Monday, August 27, 2012

DOKTRIN PAS KOWTOW KEPADA DOKTRIN DAP...PAS pada prinsipnya bukan lagi parti Islam seperti mereka sangka, sebaliknya sudah mengorbankan perjuangan atau dasar Islam mereka. Sekarang PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud tiada dalam Buku Jingga.


SIAPA PEMIMPIN2 PAS YG BERANI ANGKAT MUKA?????

TINDAKAN PAS yang terus berdolak-dalik melaksanakan hukum hudud atau tidak jika pembangkang memerintah membuktikan parti itu terus tunduk kepada desakan DAP. Namun, disebabkan keghairahan parti itu bersama pembangkang hendak menguasai Putrajaya, PAS terpaksa bermain kata-kata dengan ahlinya.

Rakyat mungkin masih ingat pada awal penubuhannya sekitar 1970-an dan berkembang hebat pada 1980-an, terutama menerusi kepemimpinan ulama sejati seperti Datuk Asri Muda, Mohamad Yusof Rawa dan Datuk Fadhil Mohd Noor, parti itu konsisten dalam perjuangannya membela Islam serta mahu menegakkan negara Islam.

Pada zaman itu majoriti ahli PAS memiliki ilmu agama yang kukuh walaupun ada antara mereka sekadar menamatkan pengajian di sekolah pondok, namun tekal dan bersemangat memperjuangkan agenda mereka. Hudud menjadi perjuangan mereka sehingga akhir hayat. Apabila PAS berjaya menguasai Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999, harapan ahli PAS melihat hudud dilaksanakan di negeri itu berbunga, apatah lagi melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar. 

Namun, sepanjang empat tahun memerintah Terengganu, hudud bukan saja tidak dilaksanakan, malah Abdul Hadi juga gagal menunaikan manifesto PAS. Kejayaan PAS di Terengganu sekadar menghapuskan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud. Sementara itu, sepanjang 21 tahun PAS memerintah Kelantan, tiada satu pun usaha dibuat menjelaskan kebaikan hudud. Itu realiti. Justeru, apabila kelmarin, Abdul Hadi membangkitkan semula hudud, ia tidak lebih seperti ‘menanam tebu di tepi bibir.’

Kenyataan beliau yang hudud hanya akan dikuatkuasakan apabila pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan, ia hanya helah untuk menutup kelemahan PAS dan mahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

JASA-JASA PAS:-

Sepanjang penubuhannya, apakah jasa PAS, melainkan hanya memecah-belahkan perpaduan Melayu dan mengelirukan orang Islam serta bukan Islam mengenai hakikat ajaran Islam sebenar.

Malangnya, bagi mencapai impian ke Putrajaya, selain melunaskan dendam terhadap UMNO yang sekian lama terbuku, PAS sanggup melakukan apa saja termasuk menggadai prinsip Islam diperjuangkan mereka selama ini.  Akhirnya agama Islam, Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS] di jualnya.
Apabila PAS menukar dasar perjuangannya untuk mewujudkan negara berkebajikan, ia menjadi petunjuk jelas PAS sudah tidak relevan lagi dengan perjuangan membela Islam. PAS kini tiada bezanya dengan DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). PAS sudah bertukar menjadi parti sekular yang menjual agama Islam di ceruk rantau Malaysia utk mendapat undi bagi mencapai cita-citanya mendapatkan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya.

Rakyat pasti masih ingat tanggal 7 Disember 2011, apabila Abdul Hadi menegaskan yang PAS tidak akan memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Abdul Hadi berkata, pelaksanaan hukum hudud tidak perlu diterjemahkan secara terperinci, cukup sekadar secara umum kerana yang penting ialah konsep mencegah kemungkaran berlandaskan undang-undang syariah yang adil.

Apakah ertinya? Ini semua mendedahkan parti itu berdepan krisis dalaman amat teruk antara kumpulan ulama dan liberal dalam menentukan perjuangan parti terutama berhubung Islam. Apa yang nyata, PAS pada prinsipnya bukan lagi parti Islam seperti mereka sangka, sebaliknya sudah mengorbankan perjuangan atau dasar Islam mereka. Sekarang PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud tiada dalam Buku Jingga.

