Sunday, March 18, 2018

1MDB yang menjadi bahan fitnah dan pembohongan Pakatan Harapan...




Tok
Jib semasa di wawancara untuk membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017 telah menyatakan bahawa siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang turut di anggotai oleh dua pemimpin DAP iaitu Tony Pua dan Tang Seng Giaw telah mendapati Tok Jib tidak melakukan sebarang kesalahan sebagaimana yang di dakwa oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dalam ceramah-ceramah mereka. 1MDB mula menghadapi masalah ialah bila "attempt to publicly list Edra Energy Sdn Bhd failed". Hanya kerana permasalahan perniagaan 1MDB yang boleh di selesaikan secara penyusunan semula hutang-hutang yang perlu di jelaskan oleh 1MDB secara jangka pendek dan jangka panjang, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah menuduh Tok Jib sebagai pencuri dan perompak. Pada kita insya allah 1MDB akan berjaya di pulihkan dan di mantopkan. Permasalahanya kenapa nak tukar kerajaan hanya bersandarkan "andaian bahawa Tok Jib pencuri dan perompak"?????




Sekarang orang yang sama yang menyebut bahawa "tiada kerajaan yang terbaik sebagai pemerintah selain BN" pula nak tukar kerajaan kerana parti UMNO/BN sudah mati yang ada hanya parti "Najib Razak sahaja". Najib Razak yang telah mencuri dan merompak duit 1MDB dan menyebabkan hutang negara berbillion-billion mencecah 600 billion lebih dan mungkin negara akan bankrap.

Dalam wawancara itu juga Tok Jib menyatakan bahawa negara akan bankrap adalah andaian "hogwash". Kritik katakan GST yang menyebabkan harga barangan naik pun tidak benar kerana terdapat 500 lebih barangan yang di kecualikan daripada GST termasuklah ikan, beras, gula, tepung dan sebagainya. Sekiranya harga ikan kembong naik sampai RM20 sekilo adalah itu disebabkan GST sedangkan ikan dikecualikan daripada GST. Ianya hanya andaian dan persepsi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sahaja untuk mengelirukan rakyat, menghasut rakyat dan menanamkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN kerana bertindak zalim dan kejam terhadap rakyat.




Permasalahannya sekarang bagaimana Tun Mahathir nak jawab kehilangan forex sebanyak RM31.5 billion itu. Dulu kita tiada cybertronics macam sekarang.  Kerajaan di zaman Tun Mahathir telah menutup segala ruang yang mana arwah Tan Sri Jaafar Hussein telah meletakkan jawatan sebagai Gabenor dan bertanggungjawab terhadap kerugian "forex tersebut" dan memecat Tan Sri Nor Mohamed berikutkan kerugian forex tersebut tetapi orang dalaman BNM tahu siapa dalang yang menyebabkan negara kerugian sebanyak RM31.5 billion.

Di zaman Tun Razak, Tun Hussein Onn tiada tol di bincangkan dan projek lebuhraya pertama ialah Jalan Raya Timur barat (JLTH) bernilai RM205 juta pada ketika itu 70an. Siap 1982 kelewatan akibat ancaman komunis. Taida tol dan PERCUMA sehingga sekarang ini. Ianya di selenggarakan olek JKR setiap tahun tanpa sebarang masalah dengan kualiti jalan ternaik sepanjang masa. Kemudian PLUS-Projek Lebuhraya Utara Selatan di laskanakan pada tahun 1977 di zaman Tun Hussein Onn yang meneruskan legasi Tun Razak, bina kemudahan lebuhraya untuk rakyat dengan duit kutipan cukai tanpa TOL. LLM telah di tubuhkan. Projek berjalan lancar sehingga Tun Mahathir mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Tun Mahathir telah membina idea "PENSWATAAN NEGARA". Pegangan kerajaan dalam LLM di jual kepada proksi kroni Tun Mahathir iaitu Halim Saad dari UEM. Idea asal Lebuhraya PERCUMA untuk rakyat telah digadaikan oleh Tun Mahathir. Halim Saad melalui UEM mengaut berbillion untung atas angina kerana system konsesi berat sebelah yang tidak berkesudahan. Terma tamat tempoh 30 tahun sudahpun tamat namun disambung semula untuk 25 tahun lagi. Bolehlah dikatakan PLUS adalah "cash cow" kepada Tun Mahathir dan proksinya. Lebih parah PLUS berhak menaikkan 10% kutipan tolnya mengikut perjanjian keji antara Tun Mahathir dan Halim Saad. Jika tiada kenaikkan maka kerajaan terpaksa membayar PAMPASAN. Tetapi perjanjian konsesi tersebut telah di runding balik oleh Tok Jib yang berjaya menurunkannya kepada 5% dan PLUS telah di miliki oleh Khazanah Nasional 51% dan EPF 49%. Ini menjadikan UEM yang menjadi "jutawan tol" telah di miliki sepenuhnya oleh kerajaan. Insya Allah kutipan tol akan di kembalikan kepada rakyat menerusi dividen EPF setiap tahun.

