Tuesday, March 6, 2018

Pakatan Harapan aka barua DAP...

Pakatan Harapan adalah pasukan yang di cetuskan setelah Pakatan Rakyat di matikan setelah PRU13 apabila PAS tewas teruk dengan hanya mendapat 21 kerusi Parlimen gagal tawan Terengganu dan gagal mempertahankan Kedah. Semua akibat dari menjadi sekutu DAP untuk menjatuhkan kerajaan Islam dan Melayu pimpinan UMNO/BN.

Pada ketika PRU13 Pakatan Rakyat di terajui oleh Anwar Ibrahim yang terkenal dengan retorik politiknya tetapi gagal juga untuk menyakinkan rakyat supaya tukar, ubah, ini kali dan alih serta tanam UMNO/BN. Fitnah, pembohongan, autaman dan serangan ke atas pemimpin bertubi-tubi dari kapal selam, pembunuhan wanita monggolia, cincin Rosmah, Felda, Tabung Haji, KWSP dan banyak lagi tetapi bila datang hari mengundi Alhamdulillah rakyat tetap pilih UMNO/BN. Mengapa? 

Jawapannya mudah kerana Malaysia memerlukan kerajaan yang kuat dan stabil. Rekod pencapaian UMNO/BN cemerlang. Pengalaman dalam menyelesaikan masalah masyarakat pelbagai bangsa. Perkongsian kuasa yang telah teruji dan akhir sekali harapan dan aspirasi yang memenuhi kehendak rakyat. UMNO/BN MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN. UMNO/BN juga mempunyai agenda yang lengkap untuk kesejahteraan rakyat. UMNO/BN adalah payung MELAYU. UMNO/BN ketika terik dan hujan, susah dan senang, gembira atau lara tetap tidak jemu-jemu mendampingi rakyat.

Sebaliknya Pakatan Harapan hanya mengunakan kaedah hasutan, pembohongan, fitnah dan autaman untuk mengelirukan pemikiran rakyat agar membenci UMNO/BN yang telah membawa Negara ke kancah kehancuran dan kerajaan UMNO/BN zalim kepada rakyat kerana GST dan harga barangan naik. Ini di akui oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bahawa tugas kita ialah "MENGHASUT". Kita hasut rakyat tiap-tiap hari suruh buang UMNO/BN. Nak menang nak tukar kerajaan memanglah tugas kita kena "MENGHASUT".

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pula kebanyakkannya adalah serpihan UMNO/BN dan PAS. Pakatan Harapan yang di dominasikan oleh DAP tidak dapat lari dari mengunakan pemimpin-pemimpin Melayu untuk memenuhi cita-cita mereka untuk memerintah Malaysia. DAP tahu bahawa untuk memerintah Malaysia sokongan padu Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak adalah mesti. Tanpa sokongan padu ini maka cita-cita DAP hanya mimpi di siang hari kerana "tsunami Cina" tidak akan meruntuhkan "pegangan UMNO/BN terhadap Putrajaya". Maka DAP sanggup menerima pemimpin yang DAP paling benci iaitu Mahathirisme dalam Pakatan Harapan melalui Partai Pecah Belah Melayu aka PPBM dan Mahyuddin Yassin. Tun Mahathir pernah berkata bahawa "orang Melayu yang sokong DAP, yang sokong Lim Kit Siang, yang sokong Karpal Singh (mati kemalangan) sebenarnya sudah hilang integrity Melayu. Mereka sebenarnya "PENGKHIANAT BANGSA". Pengerusi DAP Johor pula menyatakan bahawa "saya yakin dan jamin orang Melayu Johor akan ubah haluan kepada menyokong calon DAP pada PRU14 nanti".