Majlis Syura Ulama PAS gagal berfungsi. Semua Ahli Jawatankuasa PAS termasuk dalam Majlis Syura kini dikuasai mereka yang mirip kepada perjuangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan takut kepada DAP.

Apa yang nyata, dolak-dalik PAS dalam pelaksanaan hukum hudud adalah tanda parti itu tunduk kepada percaturan politik Anwar selaku "Ketua Pembangkang" untuk mendapatkan sokongan dan undi kaum Cina serta India.

Berdasarkan perkembangan semasa ini, hasrat PAS untuk melaksanakan hudud seolah-olah akan tenggelam selamanya.

Persahabatan PAS dengan parti pembangkang lain ternyata tidak memberi faedah bagi parti itu, sebaliknya terus terkorban dalam memperjuangkan agenda Islam.

Tindakan pembangkang menolak pelaksanaan hudud membuktikan tidak wujud kesepakatan antara parti pembangkang seperti sering dicanangkan, sebaliknya terus tunduk kepada desakan DAP yang mendominasi pakatan itu.

Jika pada 1983 PAS sanggup melabel UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, apakah status PAS apabila mereka kini bekerjasama dengan DAP? Anehnya, PAS lebih rela menolak kerjasama dengan UMNO dengan alasan parti Melayu itu menolak Islam. Akhirnya, yang rugi ialah orang Melayu Islam.


Saturday, August 25, 2012

KEHANGATAN SEMAKIN TERASA WALAUPUN DI BULAN RAMADAN dan BULAN SYAWAL...


PUTRAJAYA


Kita sudah lama tak menulis mengenai senario politik di Malaysia. Sekarang ini kita masih lagi berada di bulan Ramadan bulan mulia bulan yg penuh berakah dan syafaat serta pengampunan. Berita terhangat yg di bacalah adalah Doktin DAP nak bertanding 90 kerusi Parlimen. WOW! Bagaimana pula dengan Doktrin PKR dan Doktrin PAS. Berapa kerusi pula mereka akan bertanding????? Nampaknya Doktrin DAP nak jadi tunjang atau tulang belakang "Pakatan Kitul Rakyat". Doktrin PAS menafikan sekeras-kerasnya mengatakan bahawa Doktrin PAS akan mengantikan parti "UMNO" yg telah menjadi tunjang dan tulang belakang Barisan Nasional selama 54 tahun. Tolak campur, kita tidak rasa rakyat Malaysia keseluruhannya menerima Doktrin DAP yg bersifat "chauvinist, rasis, anti Islam dan anti Melayu" ini sebagai tunjang kpd tampok pemerintahan negara Malaysia tercinta ini. Kebanyakkan rakyat amat pentingkan "kestabilan, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesefahaman, keadilan dan kemajuan".

Kerajaan yang kita ada sekarang iaitu Barisan Nasional telah membawa banyak kemajuan dan berjaya mengemudikan "Malaysia" ini selama 54 tahun dengan jaya sekali. Ini tidak dapat di nafikan. Kalau di kira dari "Perlis Indera Kayangan sampai ke Sabah di Bawah Bayu", jasa Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia terlalu banyak. Pakatan Kitul Rakyat sentiasa menidakkan "jasa-jasa" Barisan Nasional tersebut dengan mengatakan bahawa "Barisan Nasional memerintah Malaysia di cemari oleh rasuah, kronisme, nepotisme dana lain-lain tetapi fakta dan kes-kes rasuah yang telah di benteras oleh "SPRM" tidak pula di nyatakan. Kerjaaan Barisan Nasional telah merangkakan NKRA utk membenteras rasuah, jenayah dan mengawal keselamatan benda, harta dan rakyat. Catatan dan kadar jenayah dan rasuah di bawah "Blue Ocean" index NKRA telah melonjakkan imej negara ke tahap yang membanggakan dan diakui oleh pihak antarabangsa. Pelancong asing pun semakin ramai mengunjungi Malaysia sebagai destani "percutian mereka". Pelabur asing pun semakin meningkatkan pelaburan mereka di Malaysia kerana faktor "kestabilan, keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan" selain faktor "ekonomi, kedudukan strategik, infrastruktur yg tersusun baik dan gunatenaga mahir" yang tinggi. Malangnya inilah yang dicemburui oleh Pakatan Kitul Rakyat sehinggakan setiap hari kita akan disajikan dengan "politik autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" serta "janji yg dicapatikan" utk merosakkan pemikiran dan membangkitkan semangat benci meluap-luap rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Berjayakah Pakatan Kitul Rakyat setakat ini. Marilah kita lihat "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" tersebut yg telah di sajikan oleh Pakatan Kitul Rakyat.

