Thursday, March 8, 2018

Manifesto Pakatan Harapan...harapan atau umpan atau gula-gula atau retorik PRU14...?????


Manifesto Pakatan Harapan seperti PRU13 adalah ibarat Laila Majnum dan/atau mimpi di siang hari dan lebih membimbangkan lagi ialah apabila Pakatan Harapan nak hapuskan GST dan ganti SST yang lama. Adakah Pakatan Harapan tahu apa impaknya kepada ekonomi Malaysia????? Sekarang GST boleh memberi kerajaan pendapatan sebanyak RM44 billion (2017) tetapi nak pancing undi untuk PRU14 Pakatan Harapan nak hapuskan GST tersebut dengan SST yang lama yang hanya dapat memberi 1/4 billion sahaja kepada kerajaan. Pakatan Harapan kena berfikir sejenak adakah ekonomi Malaysia ini hanya bergantung kepada minyak dan hasil eksport sawit dan lain-lain. Apa akan berlaku sekiranya harga minyak dan barangan commoditi kita jatuh merudum????? 

Negara pengeluar minyak terbesar dunia pun mengikut Malaysia memperkenalkan GST, datang "government in waiting" nak hapuskan GST. Inilah masalahnya kita kalau nak memancing mesti le gunakan umpan yang sesuai dengan ikan apa yang kita nak tangkap dan di mana kita memancing tetapi Pakatan Harapan hanya bagi umpan untuk memancing di merata tempat tanpa menilai samada perkara tersebut sesuai dan/atau realistik atau pun tidak. Pakatan Harapan kata mereka telah mengambil pandangan pelbagai pihak ahli-ahli akedemik, civil society, pakar ekonomi, professional dan mantan kakitangan awam dan terus kata "our manifesto is practical and can be implemented to improve and build Malaysia".

Bila orang kata manifesto itu sukar untuk di laksanakan, Pakatan Harapan kata kita berjaya melaksanakannya di Selangor dan di Penang, maka kita yakin ianya boleh di laksanakan di seluruh Negara. Nak Tanya apa yang telah di laksanakan di Selangor dan Penang?????

Youths:-

Tax incentives for employers who pay for PTPTN loans without salary cuts
PTPTN repayments only after earning RM4,000-00 monthly
PTPTN loan write-offs or discounts for excellent or poor students
Reduce broadband prices and increase speeds
Marriage incentives for couples under 35

Price of goods:-

Abolish GST
Depoliticise BRIM
Promote competition to ensure reasonable medicine prices
Abolish tolls in stages
20% royalties for oil producing states
Review monopolies including by Bernas and Astro

Housing:-

Expand first home loans scheme
Take over maintenance cost for low-cost homes
Build one million affordable homes before 2020
Build affordable homes on wakaf (donated) land for Muslim
expand rent to own scheme

PM, CM and MB shall in tenure for two (2) terms only. Masalahnya kalau dapat Putrajaya tapi kalau tak dapat Putrajaya sekiranya kekal Penang, adakah CM akan kekal selama dua penggal atau lebih dua penggal????? Nak suruh letak jawatan pasal kes Jalan Pinhorn pun susah inikan pula pasal manifesto yang bukan perjanjian. Maknanya janji tinggal janji aje. 

Para penganalisa politik berpendapat bahawa Pakatan Harapan tidak melihat kepada situasi ekonomi di masa kini bila membuat manifesto ini. Pakatan Harapan juga tidak melihat keadaan ekonomi dunia yang mana memperlihatkan setiap negara membuat perancangan untuk meningkatkan pendapatannya. Manakala Pakatan Harapan cuba untuk menghapuskan sumber pendapatan negara dengan mencadangkan penghapusan GST kerana ianya kononnya telah menzalimi rakyat. Zaman Tun Mahathir buat projek mega habis "duit GLC" di pertaruhkan tetapi harga barangan tetap naik juga dan gaji kakitangan awam naik RM25 dan RM35 ringgit setahun. Sekarang nak hapuskan GST, mana Pakatan Harapan nak cekau duit untuk buat projek dan pembangunan untuk rakyat dan Negara????? Ingat kerajaan akan hilang RM45 (fokus kutipan GST pada 2018) billion setahun.

