Tuesday, March 13, 2018

MAHATHIR the U-TURN man....punca perpecahan Melayu...

Tun Mahathir pada satu ketika dulu di anggap sebagai negarawan ulung tetapi gelaran itu terlucut dengan sendirinya apabila Tun Mahathir telah menggunakan perasaan dendam, iri hati dan dengkinya meninggalkan UMNO/BN dan telah menubuhkan partai baru bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang dipecat oleh UMNO/BN kerana menikam UMNO/BN dari dalam iaitu bertindak sebagai duri dalam daging UMNO/BN selama ini.

Tan Sri Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir telah di pecat dari UMNO/BN dan bersama Tun Mahathir telah menubuhkan PPBM (Bersatu). Lebih malang lagi Parti Pecah Belah Melayu berpakat, berpeluk dan berciuman dengan DAP parti chauvinis, anti Melayu dan Islam untuk menentang UMNO/BN. PAS telah mengalaminya pada PRU13 apabila pengundi-pengundi Melayu menolak secara total PAS kerana menjadi "barua kepada DAP".

Kemasukkan ahli-ahli intelek ke dalam Bersatu iaitu Wan Saiful (Idea) dan Dr Maszlee Malik tidak akan merubah "persepsi pengundi-pengundi Melayu" terhadap Parti Pecah Belah Melayu yang di pimpin oleh Tun Mahathir kerana majoriti pengundi Melayu hanya pentingkan siapa yang boleh menentukan bahawa Malaysia ini di tadbir dan diuruskan dengan baik oleh pemimpin Melayu dan Islam. Adakah para pengundi Melayu akan kembali kepada Tun Mahathir dan konco-konconya????? Insya Allah pada pandangan kita para pengundi Melayu akan menolak Tun Mahathir dan konco-konconya seperti mana PAS telah terkena pada PRU13.

Ini lebih teruk lagi apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau sepatutnya tidak memenjarakan Anwar Ibrahim dan seterusnya menyatakan bahawa segala bukti terhadap Anwar Ibrahim telah di kemukakan oleh PDRM. Malangnya dalam buku "Doctor in the House" Tun Mahathir menyatakan sebaliknya bahawa Anwar Ibrahim tidak layak untuk menjadi PM setelah segala bukti dikumpulkan menunjukkan Anwar Ibrahim mempunyai tabiat yang menjijikkan. Malahan Tun Mahathir telah mengumpulkan kesemua Majlis Tertinggi UMNO untuk menceritakan perkara itu dan seterusnya sesiapa-sesiapa yang tidak percaya boleh menemuduga saksi-saksi yang telah di temuduga sendiri oleh Tun Mahathir. Tabiat Tun Mahathir di akhir usianya tuding jari kepada orang lain walaupun Tun Mahathir sendiri dalang di sebalik segala apa yang berlaku di Malaysia di zaman pemerintahannya. Inilah perkara-perkara pokok yang menyebabkan gelaran negarawan ulung terhadap Tun Mahathir itu terjatuh dengan sendirinya lebih-lebih lagi apabila Tun Mahathir menyatakan bahawa BRIM itu rasuah dan dedak UMNO/BN untuk memancing undi rakyat. Malangnya dalam manifesto Pakatan Harapan BRIM itulah yang akan diberikan kepada rakyat sekiranya Pakatan Harapan dapat Putrajaya. Jangan sekali-kali beri kepada manusia yang mempunyai hati yang busuk penuh dengan dendam kesumat, iri hati, dengki dan lain-lain sifat mazmumah yang sanggup menjadi tali barut dan/atau barua kepada kafirun untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu dan Islam di Malaysia. 

Di zaman moden ini manusia boleh di bahagikan kepada tiga kategori:-

1. Golongan yang memperjuangkan agama Islam bersungguh-sungguh dalam jalan Allah mencintai Allah, Rasulnya dan seluruh orang mukminin memerangi kemusyrikan dan orang musyrikin akan tetapi sayang sekali bahawa jumlah mereka sangatlah sedikit walaupun darjat mereka tinggi di sisi Allah serta pahala mereka sangatlah besar.

2. Golongan ini merupakan lawan kepada yang pertama, golongan yang berada di luar lingkaran Islam dengan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin serta memperjuangkan pemimpin mereka melalui lisan, amalan dan idealogi. Mereka memusuhi dan memerangi orang mukminin. Hati mereka sentiasa diselimuti kesuraman dan kebencian kerana perasaan mereka sudah berubah, hati mereka sudah ingkar serta timbangan mereka telah jatuh. Mereka tidak mengenal Al-Quran kecuali gambarnya sahaja, tidak kenal Islam kecuali hanya namanya sahaja, golongan ini adalah musuh Islam yang paling berbahaya.

