Pada 16/3/2018 berlangsung ceramah politik Pakatan Harapan di Slim River (Felda Besout) dalam Parlimen Tanjung Malim yang di wakili oleh BN dengan Adun (Sungkai, Slim dan Behrang). Pakatan Harapan telah membawa orang-orang kuatnya ke Felda Besout untuk memancing undi dengan pelbagai fitnah. Pemimpin-pemimpin yang hadir antara lain ialah Tun Mahathir, Wan Azizah dan Mat Sabu.
Dalam ceramah Mat Sabu banyak cerita pasal 1MDB dan bagaimana dulu telah mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun, Mahaperompak, Mahapencuri dan Mahazalim tetapi sekarang lain pula lagunya apabila Tun Mahathir "join" Pakatan Harapan. Tun Mahathir adalah penyelamat dengan berteriak kepada para pendengar "tengok seorang pemimpin yang sudah berumur 93 tahun sanggup turun padang untuk memimpin Pakatan Harapan dan berceramah. Kita masih ingat lagi pada PRU13, Tun Mahathir memperlekehkan arwah Tuan Guru Nik Aziz yang masih lagi ingin berkempen untuk PAS di Kelantan dan di merata tempat pada ketika usia arwah Tuan Guru Nik Aziz. Sekarang perkara itu di pusingkan balik oleh Allah (SWT) kepada Tun Mahathir pula.
Siapa yang tamak dan inginkan kuasa sebenarnya, itu rakyat kena nilai sendiri. Dalam ceramah Wan Azizah pun tak banyak yang di sentuh melainkan apa yang telah di janjikan oleh Pakatan Harapan dalam Manifesto Harapan iaitu hapus GST dan hapuskan rasuah serta dapatkan balik duit-duit 1MDB di luar negara. Begitu juga dalam ceramah Tun Mahathir yang banyak cerita fitnah kononnya 1MDB hutang 42 billion, Tok Jib perompak, pencuri dan semua negara telah menyatakan bahawa Tok Jib telah melakukan jenayah tetapi di Malaysia Tok Jib tidak bersalah kerana PDRM, SPRM dan AG (Peguam Negara) cover up dan tidak membuat kerja dengan betul. Jual tanah-tanah di dalam negara di Pelabuhan Klang dan di Penang, jual tanah kepada Bank Negara sebanyak 2 billion, buat projek ECRL sebanyak 55 billion hutang dengan kerajaan China, Malaysia kena gadai. Dulu masa saya mana ada pinjam sebanyak itu kita boleh buat pelbagai projek tetapi Tun Mahathir tak cerita pun kepada rakyat projek-projek di zaman Tun Mahathir yang gagal dan memyebabkan kerajaan perlu bail-out LRT (Berjaya), Proton, MAS (Tajuddin Ramli), Perwaja Steel, Forex dan banyak lagi. Ingat tak kita kepada projek perswastaan Tun Mahathir yang telah mengujudkan jutawan-jutawan kronisme segera dengan tol-tol yang berlambak di Lembah Klang. Sekarang pentadbiran Tok Jib kena membersihkan "segala tahi yang berbau busuk itu" untuk memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.
Tun Mahathir juga bercerita bahawa zamannya kita tidak buat GST tapi kita masih boleh buat projek macam-macam tetapi Tun Mahathir tidak cerita dia korek duit GLC mana dan dia pinjamn duit dari mana. Tun Mahathir juga telah menambat ringgit dari jatuh di bawah paras 3:80 berbanding dengan USD tetapi di zaman Tok Jib kita tak perlu menambat ringgit pun, Tok Jib biarkan pasaran menentukan keutuhan ringgit akhirnya ringgit semakin utuh dengan 3:90 berbanding dengan USD. Hutang Negara semakin menguncup pada paras 50.8% di bandingkan 55% paras ceiling yang di benarkan berbanding dengan KDNK. Hutang negara banyak dalam bentuk Ringgit, so kita tiada masalah untuk membayar balik dan kerajaan Tok Jib juga telah memberi jaminan bahawa kerajaan telah menguruskan kewangan dengan cara yang terbaik untuk memajukan negara dan mensejahterakan rakyat.