Kita boleh buat MRT, ECRL, Pan Borneo Highway dan lain-lain adalah di sebab duit-duit GST dan pendapatan minyak. Cuba bayangkan duit GST 44 billion (2017) campurkan dengan duit minyak 19 billion (2018) sudah jadi 63 billion belum duit-duit sana-sini lagi tetapi kerajaan belanja tahunan berapa setahun????? Takut nanti nak bayar gaji kakitangan awam pun tiada. Mana datangnya duit itu lagi????? Pinjam tapi pinjaman dalam negara. Bila pinjam dalam negara kerajaan kena pusing duit itu. Bagi BRIM, SLIM, KADSIM dan lain-lain bantuan. Bila orang berbelanja atau simpan maka duit itu masuk dalam sistem. Bila masuk dalam sistem pekedai dan/atau bank akan gunakan duit itu balik untuk membeli stock mereka sebagai pekedai dan memberi pinjaman sebagai bank. Kitaran itu akan menjamin bahawa setiap pembelian oleh pekedai mahupun pinjaman bank akan ada GST. Maka duit itu akan masuk ke dalam kantung kerajaan. Bila masuk dalam kantung kerajaan, maka kerajaan akan berikan balik kepada rakyat dalam bentuk BRIM dan lain-lain bantuan. Tak da lah banyak tapi memadailah dari RM500 naik RM1,200 dan mungkin tahun-tahun mendatang akan naik lagi. Kita harus bersyukur kerana kerajaan UMNO/BN masih memegang janji untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara.

Malangnya kita masih ada Pakitul-pakitul yang menyatakan apa yang kerajaan UMNO/BN buat itu adalah rasuah dan memberi dedak kepada rakyat tetapi akhirnya Pakatan Harapan pula yang akan mengambil insiatif kerajaan UMNO/BN itu tetapi dengan andaian tidak mahu BRIM itu di jadikan alat politik. Masalahnya pernahkah BRIM di jadikan alat politik kerajaan UMNO/BN. Bila kita hendak berikan BRIM kepada rakyat mestilah kerajaan UMNO/BN yang membuat pemakluman dan nyatakan bila-bila BRIM akan di kreditkan. Adakah itu boleh di anggap sebagai alat politik untuk memancing undi????? Gula-gula dalam manifesto Pakatan Harapan pula bukankah satu bentuk alat politik untuk memancing undi juga?????

Inilah orang kata bila kita nampak kesalahan orang lain di seberang laut walaupun sebesar kuman tetapi kesalahan sendiri di depan mata seolah-olah tidak kelihatan langsung walaupun ianya telah berbau macam bangkai gajah.

Semasa PRU13 nak hapuskan PTPTN tetapi sekarang nak bagi kelongaran pula apabila gaji telah mencecah RM4,000-00 baru mula bayar. Ini seolah-olah cuba untuk mengabui mata rakyat kerana apa mekanisme yang akan di gunakan untuk mengetahui bahawa si-polan-sipolan telah mendapat pendapatan RM4,000-00????? Cakap memang senang dan tulis akan kertas bentangkan kepada rakyat tetapi bila nak melaksanakannya mula le cari pelbagai alasan untuk menidakkan apa yang telah di janjikan dalam manifesto Pakatan Harapan sehinggakan sampai ke satu tahap bahawa manifesto bukannya satu perjanjian. Tengok rumah mampu milik di Selangor tidak mampu di bina kerana kerajaan Pakatan Harapan bagi alasan pemaju lambat memohon perancangan. Begitu juga Penang banyak sangat duit kowtim akhirnya rakyat menderita dengan banjir maka terpaksa le talipon TPM minta bantuan walaupun nyawa sudah dihujung tanduk tetapi bila terlepas aje mula le tuduh kerajaan UMNO/BN gagal untuk memberikan warning dan sebagainya. Inilah orang kata jangan lepaskan "anjing tersepit pasti dia akan salak balik pada kita". Dalam perkataan mudah salahkan UMNO/BN yang menghalang dan mensabotaj projek di Selangor dan Penang. Inilah yang terjadi di Selangor apabila ada krisis air yang semakin meruncing sehinggakan aktiviti harian rakyat dan sector perniagaan terjejas teruk. Apabila di tanya salahkan SPLASH dan kerajaan UMNO/BN. Senang jadi pembangkang "tuding jari" bila apa permasalahan dalam negeri pemerintahan mereka. Ini juga yang terjadi dalam kes Terowong Tokong DAP di Penang, salahkan SPRM dan pemimpin-pemimpin UMNO dapat duit "kowtim". Apabila di siasat rupa-rupanya duit kowtim itu adalah kroni-kroni Tokong DAP juga. 

