
Sebaliknya Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan ini menegaskan Umno-BN hanya tahu menjaga “tembolok” sendiri. Nik Aziz juga menegaskan Umno-BN sudah tidak berupaya untuk menjaga kepentingan Islam dan amalan demokrasi negara.
“Membaca berita-berita politik tanah air, semakin ramai yang ditangkap kerana Himpunan Bersih 2.0.
“Hakikatnya pada hari ini Umno nak diharapkan menjaga Islam pun tak boleh, nak jaga demokrasi pun tak mampu, apa lagi yang diharapkan pada Umno? BN? Hanya jaga tembolok sahaja,” kata menerusi akaun Facebook beliau.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan sikap Umno BN seperti musang yang disuruh menjaga reban ayam.

"Bagi (kuasa) kat Umno ni serupa bagi jebon (musang) jaga reban ayam.
"Jebon ni kalau kita lepas ayam dari reban, bukan setakat ayam dia makan dengan reban-reban sekali hilang.
No comments:
Post a Comment