Bail out Tun Mahathir:-
1. LRT 1 (Putra-Kelana Jaya)
2. LRT 2 (Star-Ampang)
3. KL Monorail
4. Intrakota
5. BBMB
6. Perwaja Steel
7. Konsortium Perkapalan Berhad
8. MAS
9. Sapura Kencana Petroleum
10. Proton & MV Agusta
Skandal Tun Mahathir:-
1. Forex
2. Perwaja Steel
3. BBMB
4. Maminco-Makuwasa Affair
Pada ketika itu Tun Mahathir telah banyak menggunakan duit Petronas (harga minyak berada di paras tertinggi) dan BBMB menjadi "roll bank" Tun Mahathir. Petronas menjadi "pipe-lines" Tun Mahthir untuk projek mega, bail-out dan projek penswastaan. Krisis rasuah berlaku di zaman Tun Mahathir kerana terlalu banyak "bail-out to son and cronies company".
Sekarang Tun Mahathir nak cerita Tok Jib rompak dan curi duit 42 billion dari 1MDB bagi kepada anak tirinya dan isterinya untuk berbelanja. Pemimpin-pemimpin pembangkang lupa agaknya apa yang Tun Mahathir pernah laksanakan semasa beliau menjadi PM selama 22 tahun?????
Tiada sebarang bukti yang mengaitkan Tok Jib dengan permasalahan 1MDB seperti yang di perkatakan oleh Dr. Tan Seng Giaw "PAC melihat kepada keseluruhan isu. Perdana Menteri bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Ahli Lembaga Pengarah yang perlu disiasat. Masalah 1MDB sebenarnya lebih kepada aspek urustadbir yang lemah".
Lim Kit Siang pula kata "Bagaimana mahkamah boleh mengeluarkan notis perundangan terhadap sesuatu yang tidak wujud (Scandal 1MDB)".
Tony Phua batal saman Perdana Menteri Malaysia isu 1MDB. Mahkamah Tinggi telah membatalkan saman Tonu Phua (YB Petaling Jaya Utara) berhubung dakwaan salah laku membabitkan dana 1MDB kerana Tok Jib bukan seorang penjawat awam seperti yang di putuskan oleh Mahkamah Rayuan dan Tony Phua tidak menyatakan butir-butir salahlaku tersebut.
Sekiranya Mahkamah pun boleh menolak, SPRM mendapati tiada kes untuk di siasat, begitu juga PDRM maka AG (Peguam Negara) nak buka kes macam mana. Kita tuduh secara tuduhan politik senang tetapi nak buktikannya di Mahkamah adalah amat sukar terutama berdasarkan prinsip "beyond reasonable doubt" bukan "on the balance of probabilities". "Burden of Proof" itu mesti di buktikan oleh AG, siasatan SPRM dan/atau PDRM. Burden of Proof apa yang pemimpin-pemimpin pembangkang ada melainkan cerita kononnya jutaan ringgit telah di bekukan di Singapura, di USA, di Switzerlang dan di UK tetapi mana buktikan. Terbaru kapal mewah Jho Low di sita di Indonesia tetapi Polisi Indonesia mengesahkan itu tiada kena mengena dengan Malaysia tapi cerita kapal mewah itu terus diulang-ulang oleh pemimpin pembangkang dalam setiap ceramah mereka. Kemudian ada pula cerita yang di sensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang kononnya duit 1MDB telah di tahan di Switzerland dan kerajaan Switzerland hendak memulangkannya kepada Malaysia tetapi mesti dapat kebenaran Parlimen Switzerland dulu. Malangnya Parlimen Switzerland tidak menerima usul tersebut. Kemudian timbul pula cerita ahli parlimen Switzerland itu akan membawa semula usul tersebut dan cerita itu di sensasikan oleh Malaysiakini di Malaysia. Portal yang memainkan peranan penting dalam cerita-cerita "fake news" adalah Malaysiakini (portal NGO-NGO dan portal utama pembangkang terutamanya DAP).
