Sunday, July 10, 2011

Kenyataan Husam Musa yg penuh dgn agenda "persepsi fitnah dan pembohongan"...

BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik

Inilah kata-kata HUSAM MUSA semasa Perhimpunan Haram AMBIGA BERSIH...9/7/2011

PAS merasa bangga dengan kebangkitan rakyat apabila melihat rakyat jelata puluhan ribu orang yang berbilang bangsa tanpa mengira peringkat umur telah berkumpul dalam himpunan Bersih 2.0 yang diadakan petang semalam dalam keadaan berhujan. (Penulis merakamkan ucapan Husam di perkarangan Stadium Merdeka)

Walaupun semua pelusok jalan utama telah disekat oleh polis dan FRU yang telah dirancangkan oleh penganjur himpunan Bersih 2.0 untuk semua peserta Bersih berhimpun tetapi telah berjaya dirempuh oleh semua rakyat dengan keadaan aman untuk menuju ke stadium merdeka.

Lebih membanggakan, bagaimana mereka boleh menembusi semua sekatan yang ada, kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

Husam musa, yang tiba kira-kira dalam 2.30 petang diiringi oleh pengikut-pengikutnya telah memberi ucapan kepada rakyat jelata yang berkumpul di sebuah hadapan kuil Budha menuju ke stadium Merdeka.

"Kita akan tunjukkan pada mereka, kita berhimpun degan aman, baik sopan..kita berani keluar ke jalan raya untuk menuntut keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia agar sistem perjalanan pilihanraya mesti berjalan dengan jujur, tulus dan bersih". [Adakah dengan berani keluar menuntut keadilan di jalanraya itu sudah mencerminkan kedemokrasian PAS. Kita ingat PAS ini parti yg memperjuangkan Islam yg sepatutnya ingin mengambil pendekatan musyawarah drp menghantar juak-juaknya berdemonstrasi di jalanraya. Dimana letaknya prinsip-prinsip keIslaman yg diperjuangkan oleh PAS?].

"Agong telah bertitah agar kerajaan diminta jalankan sistem pilihanraya  dengan adil, tulus dan saksama. Agong juga telah bertitah kerajaan mesti dengar suara rakyat tetapi sekarang Najib langgar perintah Agong, Umno-BN langgar perintah Raja, mereka derhaka kepada Raja dan Negara". [Kita pelik bagaimana Husam Musa boleh mengetahui apa yg di bincangkan semasa AMBIGA BERSIH mengadap DYMM Agong bersama-sama dgn Pak Samad. Adakah DYMM Agong menitah bahawa kerajaan mesti dengar suara rakyat. Suara rakyat telah dan sentiasa di dengar oleh pihak kerajaan di bawah YAB PM. Itu sebabnya berbagai program dan transformasi di laksanakan oleh kerajaan apabila mendengar rintihan rakyat. Adakah kerajaan harus mendengar segelintir suara rakyat dengan membelangkangi suara rakyat yg majoriti yg tidak inginkan AMBIGA BERSIH di laksanakan di atas jalanraya. Lagipun rakyat sudah boleh baca apa tujuan AMBIGA BERSIH ini sebenarnya dan rakyat lebih sibuk dgn hal-ehwal seharian drp membuang masa kepada benda-benda yg tiada hala tuju. Natijahnya bagaimana nak kata kerajaan YAB PM itu telah menderhaka kpd DYMM Agong].

SPR mestilah menjadi badan kepercayaan awam, tetapi fenomena hari ini menunjukkan perhimpunan rakyat Malaysia telah dihalang.

"Petugas Media juga disekat oleh polis. Ini jelas terbukti sistem pilihanraya negara kita lemah. Rakyat hilang terus kepada SPR yang ada di Malaysia ini". [Kita tak nampak pun petugas media di sekat dalam membuat liputan pilihanraya di Malaysia. Kalau nak masuk dalam kawasan sensitif itu memanglah ada sekatan. Takkan semua tempat pihak media boleh masuk wahai Husam Musa. Macam itu kalau org masuk dalam rumah Husam Musa bagaimana. Adakah itu perlu di sekat?]

