Monday, March 7, 2011

Cita-cita PAS di Johor, Pahang dan Melaka gagal....


ADAKAH KITA INGIN HANCURKAN APA YG TELAH KITA BINA SELAMA 53 TAHUN SEMATA-MATA UTK SLOGAN "JOM UBAH DAN SELAMATKAN MALAYSIA"


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBl3TlT48hPigLcIp0Wcmy3JniTeCNvUq48Tfnevn2ai9fCDAcYwD_P0yk2XZ2QU6vH56MublkK74X9p6QOqnE_c0W2Ss3UM3z_8lMhE5gUOw7xOZqvgt9UrqyFMQ9g5xnan0_hOyueLk/s1600/putrajaya01.jpg
Putrajaya yg menjadi idaman Pakatanal Rakyatul Syaitan.
Mengapa Anwar, Lim Kit Siang dan Haji Hadi mengidam dan beria-ia utk menguasai Putrajaya tanpa mengira apa kos yang terpaksa di tanggung dan maruah yg terpaksa di jual dan martabat yang terpaksa di lelong, namun cita-cita utk merampas Putrajaya tidak pernah lentur drp sanubari pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS. Adakah ini kerana dendam dan sakit hati. Maka PKR, PAS dan DAP pun berpelukan dan bersalaman antara satu sama lain utk menubuhkan gabungan "PAKATANAL RAKYATUL SYAITAN". 


Kita tubuhkan parti Pakatanal Rakyatul Syaitan


Gadaikan prinsip perjuangan Islam kepada DAP demi Putrajaya


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgS3X4u4bnXgUBGvW4vfqNg4NQtPlLlyLlF4h4jLop2cTZyzjqD6iW76zFBr_OUpJaitijOiG0Z9CAuwcUij-yp6hvsl52Yi2T5paXnslWLbO8DM99VIE9PomS7v5yEturJzasiBehdLBtx/s400/pas-nik-aziz-bacul.png
PAS takut kepada DAP dan Anwar Ibrahim


Apakah kesudahannya kepada PAS yg berjuang bermati-matian di Galas Kelantan, di Tenang Johor, di Kerdau Pahang, di Merlimau Melaka tetapi masih gagal untuk menggantikan UMNO. PAS dgn banggakan mendabik dada apabila mempamerkan slogan "PAS akan ganti UMNO" maka undilah PAS untuk ke syurga, undi UMNO haram, kalau  tak undi PAS jahiliah dan banyak lagi fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang akan di keluarkan apabila menjelang pilihanraya semata PAS nak menang pilihanraya.

Pemimpin-pemimpin PAS akan kata sebelum pengundian bahawa UMNO dan BN telah lama memerintah tetapi berlaku zalim kepada rakyat tidak mengambil kira kebajikan rakyat dan kesusahan rakyat. Apa yg di pentingkan ialah kroninya sahaja dan mengaut keuntungan drp duit rakyat. Apabila di tanya mengapa sesetengah ahli-ahli PAS bertugas dgn kerajaan BN, jawapannya ialah itu adalah tanggungjawab pemerintah utk memberi pekerjaan kpd rakyat. Begitu juga kalau di tanya mengapa mengambil juga wang bantuan dan biasiswa serta pinjaman kerajaan BN, jawapannya ialah itu adalah tanggungjawab kerajaan utk menjaga kebajikan rakyat. Bila di tanya pula mengapa sembahyang di masjid kerajaan BN, jawapannya ialah ini adalah rumah Allah (SWT) dan sesiapa sahaja boleh datang utk mengerjakan amal ibadat dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan utk memartabatkan agama Islam di Malaysia sejajar dgn prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia.

