Wednesday, May 1, 2013

PERAK...ADAKAH RAKYAT PERAK MAHU BERADA DI BAWAH PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM...????? INGAT SEBELAS (11) BULAN YANG PENUH SENGSARA DAN KESUKARAN SERTA KEBIADAPAN, ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM YANG DI TUNJUKKAN OLEH DOKTRIN DAP DAN KEBONEKAAN YANG DI TUNJUKKAN OLEH DOKTRIN PAS...MAHUKAH KITA UMAT MELAYU DAN ISLAM MELALUI SEKALI LAGI?????


KITA MESTI INGAT BETAPA PERITNYA BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM SELAMA 11 BULAN. RANCANGAN 999 TAHUN, AGENDA ISLAMNYA TERPUTUS, KEBIADAPN TERHADAP KESULTANAN PERAK, SIKAP CHAUVINIS DAN RASISNYA TERHADAP ORG MELAYU. INI DI PERLIHATKAN DI BAWAH:-

NIZAR PEMBOHONG


NGEH CHAUVINIS DAN RASIS

 

KONONNYA MENGAMALAKAN KEBEBASAN BERAKHBAR TAPI SURATAKHBAR PERDANA DI SEKATNYA. INGAT PERMASALAHAN PERLANTIKAN DATUK JAMY SURI (DIRECTOR OF PERAK ISLAMIC RELIGIOUS DEPARTMENT [JAIP]).

Tolak Seruan UMNO-PAS Bersatu, PAS Lapor Polis
Utusan Malaysia, Khamis, 31 Julai 2008

Pas buat laporan polis terhadap Tajol Rosli

IPOH 30 Julai – Pas Perak hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini berhubung tawaran UMNO untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Norazli Musa pada pukul 3.15 petang.

Beliau mendakwa tawaran oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali pada Isnin lalu supaya UMNO dan Pas bergabung boleh disifatkan sebagai satu bentuk rasuah.

‘‘Saya minta polis membuat siasatan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut dan pihak yang menyiarkan laporan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini hari ini.


Analisis

Takut? Vurnarable? Bimbang Hilang Kuasa? Itulah teka-teki yang bermain di fikiran rakyat Perak apabila melihat keletah golongan muda-mudi PAS yang lekas-lekas mendakwa jemputan UMNO yang memenangi majoriti kerusi kawasan Melayu yang ditandingi di negeri ini mengajak PAS menubuhkan kerajaan BN Campuran di Jajahan Kesultanan Perak, sebagai bentuk rasuah.

Mereka rela mendampingi DAP yang membenci pertumbuhan masjid-masjid, menentang tulisan-tulisan jawi dan memberi tanah-tanah kerajaan kepada penceroboh bekas komunis yang di tangan mereka ada darah alim ulamak Islam yang mereka bunuh di zaman darurat.

Mereka rela meninggalkan golongan yang percaya keesaan Allah dan mengucap dua kalimah syahadah lalu mendampingi golongan yang tidak pernah menghormati agama Islam malahan mempunyai tekad yang besar untuk menjadikan negara ini sekular sepenuhnya.

UMNO sekular? Jika UMNO sekular, tidak adalah doa-doa puji-pujian ke atas Allah SWT dan junjungan besar Rasulullah tatkala dipanggil ahlinya berhimpun. Tetapi PAS tetap utuh dengan pendiriannya bahawa UMNO itu sekular dan DAP itu Islamik. Inilah PAS hari ini. Tidak layak baginya menggunakan Islam sebagai mainan duniawi.

Tidak hairanlah seandainya PAS berterus-terusan bermuka-muka dan melanggar tatacara sahsiah Islam dalam penganjuran permuafakatan sesama saudara Islam, kemurkaan Allah akan tiba jua ke atas mereka-mereka yang menggunakan agama Allah untuk memanipulasi rakyat-rakyat demi sebuah tampuk kuasa ihsan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Ketahuilah kita semua hari ini bahawa PAS merupakan sebuah parti Islam yang dahulunya bersih dan suci, kini telah dicemari oleh agen-agen dajjal yang keras hati, gelap mata dan membenci perpaduan ummah.

Terjajahnya Melayu Perak

Lihatlah peta taburan penduduk di Perak ini. Betapa kaum Melayu yang melata menjadi majoriti di pelusuk kawasan aktiviti manusia yang bermula sejak beratus tahun di Perak, telah jatuh di perintah di bawah rejim DAP dengan hanya meletakkan Menteri Besar boneka dari PAS untuk menggula-gulakan orang Melayu di Perak.



Alangkah hinanya apabila lebih banyak tanah yang dirampas dari orang Melayu pada satu ketika dahulu di zaman British untuk tujuan melombong timah, telah diserahkan kepada kaum-kaum Cina yang bermestautin secara haram di tanah tersebut sejak puluhan tahun lalu seandainya kelak, kegiatan pertanian mereka dikawasan tersebut diiktiraf.