Kenyataan-kenyataan tersebut boleh mengambarkan kepada kita kenapa rakyat menaruhkan harapan dan aspirasi mereka kepada UMNO/BN kerana tidak mungkin rakyat Malaysia akan memberikan "undi kepada Pakatan Harapan" sebagai alternative untuk memerintah Malaysia. Semasa PRU13 pun rakyat tetap memilih UMNO/BN dengan retorik Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat menghemburkan kepincangan-kepincangan UMNO/BN yang di reka cipta supaya rakyat Malaysia akan "ubah dan inikali" tetapi Allah (SWT) itu lebih mengetahui akan setiap aturannya. Bila umumkan di akhir proses undian, UMNO/BN telah memperolehi 140 lebih kerusi manakala Pakatan Rakyat hanya dapat 80 lebih kerusi. Gurkha-Gurkha Pakatan Rakyat sibuk menyatakan bahawa pada ketika itu undian popular lebih kepada Pakatan Rakyat tetapi Malaysia mengamalkan bilangan kerusi yang di menangi oleh partai-partai bertanding. UMNO/BN telah berjaya melepasi "pertarungan sengit" PRU13 dan sekarang kita akan masuk ke gelanggang semula untuk PRU14. Sekali lagi Pakatan Harapan mempertaruhan pemimpin-pemimpin serpihan UMNO iaitu Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin Yassin sebagai kepala untuk memimpin Pakatan Harapan ke mercu kejayaan. Malangnya Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin Yassin hanya bergantung kepada fitnah, pembohongan, autaman dan menghasut rakyat supaya membenci UMNO/BN, serta banyaj bergantung kepada perang persepsi dengan menaburkan fitnah kononnya pemimpin UMNO/BN adalah punca kepada permasalahan rakyat dan harga barangan naik. 

Pemimpin UMNO/BN yang menjadi sasaran tak lain tak bukan Tok Jib yang di kategorikan sebagai kleptokrasi aka penyamun dan perompak 1MDB tetapi malangnya tiada bukti yang boleh menyabitkan Tok Jib terhadap perkara itu. Fitnah terbaru ialah kapal mewah "EQUANIMITY" yang di tahan di Indonesia ada kaitan dengan Tok Jib dan 1MDB tetapi AG dan PDRM pun sudah kata tiada kena mengena dengan Malaysia dan telah di sahkan oleh Kepolisian Indonesia tetapi Gurkha-Gurkha PH tidak mahu menerima berita itu adalah palsu. Tun Mahathir yang di zamannya 22 tahun dulu berapa banyak "scandal kewangan". Masa Tun Mahathir nasib baik tiada "perang cybertronic". Sekiranya ada sudah tentu ramai yang kena angkut di bawah AKTA ISA kerana "menghasut" rakyat. Di masa pemerintahan Tok Jib rakyat bebas memperlekehkan dan mencaci serta memfitnah pemimpin-pemimpin dengan pelbagai cara tetapi apabila kebenarannya muncul pihak-pihak ini tidak ingin menerimanya bahawa itu adalah fitnah. Akhirnya ada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah di bawa kemuka pengadilan dan telah di bicarakan dan telah di dapati melakukan fitnah di bawah saman malu serta di dapati bersalah di bawah Akta Perbankan tetapi Gurkha-Gurkha Pakatan Harapan tetap juga tak mahu menerimanya dengan mengatakan bahawa mengapa individu yang membongkarnya di kenakan tindakan sedangkan siperlaku yang di menikmati gulanya. Sebaliknya Gurkha-Gurkha Pakatan Harapan gagal untuk melihat bagaimana undang-undang itu melindungi setiap perlakuan yang boleh mencemarkan peruntukkan-peruntukkan undang-undang sedia ada, contohnya dalam kes Rafizi kenapa dia bersekongkol dengan kerani Public Bank untuk mengambil maklumat "confidential" pelanggan untuk di jadikan bahan politik menyerang "musuhnya". Inilah satu kesilapan besar kerana apabila dia menyelongkar laci orang bermakna dia telah melakukan satu kesalahan dibawah AKTA BAFIA kerana tiapa siapa pun boleh mendapat "maklumat sulit pelanggan" tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada institusi perbankan tersebut. Ada orang bertanya kenapa pihak PDRM bahagian commercial crime boleh? Jangan jadi "Mat Bodoh" kerana PDRM mempunyai kuasa untuk mendapatkan maklumat tersebut secara bertulis sejajar dengan peruntukkan-peruntukkan undang untuk membantu sisatan tetapi dalam kes Rafizi siasatan apa yang sedang di laksanakan?

Itu semua sudah menjadi sejarah Rafizi telah di kenakan 30 bulan penjara dan kesnya masih di peringkat Rayuan di Mahkamah Tinggi. Nampaknya Rafizi tidak boleh bertanding untuk PRU14, Anwar Ibrahim pun tidak bertanding. Maka hendak tak hendak Pakatan Harapan terpaksa melantik Tun Mahathir sebagai PM dan Wan Azizah sebagai TPM sementara sahaja sehingga Anwar Ibrahim keluar nanti. Inilah yang terjadi di Selangor apabila "Kajang Move" telah menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menaikkan Wan Azizah tetapi DYMM Sultan Selangor tidak menerima Wan Azizah. Maka Azmin Ali telah di lantik sebagai ganti. Itu pun sejarah. 

