Sunday, July 3, 2011

PAS: Putrajaya boleh haram Bersih tapi bukan kemarahan rakyat...Kita tak faham mengapa PAS beria-ia nakkan AMBIGA BERSIH dilangsungkan? PAS semesti sudah tahu bahawa sekiranya Perhimpunan yg tidak mendapat kelulusan dan di persetujui oleh rakyat keseluruhan dan kerajaan maka adalah HARAM. Kerajaan pun sudah mengharamkan AMBIGA BERSIH. Pemimpin-pemimpin tertinggi negara pun sudah memberikan pandangan dan nasihat begitu juga DYMM SPBYDP Agong telah menitahkan rakyat supaya bertenang dan berfikiran waras jangan menyertai AMBIGA BERSIH. Malangnya pihak Pakatanal Rakyatul Syaitan terutamanya PAS yg akan membawa juak-juak PAS ke atas jalanraya di Kuala Lumpur bertungkus lumus menyokong AMBIGA BERSIH diteruskan tanpa mengambil kira apakah risiko yg bakal dihadapi oleh pendemo dan rakyat jelata. Kemusnahan, ketenteraman awam dan kepentingan awam pasti akan terjejas begitu juga dgn keutuhan dan keamanan serta keharmonian yg kita bina selama 54 tahun akan tercalar disebabkan kegilaan, keangkuhan, kesombongan dan keegoan AMBIGA BERSIH yg didokong oleh pemimpin-pemimpin Pakatanal Rakyatul Syaitan yg memang terkenal dgn strategik demo jalanan ini...Apakah kebaikan dan keburukan yg kita akan dapat drp demo AMBIGA BERSIH ini? Adakah demo AMBIGA BERSIH ini akan menyelesaikan persoalan ketelusan, keadilan dan kesaksamaan SPR ataupun perkara-perkara tersebut sengaja di adakan utk mengwujudkan "persepsi fitnah dan pembohongan" Pakatanal Rakyatul Syaitan sahaja...


"Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat"

PAS mengingatkan Menteri Dalam Negeri mereka boleh mengarah polis untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 tetapi tindakan mereka tidak akan menghalang rasa tidak puas hati rakyat daripada terus membara sehingga ia boleh mencetus pemberontakan dalaman. Ketua Penerangan PAS pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kementerian Dalam Negeri perlu menghayati teguran Khalifah Umar Abdul Aziz kepada seorang gabenornya dalam menangani kebangkitan dan kemarahan rakyat sebelum terlambat.

"Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya ‘bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina". "Wahai Kementerian Dalam Negeri, ambillah iktibar daripada Umar Abdul Aziz sebelum terlambat".

Kita pula kena lihat situasi dan keadaan apakah tujuan pemberontakan terhadap pemimpin di zaman itu dibandingkan dgn AMBIGA BERSIH sekarang...dimanakah keadilannya apabila PILIHANRAYA di MALAYSIA adalah yg terbaik. Siapa pula yg susah dan merana serta sengsara akibat drp tindakan AMBIGA BERSIH. Kita jangan pilih situasi ketika pemberontakan tersebut tetapi kita pilih mengapa pemberontahan tersebut dilaksanakan dan kemudian bandingkan dgn demo AMBIGA BERSIH...baru kita dapat perbandingan yg tepat. Buat apa PAS begitu beria-ia memberikan contoh dgn berbagai alasan dan perbandingan kerana tujuannya adalah satu iaitu utk mendapatkan simpati rakyat dgn menunjukkan bahawa Kerajaan dan SPR memang bersekongkol utk memutar belitkan undi rakyat. Inilah taktik terakhir yg digunakan oleh PAS dgn slogan "PAS ganti UMNO" utk mengambil alih PUTRAJAYA. Berani kita katakan bahawa AMBIGA BERSIH adalah agenda "persepsi fitnah dan pembohongan terakhir" terhadap kerajaan UMNO/BN oleh Pakatanal Rakyatul Syaitan.

Kalau kita lihat PRU12 yg lalu sebagai contoh maka perkara ini tidak berbangkit setelah DAP, PKR dan PAS [Pakatanal Rakyatul Syaitan] menang di lima (5) negeri. Pakatanal Rakyatul Syaitan hanya ingin mengambil roh BERSIH 2007 supaya peristiwa kemenangan mengejut di lima (5) negeri itu dapat di terjemahkan ke dalam PRU13. Ianya juga utk meraih simpati rakyat dan meperlihatkan betapa rakyat bersama-sama dgn AMBIGA BERSIH dalam mempersoalkan ketidak telusan, ketidak adilan dan ketidak saksamaan SPR terhadap Pakatanal Rakyatul Syaitan.