Photo: Banyaknya JANJI2 MANISMU...... Patutlah PR sensitip bebenor
 dengan slogan JANJI DITEPATI! Kuikuikui....
JANJI DICAPATIKAN
Kita tidak ingin nak mengatakan apa-apa melainkan melihat "Janji Dicapatikan" itu hanya akan berkuat kuasa apabila Pakatan Kitul Rakyat dapat jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya. Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja "Jelajah Janji Ditepati" tapi "Mendahului Rakyat" apabila ISA di hapuskan dengan menggantikannya dengan Akta Baru, Subsidi di berikan kpd bahan-bahan yg menjadi pembelanjaan besar rakyat jelata dan lain-lain. Persoalan sekarang mengapa Pakatan Kitul Rakyat mesti menunggu apabila dapat jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya maka "Janji Dicapatikan" akan di laksanakan?????

Photo: NI HA BUKTINYAAAAAA...SIAPA FITNAH SIAPA...SATU 
KAPAL...SORANG FITNAH...SORANG LAGI BANTAH...KORANG PIKIRLAH 
SENDIRI...MANA NAK IKUT...!
Autaman dan Pembohongan, Fitnah dan Dusta akan bertebaran kerana Pakatan Kitul ingin sangat nak berkuasa walaupun Pakatan Kitul Rakyat tahu bahawa mereka telah gagal dalam menjalankan kewajipan sebagai kerajaan di empat (4) negeri yang di perintahnya. Sebaliknya, Pakatan Kitul Rakyat bertindak sebagai "kerajaan dalam pembangkang" iaitu membangkang walaupun mereka adalah pemerintah selepas PRU12 tanpa di sedari. Lihat sahaja masalah "Negara Islam dan masalah Hudud Doktrin PAS di Kelantan. Lihat sahaja permasalahan "air" di Kelantan, permasalahan "air" di Selangor, permasalahan pembinaan "cerun atau tebing tinggi di Penang". Lihat sahaja permasalahan "pentadbiran di Kedah, pentadbiran di Selangor dan pentadbiran di Penang". Kita tidak boleh meletakkan negeri di perintah oleh Pakatan Kitul Rakyat dan pusat pula di perintah oleh Barisan Nasional. Akhirnya rakyat juga yang rugi. Gajah sama Gajah bergaduh kancil yang kena himpit sampai "mati". Adakah rakyat perlu tanggung di atas segala agenda politik yang dimainkan oleh Pakatan Kitul Rakyat. Masalah dan krisis Unisel terus menghantui pentadbiran PKR Selangor yang di ketuai oleh Tan Sri Tan Khalid Ibrahim yang di perlihatkan cuba menyorokkan "agenda politik" Unisel oleh PKR Selangor sehinggakan membantut pembelajaran para pelajarnya. Inilah yg merunsingkan ibubapa yang inginkan pendidikan sempurna bagi anak-anak mereka tetapi PKR Selangor pula cuba mempolitikkan "permasalahan Unisel" ini sebagai senjata politik mereka. Begitu juga di Kedah, permasalahan KUIN sehingga menjejaskan pentadbiran dan perjalanan KUIN dan ianya sudah tentu akan membantutkan pencapaian para pelajarnya.

