Saturday, December 31, 2011

DRAMA APA LAGI AKAN KITA SAKSIKAN PADA TAHUN 2012...

Buat apa kita nak perjuangkan Negara Islam baik kita pulon sama DAP utk dptkan Putrajaya
Kita autamankan aje umat Melayu dan Islam di Malaysia

Wednesday, December 28, 2011

KEMPEN 901...Penting sangatkah Anwar Ibrahim?????

Pemimpin Autaman yg paling berpengaruh sekali di dunia


Apa yg kita boleh gambarkan pasal pemimpin yg di gelar oleh isterinya sebagai "AAAnugerah Tuhan" sekarang pengikutnya yg taksub dan jumud Dr Badrul Amin Bahrom yang isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim "pemimpin yang ditunggu" untuk membebaskan Masjid Aqsa.

Betapa besarnya pengaruh "King of the Road Demo" terhadap pengikut-pengikut taksub dan jumud. Dalam ceramah di ceruk pelusuk Malaysia, Anwar Ibrahim dgn lantang dan berani mengatakan bahawa kalau saya di penjarakan pun saya akan tetap jadi Perdana Menteri. Bagi membolehkan saya terus memimpin Pakatan Pembangkang, PM "sementara" akan di lantik. Tapi pesoalannya kenapa AnwarIbrahim beria-ia sangat nak jadi PM. Adakah Anwar Ibrahim kemaruk ataupun gila talak selepas di pecat dr jawatan TPM oleh Tun Mahathir satu ketika dahulu.

Adakah org Melayu dan Islam di Malaysia ini tiada pemimpin selain dari Anwar Ibrahim????? Mengapa kita harus mempertahankan Anwar Ibrahim????? Mengapa kita tidak mempertahankan apa yg kita ada sekarang iaitu kuasa politik, selepas kuasa ekonomi di kuasai oleh kaum Cina????? Mengapa kita harus mempertaruhkan jiwa raga kita di atas keenakkan dan kerendahan moral Anwar Ibrahim yg di gelar "Pemimpin yg di nanti-nantikan"?????

Kita masih tercari-cari jawapannya. Di manakah pentingnya Anwar Ibrahim kepada kestabilan, kemakmuran, kesejahteraan, keamanan, keharmonian, keadilan dan kemajuan yg telah kita nikmatan dan lalui selama 54 tahun????? Adakah Pakatan Pembangkang dapat memberikan kita semua itu apabila Anwar Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan menghapuskan diskriminasi kaum dan mengangkat hak semua kaum di Malaysia. Beliau juga berjanji akan menghapuskan PTPTN kerana membebankan rakyat. Sebelum ini berjanji nak turunkan minyak dan sebagainya. Tapi setakat ini tiada apa-apa pencapaian yg dapat di banggakan oleh Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor Darul Ehsan melainkan Selangor Darul Ehsan sekarang terkenal dgn Selangor Darul Urut.

Adakah Anwar Ibrahim dapat memberikan pencapaian 30% equity org2 Melayu dalam kek ekonomi Malaysia????? Adakah Anwar Ibrahim dapat memberikan jaminan bahawa harga barangan tidak akan naik sekiranya beliau jadi Perdana Menteri Malaysia????? Adakah Anwar Ibrahim dapat memberi jaminan bahawa semua rakyat akan dapat hak yg sama dalam ekonomi, pekerjaan, perumahan dan perniagaan?????

Kita selalu katakan bahawa bila kita bercakap mudah, kerana bercakap tidak perlukan modal ataupun perancangan bagaimana nak menjayakan sesuatu "projek". Bercakap hanya memerlukan daya tarikan bagaimana nak menarik perhatian rakyat Malaysia utk menyokong agenda sempit atau agenda caca merba Anwar Ibrahim. Kalau kita ikut dan buat pengamatan dari ceramah-ceramah Anwar Ibrahim kebanyakkannya berkisar kpd bagaimana nak menjatuhkan UMNO sebagai tunjang atau belakang Barisan Nasional. Anwar Ibrahim tahu bahawa nak jatuhkan UMNO, pihaknya iaitu Pakatan Pembangkang memerlukan kekuatan yg jitu dan senjata yg kuat kerana track record "UMNO/Barisan Nasional" sudah terbukti selama 54 tahun.