Melihatkan kepada senario ini, apakah rakyat Perak berketurunan Melayu telah tersumpah oleh satu hakikat bahawa di negeri inilah bermulanya detik kejatuha orang Melayu apabila Perjanjian Pangkor 1874 ditandatangani?

Lebih malang sekali ialah apabila fanatik penyokong PAS telah menjilat semua ludahan mereka dilantai-lantai demi menegakkan matlamat mereka memerintah walhal tiada persefahaman yang utuh dicapai dalam pimpinan kerjasama mereka dengan kafir sosialis, DAP.

Seterusnya, nasib orang Melayu di Perak hanya dikhabarkan baik-baik sahaja di kawasan 6 orang ADUN Pas ini sedangkan nasib orang Melayu Perak di 53 DUN lain seluruh negeri, tidak diketahui.

Semoga datanglah hari kesedaran kepada "Pemimpin Islam" ala PAS ini supaya mereka dapat melihat yang perbuatan mereka mengkhianati bangsa adalah sangat tidak beretika dan cukup menjijikkan.

Imbasan Sejarah Hitam Pemerintahan DAP Di Perak  (MENGAPA KERAJAAN PAS DAN DAP MESTI DI HALANG ATAU DI RUNTUHKAN DARI MENDAPAT KEMBALI PEMERINTAHAN DI PERAK DARUL RUIDZUAN)

NIZAR, NGEH DAN NGOH
Selamat menempuh hari-hari YANG AKAN MENENTUKAN UNTUNG NASIB UMAT MELAYU DAN ISLAM DI PERAK. PRU12 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik TAHUN 2013 DAN SETERUSNYA PENGUNDIAN 5/5/2013 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut:-

Sebab 1
 
Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship' dengan PAS demi memerintah Perak.

Sebab 2
 
Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB.
 
Sebab 3
PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist.
 
Sebab 4
PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri.
 
Sebab 5
PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu.
 
Sebab 6
PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi.
 
Sebab 7
Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana.

Sebab 8
 
Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan.

Sebab 9
 
Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya.

Sebab 10
 
Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam.
Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda. Imbasan kembali sebagai peringatan...

Kemelut Politik Di Negeri Perak 

 

najib
Najib Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar khas di Putrajaya, bagi mengumumkan Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan baru negeri Perak

Sumber: Utusan Malaysia ( 5 Februari 2009)
Langkah Tajol Dipuji, BN Perak Dapat Nafas Baru
Oleh Zulkiflee Bakar

APABILA Perak jatuh ke tangan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ramai yang menyangkakan bahawa Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali akan mengundurkan diri. Ini kerana kekalahan Barisan Nasional (BN) Perak yang diterajui oleh beliau adalah sesuatu di luar jangkaan. BN Perak menerima nasib seperti mana rakan separti mereka di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Kecundangnya kerajaan negeri BN di empat-empat negeri itu menambah koleksi pemerintahan pembangkang yang sebelum itu sejak tahun 1990 terus menguasai Kelantan. Buat seketika Tajol Rosli yang mendakwa tidak dibenarkan meletakkan jawatan oleh anggota Badan Perhubungan Negeri terus bertahan biarpun ramai pemerhati politik melihat BN Perak tidak melakukan apa-apa bagi memulihkan kedudukannya.

Tetapi akhirnya pada Khamis lalu, Tajol Rosli berundur juga selepas berasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota, Nasaruddin Hashim melompat parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berikutan keputusan Nasaruddin itu, kedudukan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR semakin kukuh di Perak. Mereka menguasai 32 kerusi DUN berbanding BN yang berkurangan kepada 27 kerusi.


bn
BARISAN NASIONAL


Walaupun ramai yang berpendapat Tajol Rosli seharusnya sudah mengakhiri karier politiknya pada 9 Mac 2008, namun langkah meletakkan semua jawatan berkuatkuasa 29 Mac depan adalah sesuatu langkah yang patut dipuji. Tajol Rosli tidak mahu menongkah arus sebaliknya mengamalkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang ketua.

 Bagi Tajol Rosli, apa lagi isyarat yang diperlukan untuk berundur, BN sudah hilang kuasa di Perak, UMNO sudah jadi pembangkang dan seorang ADUNnya melompat ke parti lain. Kesemua rentetan peristiwa ini sudah memberi petanda yang jelas sesuatu harus dilakukan bagi memulihkan kekuatan BN dan UMNO negeri tersebut.

Kini Tajol Rosli akan menjadi catatan sejarah dalam politik Perak tetapi tindakan beliau sekurang-kurangnya boleh memberi 'isyarat' kepada pemimpin-pemimpin tertentu supaya perlu bersedia mengambil langkah yang sama apabila negeri sudah tergadai kepada pembangkang. Apapun pengunduran Tajol Rosli sudah pasti akan menjanjikan episod menarik kepada arena politik Perak. Ia bermakna UMNO akan mendapat nafas baru dan berpeluang untuk mengetengahkan lebih ramai pemimpin pelapis dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, UMNO Perak sepatutnya sukar digugat kerana ia adalah kubu kuat UMNO selepas Johor.

