Saturday, February 29, 2020

PHancing runtuh dan berkecai di Istana Negara



Pakatan Harapan telah memerintah selama 22 bulan selepas berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14. Perdana Menteri Pakatan Harapan ialah PM 4 semasa Barisan Nasional memerintah yang menjadi PM 7. Corak pemerintahan Pakatan Harapan amat berbeda dengan Barisan Nasional yang mana banyak projek-projek Barisan Nasional untuk rakyat di batalkan tetapi kemudian di hidupkan balik apabila mengetahui akan keuntungannya. Rakyat di pinggirkan tetapi Raykat di angkat sebagai warganegara kelas pertama. 

Segala bantuan dan kebajikan rakyat di capatikan dan akhirnya 5 PRK iaitu Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tg Piai dan Kimanis telah di menangi oleh Barisan Nasional dengan undian yang lebih besar dari PRU14. Kekalahan ini telah merunsingkan Pakatan Harapan yang mula di gelar sebagai Pakatan Hancing sehinggakan satu pantun telah di cipta untuk mengambarkan betapa hancingnya Pakatan Harapan berbunyi begini;

Sekiranya tuan nak pergi memancing
Jangan lupa bawa umpan
Sekiranya tuan tak mahu kena kencing
Jangan le undi Pakatan Harapan

Berikutan daripada kekalahan tersebut Tun MM telah di desak untuk menyerahkan jawatan PM kepada PM tepi iaitu PM-8, DSAI. Pada dasarnya Tun MM tidak akan menyerahkan jawatan PM kepada PM tepi walau apa pun akan terjadi. Pada pengamatan Tun MM, DSAI tidak di sukai oleh orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam akibat liberalism dan moralnya yang bercelaru. Malangnya Tun MM masih gagal untuk melihat bahawa orang Melayu dan pemimpin-pemimpin Islam juga tidak menyukai Tun MM kerana telah mengkhianati Melayu dan Islam dalam tindak tanduk pemerintahan Pakatan Harapan dengan membiarkan pemimpin-pemimpin Dapigs bermaharajalela terutamanya Menteri Kewayangan, Gone End. Menteri-menteri Pakatan Harapan semuanya bercelaru dan tidak tahu untuk memerintah negara, malahan mentality pembangkang telah di bawa ke dalam cabinet meeting. 

Akibat daripada desakan dan asakkan Menteri-Menteri Pakatan Harapan pada 24/2/2020 telah meletakkan jawatan sebagai PM-7 dan Pengerusi Bersatu. Peristiwa ini di ikuti dengan PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan Geng Kartel Azmin Ali di pecat dari PKR. Sheraton Move telah di aturkan tetapi ianya tidak menjadi. YDPA telah melantik Tun MM sebagai PM interim bagi mengalas tanggungjawab untuk memimpin negara semasa ketiadaan PM dan cabinet. 

Muafakat Nasional istiqomah untuk BUBAR sahaja Parlimen kembalikan kuasa kepada rakyat. PH cuba memujuk Tun MM tetapi gagal pada mulanya. Maka PH terpaksa kembali kepada DSAI sebagai PM-8. Nampaknya jumlah yang menyokong PH berkurangan kerana Dapigs yang menimbulkan berbagai "chain reaction" terutamanya kepada Melayu, Islam dan bumiputra maka PH terpaksa kembali semula kepada Tun MM. 

Isu PM-8 mungkin akan berlarutan sekiranya Muafakat Nasional tidak berjiwa besar dengan mengembelingkan anggota-anggota MPnya untuk menyokong calon PM iaitu TSMY walaupun berat dan sukar tetapi demi Melayu, Islam dan Negara MN berlapang dada dengan DSHA dan DSZH turun mengiringi TSMY ke Istana Negara untuk menyembahkan berkenan Duli Tuanku bahawa Perikatan Nasional sudah mempunyai bilangan majority untuk menubuhkan kerajaan dengan PM-8 ialah TSMY. MN pula di sokong oleh MP-MP Sabah dan Sarawak yang tidak berapa gemar akan tindak tanduk Dapigs terhadap mereka semasa memerintah selama 22 bulan.

Akhirnya, TSMY telah di perkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku untuk dilantik sebagai PM-8 dengan adat istiadat angkat sumpah akan di laksanakan di Istana Negara pada 1/3/2020 jalam 10:30 pagi, maka secara rasminya pemerintahan Pakatan Hancing telah di tamatkan pada 1/3/2020. Kita tidak perlu lagi berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Hancing yang sombong. egoistik, tak tahu buat kerja, tidak berkebajikan, tidak prihatin terhadap rakyat, tidak tahu menguruskan kewangan dan tidak tahu mentadbir serta menyelia sebuah negara.

Kita ingatkan semasa rakyat Malaysia memberikan undi majority kepada PH maka kehidupan rakyat akan berubah dari bagus kepada lebih bagus tetapi sangkaan kita meleset sama sekali apabila PH gagal dalam segala segi baik sosial, kewangan, pengurusan, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Inilah padahnya majority rakyat Malaysia yang mempercayai kata-kata azimat PH terutama kaki fitnah No.1 di Malaysia iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang amat terkenal dengan "formula minyak dan formula tol". Bila memerintah formula minyak dan formula tol hancur lebur dan tidak boleh di implimentasikan kerana PH tidak mempunyai kewangan yang memcukupi akibat daripada kebodohan PH sendiri dengan menghapuskan GST.

Bila tiada kewangan macam mana nak buat kebajikan, macam mana nak puaskan hati rakyat, macam nana nak buat projek dan macam mana nak lonjakkan ekonomi negara. Inilah pengajaran dan hikmah di sebalik kenapa Barisan Nasional kalah semasa PRU14. Kita harap rakyat secara keseluruhannya tahu siapa intan dan siapa kaca. Kita pun tidak mengatakan bahawa Barisan Nasional itu tiada kesilapan tetapi kesilapan BN tidaklah seburuk PH yang memerintah selama 22 bulan.

Rakyat masih lagi terpalit dengan sindrom pemimpin-pemimpin BN rasuah, perompak dan pencuri duit rakyat tetapi setakat ini perbicaraan masih lagi di jalankan. Malahan duit UMNO dan akaun DSNR pun telah di tarik balik dari di bekukan kerana tiada kaitan dengan IMDB. 

Agenda sebenarnya Mission Muafakat Nasional ialah menolak Tun MM, DSAI dan Dapigs dari berada dalam kerajaan serta kepentingan rakyat dan negara di dahulukan.

Dengar khabar Tun MM telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM pada 24/2/2020. Sekarang TSMY yang memangku jawatan Pengerusi PPBM. Nampaknya MB Kedah mempertikaikan lantikan TSMY sebagai PM-8. Kemungkinan PPBM akan berpecah macam partai Ku Li dan kembali kepada UMNO. Inilah kita hendak lihat iaitu perpaduan dan kesatuan Melayu dan Islam dalam menentang Dapigs.

Akhir kata tahniah TSMY sebagai PM-8. Perjalanan politik TSMY selepas ini pasti berliku-liku kerana PH mesti akan cuba merobohkan ikatan Muafakat Nasional, PPBM, partai Sabah dan partai Sarawak.