Apakah kekuatan Anwar Ibrahim????? Retoriknya dalam melagukan irama dan gurindam yg di isi dgn autaman, fitnah, pembohongan dan dusta bagi mengelirukan dan mempengaruhi pemikiran rakyat agar bangkit menentang kerajaan UMNO/Barisan Nasional. Perancangan dan pendedahan yg terancang serta strategik di gunakan utk menfitnah, membohongi dan mendustai rakyat Malaysia. 

Persoalan yg selalu di timbulkan rakyat jelata ialah pertuduhan ke atas Anwar Ibrahim itu adalah fitnah dan konspirasi UMNO/Barisan Nasional utk mengaibkan dan menganiaya Anwar Ibrahim. Pada kita kalau perkara ini konspirasi UMNO/Barisan Nasional utk mengaibkan dan menganiaya Anwar Ibrahim sudah lama kes "Liwat Saiful Bahari" ini di tutup kerana kebenaran sentiasa akan timbul di penghujungnya, tidak payah tertangguh-tangguh sampai tiga tahun utk menyelesaikannya. Anwar Ibrahim juga terlibat dalam kes cerita "Omega" yang telah menyebabkan rakyat jelata tertanya siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim????? Adakah kita ingin menyerahkan pucuk kepimpinan tertinggi negara Malaysia kepada seorang yg korup moral dan peribadinya????? Kisah Anwar Ibrahim ini seolah-olah menyebabkan kita flash back kepada cerita-cerita pemerintah2 dahulu kala yg mempergunakan jawatannya utk mengumpul seberapa ramai "gundik-gundik" utk memuaskan nafsu dan kejantanannya sehinggakan satu ketikan nanti kita akan jadi seperti di zaman kaum Nabi Lut a.s.

Siksa Allah (SWT) amat pedih dan perit sekali. Tiada siapa yg Maha Mengetahui Maha Bijaksana Maha Adil dan Maha Pemurah melainkan Allah (SWT) sahaja. Selama ini Allah (SWT) amat menyayangi negara kita Malaysia. Allah (SWT) kurniakan kita hasil mahsul yg banyak, aman sentosa, tiada malapetaka besar seperti gempa bumi, ribut taufan kecuali banjir. Sekarang Allah (SWT) nak uji kita umat Melayu dan Islam dgn perbedaan fahaman politik yg telah memecah belahkan kita kpd tiga puak iaitu UMNO, PKR dan PAS. Ianya di burukkan lagi oleh Anwar Ibrahim yg telah menghasut, menanamkan semangat benci, dendam dan iri hati serta prasangka terhadap UMNO/Barisan Nasional ke dalam setiap pemikiran rakyat.

Kita jangan kehilangan sesuatu yg berharga seperti mana Kesultanan Melayu Melaka terhapuskan dari bumi Melaka di zaman sebelum merdeka. Kesultanan Melayu Melaka adalah sejarah yg perlu kita pelajari dan fahami bahawa sekiranya kita memberi muka dan menganggap segala perbuatan "biadap" Pakatan Pembangkang adalah okay maka kita sudah pasti akan menyebabkan "Si Kitol" dan " Si Raja Mandaliar" akan bermaharajalela memecah belahkan lagi umat Melayu dan Islam di Malaysia. Inilah yg terjadi sekarang di mana "PKR" dan "PAS" telah menjalankan aktiviti-aktiviti menghasut dan membenci UMNO/Barisan Nasional supaya kita umat Melayu dan Islam "Change and Save Malaysia". Siapa yg untung di atas perpecahan dan perbalahan umat Melayu dan Islam????? Adakah kita sebagai rakyat Malaysia inginkan 1 Malaysia berbau busuknya 1 Rakyat di kelentongnya?????


Umat Melayu dan Islam nak di perintah oleh DAP?????