Felda. Sebaliknya peneroka lebih mempercayai UMNO kerana telah berjaya menjaga dan memajukan taraf penghidupan peneroka dan anak-anak peneroka. Sebaliknya gagal dalam perjuangannya utk menegakkan Islam apabila sekutunya DAP dengan mudah dan senangnya memainkan Islam dan Al-Quran. Adakah kita hendak membiarkan sahaja perkara ini berlaku di depan mata kita walaupun sudah di tegur dan di beritahu akan akibatnya, PAS masih berdegil dgn fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang utk menghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal. 


Adakah ini di namakan perjuangan Islam?

Akibatnya Islam telah di cemari dan diperlekehkan oleh DAP kerana PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa DAP telah berjaya di tarbiyahkan oleh PAS. DAP telah menerima Islam seadanya dan sentiasa bertoleransi dgn PAS dalam hal-ehwal Islam. Nampaknya PAS memang telah di dongkeykan oleh DAP.

Natijahnya Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau telah menunjukkan kepada kita betapa jauhnya tersasar perjuangan PAS dalam memartabatkan Islam dan menjaga maruah dan harga diri org Melayu dalam menghadapi serangan bertali arus drp kaum sebelah sinun, lebih-lebih lagi apabila PRU 13 semakin hampir. Maka semakin kuat dan lantanglah suara PAS ibarat Meriam Buluh yg mengeluarkan bunyi yg bising tetapi pelurunya tidak pergi ke sasaran....

Sunday, March 6, 2011

Selangor DAP tells PAS to stop anti-gaming talk....Nampaknya PAS semakin tersepit sekarang Mustafa Ali cakap ianya patut di bawa berbincang dgn ahli-ahli Pakatan yg lain tetapi Karpal kata PAS jangan mandai-mandai ban "Big Sweep" sekarang Si Teresa the Kok pula kata "If PAS pushes this further, it’s not going to help them win more Malay votes and it might cost them non-Malay votes". Ini bermakna PAS memang tak boleh memperjuangkan Islam dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan kerana kita tidak nampak akan cahaya terang bulan itu telah mengendurkan kekafiran dan kejahiliahan puak DAP terhadap Islam dan org Melayu. Inilah bukti yg paling nyata bagaimana PAS cuba utk menawan hati dan sanubari org Melayu dan Islam tetapi gagal kerana tunjang Pakatanal Rakyatul Syaitan merasai PAS cuba menghalang apa yg mereka selalu laksanakan di zaman jahiliah. Sekarang siapa yg menyokong jahiliah dan mempermainkan Islam. Kita tunggu apa pula kata Tok Guru dan Presiden PAS. Kita tunggu fatwa dan dalil apa yg akan keluar nanti sebab PAS sekarang sebenar-benarnya sudah tersepit. Ini juga menunjukkan bahawa PAS memang telah di dongkeykan oleh DAP. PAS hanya di gunakan utk mendapatkan undi Melayu sahaja. Apa yg ingin dilaksanakan oleh PAS akan di tentang oleh DAP. Di manakah Anwar yg berjuang utk Islam dan Melayu. Mengapa terkedu dgn cara DAP belasah PAS? Anwar juga di dongkeykan oleh DAP kerana nak Putrajaya kerana kemarukkan jawatan PM. Adakah ini pemimpin anugerah Tuhan kpd rakyat Malaysia? Wahai rakyat Malaysia Jom kita Selamatkan Malaysia drp pendendam-pendendam dan kembalilah ke jalan kebenaran dgn berpaut di bawah panji-panji BN demi 1 Matlamat, 1 Wawasan, 1 Bangsa, 1 Negara dan 1 Malaysia....





KUALA LUMPUR, March 6 — Selangor DAP chief Teresa Kok warned political ally PAS to stop pushing for all Pakatan Rakyat (PR) states to adopt Kelantan’s controversial gaming ban for fear of losing non-Muslim votes in the coming general election.

“If PAS pushes this further, it’s not going to help them win more Malay votes and it might cost them non-Malay votes,” she told The Malaysian Insider today.

Kok was weighing in behind DAP national chairman Karpal Singh who had yesterday criticised the Kelantan government for enforcing a state law which, he said, had denied the rights of its non-Muslim citizens.

Earlier today, PAS secretary-general, Datuk Mustafa Ali defended the ban, saying the Islamist state’s anti-gambling policy was for the well-being of all communities, not just Muslims.