Persoalannya sekarang antara Tok Jib dan Tun Mahathir siapakah pilihan rakyat. Tok Jib di lihat lebih rapat dengan rakyat di bandingkan dengan Tun Mahathir. Mengapa kita berkata begitu adalah kerana di zaman Tun Mahathir selama 22 tahun memerintah habis hasil Petronas di sedutnya untuk membuat "Mega Projek" tetapi rakyat menderita tetapi rakyat tetap sokong Tun Mahathir sebab apa? Tun Mahathir adalah PM dan Presiden UMNO/BN mengapa rakyat mesti sokong pembangkang, Lim Kit Siang dan konco-konconya. Sekarang pun begitu, Tun Mahathir adalah ketua pembangkang yang bersekongkol dengan DAP Lim Kit Siang untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam. Adakah rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada Tun Mahathir sedangkan selama 22 tahun Tun Mahathir telah gagal untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau bukannya Mahafiraun, Mahazalim tetapi sekarang rakyat dapat melihat lebih teruk lagi iaitu Mahafitnah, Mahakhianat, Mahamohong dan Mahakitul. Betul le kata arwah Ustaz Fadhil bahawa "Tun Mahathir akan di lanjutkan usianya untuk melihat sendiri kehancuran yang bakal Tun Mahathir cipta sendiri".

Kehancuran tersebut kelihatan semakin hari semakin jelas dan nyata, cuma kita sebagai rakyat perlu berhati-hati agar kita tidak tergadai disebabkan menang sorak. Kita mesti berpegang kepada payung yang sedia ada dan sekiranya payung itu bocor maka kita mesti melakukan kerja pembaikkan. Begitu juga dengan kerajaan pimpinan Tok Jib macam-macam peruntukkan dan kemudahan disediakan untuk memajukan Negara dan mensejahterakan Rakyat tetapi sekiranya ada kekurangan kita sebagai mesti menasihati dan memberikan pandangan yang jitu bukanya dalam bentuk "rumah siap pahat mula berbunyi". Perkara yang penting dan paling pokok ialah kita jangan jadi "BARAU DAP" dalam menjatuhkan pemimpin Melayu dan Islam. DAP memang tujuannya adalah untuk menjatuhkan Melayu dan Islam seperti PRU13 apabila PAS di gunakan tetapi gagal dan PAS akhirnya sedar akan kesilapannya iaitu menjadi "BARUA DAP" tetapi PKR tidak dapat di tolong lagi kerana konsep partai itu pun lebih kurang DAP juga iaitu partai anak-beranak dan lebih kepada cita-cita Anwar Ibrahim yang gilakan kuasa dan kerusi PM di Putrajaya. Sekarang penyakit itu telah merebak kepada Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir apabila di pecat dari UMNO mereka telah menubuhkan partai Parti Pecah Belah Melayu (PPBM) dan bergabung dengan DAP, PKR, AMANAH untuk membentuk Pakatan Harapan. Gabungan Pakatan Harapan adalah gabungan "rapuh" yang tidak pernah di uji oleh rakyat tetapi hanya sekali di uji oleh ahli-ahli gabungan berkeliaran "segala tok nenek jembalang dan hantu raya" keluar. Sekarang PPBM menyalahkan kerajaan dan ROS kerana masih tidak memberikan kelulusan pendaftaran partai tersebut. Cuba kita fikirkan macam mana nak bagi kelulusan sekiranya ROS menerima pelbagai rungutan dari akar umbi dan kepimpinan PPBM itu sendiri berkaitan dengan partai itu. Entah berapa kajang pak malau yang ada (complaints) di pejabat ROS. 

Akhirnya rakyat Malaysia akan tahu juga setelah manifesto Pakatan Harapan akan di keluarkan tidak beberapa hari lagi, parti mana yang rakyat Malaysia perlu angkat untuk memimpin negeri dan Negara Malaysia tercinta.

Akhir kata...UMNO/BN...terbaikkkkk...!!!!! 





No comments:

Post a Comment