''Tetapi Perak gagal menampilkan ramai pemimpin bertaraf nasional seperti mana Johor lakukan, kini tibalah masanya UMNO Perak mula mengetengahkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin di peringkat negeri sebelum diangkat ke nasional,'' katanya.

Sudah pastilah dalam soal ini tumpuan kini akan diberikan kepada Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Walaupun Pengerusi Perhubungan akan disandang sementara oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Ahmad Zahid boleh dianggap bertanggungjawab sepenuhnya mengawasi perjalanan UMNO dan BN Perak.


umno_logo
 UMNO


Justeru Ahmad Zahid yang sememangnya dilihat pemimpin masa depan Perak dan negara berikutan pencalonannya bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Mac nanti mempunyai tanggungjawab berat untuk memastikan imej dan prestasi BN di negeri itu kembali berada di kemuncak.

Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan langkah UMNO melantik Ahmad Zahid sedikit sebanyak meresahkan kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. Ini kerana selain dilihat pemimpin muda yang berkaliber, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dikatakan mempunyai tarikan tersendiri bagi memastikan panji-panji BN kembali ditegakkan di Perak.

Namun sudah pasti dalam soal memulih imej BN tersebut, ia bukan sahaja terletak di bahu Ahmad Zahid sahaja, malah semua pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di negeri itu harus bersama-sama dengan beliau. Mereka perlu memberikan sokongan padu kepada Ahmad Zahid bagi mengatur jentera parti selepas Mac nanti untuk berhadapan dengan pembangkang.

UMNO Perak sudah tidak ada masa lagi untuk melayan mana-mana pemimpin yang terasa tersisih, terasing atau dipinggirkan berikutan kepercayaan pucuk pimpinan kepada Ahmad Zahid. Sebaliknya UMNO dan BN mempunyai agenda yang lebih besar iaitu merampas kembali negeri kesayangan BN itu daripada pembangkang.

Kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO Perak bahawa dalam politik segalanya berkemungkinan. Pakatan pembangkang hanya berhak diberi sepenggal sahaja memerintah negeri itu dan kemaraan mereka harus dihentikan dalam pilihan raya umum akan datang. Perak tidak harus dibiarkan mengalami nasib seperti Kelantan yang sehingga ini impian UMNO untuk merampasnya kembali hanya ibarat satu mimpi. Hakikatnya, sudah ada suara-suara di kalangan rakyat untuk menolak PKR, DAP dan Pas di Perak dan mereka hanya menanti pilihan raya sahaja untuk berbuat demikian.

Oleh itu UMNO dan BN harus mengambil kesempatan tersebut dengan memperkukuhkan barisan bagi merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Sesungguhnya Perak kini sudah mendapat nafas baru dalam meneruskan perjuangannya, oleh itu terserahlah kepada pemimpin UMNO dan BN menentukan bagaimana seharusnya nafas berkenaan dihembuskan
Sumber: Utusan Malaysia


zahid20hamidi3
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah lebih baik untuk Mohammad Nizar menjaga hal ehwal dalaman parti

Kecoh di Perak bukan angkara UMNO – Zahid

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Kekecohan politik di Perak sehingga menggugat kedudukan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu kebelakangan ini bukan angkara UMNO tetapi kerana masalah dalaman pakatan itu sendiri.

Sehubungan itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dinasihatkan supaya tidak menuding jari kepada UMNO berikutan perkembangan terkini itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, adalah lebih baik untuk Mohammad Nizar menjaga hal ehwal dalaman parti sendiri kerana UMNO tidak ada niat untuk campur tangan.

Dua Laporan Polis Terhadap Pembangkang

IPOH 3 Feb. - Dua laporan polis dibuat terhadap pemimpin parti pembangkang di Perak hari ini berikutan kenyataan mereka berkaitan isu lompat parti.

Laporan pertama terhadap Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda yang membuat akuan bersumpah kononnya beliau ditawarkan RM50 juta jika berjaya membawa dua wakil rakyat pembangkang menyertai Barisan Nasional (BN).

Laporan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi dengan diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Sungai Senam di sini, pukul 11.36 pagi ini.
pakatan

Laporan kedua pula dibuat terhadap Exco Kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berhubung kenyataannya bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Perak dan Negeri Sembilan akan menyertai parti pembangkang.

Ia dibuat Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP), Chang Chorng Shiun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini pada pukul 9.30 pagi ini.

Syamsul ketika ditemui berkata, kenyataan Fauzi itu jelas berunsur fitnah dan suatu jenayah yang menimbulkan rasa resah, gelisah dan tidak puas hati masyarakat seluruh negara termasuk di Ipoh Barat. 