3. Golongan yang memperdaya orang yang beriman tidak pernah memberikan pertolongan kepada orang muslimin walaupun golongan ini juga terasing daripada pengaruh kafir. Mereka hidup umpama binatang boleh jadi mereka lebih sesat daripada binatang. Golongan yang tidak mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka.

Al-Maidah 51: "wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang yahudi dan nasrani itu sebagai teman rapat kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain dan sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim"       
Dalam konteks Malaysia siapakah yang selalu memusuhi Melayu dan Islam. Siapakah yang selalu menperkotak-katikkan Melayu dan Islam, siapakah yang berdiri tegas dalam meracuni fikiran Melayu dan Islam dengan fahaman liberalism dan siapakah selalu menghalang dan memperlekehkan sesuatu perkara baik yang bercirikan Islam, siapa yang selalu menentang institusi Islam, siapa yang selalu menjadi biadap berkaitan dengan adat-resam Melayu dan tatasusila Islam. Orang yahudi dan nasrani dalam konteks Malaysia iailah Cina DAP, sekiranya kita berkawan dengan mereka bermakna kita cuba memerangi kaum muslimin dan cuba menjahanamkan institusi Islam itu sendiri. PAS telah melalui laluan pahit ini pada PRU13. Sekarang AMANAH dan PPBM pula menunjukkan sifat-sifat muzmumah terhadap UMNO/BN.

Orang akan menyatakan mengapa UMNO berkawan dengan dengan kafirun dikalangan parti-parti komponen BN????? Jawapan mudahnya, parti-parti komponen BN tidak menentang apa yang telah di tetapkan dalam Perlembagaan Malaysia kerana kerajaan UMNO/BN mengamalkan kongsi kuasa iaitu agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan agama-agama lain di benarkan untuk di praktikkan oleh kaum-kaum lain. Itulah bedaanya antara UMNO/BN dan DAP/Pakatan Harapan kerana dalam BN iaitu di kotakan tetapi dalam Pakatan Harapan ianya akan diharpakkan kerana dasar DAP sememangnya tidak akan menerima Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Kita perlu ingat walaupun DAP mempunyai kerusi yang kecil tetapi kerusi itulah yang menjamin kemenangan Pakatan Harapan di atas sokongan kaum Cina. Semasa PRU13 perkongsian kuasa antara DAP dan PAS telah di gembelingkan sehinggakan pada suatu ketika ramai pemerhati politik mejangkakan UMNO/BN akan tumbang kerana kaum Cina DAP telah berganding bahu dengan kaum Melayu PAS. Itulah tiada siapa tahu perancangan Allah (SWT) untuk menyelamatkan Malaysia terutamanya Islam. Allah (SWT) telah menidakkan kerusi-kerusi PAS dengan memberi kelebihan kepada UMNO dan menarik semua kerusi MCA, GERAKAN dan MIC kecuali beberapa kerusi sahaja.

Apakah iktibar yang hendak di tunjukkan oleh Allah (SWT) kepada kita rakyat Malaysia????? Allah (SWT) nak memperlihatkan kekuasaan Allah (SWT) bahawa tiada kuasa yang boleh menentukan siapa yang akan memimpin kerajaan di langit dan di bumi melainkan Allah (SWT) sahaja. Maka setiap tindak tanduk kita mestilah berlandaskan agama Allah (SWT) iaitu Islam. Mengapa PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tidak di restui oleh Allah (SWT) untuk memimpin Malaysia????? Ianya adalah kerana PAS hanya pandai menggunakan Islam untuk idealogi politiknya. Lagipun mana ada dalam Islam yang menyatakan sekiranya kita masuk parti politik ini kita Islam dan sekiranya kita masuk parti politik itu kita kafir. Islam seseorang itu adalah pada syahadahnya yang mengakui tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah (SWT) dan Muhamad itu adalah persuruh Allah (SWT). Sekiranya kita bersekongkol dengan golongan yang menentang Islam maka kita akan di sesatkan oleh Allah (SWT) sesat-sesatnya. Inilah yang terjadi semasa PRU13 kepada PAS dan sekarang malapetaka itu tertimpa pula kepada AMANAH dan PPBM. PKR itu kita tak mahu cerita sebab dasarnya adalah seakan-akan DAP iaitu lebih kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya dari rakyat Malaysia. Perjuangan PKR lebih kepada keadilan Anwar Ibrahim dan keluarga dari keadilan rakyat Malaysia dan ianya lebih cenderung kepada kronisme dan nepotisme. Intipati perjuangan PKR lebih kepada "hasutan, fitnah, pembohongan, persepsi dan auta yang akan diulang-ulang untuk menimbulkan kebencian kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Itulah sebabnya DAP dan PKR itu ibarat isi dan kuku, apa yang PKR buat DAP akan bersetuju dan apa yang DAP katakan PKR akan bersetuju.