[SHAH ALAM: Masalah penginapan asrama yang membabitkan pelajar Universiti Selangor (Unisel) akan selesai selepas syarikat Jana  Niaga Sdn Bhd (JNSB) bersetuju untuk membuka semula operasi mereka bermula 23 Ogos ini. Persetujuan itu dicapai pada sesi pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat selepas Unisel memfailkan permohonan  perintah agar JNSB membuka semula pejabat residennya di kampus induk di Bestari Jaya, Kuala Selangor. Namun peguam yang mewakili Unisel, Edmund Bon Tai Soon berkata, penyelesaian itu hanya membabitkan isu penempatan pelajar dan  bukan membabitkan pertikaian dakwaan hutang yang wujud antara JNSB dan universiti milik kerajaan Selangor berkenaan. “Apa yang penting kita dapat selesaikan masalah pelajar kerana ia melibatkan kebajikan mereka. “Isu pertikaian lain, peguam Unisel dan peguam Jana Niaga akan mulakan perbincangan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya  pada sidang media di kampus Unisel di sini hari ini. Unisel sebelum ini didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga.]

Menjelang Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun, pertama kali tema hari kebangsaan di jadikan "agenda politik" oleh pihak pembangkang. Pembangkang mengatakan tema "1Malaysia Janji di tepati" itu tidak sesuai dan bersikap "terlalu politik" tetapi sebaliknya "Sebangsa, Senegara dan Sejiwa" itu lebih sesuai dengan tema Hari Kebangsaan tetapi negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang menggunakan tema yang berlainan dari "Sebangsa, Senegara dan Sejiwa". Di manakah keseragamannya yang sebelum ini tiada permasalahan timbul dari tema hari kemerdekaan yg di pilih oleh pemerintah. Mungkin pembangkang nampak bahawa "jawatan perdana menteri dan putrajaya" sudah kelihatan terlalu jauh untuk di gapai maka timbulkan "persepsi tema hari kemerdekaan" yg kononnya terlalu berbau "politik" tetapi hakikatnya tema hari kemerdekaan pembangkang lagi berbau politik "sebangsa, senegara dan sejiwa" yang bermaksud 1 bangsa,1 negara dan 1 jiwa seperti mana 1Malaysia juga. Apa yang kerajaan cuba laksanakan akan disaingi oleh pembangkang di bawah kepimpinan "pemimpin suka sama suka" a.k.a Anwar Ibrahim  a.k.a Mister Autaman, Pembohong, Kaki fitnah dan Kaki dusta. Rosak rakyat kerana pemimpin rosak negara kerana pemimpin rosak bangsa kerana pemimpin rosak agama kerana pemimpin dan rosak "kestabilan, kemakmuran, keamanan, keharmonian" kerana pemimpin yg gilakan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya.

Isu Hudud hangat dipolimek oleh Doktrin PAS apabila Ketua Pemuda PAS dalam debatnya dengan Fathul Bahari ahli ilmu dari UMNO dengan mengatakan bahawa Karpal Singh, Pengerusi DAP sudah berkenaan dengan pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud. Karpal Singh sebaliknya menempelak Ketua Pemuda Doktrin PAS "over my dead body". Sejak itu isu Hudud sentiasa akan terpampang di dada-dada akhbar tempatan di Malaysia  tetapi yang paling nyata ialah Doktrin DAP menolak pelaksanaan Negara Islam dan Hukum Hudud. Ini di kuatkan lagi oleh kenyataan Ketua Pembangkang telah menegaskan bahawa hudud tiada dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang Pakatana Kitul Rakyat sekiranya mereka memerintah negara nanti. Alasan Anwar lagi, hudud tidak akan dilaksanakan selagi tidak mendapat persetujuan Doktrin DAP. Apa yang amat dikesali ialah polimek itu juga terpalit dan dipalitkan pula kepada parti UMNO oleh Doktrin PAS. Oleh kerana parti UMNO sebagai tunjang pemerintah Malaysia selama 55 tahun maka selayaknya parti UMNO yang melaksanakan Hudud di Malaysia, lebih-lebih lagi ada ahli DUN di Johor yang encadangkan Johor  menjadi negeri pertama melaksanakan hudud dengan menyemak semula Enakmen Hudud Doktrin PAS Kelantan dan Terengganu agar sejajar dengan Al-Quran. Bila ahli DUN Barisan Nasional terutama dari parti UMNO baru berikan cadangan, maka pemimpin2 Doktrin PAS terus menjadikan senjata "agenda politik" utk melabelkan parti UMNO sebagai "kaum yang menolak hukum Allah (SWT) dan seterusnya menolak Islam". Inilah kelemahan Doktrin PAS yang ingin menjadi juara Hudud di Malaysia tetapi malangnya tidak dapat nak melaksanakannya apabila Enakmen2 yang telah mendapat perkenaan DYMM Sultan gagal untuk di laksanakan kerana "pemimpin2 Doktrin PAS tahu mereka tidak mungkin akan dapat melaksanakan citarasa mereka iaitu Negara Islam dan Hudud di Malaysia" selagi mereka berkawan dengan "SYAITAN DAPAS". Bagi memulihkan imej dan jati diri Doktrin PAS maka tuduh parti UMNO yang sebenarnya gagal untuk melaksanakan hudud di Malaysia walaupun menjadi tunjang Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun. Lagipun parti UMNO adalah parti yang di anggotai oleh orang Islam sepatutnya boleh melaksanakan hudud di Malaysia. Kita rasa parti UMNO tidak macam Doktrin PAS yg terburu-buru ingin melaksanakan sesuatu perkara tanpa sebarang kajian teliti. Akhirnya agenda politik itu telah membelit diri Doktrin PAS yang sukar untuk dirungkaikan kembali. Doktrin PAS adalah ibarat "ayam sabung yang sudah kehausan" untuk memenangi sesuatu perlawanan, maka gunakan segala-gala taktik kotor bagi memastikan Doktrin PAS tidak di landa tsunami pada PRU13 nanti.  