Kok said while she broadly agreed with Mustafa that gambling was socially unhealthy, she stressed that it did not mean the rights of the non-Muslims should be compromised, which Kelantan appeared to be doing.

Echoing Karpal, Kok, who is a Selangor executive councillor and holds the investment, industry and trade portfolio in the country’s most developed state, suggested it was not prudent for the PR leadership to enforce such a sweeping policy.

“Last time, all Pakatan states came out in one voice to say we do not agree to have gambling in this country,” she said.

Kok was referring to opposition pact’s united stand denouncing the Cabinet for awarding a sports betting licence to a company linked to tycoon Tan Sri Vincent Tan, which became a hot topic during the Hulu Selangor parliamentary by-election last year.

But she stressed that the DAP did not agree with PAS this time to suddenly clamp down on all forms of betting, including the ones legalised under federal law.

She noted the growing unhappiness among the minority non-Muslim community in PAS-ruled Kelantan after state enforcers raided several shops in Kota Baru selling Big Sweep lottery tickets and fined its owners despite it being legal under federal laws.

Gambling is considered a haram activity and punishable under Muslim law.

PAS Youth chief Nasrudin Hassan sparked the debate with the secular DAP when he suggested that all PR states emulate Kelantan and ban all forms of gaming activities.

Other DAP leaders have also stepped forward to reject Nasrudin’s idea.

Lim Kit Siang, the secular party’s whip in Parliament, maintained PAS’s tough stand on betting was not part of the pact’s common policy and the three remaining PR states did not have to follow suit.

“The party’s position is that it is not common PR policy. What Karpal says reflects the party’s stand,” he told The Malaysian Insider today.

His son and Penang Chief Minister Lim Guan Eng joined in the fray on the prickly subject that could affect the warming political ties between the two opposition parties.

“Penang does not agree with PAS Youth chief. He speaks not for us. The existing ones in Penang remain untouched. Only expansion of new forms of gambling like sports betting not allowed,” Guan Eng said in a text message to The Malaysian Insider today.

Guan Eng, who is also the DAP’s secretary-general, did not elaborate when asked why his party was dead set against the PAS proposal.

Saturday, March 5, 2011

UNDI (X) DACING utk Kestabilan, Kemakmuran, Kesejahteraan, Keamanan, Keharmonian antara agama dan kaum serta 1 Matlamat 1 Wawasan 1 Bangsa 1 Negara dan 1 Malaysia.....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5LWG8Ob_226Y2-MPXpAM3OPUpoGSKd3e7J_MyDyYf5gZcaOrIbAEVWF5SqzM2swder8nIzd6isMvWT1UVwOo6HfpkBB_Kll9Vi-uH9zO4kKt97trggaLkULAKMLdXBMi9M_Bql0EkLafr/s400/Merlimau-Kerdau.jpg
(X) DACING

Explain lottery "ban" in Kelantan, DAP tells PAS...Tempoh hari kerajaan PAS Kelantan telah melarang penjualan tiket loteri apabila PBT Kota Bahru mengempur dua kedai di Kelantan dan merampas "Big Sweep" dan saman di keluarkan terhadap towkay kedai. Kita sanjung akan ketegasan ini. Sungguhpun begitu adakah tindakan ini sebagai gimik politik PAS utk meraih undi org Melayu dan Islam dalam mencerminkan konsep perjuangan Islam PAS yg berjiwakan kerakusan kuasa bukannya ikhlas berdasarkan perjuangan menegakkan keislaman itu. Kita takut perkara ini akan berulang lagi spt di Selangor apabila PBT Subang Jaya melarang org Islam bekerja di premis-premis minuman arak tetapi sekali di tegur oleh DAP yg di ketuai oleh Si Rony the Lahab PAS terpaksa akur bahawa mereka memang tiada kuasa dalam pentadbiran di Selangor tetapi di Kelantan ianya berlainan apabila PAS mempunyai kuasa sepenuhnya di Kelantan. Sungguhpun begitu adakah PAS akan kendurkan pembenterasan ini apabila sekutunya dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan menegur dan mengesa agar PAS membuat penjelasan mengapa PAS boleh bertindak di luar batasan dan melanggar "People have freedom of choice" kata Tony Pua dan Loke pula menegaskan bahawa "We the DAP are very concerned" if the lottery ban was indeed Kelantan state policy". Natijahnya PAS sekarang serba salah nak tegakkan Islam ada DAP nak tegakkan hukum Islam ada DAP maka PAS makin lama makin tersasar drp landasan perjuangannya yg asal tetapi timbul pula perjuangan baru iaitu politik agama yg di gunakan utk meraih undi utk menang dalam pilihanraya. Ini juga menunjukkan kpd kita bahawa PAS memang telah di dongkeykan dan pergunakan oleh DAP utk mendapatkan undi Melayu supaya DAP dapat memerintah Malaysia. Kita mesti ingat bahawa tanpa undi Melayu, DAP tak usah bermimpilah utk menawan Putrajaya. Sekarang DAP sudah ada senjata sulit iaitu Anwar Ibrahim dan PAS tetapi kedua-dua insan Melayu dan Islam ini tidak tahu akan tujuan dan agenda DAP sebabnya masing-masing memang menyimpan dendam dgn UMNO dan BN. Maka apa yg akan terjadi kpd agama, bangsa dan negara bukan menjadi perkiraan mereka sebaliknya ialah kuasa dan Putrajaya adakah agenda utama Anwar dan PAS walaupun mereka tahu dan terpaksa akur dgn agenda DAP iaitu anti Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu....