YB Taiping dengan bongkak dan sombongnya mengoyak-goyak majalah Economist yang telah mengelar Tok Jib seorang pencuri. Apakah perbuatan itu hendak menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa YB Taiping merasa malu kerana majalah Economist telah mengelar Tok Jib pencuri ataupun hendak mencari "political mileage" terutama PRU14 semakin hampir. Masalahnya tuan badan tidak kata-kata apapun sebab tuan badan tahu itu mainan propaganda sekutu-sekutu pembangkang di luar negara yang menyokong pembangkang di Malaysia. Kita mesti ingat negara-negara di luar dengki dan iri hati melihat Malaysia aman makmur, rakyat hidup berbilang bangsa dan agama dengan harmoni, aman dan tenteram, tiada malapetaka yang membimbangkan tapi pemimpin-pemimpin pembangkang masih juga tidak bersyukur dan masih lagi ingin menimbulkan persepsi serta andaian negatif terhadap pemerintah kerana "dendam, iri hati, dengki dan ingin mencari kesalahan orang lain". Inilah sifat-sifat negatif iaitu sifat-sifat muzmumah yang di cela oleh Islam. Pepatah Melayu ada berkata "kuman di seberang laut nampak tapi gajah mati yang sudah berbau bangkainya tidak nampak". Gajah itu besar dan sudah berbau bangkainya busuk tidak di hiraukannya, inilah yang terjadi di Penang kes banjir, kes bunglow jalan pinhorn, kes terowong tokong manakala di Selangor kes Disneyland Ampang, kes pasir Sg Long, kes denggi, kes rumah mampu milik, kes Tanah Ijok dan kes air sebaliknya kes 1MDB yang samar-samar nun jauh di lautan luas nampak dengan jelas di mata pemimpin-pemimpin pembangkang.    
Sebelum ini pun Tun Mahathir pernah juga dilabelkan lebih teruk dari itu oleh banyak majalah-majalah luar negara tetapi adakah Malaysia kesah dengan perkara itu melainkan pembangkang sahaja yang berasa malu dan berhegeh-hegeh nak saman Economist dan suruh dapatkan balik duit 1MDB dari Swiss Bank seperti kata Wan Azizah. Masalahnya sekarang siasatan PAC telah mendapati Tok Jib tiada kaitan langsung secara terus dengan 1MDB melainkan Tok Jib hanya penasihat kepada BOD 1MDB sahaja. Menurut YB Kepong (DAP) kita mesti cari siapa dalam BOD yang telah menyalahgunakan kuasa dan menyelewengkan  duit 1MDB bukannya mencari orang yang tiada kaitan dengan hal-ehwal pengurusan dan aktiviti 1MDB. Video YB Kepong (DAP) sebagai Timbalan PAC tersebar luas di you tube tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang masih tidak dapat menerima keputusan tersebut termasuklah Tony Phua yang menganggotai PAC (PAC di anggotai oleh parti kerajaan dan juga parti pembangkang. Siasatan yang teliti telah di buat oleh PAC dan ramai saksi-saksi 1MDB di panggil untuk memberi keterangan. Berdasarkan siasatan itu PAC telah membuat keputusan yang telah di persetujui oleh kesemua panel-panel PAC). Maka sepatutnya parti pembangkang mesti menerima keputusan tersebut dan "move on" tapi pemimpin-pemimpin pembangkang tetap dengan sindrom "tuding jari" hutang negara semakin meningkat di sebabkan 1MDB, harga barangan naik pun sebab 1MDB, minyak naik pun sebab 1MDB, negara bankrap pun sebab 1MDB, kerajaan kenakan GST sebab nak cover 1MDB dan banyak lagi persespsi serta andaian mengarut pemimpin-pemimpin pembangkang mengenai 1MDB. Sekiranya kita ambil dan kumpulkan cerita persepsi dan/atau andaian pembangkang ini, mungkin negara Malaysia ini akan berapa di tahap itu sahaja tiada kemajuan dan tiada pembangunan. Duit banyak, rizab banyak tetapi rakyat masih merasai kenaikkan harga barangan, minyak naik, cukai kerajaan tempatan naik dan pelbagai kenaikkan lagi sebab nak cover apa yang telah di berikan kepada rakyat seperti dalam manifesto Pakatan Harapan. Sekiranya semasa pengundi di PRU13 pemimpin-pemimpin pembangkang telah menyebarkan fitnah konon 40,000 ribu orang Bangladesh datang dengan jumbo jet untuk mengundi BN tidak mustahil pula andaian pengundi-pengundi dari negara China datang ramai-ramai naik tongkang nak undi BN kerana 1 MDB semasa PRU14 kerana banyak Tanah telah di gadaikan kepada negara China.

