Thursday, March 1, 2018

Deman PRU 14 semakin panas...

Di Penang isu terowong dasar laut semakin meruncing dan rakyat di tekan oleh kerajaan DAP dengan kuat sekali tetapi tiada perkataan zalim pun di utarakan oleh "cybertrooper pembangkang" yang di kenali sebagai RBA. Isu terowong Tokong ini sudah masuk ke pasal baru apabila individu yang menjadi "cover up" di tahan SPRM dengan duit "hantaran" sebanyak RM19 juta. Projek belum jalan lagi tapi "duit sudah bertaburan di dalam kocek terowong Tokong". Isu pembahagian kerusi di Penang pun belum selesai lagi. DAP, PKR, PPBM dan AMANAH sedang bertelagah antara satu sama lain. Isu Robert Kuok, tiada siapa tahu samada dia betul-betul menderma berjuta ringgit untuk menaikkan Cina DAP menjadi pemerintah yang mana dia berjaya di Penang. Cybertrooppers UMNO/BN tak macam si RAPEJI aka penghasut, pembohong, pemecah belahkan rakyat, pemfitnah dan kaki autaman berani tidak bertempat dengan menyelongkar laci orang lain untuk mendapatkan maklumat peribadi dan akaun persendirian. Akhirnya kena tindakan undang-undang di bawah BAFIA selama 30 bulan. Kebarangkalian sekiranya kita check "account Robert Kouk" ini kemungkinan kita akan jumpa perkara-perkara yang di pertikaikan tetapi kita kena akur dengan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN biarkan perkara itu setakat itu sahaja. Apa yang penting ialah kita mesti berhati-hati jangan terjebak macam "Pembangkang" yang terdesak untuk mengenakan "UMNO/BN.

Di Selangor isu Tanah di Ijok semakin hangat. Tanah tersebut telah di rampas oleh kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran TSKI dan berlawan di Mahkamah. Kerajaan negeri Selangor menag di Mahkamah Tinggi kemudian yang kalah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya, kerajaan negeri Selangor menang juga sekarang yang kalah menfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. Malangnya MB bijak pandai telah membuat "settlement" di luar Mahkamah dengan menjual Tanah Ijok itu kepada pembeli lain dengan harga berbillion. Hasil dari penjualan tersebut, peneroka Tanah Ijok telah di bayar RM180,000 termasuk rumah RM2500,000 tetapi lebihan sebanyak RM758-6 juta itu mana di "simpannya". Jawapan MB Selangor senang aje "UMNO/BN cemburu dengan kita yang boleh menyelesaikan permasalahan Tanah Ijok ini dalam masa dua tahun". Masalahnya Tanah Ijok ini berkeluasan 880 hektar yang telah di rampas oleh kerajaan negeri ketika TSKI tetapi ada "tangan ghaib" yang telah memulangkan Tanah itu kepada syarikat sama sebelum di jual kepada syarikat awam lain. Harga jualan ialah sebanyak RM1.181 billion sebelum proses peringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan. Sekiranya hendak keterangan lanjutnya kena Tanya SIVARASA kononnya lawyer peneroka Tanah Ijok. Inilah contoh keluar dari mulut harimau kemudian masuk pula dalam mulut jerung, akhirnya peneroka Tanah Ijok hanya dapat tulang mulang sahaja. 

Persoalan asas yang di bentangkan oleh kerajaan negeri Penang dan Selangor ialah CAT dan SELCAT tetapi pada hakikatnya CAT dan SELCAT itu hanyalah slogan sebagai "ulam untuk menyelerakan rakyat kedua-dua negeri" yang kononnya pentadbiran Penang dan Selangor memang anti rasuah, penyelewengan dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat. Malangnya rakyat Penang dan Selangor hanya bermimpi di siang hari tetapi hujan lebat menyebabkan "banjir yang besar melanda Penang" sehingga terpaksa menyembah bumi untuk memohon pertolongan kerajaan UMNO/BN. 