"Kenyataan beliau memberi gambaran bahawa pemimpin tertinggi negara tidak bermoral dan korup sehingga boleh menimbulkan rasa tidak senang hati dan suasana tegang di kalangan rakyat," katanya.

Sementara itu, Chorng Shiun memberitahu, kenyataan Koo Ham boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi berikutan kebimbangan pelabur untuk melabur di Perak dan Negeri Sembilan.

"Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Koo Ham harus mengumumkan nama kesemua ADUN yang ingin melompat parti ini dalam tempoh seminggu.

"Sekiranya gagal, beliau harus meletak jawatan Exco dan ADUN kerana perbuatannya telah menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi di kedua-dua negeri berkenaan," ujarnya.


mainpix
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu

Polis Mula Siasat Penafian 2 ADUN

IPOH 3 Feb. - Polis hari ini mengesahkan menerima aduan penafian peletakan jawatan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu.

Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, aduan diterima daripada wakil kedua-duanya pagi semalam.

Sehubungan itu pihaknya akan memulakan siasatan dan mengambil keterangan daripada semua pihak berkaitan dalam masa terdekat.

"Polis mengesahkan telah menerima pengaduan (penafian) daripada pihak ADUN Behrang dan Changkat Jering pada 2 Februari," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut. "Tunggulah, buat masa ini, itu sahaja kenyataan saya," katanya.

Ahad lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengumumkan menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd. Osman sebagai ADUN.

Sehubungan itu, beliau mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN tersebut. Bagaimanapun, Jamaluddin dan Mohd. Osman kemudian menafikan mereka telah meletak jawatan.

Pintu UMNO Terbuka Untuk Dua ADUN

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dipelawa menyertai UMNO jika mereka berminat untuk berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, UMNO adalah sebuah parti yang bertimbang rasa dan bersedia untuk menerima sesiapa sahaja yang benar-benar menghayati perjuangannya.
"Kalau mereka hendak menyertai UMNO, kita sedia terima, mereka boleh putuskan sendiri, ini akan memperkukuhkan UMNO di Perak," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan Jamaluddin dan Mohd. Osman kekal sebagai ADUN di kawasan masing- masing walaupun Pejabat Speaker Perak mendakwa kedua-dua mereka telah meletak jawatan sebelum ini.

Yit Foong Pula 'hilang'

IPOH 3 Feb. - Berita 'kehilangan' Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong semakin menghangatkan senario politik di Perak.

Yit Fong tidak kelihatan pada sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pagi ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengakui tidak melihat Yit Foong pada majlis tersebut. Ditanya mengenai Yit Foong, Koo Ham berkata, beliau tidak dapat memastikan kehadirannya namun mengakui tidak melihat wakil rakyat itu.

"Saya hanya kata tak nampak beliau (Yit Foong) dan ini tidak bermakna beliau tidak datang ke majlis di istana pagi tadi. "Memang saya tak nampak beliau, orang lain saya nampaklah. Kali terakhir saya hubungi beliau ialah pada malam kelmarin," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini hari ini.

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang mengatakan Yit Foong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang daripada DAP akan menyertai MCA. Pakatan pembangkang di Perak pada masa ini menerima tamparan hebat selepas dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu 'menghilangkan' diri.

Jamaluddin selaku ADUN Behrang sudah menyatakan secara terbuka bahawa beliau kini menjadi wakil rakyat bebas manakala ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman masih belum menyatakan pendiriannya. Secara tidak langsung, tindakan kedua wakil rakyat itu telah menjadikan penguasaan kerusi DUN pakatan pembangkang berkurangan.

Jika sebelum ini pakatan Pas, DAP dan PKR mempunyai 32 kerusi, kini mereka hanya menguasai 30 kerusi termasuk DUN Bota selepas Datuk Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai PKR. BN pula kini masih menguasai 27 kerusi. Bagaimanapun, seandainya Jamaluddin dan Mohd. Osman mahu bersama BN, maka jumlah kerusi BN akan menjadi 29.

Sekiranya khabar angin Yit Foong mahu menyertai MCA menjadi kenyataan, maka secara automatik kerajaan negeri pakatan pembangkang akan tumbang kerana BN mempunyai kelebihan satu kerusi.

Jamaluddin, Mohd. Osman Bukan Lagi Wakil Rakyat

IPOH 3 Feb. - Kerajaan Perak tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Changkat Jering.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, dengan itu kedua-duanya dilucutkan daripada jawatan Exco dan tidak perlu hadir mesyuarat yang akan datang. Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ADUN pakatan pembangkang di kediamannya lewat malam ini, beliau memberitahu kerajaan negeri tetap berpegang dengan pendirian bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman sudah meletak jawatan.

''Mesyuarat exco kerajaan negeri akan datang mereka tidak perlu datang. Malah sidang DUN juga mereka tidak perlu hadir sebab mereka sudah letak jawatan," katanya.