Loke said the move might cost PAS Chinese support at the ballot box. — file pic
 
KUALA LUMPUR, March 5 — The DAP has urged PAS to clarify a reported ban on lottery tickets in Kelantan, saying the move may slash Chinese support for the Islamist party.
 
It was recently reported that the Kota Baru Municipal Council had raided two bookshops in Kelantan, seizing Big Sweep lottery tickets and issuing summonses to the owners.
 
“It will create some fear among the Chinese community and the Chinese community will be wary of PAS,” DAP Socialist Youth chief Anthony Loke told The Malaysian Insider yesterday. 
 
“DAP calls upon the Kelantan state government to explain whether this is a new ruling by the state government or is it an overzealous enforcement by the local councils,” he said.
 
The MCA has always highlighted the Islamic state bogey in its election campaigns against PAS.
 
MCA central committee member Datuk Ti Lian Ker reportedly said the lottery was governed by federal laws and that the right to buy and sell such lotteries should not be deemed as gambling.
 
DAP national publicity secretary Tony Pua, however, argued that all businesses required licences from local councils. 
 
“Ti Lian Ker's comment that it's under federal jurisdiction is nonsense,” Pua told The Malaysian Insider yesterday.
 
“(The) Kelantan government should clarify . . . if the shops selling the lottery tickets had no licence,” he said.
Pua also said the DAP did not support an outright ban on gambling.
 
“People have freedom of choice,” said the Petaling Jaya Utara MP.
 
Loke said the DAP would raise the matter in Pakatan Rakyat if the lottery ban was indeed Kelantan state policy
 
“We the DAP are very concerned,” Loke said.

Wednesday, March 2, 2011

Apa guna lulus Al-Azhar tapi tolak Islam? Apa yg penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon PAS...Kita respect ilmu agamanya yg telah di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada Ketua Pemuda PAS ini tetapi sayang sekali beliaupun terlalu taksub dgn fatwa dan dalil PAS yg mengelirukan dan songsang sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kat sebegitu rupa terhadap keislaman seseorg yg beragama Islam. Kita tak tahu kalau serban dan kopiah kita setinggi serta jubah kita sepanjang manapun segala amal ibadat kita di dunia akan di terima oleh Allah (SWT). Ketakwaan seseorg itu hanya Allah (SWT) sahaja yg tahu dan tiada manusia semaksum manapun tahu bahawa beliau akan masuk syurga kecuali Nabi Muhammad (SAW). Adakah Si Nash ini sudah melangkaui pemikiran manusia lain dan kerasionalan dalam hujanhannya atau sengaja mengujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam bahawa ijazah agama belum tentu akan menjamin seseorg itu akan berjuang pada jalan Allah (SWT) kerana Ustaz Ibra menolak parti yg membawa perjuangan Islam dan berkehendakkan Islam. Tetapi kalau calon agama itu adalah calon PAS maka nada dan kelantangannya akan berubah kerana yg beragama memihak kepada partinya. UMNO pula tidak memilih agama atau tak agama tetapi keiklasan, keilmua, ketokohan dan kemesraan dgn penduduk-penduduk sekitar adalah kriteris yg penting utk menjadi seorg wakil rakyat di mana-mana kawasan. Ini bermakna Si Nash ini cuba mengeluarkan fatwa dan dalil bahawa jangan undi calon BN kerana beliau menolak Islam dan perjuangan Islam. Inilah contoh parti PAS yg hanya berjuang utk menang pilihanraya apa akibatnya kpd masyarakat Islam itu adalah perkara yg kedua tetapi agendanya adalah untuk menang pilihanraya dan hancurkan UMNO walaupun UMNO itu Islam dan memperjuangkan Islam dan masyarakat Islam di Malaysia....




PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau lebih baik dari calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

“Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.
“Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkhendakan Islam,” kata Nasruddin kepada FMT ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas perbandingan kelulusan antara Syed Ibrahim dan Hasanuddin yang menjadi perbualan di Kerdau.

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

Mengulas lanjut perkara ini, Nasruddin berkata, dari sudut kelulusan ia tidak semestinya dari Al Azhar sahaja.
“Apa yang penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon kita (Hasanuddin),” tegas Nasruddin.

Ketua Pemuda PAS itu juga menegaskan bahawa kempen PAS khususnya yang membabitkan Pemuda berbeza sedikit bagi disesuaikan dengan suasana di Kerdau.

Menurutnya, pengundi Melayu masih mengekalkan sokongan kepada PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum 2008.

“Tidak benar mengatakan bahawa pengundi Melayu tidak lagi menyokong PAS tapi pengundi Melayu di kawasan Felda dan kampung Melayu tradisional dari dulu lagi menyokong BN,” tegasnya.

TPM mengingatkan rakyat di Kerdau dan Merlimau supaya berhati-hati dgn fatwa dan dalil PAS tetapi Mr. Betuluddin PAS ini kata TPM tak layak kata fatwa PAS songsang...Dia kata kalau songsang sepatutnya TPM rujuk kepada Majlis Fatwa dan ulama yg akan memberikan ulasan. Sayang sekali sudah beberapa ulamak memberikan ulasan semuanya tidak di indahkan oleh Tok Guru kerana Tok Guru ingat dia yg paling terbijak di antara yg terbijak. Malah Tok Guru ajak mereka berdebat tetapi apabila Prof Mohd Noor nak berdebat dgnnya Tok Guru berdalih kononnya Prof Mohd Noor tak setaraf dgnnya dan tiada tauliah. Adakah diskusi mengenai agama perlukan seorang ulama itu setaraf dan mendapat tauliah dahulu baru boleh berdebat. Ini menunjukkan bahawa ilmu agama Tok Guru dan pemimpin-pemimpin PAS yg lain adalah tidak sejauh manapun kerana mereka lebih banyak yg bertaraf ulamak politik drp ulama agama. Sekarang Mr. Betuluddin ini pula masuk hendak menegakkan benang yg sudah basah mana nak tegak lagi kerana sudah taksub dgn fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang Tok Guru setiap hari di dengari dan sudah terpahat di lubuk hatinya bahawa apa yg di utarakan oleh Tok Guru itu adalah benar belaka walaupun ianya membelakangi Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (SAW)...Inilah contoh pemimpin yg akan melakukan apa sahaja utk mempertahankan fatwa dan dalil PAS walaupun dalam sanubarinya tahu bahawa ianya salah dan terpesong drp landasan kebenaran....Insaflah wahai Betuluddin kerana masa masih ada lagi utk kembali ke jalan kebenaran iaitu berjuang bersama-sama dgn UMNO demi agama, bangsa dan negara...

 

Hadi: Umno letak Islam bawah politik rendahkan martabat agama

JASIN, 3 Mac — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Umno merendahkan martabat agama Islam apabila lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding agama dalam sistem pentadbiran negara.

Tegas Presiden PAS itu, Islam yang merupakan agama rasmi negara sepatutnya diberikan keutamaan bukan sekadar digunakan apabila perlu.

“Islam merupakan agama rasmi tapi ia tidak dijadikan kuasa, kuasa Islam (di Malaysia) hanya sekadar tengok anak bulan, bila ada orang mati bagi duit, ajar orang mengaji di masjid... inilah kerja pejabat agama.

“Islam tidak diberikan kuasa, sepatutnya politik di bawah Islam bukan Islam di bawah politik . . . Islam menyatukan politik supaya pemimpin-pemimpin ada perhitungan antara dosa dan pahala,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Chinchin sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini malam tadi.

Ini merupakan ceramah pertama Hadi semenjak kempen pilihan raya kecil kawasan Merlimau berlangsung.
Kata Hadi, Islam tidak mengasingkan antara politik dengan agama seperti mana yang dilakukan Umno.

“Kita tak diajar untuk asingkan politik dan Islam, apa yang diajar Umno adalah politik tiada dalam Islam . . . politik tiada dalam Islam.