"Kita memohon kepada Yang di Pertuan Agong agar bubarkan sistem SPR yang ada sekarang. Dalam perlembagaan negara kita, Agong boleh melantik SPR yang baru, menggunakan sistem SPR yang baru dan bersih, SPR yang tidak berat sebelah tetapi menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, tulus dan adil". [Kita nasihatkan Husam Musa ini teliti dan berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan seperti org yg tidak ada pertimbangan akal. Kita diberikan akal utk memikirkan bagaimana utk menjadi Malaysia ini lebih baik drp sekarang bukannya utk meruntuhkan apa yg ada. Adakah dgn membawa masuk DYMM Agong dalam agenda politik PAS itu akan membuat rakyat mengatakan bahawa PAS itu betul? Rakyat sekarang sudah faham siapa yg betul dan siapa yg di pihak yg salah. Kenyataan Husam Musa ini adalah diibaratkan seperti "apabila guruh tembak menembak di langit air dalam tempayan di curahkan tetapi hujan belum turun lagi. Natijahnya adakah dgn penukaran SPR lama kepada SPR yg baru akan menjamin 8 tuntutan AMBIGA BERSIH itu dapat dipenuhi? Adakah 8 tuntutan itu hanya pembayang sahaja kepada agenda utama utk mengadakan demonstrasi jalanan?]

Dengan berbagai tragedi yang berlaku dalam himpunan Bersih 2.0 akibat provokasi daripada polis dan FRU  kepada rakyat, Husam percaya Pakatan akan menang dalam PRU ke 13 nanti dengan hapuskan Najib dan semua kuncu pimpinan Umno melalui kuasa rakyat. [Ini adalah contoh kenyataan org bongkak dan sombong kerana Allah (SWT) ada mengatakan bahawa kita jangan terlalu terpedaya dgn masa hadapan kerana masa kinipun kita belum tahu apakah kesudahannya. Inikan pula masa hadapan. Itu semua kerja-kerja Allah (SWT), hanya DIA sahaja yg mengetahui siapa akan menjadi PM dan siapa yg akan dapat Putrajaya.]

"Kita akan campakkan mereka  keluar daripada Putrajaya dalam  pilihanraya nanti. BN itu Umno.. BN itu Najib..BN itu derhaka..BN itu politik," katanya dengan sambutan sorakan takbir dengan penuh semangat oleh rakyat jelata yang hadir di himpunan itu. [Kita suka kalau dapat bertembung dgn juak-juak sombong dan bongkak ini dalam PRU13 kerana rakyat sekarang sudah mengetahui akan agenda dan muslihat disebalik "kejaguhan" PAS dan PKR dalam perhimpunan AMBIGA BERSIH itu. Apa yg terselah ialah umat Melayu dan Islam sahaja yg terlibat yg di jadikan "barua dan keldai" AMBIGA BERSIH. Mengapa hanya umat Melayu dan Islam sahaja mana pergi juak-juak Cina dan India dalam PAS dan PKR serta DAP? AMBIGA BERSIH telah menyusah banyak pihak rakyat, pelancong, peniaga, pemandu teksi, PDRM dan penduduk-penduduk persekitarannya. AMBIGA BERSIH telah menonjolkan agenda 8 tuntutan yg di jadikan "pembayang" kepada agenda politik "AAAnugerah Tuhan". "AAAnugerah Tuhan" tahu inilah peluang terakhir beliau utk mengembelingkan sokongan rakyat kepada Pakatanal Rakyatul Syaitan tetapi nampaknya strategiknya kali ini gagal apabila rakyat sudah menghidu akan bau busuknya sehinggakan "AAAnugerah Tuhan" terpaksa berlakun kononnya beliau telah dicederakan kerana takut dicekup oleh PDRM di bawa dalam BLAC MARIA ke Hotel Pulapol utk "cooling period". Nampak sangat wayang Cina "AAAnugerah Tuhan"].

Natijahnya kenyataan Husam Musa ini adalah kenyataan org yg hanya ada agenda "persepsi fitnah dan pembohongan" sahaja.

No comments:

Post a Comment