Sebelum mengundi sudah celup dahulu |
Pakatan Rakyat kerap menyatakan dan berhujah kononnya dakwat kekal adalah salah satu cara termurah dan paling efisien untuk memastikan tidak berlaku pengundian berkali-kali, sekaligus menghapuskan pengundi hantu yang sekarang ini menjadi momokan paling seronok untuk digunakan. Di mana-mana sahaja, para penyokong Pakatan Rakyat yang bengap dan kurang mengambil tahu, mendesak agar SPR menguatkuasakan penggunaan dakwat kekal kerana menerima pendapat para pemimpin mereka.
Namun apakah buktinya yang menunjukkan penggunaan dakwat kekal menjamin keadilan seperti yang mereka canangkan? Apakah testimoni yang digunakan untuk menguatkan hujah mereka tentang penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan?
Tahukah para pencacai Pakatan Rakyat, kurang 20 buah negara daripada 194 negara di dunia ini yang berpilihanraya, menggunakan dakwat kekal sebagai cara mengelakkan penipuan? Bahkan dari kalangan 20 buah negara tersebut, sudah banyak yang akan meninggalkan sistem celup jari dengan dakwat kekal kerana kaedah tradisional tersebut bukan sahaja ketinggalan zaman, tetapi juga kerana berlakunya penipuan serta penyelewengan undi.
Bahkan, India yang merupakan negara yang paling tegar menggunakan celup jari dakwat kekal juga akan menggunakan biometrik untuk mengelakkan penipuan undi pada pilihanraya umum akan datang. Peru yang kali pertama menggunakan biometrik buat kali pertama pada pilihanraya umum pada Jun lalu mendapat pujian. Malah negara-negara seperti Gambia, Brazil, Ghana, Sierra Leone dan Zambia yang mewakili Dunia Kedua juga telah beralih daripada penggunaan dakwat kekal kepada sistem biometrik.
Pada masa yang sama, negara-negara maju tidak cuba beralih daripada penggunaan biometrik kepada penggunaan dakwat kekal seperti yang dimahukan oleh Pakatan Rakyat.
Hujah yang paling menarik tentang dakwat kekal yang dikatakan menyukarkan penipuan, terbukti mempunyai UDANG DI SEBALIK BATU. Penggunaan dakwat kekal dalam sistem pengundian telah menyebabkan Afghanistan bergolak kerana Hamid Karzhai pada tahun 2004 dituduh menipu. Dan perlu diingat, Afghanistan merupakan antara negara yang masih menggunakan dakwat kekal. Menariknya, ramai orang luar yang bukan rakyat Afghanistan turut mengundi!
Bagaimana Pakatan Rakyat dan pencacai-pencacai mereka begitu yakin penggunaan dakwat kekal dapat mengelakkan penipuan hanya berdasarkan hujah-hujah sedangkan bukti yang ada menunjukkan penggunaan dakwat kekal adalah punca penipuan undi yang paling besar, terutama sekali di Pakistan dan Afghanistan. Begitu juga di Mesir dan Iraq.
Pakatan Rakyat sebenarnya sangat takut kerana biometrik menyebabkan mereka akan kehilangan isu untuk menyanggah kekalahan yang bakal dihadapi. Isu pengundi hantu kekal menjadi buah hujah yang paling utama digunakan setiap kali Pakatan Rakyat kalah. Kalau menang, seperti di Permatang Pauh, Penanti, Bukit Gantang dan sebagainya, mereka tidak akan bersuara, sekalipun terdapat bukti yang menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi hantu yang didatangkan ke kawasan-kawasan berkenaan untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Ketika dunia sudah pun beralih kepada teknologi yang lebih canggih dan lebih tepat, Pakatan Rakyat masih lagi bersorak tentang teknologi yang sudah ditinggalkan dan tidak efisien langsung. Maka tidak hairanlah sebarang isu yang diutarakan oleh Pakatan Rakyat, sebenarnya tidak lebih daripada kesan-kesan sejarah silam yang sudah tidak relevan dengan kehidupan masyarakat pada masa kini.
Seharusnya Pakatan Rakyat mencari bukti bagaimana biometrik boleh dimanipulasikan untuk mengubah struktur pengundian, bukannya dengan hujah ‘MURAH DAN MUDAH’ seperti yang sedang mereka gunakan sekarang. Kalau sudah terbukti bahawa penggunaan dakwat kekal membiakkan penipuan, bagaimana Pakatan Rakyat masih lagi berpegang kepada hujah berkenaan?
No comments:
Post a Comment