Kerajaan sekarang di bawah Tok Jib telah mengembalikan konsep Lebuhraya tanpa TOL iaitu PERCUMA di Sarawak dan Sabah iaitu PAN BORNEO HIGHWAY.

1MDB CEO Arul Kanda Kandasamy menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah memasukkan sebarang duit ke dalam akaun persendirian Perdana Menteri Malaysia berdasarkan kepada rekod-rekod 1MDB dan penyiasatan yang telah dilaksanakan oleh PAC (Parliament's Public Accounts Committee).

"Arul said Najib continued to be linked with 1MDB because of his former position as the chairman of its advisory board. His only power was to advise  and because he is on the board the opposition said he is responsible. 1MDB said that Najib did not have any executive power".

"Nilai asset yang dimiliki syarikat 1MDB ketika ini sebanyak RM43 billion melebihi nilai hutang semasa berjumlah RM31 billion. Majoriti daripada asset tersebut berada dalam sector hartanah khususnya di kawasan strategik Kuala Lumpur. Penyelesaian jangka pendek adalah dengan penjualan asset syarikat Edra, manakala penyelesaian jangka panjang adalah dengan pembangunan hartanah khususnya di Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia".



Sebenarnya Mahakitul iri hati dan pra sangka terhadap Tok Jib kerana kemungkinan Tok Jib akan lebih di senangi dan di kenang jasanya oleh rakyat daripada Mahakitul. Sekiranya kita ambil inisiatif-inisiatif transformasi Tok Jib dalam membangunkan kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman adalah amat di puji terutamanya Pan Borneo Highway (Tanpa Tol) dan projek ECLR yang di katakana oleh Mahakitul akan di tanggung hutangnya oleh rakyat Malaysia sebanyak 55 billion. Mahakitul gagal untuk melihat kepada impak projek-projek ini kepada keadaan persekitaran dan limpahan ekonominya. Dalam erti kata lain Mahakitul akan cuba mengagalkan projek-projek Tok Jib yang berwawasan untuk memajukan daerah-daerah luar bandar supaya akses dan/atau jajaran perhubungan antara satu dengan negeri dan negeri yang lain dapat di pendekkan perjalanannya. Malahan Mahakitul dengan angkuhnya menyatakan ingin memansuhkan projek ECRL itu sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya

Fitnah dan pembohongan pembangkang dalam ceramah-ceramahnya (Tun Mahathir, Guan Eng, Kit Siang, Wan Azizah, Mat Sabu, Mahyuddin Yassin, Mukhriz dan lain-lain adalah tidak benar sama sekali iaitu Najib telah merompak duit 1MDB masuk ke dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM42 billion. Duit yang ada dalam akaun Najib iaitu sebanyak RM2.6 billion itu adalah duit derma dari kerabat Di Raja Saudi Arabia dan ianya juga telah disahkan oleh Menteri Luar kerajaan Arab Saudi.

"The Saudi Arabia Foreign Minister has confirmed that the donation is a contribution that does not expect anything in return. So it is valid and the issue is settled"

"AG Tan Sri Mohamed Apandi had on 26/1/2016 cleared Najib of any wrongdoing in relation to investigation into SRC International Sdn Bhd and the RM2.6 billion alleged to have been deposited into Najib's bank account".