Isu undi Doktrin DAP haram kerana Doktrin DAP anti Islam, anti Melayu dan rasis. Doktrin DAP juga adalah tunjang Pakatan Kitul Rakyat. Ini dapat di lihat dari segala gerak kerja dan kenyataan yang di keluarkan oleh pemimpin2 Doktrin PAS dan Doktrin PKR. Kebanyakkannya menunjukkan "kebaruan kepada Doktrin DAP" itu memang kuat sehinggakan Anwar Ibrahim dan PKR di gunakan sebagai "pencetus keadilan dan demokrasi". Manakala Doktrin PAS pula di gunakan sebagai "pencetus Negara Islam dan Hudud" tetapi dalam senario sebenarnya Doktrin DAP menolak "Negara Islam dan Hudud" tetapi sangat senang apabila Doktrin PAS ubah taglinenya kepada "Negara Kebajikan" dan "Pas for All". Ini sejajar dengan perjuangan Doktrin DAP "Malaysia Malaysian" tetapi Doktrin PAS dan Doktrin PKR tak nampak bahawa Doktrin DAP hanya mengganggap mereka [Doktrin PAS dan Doktrin PKR] sebagai "kuda dan barua" Doktrin DAP untuk memecahbelahkan umat Melayu dan Islam serta menumbangkan kepercayaan dan kesetiaan umat Melayu dan Islam kepada parti UMNO. Sekiranya tumbang parti UMNO maka tumbanglah Barisan Nasional. Senanglah Doktrin DAP memahat "agenda politik" kecinaan dan kekomunisme dalam sistem pemerintahan dan ekonomi Malaysia. Ini dapat kita lihat semasa pemerintah Pakatan Kitul Rakyat di Perak dan di Penang. Bunga-bunga rasis, anti Melayu dan anti Islam itu sudah nampak tetapi sayang sekali "penggunaan Kekhalifahan Umar Abdul Aziz" di jadikan sebagai "agenda politik" untuk mengabui mata umat Melayu dan Islam di Penang dan di Malaysia. Memang selayaknya kalau kita undi Pakatan Kitul Rakyat bermakna kita mengundi Doktrin DAP sebagai pemerintah. Sebaliknya kalau kita undi Barisan Nasional bermakna kita undi parti UMNO sebagai pemerintah. Sudah pasti agama, bangsa dan negara akan lebih terjamin dan baik sekiranya di bawah pemerintahan Barisan Nasional di bandingkan dengan Pakatan Kitul Rakyat. 

Kita hanya menunggu loceng di bunyikan untuk memastikan bahawa Malaysia ini terus kekal di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Kita tidak mahu agama, bangsa dan negara di jadikan bahan gadaian dan mainan orang gila kuasa dan jawatan Perdana Menteri dan Putrajaya.