“Pada hal kita diajar (dalam Islam) kalau nak berjalan kena langkah dengan kaki kanan, nak makan dengan tangan kanan, baca doa, siapa yang ajar semua ini? Agama yang ajar bukan Umno,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan sikap Umno yang tidak mementingkan Islam dalam sistem pentadbiran negara telah melemahkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

“Ini yang melemahkan kedudukan Islam, politik Umno boleh rasuah, tipu rakyat, berlakon, buat maksiat bila hujung bulan ada duit buat umrah.

“Ini yang kita nak ajar supaya orang faham politik Islam, inilah beza PAS dengan Umno,” kata Hadi.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Menurut Hadi, Umno tidak layak untuk menunjukkan model Islam terutamanya kepada orang bukan Islam kerana parti Melayu terbesar itu telah banyak melakukan penyelewengan termasuk rasuah.

“Umno amalkan rasuah, politik wang... inilah politik suku agama suku, ini PAS tidak boleh.
 
“Jadi Umno tak boleh tunjukkan model Islam kepada orang bukan Islam,” katanya.





Salahuddin Ayub.

JASIN, 2 Mac — PAS menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai “tidak layak” untuk membuat keputusan bahawa fatwa dikeluarkan parti Islam itu, yang seringkali menjadi tumpuan ketika pilihan raya, adalah songsang.

Sambil mempertahankan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nika Mat, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, pihak yang layak untuk membuat keputusan adalah Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya Muhyiddin yang hanya Timbalan Perdana Menteri.

Isu fatwa juga mendapat perhatian ketika pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang Januari lalu.

“Kita perlu membuat penyelarasan tetap dalam perkara-perkara penting terutamanya yang melibatkan agama, Nik Aziz adalah seorang yang berautoriti untuk mengeluarkan pandangan dan memberikan respons berkaitan agama Islam.

“Mungkin kenyataan yang dikeluarkan Nik Aziz selama ini tidak selari dengan Umno-Barisan Nasional (BN),” katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, sekiranya Muhyiddin merasakan pandangan yang dikeluarkan pemimpin tertinggi PAS itu tidak betul, beliau perlu membawa perkara tersebut ke Majlis Fatwa Kebangsaan bukan membuat keputusan sendiri.

“Kalau Muhyiddin rasa tak betul, beliau boleh buat penyelarasan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, sebenarnya ia harus dijawab secara intelektual termasuk ulama dan juga mereka yang pakar (dalam hal agama).

“Jadi percanggahan pendapat yang wujud ini harus dijawab secara lebih baik dan intelektual oleh ulama dan mungkin juga Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin yang menuduh PAS seringkali mengeluarkan fatwa-fatwa songsang untuk mengelirukan akidah orang Islam selain mahu mendapatkan sokongan pengundi Melayu.

Kelmarin Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno mendakwa, orang Islam tidak memerlukan sebarang fatwa baru apatah lagi fatwa songsang dikeluarkan PAS terutamanya Nik Aziz.

Pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan didakwa mengeluarkan fatwa bahawa undi Umno akan jadi jahiliah.

Malah sebelum ini PAS turut didakwa mengeluarkan pelbagai fatwa termasuk undi PAS boleh masuk syurga; diharamkan makan daging binatang ternakan yang disembelih orang Umno; sesiapa yang menentang PAS beerti menentang Islam kerana Islam itu PAS dan PAS itu Islam; menuduh kerajaan BN kafir kerana tidak menjalankan hukum Allah s.w.t dan membuat tuduhan bahawa kerajaan Malaysia memisahkan agama dari politik dan dengan itu menjadi kafir.

Terlebih dahulu dalam sidang media yang diadakan, Salahuddin meminta agar jentera pilihan raya Umno-BN tidak melakukan keganasan termasuk membuat provokasi ketika parti Islam itu mengadakan program.

Semenjak kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau bermula Sabtu lalu, PAS-Pakatan Rakyat mendakwa diganggu oleh jentera pilihan raya Umno-BN yang menyaksikan beberapa insiden berlaku termasuk pentas DAP terbakar, cermin kereta pecah dan tayar kereka dipancitkan ketika ceramah.

“Kita nak kempen secara sihat, tiada keganasan berlaku... ini jaminan kita.

“Tapi kenapa ceramah yang kita adakan sentiasa ada gangguan? Ini provokasi yang sengaja dirancang, jadi saya minta ia dihentikan,” kata Salahuddin.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.