Dalam akhbar The Guardian 14/4/2016 ada di ceritakan seperti berikut:-

"Saudi Arabia says money sent to Malaysian PM was a "genuine donation". Asked at the summit of the Organisation of Islamic Cooperation in Istanbul if he was aware  of the details of the political donation, Saudi Foreign Minister Adel Al-Jubeir said "It is a genuine donation with nothing expected in return. We are also fully aware that the attorney general of Malaysia has thoroughly investigated the matter and found no wrongdoing. So as far we are concerned the matter is closed".

"The MACC said that on the RM2.6 billion case, based on the witness and supporting documents submitted the MACC has confirmed that the donation has come personally from the Saudi royals".

Perkara fitnah dan pembohongan ini mestilah di hentikan kerana ianya tidak mendatangkan sebarang faedah pun kepada rakyat mahupun negara. Sekiranya pemimpin-pemimpin pembangkang ada bukti sahih sila kemukakan kepada pihak PDRM dan SPRM supaya siasatan dapat di jalankan dengan telus dan teliti.

Perkara berkaitan dengan kapal mewah Jho Low yang di sita di Indonesi juga tiada kaitan dengan Malaysia mahupun dengan 1MDB. Kepolisian Indonesia telah mengesahkan bahawa pihak kepolisian Indonesia tidak pernah menghubungi pihak Malaysia dalam persoalan kapal mewah Jho Low ini. Ini pun telah di nyatakan oleh KPN TS Mohamad Fuzi yang memaklumkan media bahawa pihak FBI mahupun mana-mana pihak tidak pernah menghubungi pihak PDRM untuk mengesan kapal mewah yang kononnya di katakan kepunyaan Jho Low dan yang kononnya di beli dengan menggunakan duit 1MDB. 





Tony Pua telah di saman oleh Tok Jib kerana telah menfitnah Tok Jib mengenai 1MDB. Di Mahkamah Tinggi Tok Jib menang dan kemudian Tony Pua telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah mendengar hujahan-hujahan pihak Tony Pua dan Tok Jib dan merumuskan seperti berikut:-

RM2.6 billion yang di masukkan ke dalam akaun Plaintif (Tok Jib), Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang di kemukakan oleh pihak SPRM kepadanya menunjukkan bahawa dana yang di masukkan ke dalam akaun Plaintif berjumlah USD681 juta (RM2.08 billion) di antara 22/3/2013 dan 10/4/2013 adalah merupakan sumbangan peribadi kepada Plaintif daripada keluarga diraja Arab Saudi dan telah diberikan kepada Plaintif tanpa apa-apa balasan.

Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan telah menemui dan merakamkan percakapan saksi-saksi termasuk pemberi sumbangan dan telah mengesahkan sumbangan tersebut diberikan kepada Plaintif secara peribadi.

Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bahawa dana tersebut adalah suatu bentuk suapan yang diberikan secara rasuah. Keterangan daripada siasatan tidak menunjukkan sumbangan dana tersebut diberikan sebagai dorongan atau sebagai upah untuk melakukan satu tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan kapasiti Plaintif sebagai seorang Perdana Menteri.

Tambahan pula, dalam bulan Ogos 2013 wang sejumlah USD620 juta (2.03 billion) telah dikembalikan semula oleh Plaintif kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak digunapakai.

Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, Peguam Negara Malaysia berpuashati bahawa tidak terzahir apa-apa keslahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 billion tersebut.

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa "the finding by the Attorney-General and the SPRM were reported widely and the fact that they were in the public domain can never be disputed. The fact that such findings were therefore notorious also cannot in all fairness be entertained as a serious contention. We are of the considered view that judicial notice ought to be taken by this Court of the fact that the Attorney-General of Malaysia had made a decision that the Plaintiff had done no wrong in relation to the 1MDB issue. The court also take notes on the whole issues of 1MDB has been scrutinized and investigated by the PAC appointed by Parliament. The investigations were also carried out by the MACC, PDRM, BNM and the AGC, the result of which has been disclosed to the public by the AGC in that the Plaintiff had done no wrong in relation to the 1MDB allegation".

Ini Mahkamah Rayuan Malaysia yang menyatakan bukannya Mahkamah Rayuan Pakatan Harapan. Persoalannya di manakah bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tok Jib telah melakukan perbuatan mencuri dan merompak hasil mahsul Negara melalui 1MDB?????