Kesemua ADUN Pas, DAP dan PKR di negeri ini kecuali ADUN Jelapang yang juga Timbalan Speaker DUN, Ho Yit Foong, hadir.

Keputusan 'menolak' Jamaluddin dan Mohd. Osman menjadikan kedudukan kerajaan negeri pakatan pembangkang semakin goyah dengan hanya menguasai 30 kerusi DUN berbanding 27 yang dimiliki Barisan Nasional (BN).

‘Mainan Politik PKR’

IPOH 3 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi mendakwa, beliau dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menjadi mangsa mainan politik kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berebut jawatan.

Jamaluddin yang kini menjadi ADUN Bebas berkata, cubaan mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sudah dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

‘‘Saya adalah bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak, saya nampak taktik kotor dimainkan oleh beberapa pemimpin parti yang mahu bertanding di DUN Behrang dan Changkat Jering.

‘‘Kalau tidak, kenapa mereka hantar surat peletakan jawatan saya dan Osman kepada Speaker DUN Perak sedangkan kami sedang bercuti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jamaluddin turut menafikan pelbagai tuduhan liar yang dilemparkan kononnya beliau mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas kerana telah ‘dibeli’ oleh UMNO.


‘Berhenti Jika Hilang Keyakinan’

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera,
Saya ingin memaklumkan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menubuhkan kerajaan.

Ini adalah kerana semalam, tiga wakil rakyat iaitu ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong telah memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan mereka telah keluar parti masing-masing.

Hari ini juga, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim telah berjumpa dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah kembali bersama UMNO.

Mereka semua telah memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar. Mereka juga memberi aku janji akan bersama dan memberi sokongan kepada YAB Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak. Pada hari ini juga, keempat-empat wakil rakyat telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri, Presiden PKR dan Setiausaha Agung DAP bahawa mereka tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.
Justeru Fasal XV1 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama dengan anggota exconya.

Sejajar dengan perkembangan ini, saya akan menghadap Ke Bawah Duli Paduka Seri Sultan Perak untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak.

– DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

Jamaluddin, Mohd. Osman Sokong BN

PUTRAJAYA 4 Feb. - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas memutuskan menyokong Barisan Nasional (BN) kerana percaya mereka tidak lagi diperlukan oleh Pakatan Rakyat (PR) serta diperlakukan seperti musuh oleh kerajaan negeri Perak.

Sehubungan itu, ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) mengumumkan untuk menyokong BN yang dilihat lebih relevan membela nasib rakyat di negeri itu. Jamaluddin berkata, segala-galanya bermula selepas beliau menegur sikap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dianggap satu kesalahan.

''Walaupun ada beberapa perkara saya tidak setuju dengan Nizar tapi tidak sampai peringkat hendak tinggalkan parti, sebenarnya saya bercuti sakit sejak Rabu hingga Ahad lalu.

''Waktu itu saya tidak mahu terima panggilan termasuk dari isteri, tetapi saya terkejut apabila Speaker menghantar surat peletakan jawatan saya.

''Atas tindakan itu saya rasa berlaku keganjilan tanpa saya dimaklumkan atau berpeluang mempertahankan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua ADUN bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Hee Yit Foong dari DAP menyertai sidang akhbar khas bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keluar parti dan menyokong BN.

Bekas Exco yang menghadapi tuduhan rasuah itu turut menafikan dakwaan kononnya ditawarkan sejumlah wang untuk menyokong BN.

''Saya tidak bercadang untuk sertai mana-mana parti tapi setelah semua ini berlaku saya ambil tindakan untuk jadi wakil rakyat Bebas, saya yakin mampu beri komitmen kepada rakyat.

''Saya tidak fikir saya sertai mana-mana parti pun saya boleh menang kerana rakyat menerima saya berdasarkan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Behrang," katanya.

Ditanya mengapa tidak menyertai UMNO tetapi menyokong BN, Jamaluddin berkata, beliau perlu mencari 'rumah baru' selepas dihalau keluar dari 'rumah sendiri'.

''Saya tidak pernah jumpa dengan Timbalan Perdana Menteri sebab saya rasa tahap dia tinggi, soalan tentang bila hendak sertai UMNO biar masa menentukan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Osman berkata, beliau belum terfikir untuk menyertai UMNO kerana yakin masih boleh berkhidmat sebagai wakil rakyat walaupun atas tiket Bebas.

''Saya tidak ada perancangan untuk masuk UMNO, sebagai wakil Bebas lebih beri peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat sebab tidak ada kekangan daripada mana- mana parti.

''Walaupun Bebas, jiwa saya cenderung menyokong BN, saya akan fikir kemudian (untuk sertai UMNO), Insya-Allah," katanya.

DAP Diberi Kata Dua

PUTRAJAYA 4 Feb. – DAP Perak jangan ugut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi kalau tidak setuju, bawa sahaja kes ke mahkamah.