Timbalan Presiden (Wan Azizah) Pakatan Harapan kata Malaysia akan setaraf South Korea, Mohidin pula kata berikan kami "mandate" untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan PRU14. Tun Mahathir pula kata "the manifesto is only a set of promises for voters to know what we intend to do. But it is useless if we don't win the elections. If Najib wins the elections this time around, it will be the last elections. He will get rid of elections in total". Inilah kata-kata jahat Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun. Mungkin dia masih lupa siapa yang mengubal perlembagaan mengenai kekebalan Raja-Raja Melayu????? Pada ketika itu berapa kah undi UMNO/BN dan siapa yang menguasai Parlimen Malaysia????? Kata-kata fitnah Tun Mahathir amat merbahaya dan cuba untuk memecah belahkan Melayu dengan kaum-kaum yang lain. Mana mungkin Tok Jib akan gubal peruntukkan undang-undang untuk menjadi beliau sebagai diktator tetapi tabiat Tun Mahathir yang bersifat autokratik dan ingat dia sahaja yang betul telah menampakkan betapa Manifesto Pakatan Harapan itu adalah satu mimpi ngeri bagi rakyat Malaysia keseluruhannya. 

Bayaran KWSP untuk suri rumah????? Hapuskan Tol di seluruh Negara tetapi kita kena ingat siapa "The King of Tolls"????? Semasa PRU13 pun janji nak hapuskan Tol tetapi gagal. Siapa yang menghapuskan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor????? Rumah mampu milik 150,000 buah selama 10 tahun memerintah di Selangor dan Penang tak mampu di laksanakan inikan pula 1 juta rumah mampu milik.

Adakah rakyat Malaysia pemakan dedak UMNO/BN yang telah membutakan mata, memekakkan telinga dan menutup mulut rakyat atas kesalahan Tok Jib yang tidak dapat di buktikan oleh Pakatan Harapan. Tun Mahathir kata "Dedak disumbat masuk sehingga tidak boleh bergerak bertutur kata tidak boleh dengar apa-apa pun dan hanya boleh tunduk kepala. Inilah Najib yang Berjaya menjadikan rakyat Malaysia seperti robot yang tidak boleh berkata-kata dan mendengar dan robot juga tidak perlu bernyawa"  

 Akhir kata baca manifesto Pakatan Harapan boleh dan nilaikannya tetapi jangan sekali-kali percaya bak kata perpatah Melayu "yang kita kejar tak dapat yang kita kendong pula berciciran"...Insya Allah UMNO/BN adalah parti yang sentiasa menjaga kemakmuran, keharmonian, kesejahteraan, kemajuan dan keamanan rakyat dan negara Malaysia. Ini telah terbukti selama 61 tahun tetapi Pakatan Harapan selama 10 tahun di Selangor dan Penang apakah buktinya????? #Pakatan dapat Undi Rakyat dapat Baldi. Inilah kerja-kerja Pakatan #DAP dapat Undi Rakyat keluar "duit kowtin". 

Ini buktinya di Selangor permasalahan air terus membelenggu rakyat sehingga tiada penghujungnya. MB Selangor kata "Don't blame state government for water supply disruption...Azmin reiterated that the state government was in the process of taking over Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) which handles the water treatment plant from the federal government...The process (of taking over) hasn't been completed both parties were given until July 2018 to complete the exercise...If it's not our asset how do you expect us to move into those facilities to conduct the maintenance"...Sekiranya kita lihat "SPLASH" is the concessionaire appointed by the Selangor State Government to develop SSP3 on a Build Operate and Transfer (BOT) basis for 30 years begin from 2000". Mantan MB TSKI said that the Selangor government has been accused of not being serious in its bid to take over SPLASH. His successor is more interested on how to pay more than 2.7 billion to the company and not on how to resolve the state's water woe. Hannah Yeoh pula kata "water concessionaire SPLASH must bear the responsibility of its failure to be prepared for emergencies and resulting extended water disruption in the Klang Valley".

Ini bermakna apabila Pakatan ambilalih Selangor maka perjanjian tersebut datang sekali dengan pengambilalihan kerajaan negeri Selangor oleh Pakatan. Ini bermakna kerajaan negeri Selangor yang sedia adalah yang bertanggungjawab untuk menguruskan bahawa gangguan air tidak akan berlaku di sekitar Klang Valley sekiranya berlaku apakah tindakan dan jalan penyelesaian yang akan di ambil. Malangnya sikap kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan pula berlainan sepatutnya kita ambil plan tindakan yang dapat membendung gangguan air yang berpanjang sebaliknya kerajaan negeri Selangor di bawah lebih banyak main politik dengan menyalahkan SPLASH dan yang tidak kena ialah terpalit pula kepada UMNO/BN. Memang betul perjanjian itu ditandatangani oleh UMNO/BN ketika memerintah Selangor tetapi permasalahannya perjanjian itu untuk 30 tahun dan yang mengambilalih negeri Selangor adalah Pakatan, maka adakah wajar kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan menuding jari kepada kerajaan yang dahulu akibat dari kesalahan yang berlaku di zaman kerajaan Pakatan????? Nampaknya kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan tiada pendekatan yang jitu untuk menyelesaikan permasalahan gangguan air di Selangor sebaliknya "sindrom menuding jari" kepada orang lain itu lebih di utamakan dalam erti kata lain kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan lebih banyak "main politik" siang dan malam dari menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Atas kertas memang nampak mudah tetapi apabila cuba untuk melaksanakannya dalam masa 100 hari mula memerintah pasti Pakatan akan menuding jari kepada kerajaan terdahulu. Maka selepas 10 tahun memerintah pun permasalahan itu masih lagi menghantui rakyat dan Pakatan masih tiada jalan penyelesaian bagaimana hendak melaksanakannya. Itulah bayangan mimpi ngeri sekiranya rakyat memilih partai yang lebih banyak "main politik" siang dan malam yang menjanjikan bulan dan bintang "janji-janji populis yang penuh dengan madu dan racun".