Ini bermakna segala yg di laksanakan oleh kerajaan selama 53 tahun adalah benar dan tidak pernah kerajaan bersikap zalim dan menindas rakyat di Malaysia. Agama Islam bergerak senada dan seirama dgn kematangan Malaysia selama 53 tahun yg menyaksikan berbagai aktiviti di wujudkan bagi memartabatkan dan menyebarkan sinar agama Islam di Malaysia. Kerajaan tidak pernah menganaktirikan sesiapa dalam konteks pengiat-pengiat agama Islam ini. Malahan kerajaan sekarang telah memberi berbagai imbuhan dan ganjaran kepada pengiat-pengiat agama Islam ini. Kita lihat kelas-kelas fadu air, al-quran, tajwid dan sebagainya tumbuh seperti cendawan di merata tempat di Malaysia. Ini sudah menunjukkan satu perkembangan yg positif bahawa rakyat semakin hari semakin dekat dgn agama Islam. Ini adalah sejajar dgn slogan kerajaan 1 Ummah iaitu kita bersatu dan berpadu di bawah satu wawasan iaitu Islam tanpa mengira idealogi.

Sungguhpun begitu kesatuan dan perpaduan tersebut gagal diwujudkan kerana kedegilan dan kesombongan di kedua-dua belah pihak. UMNO dgn keMelayuan dan PAS dgn keIslamannya. Sekiranya UMNO melurutkan konsep kemelayuannya adakah PAS akan bersatu dgn UMNO. Begitu juga dgn sekiranya PAS melurutkan keislamannya adakah UMNO akan bersatu dgn PAS. Natijahnya di sini kita kena lihat iltizam dan aspirasi pemimpin-pemimpin parti UMNO dan PAS. Titik noktah utk pertemuan itu ada tetapi ianya menjadi sukar sekiranya masing-masing enggan bertolak ansur. Di Malaysia sekiranya org itu berbangsa Melayu maka sudah pasti ianya adalah beragama Islam. Ini bermakna Islam itu adalah sinonim dgn Melayu. Kita tidak boleh membuang Melayu hanya kerana Islam dan kita juga tidak boleh tolak Islam hanya kerana kita Melayu. Natijahnya kedua-dua parti UMNO dan PAS kena ambil kedua-duanya utk di jadikan asas perjuangan mereka demi agama, bangsa dan negara. Sanggupkah PAS dan UMNO melakukan transformasi itu. UMNO telah menjemput PAS utk bersatu dan berpadu tetapi PAS kata UMNO lebih kuat drp PAS maka PAS hanya akan berpadu dgn parti-parti yg setaraf dgnnya. Lagipun UMNO tolak Islam dalam perjuangannya. UMNO lebih mementingkan bangsa Melayu drp Islam. Oleh itu bukan sahaja DAP, PAS juga sanggup berkawan dengan "SYAITAN" sekalipun.
 

http://mynegeri9.net/uploads/image/risik.jpg
Hambo kawen dgn mu walaupun mu kafir dan syaitan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg48al71HeHyKLwDu2ADwWjCLY_V6SjhHh1ss3X1qF41-5ZxCZ-1W7rwDJCSo0-kXcWCqUyHMGPnAmdRG4ClJmbvozdBci6CYAS9YNe3nZgLThSXTLTfJWvB9E04pBVivZrwRY43V673oX9/s400/gambar+pakatan+celaru.jpg
Kami PAS pun takkan bangkitkan Negara Islam dan Hukum Hudud.



Mengapa gagal di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau? Adakah PAS tidak kuat seperti 2004 atau PAS sekarang lebih pentingkan impian Anwar Ibrahim dan Putrajaya drp agenda perjuangan Islamnya? Adakah berpelukan dan berpakatan dgn DAP dan PKR itu telah menyebabkan org Melayu menolak PAS? Satu ketika dahulu PAS pernah mengkafirkan org UMNO kerana berkawan dgn MCA dan MIC, begitu juga sembahyang dua iman dan buat masjid lain serta tak makan sembelihan org UMNO kerana haram sebab berkawan dgn kafir. Sekarang siapa pula yg berkawan dgn kafir yg paling di benci oleh org Melayu, iaitu DAP. Adakah ini pengajaran dan musibah yg Allah (SWT) hendak tunjukkan kepada kita bahawa PAS yg memperjuangkan Islam sanggup menggadaikan maruah Melayu dan martabat agama Islam demi kuasa dan Putrajaya. Ini bermakna PAS hanya mempergunakan Islam utk menang pilihanraya sahaja bukannya ikhlas memperjuangkan dan meningkat syiar Islam.

