Wednesday, March 2, 2011

Apa guna lulus Al-Azhar tapi tolak Islam? Apa yg penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon PAS...Kita respect ilmu agamanya yg telah di kurniakan oleh Allah (SWT) kepada Ketua Pemuda PAS ini tetapi sayang sekali beliaupun terlalu taksub dgn fatwa dan dalil PAS yg mengelirukan dan songsang sehinggakan sanggup mengeluarkan kata-kat sebegitu rupa terhadap keislaman seseorg yg beragama Islam. Kita tak tahu kalau serban dan kopiah kita setinggi serta jubah kita sepanjang manapun segala amal ibadat kita di dunia akan di terima oleh Allah (SWT). Ketakwaan seseorg itu hanya Allah (SWT) sahaja yg tahu dan tiada manusia semaksum manapun tahu bahawa beliau akan masuk syurga kecuali Nabi Muhammad (SAW). Adakah Si Nash ini sudah melangkaui pemikiran manusia lain dan kerasionalan dalam hujanhannya atau sengaja mengujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam bahawa ijazah agama belum tentu akan menjamin seseorg itu akan berjuang pada jalan Allah (SWT) kerana Ustaz Ibra menolak parti yg membawa perjuangan Islam dan berkehendakkan Islam. Tetapi kalau calon agama itu adalah calon PAS maka nada dan kelantangannya akan berubah kerana yg beragama memihak kepada partinya. UMNO pula tidak memilih agama atau tak agama tetapi keiklasan, keilmua, ketokohan dan kemesraan dgn penduduk-penduduk sekitar adalah kriteris yg penting utk menjadi seorg wakil rakyat di mana-mana kawasan. Ini bermakna Si Nash ini cuba mengeluarkan fatwa dan dalil bahawa jangan undi calon BN kerana beliau menolak Islam dan perjuangan Islam. Inilah contoh parti PAS yg hanya berjuang utk menang pilihanraya apa akibatnya kpd masyarakat Islam itu adalah perkara yg kedua tetapi agendanya adalah untuk menang pilihanraya dan hancurkan UMNO walaupun UMNO itu Islam dan memperjuangkan Islam dan masyarakat Islam di Malaysia....




PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menegaskan bahawa Hasanuddin Salim yang menjadi calon PAS kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau lebih baik dari calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad kerana beliau berjuang pada jalan Allah.

“Apa erti ada sijil (Universiti) Al Azhar tetapi bersekongkol dengan parti yang tidak mahu kepada Islam.
“Walaupun Hasanuddin bukan lulusan Al Azhar, cuma pelajar tempatan, beliau tetap lebih baik kerana berjuang dengan parti yang berkhendakan Islam,” kata Nasruddin kepada FMT ketika dihubungi hari ini.

Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas perbandingan kelulusan antara Syed Ibrahim dan Hasanuddin yang menjadi perbualan di Kerdau.

Syed Ibrahim berkelulusan Universiti Al Azahar dan merupakan bekas pegawai khas agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob manakala Hasanuddin pula berkelulusan Diploma Ukur dari Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam.

Baru-baru ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga pengarah pilihan raya PAS Kerdau berkata, calon PAS tidak perlu mempunyai kelulusan dari Al Azhar.

Mengulas lanjut perkara ini, Nasruddin berkata, dari sudut kelulusan ia tidak semestinya dari Al Azhar sahaja.
“Apa yang penting calon mempunyai perjuangan agama (Islam) sebagaimana calon kita (Hasanuddin),” tegas Nasruddin.

Ketua Pemuda PAS itu juga menegaskan bahawa kempen PAS khususnya yang membabitkan Pemuda berbeza sedikit bagi disesuaikan dengan suasana di Kerdau.

Menurutnya, pengundi Melayu masih mengekalkan sokongan kepada PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum 2008.

“Tidak benar mengatakan bahawa pengundi Melayu tidak lagi menyokong PAS tapi pengundi Melayu di kawasan Felda dan kampung Melayu tradisional dari dulu lagi menyokong BN,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment