Saturday, August 20, 2011

Jangan lacur akidah Islam...


Melayu nak dimurtad di DUMC

Di negara kita formulanya mudah bahawa bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Oleh yang demikian apabila sebut sahaja nama Melayu di Malaysia ini secara automatik semua orang akan sedia maklum bahawa nama itu sudah tentu beragama Islam.

Sejak zaman kegemilangan empayar Melaka lagi orang Melayu tetap berpegang teguh dengan akidah Islam walaupun pelbagai badai melanda dengan kedatangan ratusan mubaligh Kristian datang bersama penjajah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang cuba berdakwah dengan sogokan bermacam aneka kebendaan kepada umat Islam yang bergelar Melayu.

Namun ia tidak sedikit pun ternoda untuk menukarkan agama Islam yang tersangat suci itu dan bersyukurlah kita umat Melayu di negara ini hingga kini 100 peratus Islam kerana bukan sahaja kita dapat menjaga adat resam turun temurun tetapi dari sejak lahir lagi kita dididik dengan agama dan terima kasih kepada Raja-Raja Melayu dan pemimpin masyarakat sejak datangnya Islam ke negara ini masih mampu bertahan mengekalkan akidah yang mengEsakan Allah.


http://www.yabdoo.com/users/983/gallery/resize_520_p44074.jpg
Kubur syuhadah Perang Badar

http://www.yabdoo.com/users/983/gallery/resize_520_p44075.jpg
Kubur Syuhadah Perang Badar

 
Oleh itu, kita tidak reda jika ada sesiapa yang berbangsa Melayu ini cuba tukarkan kepada agama lain sebagai pegangannya dan kita akan mempertahankan akidah umat Melayu dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa berjihad untuk mempertahankannya.

Kita tidak mahu nanti ada pula gereja Melayu di negara ini ataupun paderi Melayu akan muncul dan kita tidak benarkan sesiapa atau pun mubaligh mana sekali pun selain daripada Islam cuba untuk berdakwahkan agama mereka.

kristal 01 Gambar Masjid yang Sangat Cantik di Seluruh Malaysia
Masjid bukannya Gereja




Imam Besar Masjidil Haram bukannya Pope of Christianity

Sudah termaktub di dalam Perlembagaan negara bahawa agama Islam adalah agama rasmi dan semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini mesti patuh apa yang tercatat di dalamnya.

Setiap pemimpin Islam, ulama dan individu yang mengaku dirinya Islam hendaklah bersatu mempertahankan akidah umat Islam di negara kita ini tanpa ada apa-apa tersirat atau tersurat di benak hati mereka untuk mendahulukan kepentingan bagi mendapatkan sokongan keuntungan kepada agenda politik mereka.

Jangan sekali-kali melacurkan maruah agama dan bangsa untuk kepentingan diri supaya parti mereka itu menang kerana menang secara itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.

Insaflah dan kembalilah ke pangkal jalan.

Friday, August 19, 2011

SIAPA LAYAK dapat AL-QADR? "Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr. Dan tahulah kamu apakah malam Al-Qadr itu? Malam kemulian itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan roh (Jibril) dgn inzin Tuhannya utk mengatur semua urusan. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar.

Terawih Masjid Kampung Baru

UMAT Islam kini berada pada fasa ketiga Ramadan di mana kemuncak keistimewaan 10 hari terakhir Ramadan ini ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam al-Qadr dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, dalamnya ada malam yang amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah”. (riwayat Ibnu Majah).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu. (riwayat Muslim).

Para ulama bersepakat bahawa malam al-Qadr berlaku di bulan Ramadan. Begitu juga mereka bersepakat malam itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Mereka hanya berselisih pendapat tentang malam yang ke berapa.

Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa malam al-Qadr berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: “Barang siapa yang ingin mendapatkan al-Qadr, dia hendaklah mencari pada malam ke-27 (riwayat Ahmad).”

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam ganjil 10 hari terakhir. Apa pun harinya, yang penting pada malam itu, Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan ibadat dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah.
Kelebihan malam al-Qadr tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan juga tidak pula diberi kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam-malam tertentu sahaja.

Fadilat malam itu akan menyinari mereka yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam beribadat. Hadirnya malam penuh berkat itu sangat dinantikan dan disambut dengan penuh keimanannya.

Kata al-Imam al-Qurtubiy, Rasulullah SAW diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka baginda merasa bahawa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti mana yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya lebih panjang. 

Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah SAW. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadr yang mempunyai nilai 1,000 bulan kepada Rasulullah SAW dan umatnya.

Justeru itu, malam al-Qadr dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama 1,000 bulan atau 83 tahun tiga bulan.

Kerana keutamaan ini, Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadr. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan. 

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, witir, terawih, bertadarus al-Quran, berzikir dan seumpamanya.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering baginda baca adalah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. 

Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang dosa yang lalu. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. 

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Setiap anak Adam tidak akan terlepas dari melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu adalah yang bertaubat kepada Allah (riwayat al-Tirmidzi dan Ibnu Majah).”

Justeru, wajar bagi setiap Muslim bermuhasabah terhadap segala amalan dan seterusnya bertaubat kepada Allah biarpun sekecil mana kesalahan itu.

Perlu diinsafi bahawa taubat tidak sepatutnya ditunda atau ditangguhkan kepada waktu yang lain kerana ajal maut akan datang menjemput manusia pada bila-bila masa. Maka peluang keemasan yang disediakan Allah sepanjang Ramadan wajar direbut agar tidak menyesal kemudian hari.

PRU boleh diadakan bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan...Najib kata "yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik"...Bagaimana pula reaksi Pakatanal Rakyatul Syaitan a.ka. Pakatan Kitul...adakah mereka sudah ever ready...setelah menjalankan ceramah dan forum perdana selama 3 tahun di mana rakyat telah disajikan dgn "persepsi fitnah dan pembohongan" sahaja...Kita harap klimak politik akan sampai ke puncaknya dan ditutup agar pihak kerajaan, pemimpin dan rakyat jelata dapat menumpukan perhatian terhadap kelansungan hidup dan pembangunan demi mencapai Wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai "Negara Maju"...


KUALA LUMPUR 19 Ogos - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

Ini kerana menurut beliau, kesahihan serta kredibiliti sistem pilihan raya di negara ini sudah terbukti dan tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana pihak tetapi jawatankuasa tersebut ditubuhkan bagi menambah baik sebahagian kecil daripada sistem sedia ada.

"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa. Ia tiada kaitan dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dan soal bila tarikh tersebut, ia langsung tidak terikat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan Nurul Izzah Anwar yang mahu pembangkang menerajui jawatankuasa itu, Najib berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu kena memahami tradisi sistem demokrasi terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan berkenaan.

Katanya, memang menjadi amalan di mana-mana negara demokrasi, parti majoriti yang akan mengetuai sesuatu jawatankuasa di peringkat Parlimen dan pembangkang perlu memahami hakikat tersebut.

Ditanya, apakah kerajaan akan meneruskan penubuhan jawatankuasa itu jika pembangkang bertindak memboikot dengan tidak menghantar wakil mereka, Perdana Menteri berkata, bila tiba masa yang sesuai, ia akan diteruskan.

"Tapi yang penting ialah kita telah tunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa kita tidak ada apa yang hendak dikhuatiri, dilindungi atau ditutup. Kita terbuka dalam isu ini dan kerajaan mengharapkan satu konsensus dapat diwujudkan antara semua parti politik," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai dakwaan pembangkang kononnya berlaku pertindihan dalam senarai daftar pemilih, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.

"Kita nampak kecenderungan parti pembangkang membangkitkan nama individu tertentu. Tapi ada juga kes yang mereka bangkitkan apabila disiasat oleh pihak akhbar ternyata tidak benar," ujarnya.

