Friday, July 22, 2011

Bourdan: Negara dimalukan lagi selepas Bersih 2.0...memang Malaysia di malukan oleh AMBIGA BERSIH dan peguam Perancis ini kerana kejahilan dan kerakusan Pakatanal Rakyatul Kitul nakkan kuasa dan mimpikan Putrajaya. Kita tahu agenda "AAAnugerah Tuhan" dan Pakatanal Rakyatul Kitul ini memang dashyat bagaikan tayangan filem Mission Impossible yg mana karektor dan personality akan di bawa masuk bagi menabur "persepsi fitnah dan pembohongan" dgn menggunakan agenda NGO sebagai platform. Dalam kes peguam Perancis ini SUARAM telah di jadikan kapal pengangkut "AAAnugerah Tuhan" dan Pakatanal rakyatul Kitul utk menaburkan "persepsi fitnah dan pembohongan" supaya rakyat akan bangkit membenci dan menentang pemerintahan zalim di bawah UMNO/BN seperti AMBIGA BERSIH tetapi kedua-dua agenda tersebut gagal. Kenapa gagal hanya rakyat sahaja yg tahu...jawapannya adalah pada masa pengundian PRU13 nanti akan diterjemahkan oleh rakyat. Kita nantilah saat dan ketikanya utk jawapan...tunggu...

http://4.bp.blogspot.com/-ec0Y5PaW_HQ/Tioj2abur6I/AAAAAAAAJ58/LJEQ2O2R1xE/s1600/lawyer.jpg
Apa kaitan peguam Perancis ini dgn model Magnolia ini



Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yakin penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia Perancis, William Bourdon (gambar) pasti akan meningkatkan lagi kemarahan rakyat selepas negara melakukan kezaliman terhadap perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 baru-baru ini.
 
Menurutnya, dalam keadaan rakyat ingin tahu perkara sebenar hasil pendedahannya di Malaysia, tiba-tiba sekumpulan pegawai Imigresen menangkapnya setelah pesawat yang dinaikinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Katanya, tangkapan itu amat memalukan negara sekali lagi setelah dimalukan dengan perhimpunan aman Bersih 2.0.
 
Tambahnya, tindakan tersebut sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut terlibat dengan pembelian kapal selam Scorpene.
 
“Jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) berani kerana benar kenapa mereka tidak biarkan sahaja William Bourdon menjalankan tugasnya mendedahkan siapa di sebalik pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam sekembali ke Malaysia,” katanya.

Baginya, isu penangkapan Willian Bourdon di Malaysia pastinya mendapat kritikan berbagai pihak sama ada secara terus atau di alam maya kerana beliau bukan calang-calang peguam.



Mengapa Pakatanal Rakyatul Kitul perlu import Peguam Perancis dan mengapakah Suaram nak filekan kes di Perancis. Kenapa tak failkan di Malaysia. Sekira ianya melibatkan YAB PM dan isteri failkan di Malaysia. Kita tengok siapa yg benar dan siapa yg salah. Raja Kitul dan Raja Mandeliar di UK pun sudah kata bahawa "akuan sumpah" itu adalah palsu semata-mata utk menjatuhkan YAB PM sahaja. Ini kemungkinan "AAAnugerah Tuhan" tahu bahawa memang payah nak tanggalkan gelaran PM drp YAB PM Najib kerana ketokohan dan karisma Najib saling tak tumpah macam ayahanda beliau.

Pengalaman YAB PM dalam politik bukan kecik anak sudah bertahun-tahun dan berkati-kati pengalaman yg manis dan pahit di bawa bersama-sama beliau apabila menjawat jawatan tertinggi di Malaysia. Kita masih ingat lagi bagaimana YAB PM pegang Pahang Darul Makmur pada usia yg begitu muda masih mentah tentang sepak terajang politik tapi mungkin karismanya, mungkin tunjuk ajar senior, mungkin juga rakyat berikan sokongan penuh kpd beliau kerana anak Tun Razak dan Dato' Hussein. YAB PM berjaya memacu Pahang ke arah kemajuan. Kita di Pahang masih menantikan seorg pemimpin yg dapat mengembelingkan momentum tersebut utk meletakkan Pahang sebagai sebuah negeri maju. Kita masih ingat lagi bagaimana YAB PM memang dgn 200 undi lebih sahaja dalam PRU. YAB PM pernah kata sekarang bukan masanya utk taruh batu dan kerusi pun boleh menang kerana rakyat sudah semakin bijak dan berpengetahuan luas sejajar dgn perkembangan teknlogi moden. Itulah sebabnya YAB PM mempunyai berbagai gadgets dalam sistem pemerintahannya.

