Friday, December 2, 2022

Lain kali jangan sombong dan bongkak...

 

Pembentukan Kabinet PM Anwar...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media pengumuman Kabinet di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

PM10 dan KSU 


Politik Malaysia yang telah bergolak sebelum PRU15 dan pada kempen PRU15 telah di masukkan ke dalam acuan dinamika yang tiada siapa boleh jangkakan bahawa UMNO/BN boleh bergabung dengan PH (PKR, DAPings, Amanah) untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang termasuk juga GPS, GRS dan lain-lain. Inilah kebijaksaan Majlis Raja-Raja Melayu dan DYMM Agong untuk mengusulkan kerajaan perpaduan tetapi ianya di tolak mentah-mentah oleh PN. Akhirnya PH terpaksa membentuk kerajaan dengan BN, GPS, GRS dan lain-lain parti.

Bila DSAI sebagai PM10 mengumumkan barisan kabinetnya ramai juga broker-broker PPBM dalam UMNO yang kecoh semacam menyatakan bahawa UMNO sudah menjadi keldai tunggangan PH. Pada kita yang paling best ialah lantikan TPM iaitu jatuh kepada DSZH (TPM 1) dan Fadillah Yusof (TPM 2). Semua mempertikaikan lantik DSZH tetapi gagal untuk melihat keberkesanaan DSZH berjaya merungkai permasalahan lantik PM10 dan seterusnya pembentukan kerajaan perpaduan PH + BN + GPS + GRS + dan lain-lain parti. Inilah kesetiaan sahabat akhirnya rezeki tiada siapa dapat menelah melainkan Allah (SWT) sahaja.

Tahniah DSZH dan DSFY (menjadi orang pertama daripada Borneo menjadi TPM). Kita juga ucapkan tahniah kepada UMNO/BN di mana YB Pengerang, YB Kota Tinggi, YB Rembau, Senator Pangkor dan Senator Kuala Selangor telah di lantik sebagai Menteri Penuh. Maka broker-broker PPBM boleh memulakan "kempen untuk lawan Presiden dan Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presiden" dalam pemilihan UMNO kelak. 

UMNO/BN kena ambil pengajaran dan hikmah daripada kerajaan gabungan ini dan ianya telah di terjemahkan di DUN Tioman dan di PARLIMEN Padang Serai di mana PH dan BN tidak bertembung untuk melawan PN. Naratif politik Malaysia telah berubah selepas PRU15 di mana tidak mungkin mana-mana parti boleh menubuhkan kerajaan tanpa sokongan part-parti yang lain. Di sinilah peranan Presiden parti memainkan peranan penting, walaupun dalam PAU telah di nyatakan NO ANWAR, NO DAPIGS, NO PPBM tetapi apabila keputusan PRU15 telah di perolehi PH dapat 82, PN 73, BN 30, GPS 23 GRS 6 Warisan 3 dan lain-lain parti.

Sepatutnya PH dan PN boleh bentuk kerajaan kerana TSMY dan TSHHA pernah "bercium" bersama dengan PH terutamanya DAPIGS. Malangnya syor tersebut di tolak oleh PN. Nak ajak BN bergabung dengan PN sudah tentu BN tolak sebab PPBM sudah menganggap BN musuh utama PPBM. Akhirnya padan muka PN menang tetapi dapat abu sahaja arang telah di ambil oleh orang lain. Itulah kata-kata pujangga ada benarnya

"patah galah bertongkat kaki, patah kaki bertongkat lutut, patah lutut bertongkat siku, patah siku bertongkat kuku, patah kuku bertongkat sayap, patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat dagu, namun daki tetap didaki, walaupun jatuh tercarap, misai pantang mencecah ke tanah"

Inilah iltizam dan peranaan Presiden UMNO walaupun UMNO/BN nak macam kalah tetapi belum kalah macam Pejuang, walaupun tidak menang tetapi tetap menang lebih daripada PPBM bawah sikit daripada PAS. Kemungkinan besar dalam PRN Kelate, Teganu, Kedah nanti BN dan PH akan bergabung untuk melawan PN begitu juga di Penang, Selangor dan N9. UMNO/BN kena ketepikan "slogan NO PH" kerana ianya tidak menguntungkan UMNO/BN. Malahan PRU15 telah menunjukkan bahawa undi Cina dan India tetap solid kepada PH dan undi Melayu akan berbagi antara UMNO/BN, PN, Pejuang dan PKR. 

Adalah lebih baik UMNO/BN bergabung dengan PH agar PH boleh tumpukan di kawasan bandar manakala UMNO/BN di kawasan subbandar dan luar bandar. Perlu diingat bahawa semua Presiden dalam parti-parti politik di Malaysia adalah "product UMNO" seperti PM10, Presiden GRS, Presiden Warisan, Presiden PKR, Presiden Pejuang. GPS sahaja masih kekal dengan PPB dan UMNO hormat pendirian PPB sejak daripada dahulu lagi. UMNO tidak pernah bertanding di Sarawak kecuali dalam gabungan BN sebelum PRU14. Natijahnya "product UMNO" yang banyak menghasilkan kepimpinan di persada tertinggi di Malaysia iaitu kerusi panas PERDANA MENTERI.

Insya Allah parti-parti lain perlukan UMNO/BN untuk memerintah kerana UMNO itu adalah sebuah perjuagan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara. PAS memerintah Kelate 30 tahun lebih tetapi apa yang ada di Kelate? Teganu dan Kedah apa yang ada sekarang semuanya dan/atau kebanyakkannya adalah hasil air tangan UMNO/BN. Penang pun sama, N9 dan Selangor sama juga daripada sekolah sampailah kepada hospital, universiti, lebuhraya dan lain-lain kebayakkanya UMNO/BN yang bangunkan.

Kita di akar umbi tetap bersama Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang bukannya broker-broker PPBM tapi mempunyai wawasan untuk meletakkan UMNO/BN pada pesada pemerintahan negara dan/atau negeri walaupun terpaksa berkawan dengan "syaitan". Itulah yang di ungkapkan oleh arwah Nik Aziz satu ketika dulu. Sikap sombong dan bongkak itu boleh menyebabkan kita di pinggirkan oleh rakyat dan pemimpin-pemimpin parti-parti lain. Ini jelas terjadi kepada PN kerana bersikap sombong dan bongkak, akhirnya orang lain yang dapat laba. Betul kata TSHHA bahawa PAS "sanggup jadi pembangkang daripada bergabung dengan BN".

TAHNIAH UMNO/BN...kita kalah tapi tak kalah semua...tunjukkan apa yang kita boleh buat demi kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara.


MENTERI KEWANGAN - DSAI

Kita bagi DSAI peluang untuk membuktikan bahawa beliau boleh memulihkan kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia. DSAI akan di bantu oleh penasihat-penasihat kewangan spt Tan Sri Hassan Marican. Kita takut nanti jadi macam Tun M dengan council of the elders (Tun Daim, Zeti, Jomo, Robert Kuok dan Tan Sri Hassan Marican) habuk pun tarak malahan negara dan rakyat terpaksa menangung segala kerakusan dan kemusnahan terhadap kewangan yang telah di perlelongkan oleh punahsihat-punahsihat Tun M. Ianya di tambah oleh Menteli Kewayangan yang tidak competent dan tidak tahu memahu pasal kewangan negara habis semua di jualnya segala harta benda dalam kantung Perbendaharaan Negara.

Adakah jenaka ini akan berulang "Najib minta pada Najib, nanti aku tanya dan/atau bincang dengan Perdana Menteri dulu...kejap aje..."