Tuesday, August 16, 2011

Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul, dakwa Hadi Awang...Nampaknya Presiden PAS ini gagal melihat bagaimana UMNO telah berjaya meletakkan Malaysia sebaris dgn negara-negara membangun lain di dunia dan demokrasi serta Perlembagaan Malaysia sentiasa di patuhi oleh UMNO yg menyebabkan PAS terasa akan kekurangan mereka dalam menghadapi UMNO di masa PRU 13 nanti. Sekiranya tidak ada kegusaran mengapa tagline "Negara Islam" di tukar kepada "Negara Kebajikan". Kata Hadi "Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita". Bila Presiden PAS kata begitu makna PAS sudah membuka pekungnya sendiri bahawa dalam pendirian mereka utk melaksanakan "Negara Islam" mereka telah gagal utk melaksanakan kesejahteraan spiritula dan akhlak serta pembangunan rohani yg di hubungkan dgn agama apabila Kelantan yg telah di perintah selama 20 tahun gagal utk di tonjolkan sebagai "Negara Islam" contoh baik dari segi kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani kerana segala corak dan urus tadbir Kelantan seolah-olah melihatkan bagaimana kesejahteraan spiritual dan ahklak serta pembangunan rohani tidak diterapkan kepada rakyat Kelantan melainkan doktrin perjuangan PAS yg banyak di canang ke hulu dan ke hilir di Kelantan agar rakyat Kelantan hanya tahu bahawa PAS sahaja yg boleh memerintah Kelantan...Kita sedih dgn lontaran dan kecaman Presiden PAS itu seolah-olah cuba menidakkan kerja-kerja baik UMNO selama ini terhadap rakyat dan negara Malaysia. Rakyat semua sudah tahu di mana sebenarnya kedudukan PAS dan rakyat juga sudah muak dan jelak dgn cakap-cakap bunga-bunga PAS yg tidak mendatangkan apa-apa untung dan perubahan kepada kehidupan mereka. Sebaliknya rakyat terpaksa menanggung beban akibat kegagalan pemimpin-pemimpin dalam menanggani isu-isu yg membabitkan umat Melayu dan Islam. Kepada siapa rakyat nak mengadu kalau bukan kpd UMNO. PAS sudah tahu akan malapetaka yg akan menimpa mereka pada PRU13 nanti tetapi masih ingin bermain-main dgn kata-kata bunga agar rakyat dapat berbalik kpd PAS bagi menyelamatkan umat Melayu, Islam dan Malaysia. Inilah yg kita gelar cakap sahaja berdegar-degar tapi tahi bergelumang di lubang dubur. Rakyat bukan nak cerita dongeng tetapi nak realiti...





KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

“PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

“Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja,” katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tambah beliau “Umno juga tidak memperkasakan bahawa Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa ilmu dengan tidak menyedari bahawa tidak ada negara yang maju dengan bahasa asing, walau bahasa asing adalah bahasa menambah ilmu.”

Kata Hadi, sepanjang 54 tahun memerintah negara Umno gagal memperkasakan Bumiputera supaya setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.

“Walaupun memimpin negara lebih daripada 50 tahun dengan sumber yang ada, namun Umno gagal memperkasakan Bumiputera setaraf dengan kaum lain dan masih ramai kaum lain yang dibelenggu dengan kemiskinan angkara pemimpin mereka yang bersekongkol dengan Umno.

“PAS wajib menyelamatkan negara supaya kembali kepada asasnya yang tepat mengikut penafsiran Islam yang sebenar dengan persefahaman yang adil bersama pihak lain,” katanya.

Hadi memilih tema “Membangun Negara Berkebajikan” dalam ucapan dasarnya pada muktamar parti itu Jun lalu. Ia lanjutan daripada tema manifesto PAS ketika pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun pemimpin Umno-BN mengkritik pendekatan itu sambil mendakwa PAS sudah mengabaikan agenda negara Islam.

Buku ini dikeluarkan sebagai saluran menjawab kritikan itu.

Pemimpin-pemimpin Umno-BN juga mendakwa PAS meniru pendekatan negara berkebajikan yang diamalkan pentadbiran BN sejak lima dekad lalu.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahu, konsep negara berkebajikan yang dibawa PAS meliputi urusan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan.

“...dengan merujuk kepada maksud kebajikan itu dengan erti katanya yang sebenar menurut pandangan Islam.

“Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita,” katanya.

Menurut Hadi, negara berkebajikan bukan boleh diisytiharkan secara tempelan semata-mata seperti mana yang didakwa BN.

“Tetapi kewujudannya mestilah mengikuti konsepnya yang jelas, pengisiannya yang tulen dengan dipimpin oleh tenaga kepimpinan yang memenuhi ciri kepimpinan dan negara yang sebenar.

“Masa sudah tiba kepada seluruh rakyat untuk keluar dari ketidakadilan, kebejatan amalan rasuah serta salah guna kuasa dan pemikiran songsang yang ada dalam kepimpinan negara masa kini,” katanya.

Tambah beliau, PAS bersedia berbincang secara ilmu dan tanggungjawab dengan semua pihak bagi kepentingan rakyat dan negara.

Wednesday, August 10, 2011

Perbandingan demo di KL dan riots di London...di mana letaknya demokrasi?