Demikian kata dua Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau menegaskan SPR tidak akan mengkaji semula keputusannya semalam mengekalkan kedudukan dua anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kawasan Changkat Jering dan Behrang.

Ini kerana, katanya, ia dibuat berdasarkan undang-undang. Malah, Abdul Aziz berkata, tidak timbul soal SPR bertindak di luar batas kuasa kerana mengikut Perkara 36 (5) Perlembagaan negeri Perak, SPR perlu memastikan bahawa berlaku kekosongan di luar jangka untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

‘‘Tetapi dalam kes ini timbul keraguan dalam memastikan berlakunya kekosongan itu, justeru kami memutuskan bahawa kekosongan tersebut tidak berlaku. ‘‘Namun, kalau ada pihak yang tidak suka dengan keputusan SPR sampai minta saya letak jawatan dalam tempoh 48 jam, saya cabar dia bawalah ia (kes ini) ke mahkamah. Keputusan SPR dibuat hanya berdasarkan sudut perundangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Ngeh Koo Ham mendakwa SPR melangkaui kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN itu ekoran peletakan jawatan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu.

Didorong rasa tidak puas hati dengan keputusan SPR itu, Koo Ham memberi tempoh 48 jam kepada SPR untuk mengkaji semula keputusannya menolak pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering.

Siapa Menteri Besar baru Perak?

KUALA LUMPUR 4 Jan - Setelah berlakunya pengambilalihan kuasa kerajaan negeri dari Kerajaan Pakatan Rakyat banyak pihak kini menyebut-menyebut siapakah yang bakal menjadi Menteri Besar Perak yang baru bagi menggalas perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Ini kerana calon yang bakal menerajui negeri itu nanti mestilah seorang yang berkaliber, disukai dan diterima rakyat bagi memastikan cengkaman kuasa dan pentadbiran kerajaan negeri berterusan tanpa sebarang masalah.

Berkebolehan dan berkelayakan sahaja tidak cukup, tugas berat mentadbir negeri ini pastinya sukar dilaksanakan lebih-lebih lagi dalam keadaan suasana politik masa kini yang memerlukan 'kelainan' untuk meyakinkan rakyat yang berjumlah lebih dua juta itu.

Ini kerana, dalam keadaan BN yang hanya mempunyai sedikit kelebihan kerusi DUN itu, adalah penting jika semua pihak dapat menerima dan memberi sokongan padu kepada sesiapa saja yang bakal dilantik Menteri Besar.

Perpaduan di dalam BN amat penting dan mereka mesti berfikiran terbuka untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sidang media di Putrajaya hari ini, berkata, BN sudah mempunyai beberapa nama yang bakal dicalonkan sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Nama-nama tersebut direstui dan disokong sebulat suara oleh para pemimpin BN Perak yang nampaknya berkobar-kobar menjalankan pentadbiran yang lebih baik daripada pakatan pembangkang.
A
ntara nama yang disebut-sebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd Kadir.

Turut disebut termasuklah ADUN Manong, Datuk Ramly Zahary yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, ADUN Sungai Manik yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Belanja, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan serta ADUN Kota Tempan, Datuk Shaarani Mohamad. Bagaimanapun ramai pemerhati politik memberatkan Zambry bakal menerajui Kerajaan BN di Perak yang baru setelah mengambil alih daripada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurut mereka, nama Ketua UMNO Bahagian Lumut itu disebut-sebut bukan sahaja kerana ketokohannya malah mempunyai taraf pendidikan pendidikan tinggi yang diperoleh oleh ahli politik muda itu.
Zambry berusia 47 tahun dilihat berkeupayaan dan berkemampuan kerana selain berjaya mengekalkan jawatan dalam pemilihan dalam UMNO tanpa bertanding.

Apa yang menarik lagi beliau juga adalah antara ADUN yang memperoleh majoriti selesa dalam pilihanraya umum ke 12 (PRU12) apabila berjaya mengekalkan kerusi DUN Pangkor dengan kemenangan selesa ke atas calon PKR, Pkhrazi @ Pakhrazi bin Musa. Majoriti yang diperolehi ialah 5,785.

Beliau berkelulusan Ph.D. dalam bidang politik. Ia lebih menarik lagi apabila Kawasan Pangkor yang terletak dalam Parlimen Lumut di mana terletaknya kawasan Pasir Panjang yang diwakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dari Pas dan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang mewakili DAP di kawasan Sitiawan.

Semasa Kerajaan BN memerintah sebelum ini, Zambry dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak. Beliau merupakan seorang pemimpin muda yang berani dan lantang bersuara bagi menepis segala tohmahan jahat kerajaan pakatan pembangkang terhadap BN selama ini sama ada di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun di mana-mana gelanggang politik.

Latar belakang akademik beliau yang agak tinggi yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadikan beliau begitu peka dengan segala tindakan licik pakatan pembangkang dalam segala hal dan antara individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kelantangannya memperjuangkan hak-Hak Melayu.