Adakah dgn kehadiran Pegaum Perancis, YAB PM terasa ketakutan dan menyorok drp pandangan dunia. Itu bukan sifat-sifat YAB PM kita. Beliau berani kerana benar takut kerana salah. YAB PM bukan macam "AAAnugerah Tuhan" yg lari drp pelakuan dan peribadinya yg ganas sehinggakan rakyat tak tahu siapa sebenarnya "AAAnugerah Tuhan" sekarang. Sebenarnya peguam Perancis itu dibawa oleh Pakatanal Rakyatul Kitul utk menggiKITULkan dan menabur "persepsi fitnah dan pembohongan" terhadap YAB PM dan isterinya. Peguam Perancis ini di bayar entah berapa bullion pulak. Mana ada kerja free bagi peguam Perancis ini. Fees dia sudah tentu lebih tinggi dan lebih berat drp Kapal The Sinking. Mengapa Pakatanal Rakyatul Kitul mengunakan Suaram utk membawa masuk peguam Perancis ini? Macam itulah Pakatanal Rakyatul Kitul menggunakan AMBIGA BERSIH iaitu utk menabur semangat kebencian rakyat terhadap UMNO/BN. Itulah agendanya. Sasaran mereka hanya SATU, menghasut rakyat dan merosakkan pemikiran rakyat…!!

Kalau nak sekat sudah lama kerajaan boleh sekat tapi kerajaan YAB PM bijak biar "persepsi fitnah dan pembohongan" itu mati sendiri. Ianya sudah mati tapi oleh kerana PRU semakin dekat dan AMBIGA BERSIH tidak menampakkan keBERSIHannya, maka terpaksalah Pakatanal Rakyatul Kitul bawa masuk penabur "persepsi fitnah dan pembohongan" dalam bentuk peguam Perancis ini dalam kategori Pas Lawatan Soasial. Berapa lama sangat Pas Lawatan Sosial itu boleh bertahan? Setelah tamat tempoh mesti di hantar keluar kalau tidak nanti jadi macam Cina, Vietnam, Thailand, Filipina dan Indonesia Doll pula di bawa dalam Black Maria. Kita Malaysia tak nak malukan peguam yg Mat Sabu kata tersohor itu. Kita hantar secara baik ke KLIA supaya dia boleh di hantar ke luar balik ke Perancis dgn selamat macam Haji Hadi di hantar sampai ke pintu rumahnya.

Siapa kata Kapal Selam Malaysia tidak boleh menyelam sedang DYMM Agong telah berkenan naik dan menyelam bersama-sama dalam satu aktiviti pertunjukkan yg di hadiri oleh DYMM Agong sempurna menganugerahkan nama kepada Kapal Selam tersebut. Adakah Mat Sabu tahu akan ketidak bolehan tersebut atau sengaja nak menimbulkan "persepsi fitnah dan pembohongan" seperti pertandingan Raja Lawak di mana penonton akan tergelak apabila Mat Sabu menceritakan ala story tellingnya. Sebenarnya org gelak bukan kerana "persepsi fitnah dan pembohongan" itu tapi kerana kelakuan Mat Sabu yg kelakar habis. Penonton merasa bangga kerana PAS berjaya menghasilkan seorg karektor Raja Lawak yg sekarang telah diangkat sebagai org No.2 dalam PAS.

William Bourdon dihantar pulang oleh pihak berkuasa kerajaan kita BUKAN kerana “takut” membiarkan peguam Perancis itu menabur fitnah. Hakikatnya, William telah melanggar undang undang sebagai warga asing yang masuk ke negara ini melalui PAS Lawatan Sosial dan tempoh lawatannya SUDAH TAMAT...

No comments:

Post a Comment