Persoalannya adakah kita inginkan demokrasi dan demo seperti di London terjadi di Malaysia. Mereka-mereka yg berdemo dan "rioting" di London itu lebih bertamaddun drp kita [itulah selalu di gembar-gemburkan oleh mereka] tetapi nampaknya demokrasi mereka adalah lebih jijik drp kita apabila mereka telah menggunakan keganasan, kemusnahan, kehancuran dan kematian sebagai ukuran kedemokrasian meraka. Di Malaysia ada pihak yg cuba mencetuskan demokrasi jalanan ini tetapi tidak berjaya apabila berjaya di patahkan oleh PDRM sehinggakan demokrasi jalanan tersebut tidak tahu apa nak buat setelah bertembung dgn pihak PDRM selainkan "tipu mati" setelah kena gas pemedih mata PDRM. Di London demo jalanan sudah menjadi satu bahan tangisan dan jeritan batin warganegara London terhadap permasalahan mereka yg kesempitan dan keperitan sehinggakan mereka sanggup membakar, membunuh, dan di bunuh, merompak dan memecah masuk kedai-kedai utk mencuri makanan dan pakaian... Adakah kita ingin perkara sebegini berlaku di Malaysia? Fikir-fikirkan lah sebelum nasi jadi bubur sebelum bangunan jadi abu seperti di London...cuba bayangkan kedai 5 keturunan musnah di jilat api sekelip mata apabila di bakar oleh periot-periot di London...


Adakah ini demokrasi utk keadilan dan saksama


Kejadian "riots" di London yg menjadi ganas kerana terlalu demokrasi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj12jDHfFRT7VIvuQSrwnhzH9BHyHZgliOpAN3ZhPyezWbS9wv_npQWVT27dv_hjS22ieR3LeDvLlP2L1AVh6FydYzEdtQJFPdeAh1N4SvkBVXf0-UnrmzjNJU254aahVMt1TLfliIRQuQ/s1600/bersih+mati.jpg
Lakon mati Pemberontak AMBIGA BERSIH yg tidak menjadi

Pemberontak AMBIGA BERSIH yg tidak menjadi spt riots di London



Saturday, August 6, 2011

Adakah ini di maksudkan oleh PAS sebagai "Negara Kebajikan". Adakah PAS akan kambing hitamkan UMNO dan media dalam persoalan terbaru "Isu serbu Gereja" di Petaling Jaya

Adakah ini di gelar "Negara Kebajikan PAS"




Setiap kali timbul isu yang membuatkan Pas tersepit antara kepentingan agama dan bangsa dengan kepentingan undi untuk mereka , maka pendirian yang paling selamat sekali mereka lakukan adalah menyalahkan Umno dan media masa.

Isu kandang babi mega di Morib, isu rampasan arak di Shah Alam, isu kuil juga di Shah Alam, Isu Kalimah Allah, isu pemimpin DAP masuk Masjid dan Surau, isu pemimpin DAP mempermainkan ayat Quran, isu negara kristian di P.Pinang, isu pemimpin DAP tak pakai songkok dan macam-macam lagi. Semuanya disalahkan Umno sedangkan yang mencipta masalah adalah mereka dan rakan-rakan mereka.

Isu yang terbaru yang masih segar dalam ingatan kita ialah isu penutupan kelab malam di Kedah sepanjang bulan Ramadhan. Yang buat keputusan untuk menutupnya adalah Kerajaan Pas Kedah dan yang buat keputusan untuk membatalkannya adalah Pas Pusat. Tapi tak semena-mena Umno dan media masa pula yang menjadi mangsa dalam isu berkenaan. Umno pula yang dipersalahkan semata-mata nak tutup 'kemaluan' mereka.

Hari ini Pas sekali lagi tersepit antara kepentingan agama dengan kepentingan mendapatkan undi dalam isu JAIS-gereja yang sedang hangat di Selangor.


Parti yg terpalit dgn "persepsi fitnah dan pembohongan"...

Apa nak jadi dgn parti yg memperjuangkan Islam ini?

Friday, August 5, 2011

Jais: Jangan percaya, elak undang fitnah...Adakah kita ingin menunggu perkara itu berlaku baru nak cegah ataupun nak tunggu bukti dahulu memang ada yg telah dimurtadkan baru nak cegah...atau nak saksi utk mengelakkan fitnah...tetapi percaya ke PAS kepada bukti tersebut....nampak sangat PAS sudah tersepit di celah kangkang antara perjuangan Islam dgn Pakatanal Rakyatul Syaitan...mana satu mesti di dahulukan?



