Pada kita memang sudah masanya kita mempunyai peruntukkan undang-undang untuk menangani "berita palsu dan/atau fake news".
Takrifnya:
Berita tidak benar merangkumi berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagiannya atau keseluruhannya adalah palsu. Ia termasuk sama ada dalam bentuk rencana, visual atau rakaman audio atau dalam apa-apa bentuk lain yang boleh mengambarkan perkataan atau idea. Ianya terpakai kepada rakyat Malaysia dan juga rakyat luar Negara.
Sekiranya kita mengikut penakrifan di atas maka sesiapa yang menyebarkan berita palsu dan berterusan menyampaikannya kepada umum tanpa sebarang sekatan walaupun sebahagian atau keseluruhannya yang di anggap sebagai palsu maka denda RM500,000 dan/atau penjara 10 tahun akan di kenakan terhadap penyebarnya. Selain itu sipenyebar juga perlu memohon maaf kepada mangsa yang terkena berita palsu tersebut.
Persoalannya adalah permasalahan 1MDB itu berita palsu. Kenapa ianya melibat banyak negara yang telah mengambil tindakan yang kononnya ada kaitan dengan 1MDB. Sekiranya kita dengar di kedua-dua belah pihak iaitu pengurusan 1MDB dan penyebar-penyebar berita tentang 1MDB ini, maka kita akan dapati apa yang di perkatakan tentang 1MDB itu adalah tidak benar dan boleh di kategorikan sebagai berita palsu. Manakah fakta yang menyatakan Tok Jib curi dan rompak duit 1MDB sebanyak 2.6 billion mahupun 42 billion. Duit 2.6 billion itu adalah duit derma kerabat Diraja Saudi Arabia dan duit 42 billion itu adalah hutang 1MDB yang sudah susut kepada 31 billion.
Dalam tiga kes yang di bawa oleh individu-individu terhadap Tok Jib berkaitan dengan permasalahan 1MDB di Mahkamah juga telah di tolak oleh Mahkamah kerana bersifat "spekulasi semata-mata". PAC, PDRM, SPRM, AG telah menyatakan bahawa Tok Jib tidak ada kena mengena dengan permasalahan 1MDB, malangnya ada juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan berterusan dalam ceramahnya menyatakan Tok Jib mencuri dan merompak duit rakyat dan sanggup pula mengelar Tok Jib yang mencuri dan merompak duit negara dan rakyat. Inilah masalah politik kita yang penuh dengan "tohmahan, persepsi, berita palsu, fitnah dan cacian hanya bertujuan untuk menghasut dan meracuni pemikiran rakyat dengan dakyah-dakyah "persepsi rambang" untuk mengaut undi tetapi bila dapat haramjadah tiada apa yang di persoalkan dulu di bangkitkan mahupun akan di ambil tindakan dan/atau laksanakan.
Persoalannya adakah skandal Tanah Ijok dan Permasalahan Air di Selangor itu berita palsu begitu juga adakah skandal Telewong Tokong itu berita palsu. Pemimpin-pemimpin pembangkang tiada satu pun yang menafikannya melainkan cuba mengelak untuk mempersoalakan "permasalahan Tanah Ijok dan Telewong Tokong" daripada di bincangkan di khalayak ramai. Inilah orang kata bila terkena batang hidung sendiri pandai menyembunyikan menutupnya dengan kain kononnya berita palsu tetapi bangkainya sudah berbau kuat. Inilah yang menyebabkan permasalahan Tanah Ijok dan Telewong Tokong itu menjadi "panah yang akan merobek keseluruhan hati pemimpin-pemimpin pembangkang untuk menafikan bahawa mereka adalah "Raja segala Raja dalam rasuah, mercuri dan merompak duit rakyat". KM Penang dan MB Selangor sibuk memberikan penerangan mereka tetapi rakyat nak tahu kenapa mesti ada "duit kowtim" bagi Telewong Tokong dan ke mana perginya duit lebihan untuk Tanah Ijok".
Badut-badut pembangkang iaitu Rafizi dan Tony Pua begitu seronok menyerang kerajaan dalam isu 1MDB, Felda dan Tabung Haji tetapi terus kecut perut untuk bercakap soal skandal telewong dasar laut Tokong dan penjualan Tanah Ijok Jemin. Begitu juga portal-portal berita pro pembangkang senyap sunyi tiada langsung cerita dan pemberitaan mahupun kajiselidik dan/atau "money trail" tentang Telewong dan Tanah Ijok. Portal-portal pro pembangkang berhujah kononnya 1MDB itu berkaitan dengan kepentingan rakyat tetapi bukankah Telewong dan Tanah Ijok itu juga berkaitan dengan kepentingan rakyat tetapi tiada suara. Natijahnya jaga dalam keluarga anda dulu yang penuh dengan skandal, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebelum menuding jari kepada orang lain mengenai perkara yang sama.