2 comments:

  1. Hari baik semua orang,

    Saya tidak dapat menyembunyikan kesaksian ini besar yang berlaku dalam hidup saya saya akan menyukai semua orang tahu ia dan menjadi partaker itulah sebabnya saya mahu berkongsi kepada seluruh dunia dengan meletakkan advert ini secara online, saya Kike A.A, saya hidup di Negeri Melaka Malaysia , Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Logan untuk kebaikan beliau atas kehidupan keluarga saya, saya tidak pernah tahu bahawa masih ada yang ikhlas dan boleh dipercayai pemberi pinjaman seperti ini di internet dan di bumi. Hanya beberapa hari saya berada di Cari untuk pinjaman sebanyak $ 95,000.00 dolar, kerana saya telah kehabisan wang untuk makan, yuran sekolah, perniagaan saya benar-benar akan keluar modal dan sewa saya. Saya telah scammed kira-kira $5,200 dolar sebelum ini, jadi dengan itu saya mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri saya dalam perniagaan tersebut sekali lagi. Tetapi seorang rakan saya memperkenalkan saya kepada sebuah firma pinjaman kerana penampilan dan perbuatan saya dan juga saya mengeluh kepada beliau. Dan saya memberitahu beliau bahawa saya tidak berminat untuk perjanjian pinjaman apa-apa lagi tetapi dia memberitahu saya bahawa masih terdapat pemberi pinjaman ikhlas yang beliau akan mengesyorkan saya, dan dia memberi saya butir-butir mengenai lelaki ini Encik Logan Bryan maka saya mengambil keputusan untuk memberikan satu perbicaraan yang lebih banyak dan saya paling bersyukur dan bertuah hari, saya telah diberikan sejumlah $95,000,00 ringgit pinjaman oleh besar firma berhemat kewangan Perkhidmatan ini, jika anda memerlukan tahan lama tulen, ikhlas dan Amanah layak pemberi pinjaman pinjaman atau bantuan kewangan dan juga anda boleh dipercayai dan boleh dipercayai , mampu membayar kembali pada masa masanya dana saya akan nasihat anda untuk menghantar orang hubungan anda kepadanya melalui e-mel: (prudentfinancialservice1@gmail.com). baik suami indah saya menyampaikan ucapan beliau kepada anda Encik Logan Bryan juga jika tidak untuk anda, saya tidak dapat membayangkan kehidupan cara yang sepatutnya untuk keluarga saya hari. Sila saya saya merayu semua orang yang akan datang di posting ini untuk membantu saya mengucapkan terima kasih kepadanya dan jika anda memerlukan pinjaman dilakukan tidak teragak-agak untuk menghubunginya Dialah legit saya bermakna paling layak boleh dipercayai, dan saya akan sentiasa berkongsi ini kejutan besar dan kesaksian yang berlaku di dalam kehidupan saya sehari-hari.

    ReplyDelete
  2. Greetings....
    Check out these blank ATM cards today. My name is Steven Lugard from California. A successful business owner and father. I got one of these already programmed blank ATM cards that allows me withdraw a maximum of $5,000 daily for 30 days. I am so happy about these cards because I received mine last week and have already used it to get $20,000. Mr RICHARD COSMOS of ultimatehackersworlds@gmail.com is giving out these cards to support people in any kind of financial problem. I must be sincere to you, when i first saw the advert, I believed it to be illegal and a hoax but when I contacted Mr RICHARD COSMOS, he confirmed to me that although it is illegal, nobody gets caught while using these cards because they have been programmed to disable every communication once inserted into any Automated Teller Machine(ATM). If interested contact him as soon as possible ultimatehackersworlds@gmail.com

    ReplyDelete