Zaim dianggap sebagai pemimpin veteran dan juga bekas ahli Exco kerajaan negeri, kejayaan BN pada pilihan raya umum lepas dengan menyapu bersih semua kerusi di Parlimen Parit amat membanggakan.
Ia jelas menunjukkan beliau mampu memupuk perpaduan di kawasannya sehingga berjaya merampas kerusi-kerusi DUN yang dikuasai pembangkang pada 1999.

Datuk Ramly Zahari juga dilihat berkemampuan berdasarkan pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan politik, beliau juga merupakan bekas ahli Exco kerajaan negeri sewaktu Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali menjadi Menteri Besar.

Ramly yang disenangi banyak pihak cukup terkenal dengan sikap tenangnya dalam menghadapi pelbagai kesukaran terutama sekali ketika duduk sebagai pembangkang selepas pilihan raya umum lalu. Walau siapa pun yang bakal dilantik menjadi Menteri Besar, semua pihak mesti memberi sokongan padu tidak berbelah bahagi supaya usaha memupuk perpaduan dan berusaha membawa kemakmuran kepada rakyat Perak dapat dijayakan.

Terima Realiti Politik - Zahid

PUTRAJAYA 4 Feb. - Sikap pakatan pembangkang yang suka bercakap besar dan hanya 'pintar mengeluarkan kenyataan politik' perlu diubah dengan menerima realiti politik yang berlaku sekarang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari pembangkang yang keluar parti dan menjadi wakil Bebas harus diterima oleh pakatan pembangkang sebagai pengajaran.

''Itulah hakikat politik, jangan hanya pintar mengeluarkan kenyataan politik tetapi realiti politik harus difikirkan.

''Mereka harus terima kenyataan bahawa hanya kira-kira 10 bulan kerajaan mereka tumbang dan Allah telah takdirkan bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula negeri Perak," katanya di sini hari ini.

ADUN Bota Sertai Semula UMNO

PUTRAJAYA 4 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengumumkan menyertai semula UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas melihat keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

‘‘Saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai UMNO dan BN mulai hari ini selepas mengambil kira para pengundi di Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi.

‘‘Ini juga dilakukan setelah saya mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak,” katanya kepada pemberita di sini.

DAP Bincang Dengan PKR, Pas

IPOH 4 Feb. - DAP Perak akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas berhubung kegagalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, adalah tidak wajar apabila permintaan mereka untuk mengadakan pilihan raya tidak dilayan.

''Ini permintaan Menteri Besar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin). ''Dalam keadaan biasa kalau Menteri Besar atau Perdana Menteri berasakan mereka tidak mendapat majoriti DUN atau Parlimen, cara 'terhormat' ialah menyerahkan pada rakyat menentukan,'' katanya di sini hari ini.

Terdahulu, usaha Koo Ham memasuki istana untuk bersama-sama Mohammad Nizar mendapatkan perkenan Sultan Perak membubarkan DUN dihalang pihak polis. Kepimpinan Kerajaan Perak hari ini bertukar daripada penguasaan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN).
Kini BN berjaya menguasai DUN dengan kelebihan tiga kerusi iaitu 31-28.

Salah Umum Bubar Sebelum Perkenan Sultan

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sebelum mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, adalah salah, kata seorang peguam hari ini.

Malik Imtiaz Sarwar berkata, ini kerana kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri terletak di tangan pemerintah negeri, dalam kes ini ialah Sultan dan bukannya Menteri Besar.

Katanya, Undang-undang Tubuh Negeri Perak secara jelas menyatakan pembubaran dewan undangan negeri merupakan kuasa mutlak Sultan dan 'tiada orang lain mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri'.

''Ini seperti Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen tanpa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Begitu juga dalam kes ini, Menteri Besar perlu terlebih dahulu mendapatkan perkenan Sultan sebelum membuat pengumuman,'' katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, adalah tidak jelas 'bagaimana Menteri Besar memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.'

Seorang bekas hakim Mahkamah Tinggi, yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan Mohammad Nizar itu boleh membawa kepada 'akibat undang-undang'. ''Adalah lebih elok jika Menteri Besar mempersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan sebelum mengumumkan pembubaran itu. Beliau sepatutnya menghadap Sultan tetapi beliau tidak berbuat demikian, oleh itu beliau tidak mempunyai alasan kukuh untuk bertindak demikian,'' katanya.

Kerajaan Negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat hampir tumbang selepas tiga wakil rakyat dari kawasan Changkat Jering, Behrang dan Jelapang mengumumkan mereka meninggalkan pakatan Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Pada masa yang sama, wakil rakyat kawasan Bota yang meninggalkan Barisan Nasional (BN) hanya seminggu lepas, mengumumkan kembali menyertai BN semula.