Janji hanya tinggal janji dan janji manifesto bukan satu perjanjian. Sebaliknya kerajaan Tok Jib iaitu UMNO/BN bila berjanji akan mengotakan janji tersebut dan kebajikan rakyat akan menjadi "agenda utama negara". Ini di akui sendiri oleh Tok Jib yang mana para nelayan telah di beri jaminan bahawa para nelayan tidak akan di pinggirkan dari projek transformasi negara. Tok Jib menyatakan para nelayan mesti menikmati kehidupan yang lebih selesa dengan kebajikan dan pendapatan dan rumah yang lebih baik daripada yang mereka ada sekarang. Di Tanjuang Dawai, kerajaan telah melaksanakan plan penempatan semula rumah-rumah nelayan yang lebih selesa dengan harga RM59,000-00 yang mana para nelayan perlu membayar RM150-00 sebulan selama 30 tahun. Menurut Tok Jib kerajaan akan memperuntukkan RM197.3 juta untuk melaksanakan penempatan semula para nelayan yang melibatkan 1,822 rumah baru di 13 lokasi.
"Firmino" politik yang tidak di duga oleh rakyat ialah bagaimana Tun Mahathir boleh bercium mesra dengan DAP terutama Lim Kit Siang yang digelar rasis, anti Melayu dan anti Islam. Begitu juga dulu Lim Kit Siang mengelar Tun Mahathir sebagai bapa perasuah, kronisme, nepotisme, skandal bail-out, bapa segala pencuri dan perompak serta bapa menjahanamkan ekonomi Malaysia yang akan bankrap. Akhirnya kepala-kepala penyamun ini "bercumbuan mesra" di bawah bumbung Pakatan Harapan. Nampak sangat politik Pakatan Harapan tiada kredibiliti, integriti dan maruah politik. Tiada kredibiliti kerana melantik Tun Mahathir sebagai calon PM maknanya Pakatan Harapan tiada harapan ketandusan tokoh kepimpinan.Tiada integrity kerana persoalan skandal Telewong dan Tanah Ijok tidak di persoalakan tetapi lebih kepada "spekulasi semata-sama mengenai 1MDB". Sekiranya mereka bercakap pasal maruah politik sebahagian besar pemimpin-pemimpin PPBM telah menjual "maruah politik" mereka apabila sanggup menjadi "barua dan/atau badut politik DAP". Inilah politik apabila perasaan kemaruk untuk berkuasa sudah tidak mampu dikawal maka yang bertaraf negarawan pun bersedia menjadi "barua dan/atau badut politik" apatah lagi yang sekadar menjadi ahli Parlimen.
Pakatan Harapan ini lebih jijik di perlihatkan kepada rakyat betapa demi kelangsungan untuk mengejar "harta dunia, tamak kuasa, dengki, iri hati dan dendam kesumat" sanggup mengkhianati bangsa Melayu yang telah menjulangnya Mahakitul selama 22 tahun memerintah Malaysia hanya kerana "andaian Mahakitul Tok Jib telah mencuri dan merompak 2.6 billion dan 42 billion duit 1MDB". Dalam setiap ceramah Mahakitul akan membangkit perkara yang sama berulang-ulang tetapi rakyat hendak tahu di manakah fakta yang dapat menyabitkan Tok Jib dengan penyalahgunakan kuasa dan rasuah serta menyelewengkan harta negara?????
Akhirnya sudah tiada cara lain maka siang malam pagi petang akan cyber cerita-cerita palsu dan pemberitaan palsu untuk tujuan menghasut rakyat supaya membenci dan membuang UMNO/BN. Adalah di maklumkan bahawa selain dari tujuan menghasut, menyebarkan fitnah, berita palsu, pembohong, autaman dan cacian serta kejian, Pakatan Harapan tiada cara lain bagaimana hendak melawan UMNO/BN yang sudah menunjukkan "perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang selama 61 tahun kepada rakyat Malaysia". Setiap inci tanah yang bernaung di bawah bumbung Malaysia dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak mesti ada sedikit sebanyak kebajikan UMNO/BN di dalamnya.
Maka tidak mustahil rakyat Malaysia masih tetap memilih UMNO/BN sebagai pemerintah Malaysia.
No comments:
Post a Comment