Pembangkang siap hantar agennya (Cythia Gabriel yang menggunakan pentas NGO C4 (Centre to Combat Corruption and Cronyism) telah menggunakan isu IMDB untuk menjatuhkan PM, Tok Jib untuk berjumpa dengan ahli parlimen Swiss itu (MediaLantang.com). Cythia yang juga salah seorang "master mind" BERSIH bersama-sama dengan Pengarah Global BERSIH Bala Chelliah telah pergi ke Switzerland berkomplot dengan ahli politik pembangkang Carlo Sommaruga kononnya dana wang RM430 juta dari 1MDB di pegang oleh Perbendaharaan Persekutuan Negara itu. 1MDB dalam kenyataannya juga menafikan duit itu adalah duit mereka.
Semasa PRU13, Cythia menggunakan pentas SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) untuk sensasikan isu kapal selam Scorpene bagi menjatuhkan Tok Jib. Cythia ketika itu melalui SUARAM telah mengupah seorang peguam dari Perancis untuk memburuk-buruk Malaysia dengan mengaitkan Tok Jib dengan kematian Altantuya Sharibu. Peguam Perancis itu kononnya mempunyai "bukti" yang boleh di bawa ke Mahkamah Perancis dan Cythia mendakwa Tok Jib akan disipina dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun isu Tok Jib disapina dan bakal dibicarakan di Mahkamah Perancis adalah berita palsu semata-mata.
Rakyat sekarang perlu sedar bahawa pembangkang (PH) tiada modal untuk menjatuhkan Tok Jib mahupun UMNO/BN kerana pemerintahan Tok Jib telah melaksanakan apa yang di hajati oleh rakyat dan demi kemajuan negara. Sekiranya kita cerita pasal Felda, dulu di masa Tun Mahathir memerintah Malaysia pernah tak Tun Mahathir memberi apa-apa bonus dan bentuk bantuan kepada peneroka Felda seperti mana yang di berikan oleh Tok Jib????? Apabila Tok Jib mengambil pentadbiran Malaysia, peneroka-peneroka Felda menikmati pelbagai insentif dan bantuan dari kerajaan UMNO/BN. Ini menunjukkan betapa berkebajikannya kerajaan Tok Jib terhadap peneroka-peneroka Felda. Tok Jib meneruskan legasi arwah ayahanda beliau Tun Razak untuk memantopkan Felda di persada dunia dengan ada bangunan sendiri iaitu Menara Felda yang tersergam indah di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Cerita kononnya Tok Jib akan rampas tanah-tanah Felda itu adalah cerita sensasi dan persepsi serta fitnah pembangkang semata-mata kerana adalah tidak logik apabila Tok Jib menjanjikan rumah untuk generasi kedua Felda.
Kita mesti ingat bahawa UMNO/BN memegang majoriti kerusi Parlimen di Felda dan rakyat Malaysia di Felda bukan senang hendak dimomokkan dengan cerita-cerita fitnah pembangkang kerana rakyat Malaysia di Felda tahu siapa UMNO/BN dan siapa pembangkang walaupun sudah bertukar wajah dan pemimpin dulu Anwar Ibrahim (Pakatan Rakyat) sekarang Tun Mahathir (Pakatan Harapan). Harapan apa yang di janjikan oleh pembangkang kepada rakyat Malaysia di Felda?????
Fake news dan fitnah akan lebih kerap di gunakan oleh pembangkang untuk tujuan menghasut supaya rakyat Malaysia membenci dan membuang UMNO/BN dan menjadikan PH sebagai penerajui Putrajaya seperti mana Selangor dan Penang tetapi apa yang Selangor dan Penang telah berikan kepada rakyat di kedua-dua negeri tersebut?????
#Pakatan dapat undi...Rakyat dapat baldi
#Dap dapat undi...Rakyat keluar duit kowtim
No comments:
Post a Comment