Sekarang PPBM aka Partai Pecah Belah Melayu sibuk mengutip derma daripada rakyat jelata tetapi kemudian tidak sampai beberapa hari keluar pula kenyataan sudah Berjaya kutip 7 billion. Kata PPBM tiada berduit dan rakyat merempat dan susah untuk membeli barangan asas yang mahal akibat GST tetapi akibat dari GST le PPBM dan/atau Pakitul dapat 7 billion. Maknanya rakyat tidak seteruk yang di perkatakan oleh Pakitul. Pakitul yang menjadi barua Dogtrin Dapigs sibuk berkempen Tok Jib makan QUINOS yang mahal harganya tetapi Pakitul pula bagi makan kuda aje sudah mencecah ribu raban. Kemudian tidak semena-mena kata pula kuda-kuda itu adalah pinjaman dari kawannya. Nampak sangat Pakitul cuba menyabui mata rakyat Malaysia yang kononnya Pakitul selama 22 tahun menjadi PM tidak pernah mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya. Rakyat Malaysia sudah sebati dengan panggil Mahafiraun. Mahazalim sekarang Mahapinjam pula timbul, maka siapa yang sebenarnya rakyat mesti percaya untuk mengemudikan kapal bahtera Putrajaya.

Kemudian tidak semena-mena cybertroopers telah mengaitkan 1MDB dan Tok Jib dengan kapal yang di geledah oleh polisi Indonesia atas arahan DOJ. Kononnya kapal itu Jho Low punya tetapi sebelum ini 1MDB dan Tok Jib tidak pernah di kaitkan dengan Jho Low dalam siasatan PAC, AG, SPRM dan Bank Negara begitu kes yang di bawa oleh Tony Phua terhadap Tok Jib di Mahkamah yang mana Mahkamah telah menolak tuntutan Tony Phua kerana perkara 1MDB itu telah di beritakan dalam banyak akhbar-akhbar yang menyatakan Tok Jib tiada kaitan langsung dalam urusan mahupun aktiviti harian 1MDB. Persoalanya di mana kebenaran semua yang di utarakan oleh Sarawak Report, Malaysiakini dan portal-portal pembangkang yang lain?????

PH yang di ketuai oleh Dogtrin Dapigs (PKR, PPBM dan AMANAH yang menjadi barua) hanya mengunakan "hasutan" untuk memesongkan fikiran rakyat supaya membenci UMNO/BN tetapi hakikatnya CAT dan SELCAT tajaan Dogtrin Dapigs itu hanya tanam tebu di bibir sahaja. Kita tidak fikir rakyat Malaysia begitu bodoh untuk mempercayai semua kata-kata DOGTRIN DAPIGS kerana agendanya yang ingin menjadikan Malaysia ini republic tidak dapat di nafikan dan/atau membenci Islam dan Melayu. Ini dapat di perlihatkan dalam agendanya semasa PRU13 dan setelah dapat Penang serta Selangor. Akhirnya, Pakatan Rakyat berpecah apabila PAS meninggalkan Pakatan kerana DOGTRIN DAPIGS tidak mengakui PAS sebagai "force" dalam mendapatkan undi Melayu selain dari kebencian DOGTRIN DAPIGS terhadap Islam. Inilah berjuangan PKM aka Partai Komunis Malaya yang bencikan Melayu dan Islam sejak di zaman British lagi. DOGTRIN DAPIGS hanya mengharapkan PKR, PPBM dan AMANAH untuk mendapatkan undi Melayu. Masalahnya rakyat tahu masalah PKR aka Partai Kencing Rakyat, PPBM aka Partai Pecah Belah Melayu dan AMANAH yang tidak amanah, baik masalah moral pemimpin, masalah partai itu sendiri mahupun masalah pendirian partai tersebut terhadap rakyat. Kedudukan partai-partai itu dalam Pakatan Harapan sudah menunjukkan bahawa rakyat tiada harapan untuk memilih alternative yang berwibawa untuk memajukan Malaysia dan mensejahterakan rakyat sekiranya Pakatan Harapan di benarkan bermastautin di Putrajaya. Ini telah di perlihatkan di Penang dan di Selangor apabila CAT dan SELCAT mati di tengah jalan kerana kerakusan nafsu haloba pemimpin-pemimpin pembangang.

Kita nantikan pula apa citer sensasi selanjutnya yang akan di siarkan oleh cybertroopers pembangang...

  

No comments:

Post a Comment