Masalahnya ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang di anggotai oleh 14 orang anggota termasuklah ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah merumuskan keputusan PAC adalah di buat secara sebulat suara oleh kesemua 14 orang anggota PAC. Tony Phua adalah anggota PAC dan perlu diingatkan bahawa laporan PAC telah diterima secara konsesus oleh setiap anggotanya yang terdiri dari ahli parlimen BN dan pembangkang. Tan Seng Giaw Timbalan PAC yang juga merupakan ahli parlimen Dap telah menyindir Tony Pua dan mengesahkan Najib tidak bersalah kerana RM2.6 billion bukan dari 1MDB dab RM42 billion tidak lesap seperti dakwaan pembangkang dalam ceramah-ceramah di merata tempat di Malaysia. Dalam laporan PAC di mukasurat 42 hingga 47 ada di catitkan bahawa "1MDB telah membayar hutang sebanyak RM2 billion kepada consortium pemimjam tempatan (Februari, 2015). Jun 2015 1MDB telah menyelesaikan hutang berjumlah RM3.6 billion dari consortium bank luar negara lebih awal dari tempoh matang iaitu Ogos, 2015. Pada April 2016 1MDB telah membayar baki hutang berjumlah RM3 billion kepada consortium pemimjam tempatan juga lebih awal dari tempoh matang pinjaman iaitu Mei 2024. Pada 8 April 2016 1MDB telah membayar penuh jumlah pokok dan faedah kredit tersedia sebanyak RM950 juta yang disediakan oleh kerajaan. Selain itu melalui penjualan Edra Energy Global hutang 1MDB telah Berjaya dikurangkan sehingga RM17 billion. Penjualn 60 peratus ekuit Bandar Malaysia boleh mengurangkan sehingga RM7 billion lagi hutang 1MDB. Semua ini dilakukan tanpa "bail-out" dan bantuan dari kerajaan".
    
"1MDB has previously stated and reiterates that it has not lost any money and that all its monies are fully accounted for".



(Keputusan Mahkamah apabila Ezam Kotak saman 1MDB)

Kes di atas adalah pernyataan yang terkini bagaimana Ezam Kotak telah menyaman Tok Jib, Lembaga Pengarah dan 1MDB. Seperti kes-kes 1MDB yang di bicarakan di Mahkamah, Yang Arif menyatakan dalam alasan penghakiman mereka itu adalah "purely speculation" and "where is the evidence that 1MDB suffered losses as well as proof of misconduct by members of the company's BOD". Sebarang kenyataan dan ceramah-ceramah yang diutarakan oleh pembangkang adalah fitnah dan pembohongan. Tony Puan telah menyaman Tok Jib dalam permasalahan 1MDB ini dan Mahkamah juga mendapati bahawa Tok Jib bukan seorang pegawai awam walaupun beliau memegang jawatan PM dan Menteri Kewangan. Pua tidak mempunyai hak perundangan untuk membawa saman itu yang berkaitan dengan 1MDB terhadap Najib dan kerajaan Malaysia. Najib yang pernah menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB bukan pemegang saham dalam syarikat milik kerajaan itu dan oleh itu Pua hanya merupakan seorang pembayar cukai tanpa "locus standi" untuk meneruskan saman itu. Saman Pua adalah berunsur spekulasi semata-mata kerana plaintif (Pua) tidak mengemukakan butiran lanjut mengenai salahlaku yang didakwa dilakukan oleh Najib.



Sekiranya Mahkamah pun menyatakan bahawa saman Ezaman kotak dan Tony Pua itu berunsur spekulasi semata-mata, bagaimana pula rakyat hendak mempercayai bahawa Tok Jib telah merompak dan mencuri duit 1MDB RM2.6 billion dan/atau 42 billion????? Dulu Presiden AMANAH pernah mengelar siapa kepala penyamun dan kepala perompak negara dan siapa pula yang di pelingkup negara. Tagline itu tiada lain adalah ditujukan kepada "MAHAKITUL". Sekarang Mahakitul nak alihkan tagline itu kepada Tok Jib tetapi Mahakitul masih tidak berjaya membuktikan bahawa Tok Jib telah merompak dan menyamun harta 1MDB dan semua kenyataan Mahakitul adalah berdasarkan spekulasi semata-mata. 