Kalau kita lihat kempen-kempen PAS di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau maka kita dapat lihat bahawa kempennya berkisar di sekitar fitnah dan pembohongan serta serangan peribadi. Kemudiannya kempen itu akan mencapai kemuncaknya apabila fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang di keluarkan utk meraih dan menarik pengundi mengundi PAS. Taktik ini sudah lapuk dan basi. Rakyat inginkan apakah agenda PAS akan bawa sekiranya PAS dapat memerintah. Sudah tentu Negara Islam dan Hukum Hudud tidak dapat di teakkan kerana DAP dan PKR menentang perkara tersebut. Agenda pembangunan pun tiada dalam kamus PAS, hanya agenda kebencian, fitnah, dendam dan pembohongan sahaja yg selalu di mainkan oleh PAS.

Sehinggakan Mufti Perak menegur ulamak politik "mengundi PAS masuk syurga" tetapi PAS terutamanya Tok Guru sebaliknya meminta penjelasan drp Mufti Perak maksudnya "mengundi PAS masuk syurga". Mengapa pula Mufti Perak kena beri penjelasan terhadap perkara tersebut. Bukankah perkara tersebut di utarakan oleh PAS mengapa Mufti Perak pula kena buat penjelasan. Inilah contohnya ulama politik yg menggunakan agama utk menang pilihanraya.
 
Adakah PAS boleh meluluskan permohonan kita utk ke syurga?


Dalam kempen di Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau PAS cuba menawan hati org Melayu dengan menjanjikan berbagai-bagai tetapi janji-janji itu hanya apa yg telah di putuskan oleh gabungan Pakatanal Rakyatul Syaitan iaitu reformasi "Buku Jingga 100 hari". Adakah perkara 100 hari itu akan terlaksana, pasti terlaksana dan berjaya di laksanakan. Kalau di perhatikan "16/9" dahulu maka ianya akan menjadi satu siri pembohongan dan putar alam yang amat terkedu sekali yg pernah berlaku di dalam arena politik Malaysia.

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2010/09/anwar_16sept_banner.jpg
Mainan fitnah dan pembohongan Pakatanal Rakyatul Syaitan


Sebaliknya bagaimana pula PAS boleh ke hulu ke hilir berceramah pasal Buku Jingga 100 hari reformasi sedangkan PAS pun belum pasti samada perkara itu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Adakah PAS sekarang sudah jadi dongkey kepada PKR dan DAP. Tapi nampaknya keadaan politik PAS sekarang lebih condong kepada dongkey DAP. 


Apa nak jadi dgn parti yg memperjuangkan Islam ini?

Kita dapat lihat bahawa segala yg di rancang oleh PAS utk mengabui hati dan fikiran org Melayu gagal sungguhpun cuba utk menabur fitnah dan pembohongan tanah peneroka Felda. Sebaliknya peneroka lebih mempercayai UMNO kerana telah berjaya menjaga dan memajukan taraf penghidupan peneroka dan anak-anak peneroka. Sebaliknya gagal dalam perjuangannya utk menegakkan Islam apabila sekutunya DAP dengan mudah dan senangnya memainkan Islam dan Al-Quran. Adakah kita hendak membiarkan sahaja perkara ini berlaku di depan mata kita walaupun sudah di tegur dan di beritahu akan akibatnya, PAS masih berdegil dgn fatwa dan dalil yg mengelirukan dan songsang utk menghalalkan apa yg haram dan mengharamkan apa yg halal. 


Adakah ini di namakan perjuangan Islam?

Akibatnya Islam telah di cemari dan diperlekehkan oleh DAP kerana PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa DAP telah berjaya di tarbiyahkan oleh PAS. DAP telah menerima Islam seadanya dan sentiasa bertoleransi dgn PAS dalam hal-ehwal Islam. Nampaknya PAS memang telah di dongkeykan oleh DAP.

Natijahnya Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau telah menunjukkan kepada kita betapa jauhnya tersasar perjuangan PAS dalam memartabatkan Islam dan menjaga maruah dan harga diri org Melayu dalam menghadapi serangan bertali arus drp kaum sebelah sinun, lebih-lebih lagi apabila PRU 13 semakin hampir. Maka semakin kuat dan lantanglah suara PAS ibarat Meriam Buluh yg mengeluarkan bunyi yg bising tetapi pelurunya tidak pergi ke sasaran....

No comments:

Post a Comment