Natijahnya lagi dekat dengan PRU14 lagi banyak perumpamaan dan/atau andaian serta persepsi akan di bentangkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, portal-portal pembangkang, cybertroopers pembangkang dan lain-lain. Kita sebagai rakyat mesti menilaikan yang mana kaca dan yang mata belian dan/atau permata. Salah pilih hancur dan mampui negara serta rakyat selama lima (5) tahun. Inilah yang terjadi di Selangor dan Penang, cakap semasa ceramah dan semperna 10 tahun DAP memerintah Penang memang senang. Kami ada membuat ini dan itu, kami ada memberi itu dan ini tetapi mana buktinya. Bila buat terowong tokong pun duit "duit kowtin" sudah keluar 22 juta belum lagi duit kajiselidik yang keluar berjuta-jutaan tapi bila banjir nak tenggelam Penang, pandai pula cari kerajaan Pusat minta hulur bantuan jam 3:30 pagi. Bila sudah hulurkan bantuan cakap pula macam-macam. Inilah bak kata pepatah Melayu "kalau kita lepaskan anjing tersepit pasti dia akan salak kita balik". Semua yang ada di Penang itu telah dilaksanakan dan/atau tinggalan oleh kerajaan UMNO/BN. Begitu juga di Selangor kebanyakkan apa yang ada semuanya tinggalan kerajan UMNO/BN. Kerajaan Pakatan hanya propaganda janji dan bagi sumbangan kepada kroni-kroni yang menyokong Pakatan sahaja. Rumah mampu milik tiada, air bermasalah sekian lama dan jalan berlubang-lubang, cukai kerajaan tempatan semakin meningkat. Itu pun berani menuding jari kepada kerajaan UMNO/BN kerana punca kepada permasalahan di negeri Selangor. Cakap politik memang senang tetapi bila nak buat macam-macam alasan akan di berikan sehinggakan Manifesto itu bukan satu perjanjian.

Serangan dari luar oleh majalah Economist terhadap pilihanraya di Malaysia di bawah tajuk "How Malaysia's Next Election Will Be Rigged" yang menyatakan bahawa terdapat manipulasi system pilihanraya dan persempadan semula bertujuan membantu kemenangan parti pemerintah. Ini adalah bersifat tomahan yang tidak berasas sama sekali dan berniat mengelirukan. Pengerusi SPR menyatakan bahawa pihak berkenaan hanya melihat kesan persempadanan semula itu dalam konteks kepentingan politik kepartian dan SPR tidak pernah mengambil kira kepentingan politik semata-sama tetapi penentuan persoalan terhadap penentu kalah atau menang mana-mana pihak atau calon parti bergantung kepada usaha calon untuk memenangi hati rakyat serta menarik sokongan pengundi memilih mereka kerana pengundi mempunyai kuasa mutlak. SPR telah melaksanakan PRU di Malaysia sudah 13 kali tiada siapapun yang menyatakan bahawa terdapat penipuan dalam PRU di Malaysia melainkan semakan piliharaya di Mahkamah berlaku kerana calon-calon itu bankrap dan/atau isi boring salah dan lain-lain perkara pilihanraya. Tiada sebarang bukti yang menyatakan bahawa SPR telah manipulasikan piliharaya di Malaysia untuk memenangkan UMNO/BN dan perkara ini tidak pernah di bawa kepada Mahkamah untuk pembuktian kerana SPR adalah badan yang berfungsi secara bebas.

Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau tidak kesah pun untuk bertanding semasa PRU14 atas tiket DAP. Ini pernah di katakan saya tidak kesah pun menjadi "barua DAP", apa yang penting ialah saya mesti kalahkan UMNO/BN dan DSN. Ingat kerana Tun Mahathir Semangat 46 wujud, kerana Tun Mahathir PKR wujud dan kerana Tun Mahathir jugalah PPBM wujud. Maka Tun Mahathirlah selayaknya di klasifikasikan sebagai U-Turn man dan jolokan sebagai punca perpecahan Melayu.




     
  

No comments:

Post a Comment