Sekiranya kita dengar ceramah-ceramah pembangkang SPRM, PDRM, PAC dan AG malahan Mahkamah telah menutup salahlaku Tok Jib tetapi pembangkang pula gagal untuk mengemukakan sebarang bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Tok Jib telah melakukan jenayah tersebut. Kita rasa pemimpin-pemimpin pembangkang yang terdiri dari peguam-peguam jenayah yang banyak mengendalikan kes-kes jenayah tahu akan "butir-butir" apa yang di perlukan untuk menyabitkan seseorang itu terhadap jenayah yang di lakukan berdasarkan peruntukkan undang-undang yang sedia ada. Apa yang pembangkang cuba buat ialah untuk menimbulkan persepsi dan mengelirukan rakyat yang kononnya Tok Jib telah mencuri dan merompak duit RM2.6 billion dan RM42 billion dari 1MDB tetapi hakikatnya tiada duit 1MDB pun keluar dan terus masuk ke dalam akaun peribadi Tok Jib.

Malaysia menjadi mangsa kepada permainan politik oleh pihak yang memburuk-burukkan Malaysia dalam isu 1MDB dan rampas kapal Equanimity. Lebih memburukkan lagi kenyataan bekas Menteri di zaman Mahakitul ialah Rafidah Aziz dan Rais Yatim yang menyatakan seolah-olah kerajaan Malaysia ingin membela Jho Low. Permasalahannya apa kaitan Jho Low dengan 1MDB dan apa pula kaitan kapal Equanimity itu dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia. Kita faham Rais Yatim ada Master Degree in Law tetapi kalau asas pun tak dapat nak di nilaikan bagaimana pula yang sebesar-besar kerak yang menyatakan Tok Jib itu pencuri dan perompak. Adakah Rais Yatim ingin mendengar kata-kata dan/atau menilai kepada "money trail" sahaja tanpa mengambil kira keterangan kesemua pihak-pihak yang telah menyiasat secara telus dan tidak berpihak kepada sesiapa. Rafidah Aziz pula telah mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Malaysia tidak seharusnya mengundi pemimpin "rasuah" sebagai pemimpin. Adakah ini Rafidah Aziz tujukan kepada mantan bossnya Mahakitul ataupun terhadap Tok Jib????? Sebab umum tahu bahawa Rafidah Aziz amat rapat dengan Mahakitul terutamanya dalam persoalan AP sampai ada yang mengelar Rafidah Aziz sebagai "Queen of AP" di Malaysia.

Tempo di Indonesia telah menunjukkan bahawa kapal Equanimity itu dikaitkan dengan 1MDB dan kerajaan Malaysia dan The Economist telah mengelar Tok Jib sebagai pencuri. Pada kita itu adalah sabotaj kepada kerajaan yang memerintah iaitu UMNO/BN yang di ketuai oleh Tok Jib. Pada kita buat apa kita hendak mendengar pernyataan orang asing yang cuba nak mencampuri hal-ehwal perundangan Malaysia. Kita mesti percaya kepada sistem perundangan dan badan-badan yang telah di amanahkan untuk menegakkan undang-undang tersebut. Mahkamah Malaysia telah menyatakan bahawa segala permasalahan 1MDB itu adalah spekulasi semata-mata, maka kita kena akur dan bahawa tiada sesiapa yang bersalah dalam permasalahan 1MDB ini melainkan terdapat kelemahan dalam pengrurusan 1MDB itu sendiri. Kita hendak meletakkan kesalahan ke atas Tok Jib pun tidak boleh kerana beliau tiada pegangan saham dan tidak bergiat secara aktif dalam pengurusan 1MDB. 

Kebenaran memang susah hendak di terima tetapi kita selalu di dendang dengan berita-berita fitnah dan pembohongan serta "fake news" sehinggakan kita terpengaruh dengan berita-berita tersebut tanpa usul periksa telah menyatakan sipolan-sipolan telah melakukan jenayah. Sekarang rakyat keseluruhannya keliru terutama yang malas hendak membaca dan mencari kebenaran dan suka hidup dengan bertongkatkan berita-berita fitnah dan pembohongan, akhirnya siapa yang rugi kita juga kerana pihak berkuasa sentiasa menilai dan memperhatikan setiap tingkah laku kita dalam menyebarkan pemberitaan menerusi "cybertronics".

Bagaimana kepala perompak dan kepala penyamun masih hulur tabung untuk kutip derma daripada rakyat?????







No comments:

Post a Comment