Ianya juga adalah peluang kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan mengajak rakyat melupakan peristiwa yg menimpa ayam tambatan mereka iaitu "AAAnugerah Tuhan" yg sedang menghadapi permasalahan moral dan peribadi yg amat meruncing sekali. Pakatanal Rakyatul Syaitan memang ketandusan kepimpinan, selain drp "AAAnugerah Tuhan" tiada siapa yg dapat mengambil alih tempatnya yg di lihat sebagai sure Prime Minister in the making. Persoalannya sanggupkah rakyat Malaysia menerima "AAAnugerah Tuhan" dalam keadaan begitu.

Pendek kata, kalau diibaratkan gelanggang tinju, petang Sabtu 9 Julai akan menyaksikan peninju-peninju terhebat dunia bertarung. Kalau samakan dengan pentas tomoi, itulah harinya di mana jaguh-jaguh tomoi bersepak-terajang, berlaga lengan.

Tetapi ini bukan gelanggang tinju atau pentas tomoi. Bukan juga gelanggang ‘Raja Lawak’ atau pentas ‘Akademi Fantasia’. Ini gelanggang massa yang sama-sama hendak menunjukkan kemarahan. Masing-masing hendak tunjuk kuat.

Sebab itu ramai yang menentang. Apa perlunya kita berhimpun dan mengangkat bendera? Kebimbangan umum ialah perhimpunan seperti itu akan memporak-perandakan KL, seperti yang telah dibuktikan pada 2007. lain-lain kesan-kesan negatif lain seperti dijangka oleh pihak yang menentang perhimpunan adalah seperti berikut:

Pertama, kebimbangan kerajaan bahawa perhimpunan Bersih didalangi parti-parti politik. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bimbang ada usaha menghidupkan semula fahaman komunis.
Kedua, industri pelancongan dijangka rugi RM6 bilion. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan jumlah pendapatan yang dijangka diperoleh sektor berkenaan pada bulan Julai kerana seramai 2.2 juta pelancong asing datang ke negara ini pada tempoh sama tahun lalu.

Ketiga, banyak kerugian RM – juta-juta – akibat perniagaan di kawasan terlibat terhenti semasa perhimpunan. Pemandu teksi tidak dapat cari makan, pengangkutan awam ke pusat bandar tersekat. Kesesakan lalu lintas menyusahkan orang ramai.

Tetapi, selain kerugian RM dan harta benda, satu perkara yang patut difikirkan juga ialah siapa sebenarnya yang menyertai – dan bertelagah – dalam perhimpunan itu? Sebahagian besar yang menyertai Bersih pada 2007 adalah Melayu. Walaupun dikatakan mewakili semua kaum, 90 peratus adalah Melayu.

Kalau benar Perkasa turut serta berhimpun, kesemua berpuluh-puluh ribu yang menyertai kumpulan Tok Yim adalah Melayu. Patriot anjuran Pemuda UMNO pun mesti ramai Melayu, mungkin ada sebilangan kecil dari MIC dan MCA. Dan 50,000 anak silat Omardin juga Melayu. Ertinya, 9 Julai itu adalah perhimpunan orang Melayu. Pihak yang terjejas pun peniaga kecil Melayu termasuk tauke tudung bawal, penjual capal, peniaga roti canai. Dan, kalau bertumbuk dan bergigit telinga sama-sama Melayu juga. Orang lain akan ketawakan kita!


Persoalannya adakah rakyat melihat bahawa SPR itu tidak adil, tidak saksama dan tidak telus? Siapa sebenarnya yg tidak telus, tidak adil dan tidak saksama? Kita berasa  terperanjat apabila DYMM SPBYDP Agong terpaksa mengeluarkan titah supaya rakyat jangan menyertai AMBIGA BERSIH. Sejak merdeka sehinggalah PRU12 [54 tahun merdeka] tidak pernah perkara-perkara sebegini rupa timbul dan tercetus sehinggakan Raja Berdaulat di bawah prinsip Raja Berperlembagaan terpaksa menitahkan rakyat supaya bertenang dan bertindak waras jangan menyertai AMBIGA BERSIH...Fikirkan lah...

No comments:

Post a Comment