Thursday, July 7, 2011

Kedegilan dan kerakusan AMBIGA BERSIH a.k.a Pakatanal Rakyatul Syaitan yg akan membawa padah...

Kami inginkan kuasa dan Putrajaya



Kita sekarang sudah faham apa tujuan sebenarnya AMBIGA BERSIH ini. Walaupun pada mulanya rakyat terpalit juga dgn momentum AMBIGA BERSIH yg ingin mengemukakan 8 tuntutan kepada SPR iaitu mereka ingin pilihanraya yg telus, adil dan saksama. Pada mulanya rakyat tidak dapat membaca keikhlasan dan kejituan AMBIGA BERSIH ini. Walaupun akhbar-akhbat perdana mengatakan bahawa AMBIGA BERSIH ini ada agenda PAKATANAL RAKATUL SYAITAN. Rakyat masih mempercayai bahawa sistem pilihanraya di Malaysia masih pincang walaupun kerajaan dan media arus perdana telah memberikan gambaran dan penerangan kalau tak BERSIH bagaimana pembangkang boleh duduk di Parlimen dan DUN dan bagaimana Pakatanal Rakyatul Syaitan boleh memerintah 4 negeri dan Kelantan di perintah oleh PAS di bawah Tok Guru selama  20 tahun.

PDRM, SPR dan kerajaan telah membuka pintu rundingannya kepada AMBIGA BERSIH supaya tidak meneruskan niat perhimpunan haramnya. Oleh kerana keadaan semakin runcing pihak Pemuda UMNO dan PERKASA serta NGO-NGO Melayu dan Islam telah mengatakan bahawa mereka juga akan menghadirkan diri di perhimpunan haram tersebut sebagai tanda protest kpd AMBIGA BERSIH dgn PATRIOT. Maka pertembungan BERSIH [kuning] dgn PATRIOT [merah] pasti akan berlaku di dalam negara. YAB PM dan TPM telah memberikan berbagai-bagai gambaran bagaimana sekiranya AMBIGA BERSIH dan PATRIOT ini bertembung di jalanan. Kemungkinan satu pergaduhan dan perkelahian akan berlaku di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Ini sudah tentu akan menggangu keselamatan negara, ketenteraman awam dan kepentingan awam. AMBIGA BERSIH masih berdegil utk mengadakan perhimpunan haram tersebut sehinggalah KDN terpaksa mengharamkan pertubuhan AMBIGA BERSIH sebagai pertubuhan haram. Ini telah memudahkan kerja-kerja PDRM utk melaksanakan pelan pencegahan dgn menangkap aktivist-aktivist yg menganjurkan, berceramah, mengajak, mengedar dan memakai AMBIGA BERSIH. Maka terjadilah beberapa tangkapan dan penemuan senjata-senjata dan bom api serta petrol yg bakal di gunakan semasa perhimpunan haram di tengah-tengah kotaraya nanti. 

AMBIGA BERSIH sebenarnya menyimpan agenda PAKATANAL RAKYATUL SYAITAN iaitu utk menghuru-harakan negara dan mencemarkan keharmonian, kesejahteraan serta kemakmuran kehidupan rakyat selama 54 tahun supaya pihak antarabangsa mengalihkan pelaburan mereka, menarik balik pelancong-pelancong mereka supaya tidak mengunjungi Malaysia, betapa bercelaru dan tidak bertangungjawab serta kuku besinya pentadbiran di bawah YAB PM kita sekarang.

Sekarang rakyat Malaysia telah faham kenapa AMBIGA BERSIH ini tidak perlu dilaksanakan dan bagaimana perhimpunan haram tersebut akan memberikan impak besar kepada kerosakkan dan kemusnahan kepada negara, rakyat dan kepentingan awam. Rakyat juga tidak bersetuju AMBIGA BERSIH menggunakan paksaan terhadap kerajaan supaya memenuhi 8 tuntutan AMBIGA BERSIH sedangkan AMBIGA BERSIH menjauhi SPR utk melihat sendiri bagaimana perjalanan sistem pilihanraya Malaysia di laksanakan. Kita ambil contoh PRN Sawarak tempoh hari bagaimana SPR melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik dan cemerlang sekali sehinggakan tiada apa-apa insiden yg boleh menjejaskan perjalanan pilihanraya. Tiada masalah dan tiada bantahan di timbulkan oleh AMBIGA BERSIH. Ini menunjukkan bahawa AMBIGA BERSIH a.ka. PAKATANAL RAKYATUL SYAITAN sebenarnya adalah alat "AAAnugerah Tuhan" utk menunjukkan kepada kerajaan siapa yg berkuasa di belakang AMBIGA BERSIH. Adakah kerajaan perlu tunduk kepada gesaan dan tuntutan AMBIGA BERSIH?  Ini dapat kita lihat apabila "AAAnugerah Tuhan" kata bahawa beliau akan bercakap dgn AMBIGA BERSIH utk tidak demo sekiranya kerajaan penuhi tuntutan tersebut. Sungguhpun begitu AMBIGA BERSIH akan diteruskan juga samada kerajaan penuhi tuntutan tersebut atau tidak.

Kerajaan dan PDRM mengesyorkan AMBIGA BERSIH mengadakan perhimpunan haram dalam STADIUM. DYMM Sultan Pahang telah mengatakan kita akan tentang habis-habisan AMBIGA BERSIH. Kemudian titah DYMM AGONG keluar supaya kedua-dua pihak pihak berunding utk mengelakkan kejadian yg tidak diingini. AMBIGA BERSIH terpaksa tunduk kepada kerajaan dgn mengadakan perhimpunan haram dalam STADIUM. Kemudiannya AMBIGA BERSIH menuntut supaya kerajaan memberikan mereka STADIUM MERDEKA sebagai tempat perhimpunan haram tersebut tetapi pihak kerajaan telah menolak permintaan tersebut berdasarkan AMBIGA BERSIH adalah pertubuhan haram. Malahan kerajaan telah mengesyorkan STADIUM MELAWATI di Shah Alam di mana MB Selangor telah memberi green light kepada AMBIGA BERSIH.

PDRM sambil itu telah mendapat perintah Mahkamah Majistret utk menangkap 91 org aktivis-aktivis yg bakal menghadiri perhimpunan haram tersebut sekiranya berlaku di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Ini memberikan gambaran keseriusan PDRM dalam membendongkan perhimpunan haram tersebut tanpa mengira pihak kerajaan mahupun pembangkang. Pada PDRM ialah keselamatan negara, ketenteraman awam dan kepentingan awam. Itu adalah tanggungjawab dan tugas yg digalas oleh PDRM. Sekarang kita tunggu apakah tindakan AMBIGA BERSIH yg mana Pemuda UMNO dan PERKASA telah menarik diri selepas titah DYMM AGONG. AMBIGA BERSIH masih ingin teruskan juga perhimpunan haram tersebut kerana terlalu banyak agenda tidak dapat dipenuhinya sekiranya membatalkan perhimpunan haram tersebut. Agenda tersebut adalah utk Pakatanal Rakyatul Syaitan bukannya utk keamanan, kemakmuran, keharmoniaan, keadilan, kesejahteraan dan kepentingan awampun. Inilah contoh-contoh tabiat ORG SAKIT HATI... 

No comments:

Post a Comment