  
TEMERLOH, 5 Ogos: Sebelum meneruskan debat mengenai isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharap para pembaca dapat meneliti cerita pengalaman Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di bawah terlebih dahulu.

“Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, tauke yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf “G”.  Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

“Bos, air ini halal, tapi gelasnya… akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.

Terdapat 2 pengajaran di sebalik peristiwa ini.  Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.  Dan tauke pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.

Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.
Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut? [Kita ingat lagi dalam kes video "AAAnugerah Tuhan" bagaimana PAS telah canang 1Malaysia mengenainya sebagai bahan UMNOPORNO yg bersifat fitnah tetapi bukti sahih menunjukkan memang pelakunya adalah "AAAnugerah Tuhan"...Mungkin siasatan PDRM tidak cukup CSInya kot?]

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut,  lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih. [Begitu juga kalau UMNO melakukan sesuatu demi kebaikan dan kesejahteraan umat Melayu dan Islam maka PAS akan mengatakannya bahawa itu bukan Islam tetapi adalah kapal selam UMNO yg tidak boleh tenggelam. Begitu juga PAS mengatakan bagaimana YAB PM telah melakukan kezaliman dan penganiayaan terhadap rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia keseluruhannya apabila menahan dan menyalurkan Wang Ehsan kpd badan pengerak kerajaan pusat di Kelantan. Begitulah juga bagaimana PAS menuduh YAB PM ada kaitan dgn pembunuhan model Mongolia. Adakah YAB PM telah melakukan sesuatu yg boleh menimbulkan fitnah tersebut atau PAS memang terkenal sebagai pembawa "persepsi fitnah dan pembohongan"].

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. [Dalam kes "AAAnugerah Tuhan, Mat Sabu dan Suhardi dalam isu AMBIGA BERSIH" yg kononnya telah terjadi kezaliman dan keganasan pihak PDRM terhadap mereka...tapi tidak kah itu boleh mengundang fitnah?]

Dalam reaksinya terhadap isu Jais hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata isu tersebut menjadi polemik besar akibat dua perkara – ‘mudah mempercayai fitnah’ dan ‘melakukan perkara-perkara yang mengundang fitnah’. [Tidakkah PAS sentiasa mempercayai "persepsi fitnah dan pembohongan" dan mencipta "persepsi fitnah dan pembohongan"].

Di dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar pihak Jais, dalam kesungguhan mereka mencegah kemungkaran agama Islam,  pihak jabatan agama juga harus sentiasa beringat untuk mesti mengelak sebarang elemen buruk dalam melaksanakan peraturan yang ada, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

“Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam,” kata beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga menasihatkan agar Jais, sebagai sebuah badan pengawal agama harus bertindak mengikut lunas peraturan dan prosedur yang ada.

“Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak Jais telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima Jais tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak,” tambah beliau.

Beliau turut menyeru Jais untuk memastikan siasatannya dilakukan dengan penuh ketelusan, dan setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima.

“Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

“Diharapkan Jais dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan Jais sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.

“Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah,” nasihat beliau.

Selangor semakin bercelaru....

Mengapa Selangor semakin berkecamuk dan bercelaru sekarang...isu pemeriksaan gereja di PJ yg buat "breaking fast" utk org Islam [Hasan Ali kata lain tapi Khalid Samad kata lagi lain] dan isu Pro Canselor Unisel [campurtangan politik dalam pentadbiran dan urusetia Unisel] dan isu Selangorku oleh MB PKR [utk merapatkan dan mendaptkan kembali sokongan kpd Pakatanal Rakyatul Kitul a.k.a Syaitan di Selangor, nampaknya majoriti kaum Melayu dan Islam ingin menolak Pakatanal Rakyatul Kitul a.k.a Syaitan]...

http://pemudaenggang.files.wordpress.com/2008/06/pakatanbabi.jpg
Tabung Buluh sudah jadi Tabung Gereja 



Tuesday, August 2, 2011

Your flag? Not ours!
Inilah yg bakal di hadapi oleh PKR dan PAS dalam Pakatanal Rakyatul Syaitan a.k.a Pakatan Kitul

Monday, August 1, 2011