Berikutan perkembangan itu, bilangan kerusi yang dipegang pakatan Pas-Parti Keadilan Rakyat-DAP daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri merosot daripada 32 kepada 28 kerusi manakala kerusi BN negeri meningkat kepada 28 daripada 27 kerusi.

Pada sidang akhbar petang ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN sudah memperoleh wakil rakyat yang mencukupi untuk membentuk kerajaan Negeri Perak yang baru berikutan tiga wakil rakyat Bebas berkenaan telah berikrar untuk memberikan sokongan kepada BN. - Bernama

Nizar Dakwa TPM Takutkan Rakyat Perak

IPOH 4 Feb. - ''Pengumuman itu seolah-olah mahu menakutkan rakyat Perak''. Begitulah reaksi Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan negeri baru di Perak.

''Pada masa sama, beliau (Najib) juga tidak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (kerana membuat pengumuman sebelum mendapat perkenan Sultan Perak).

''Tolonglah berlaku adil dan saksama kepada seluruh rakyat Perak," katanya pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini malam ini.

Najib pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini mengumumkan BN membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Ini berikutan keputusan tiga calon Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO. Dengan pengumuman itu, BN kini memiliki 31 kerusi berbanding PKR sebanyak 28 kerusi.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, usaha BN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baru juga bukan satu tugas mudah. Kata beliau, ini kerana Najib juga perlu melihat dan mengkaji secara terperinci Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri sebelum mengemukakan cadangan itu kepada Sultan Perak.

''Sultan Perak amat arif mengenai perkara itu, baginda tahu sama ada mahu memperkenankan cadangan itu atau tidak," katanya yang juga akan menghadap Sultan Perak di Istana Kinta esok..

Katanya, dalam pertemuan itu beliau akan memperjelaskan kepada Sultan Perak tentang betapa pentingnya pilihan raya bagi seluruh negeri ini diadakan semula. ''Keadaan politik Perak buat masa ini berada di dalam ketidaktentuan kerana ada wakil rakyat yang melompat atau keluar parti. Masalah tidak akan selesai selepas ini jika masih ada yang akan melompat parti.

''Jadi adalah lebih baik diadakan pilihan raya semula supaya rakyat dapat menentukan kerajaan mana yang mereka mahukan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, laporan media yang mengatakan kerajaan pakatan pembangkang di Perak telah tumbang adalah tidak benar.

Jelas beliau, kerajaan negeri masih mempunyai jalan penyelesaian untuk mengatasi kemelut politik ini dan jika berjaya kerajaan negeri sedia ada akan terus kekal.

Katanya, jika ada pilihan raya sekali pun kerajaan negeri masih mempunyai kuasa sehingga keputusan pilihan raya diumumkan. ''Malah jika ada Menteri Besar baru sekali pun beliau kena angkat sumpah dan selepas itu akan ada majlis serah terima tugas.

''Jadi jelas sekali tidak ada perubahan pada kerajaan negeri sekarang. Pakatan Rakyat masih memerintah.  Kenyataan Najib bahawa BN akan menjadi kerajaan negeri adalah tidak tepat," katanya.

Perak Masih Milik Pakatan Pembangkang - Tian Chua

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap kerajaan Negeri Perak masih sah milik pakatan pembangkang melainkan arahan pembubaran dikeluarkan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Ketua Penerangannya, Tian Chua berkata, peralihan kuasa tidak akan berlaku sehingga Sultan memutuskan untuk memecat Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atau baginda sendiri meminta beliau meletakkan jawatannya.

''Daripada segi undang-undang, kerajaan Negeri Perak masih di tangan pakatan pembangkang dan Tuanku Sultan pun belum mengeluarkan sebarang arahan.

''Setakat ini Menteri Besar masih sah sebagai pentadbir kerajaan negeri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Tian Chua memberitahu, BN juga belum mendapat majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru. Menurutnya, pembubaran itu juga perlu mendapat restu daripada Sultan Perak.

''Dari segi Raja Berperlembagaan pula, Sultan perlu mendapat nasihat daripada Menteri Besar terlebih dahulu mengenai langkah terbaik untuk mengatasi masalah tersebut,'' ujarnya.

Dr. Mahathir Tidak Setuju Tindakan BN

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tindakan Barisan Nasional (BN) menerima sokongan bekas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan idea yang baik.

Bekas Perdana Menteri itu memberitahu, beliau tidak setuju dengan tindakan BN kerana parti tersebut sepatutnya menerima mereka yang benar-benar berkualiti.

''Menerima ADUN yang berhadapan tuduhan rasuah tidak akan mempertingkatkan kualiti parti ketika BN berhadapan dengan masalah kualiti kepimpinan dalam parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Strategi Eksklusif Krisis Kewangan Global anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa BN berjaya membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan majoriti tiga kerusi.

Pembentukan kerajaan baru itu berikutan keputusan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu, Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan menyatakan sokongan kepada BN.

Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO hari ini.
Dengan pengumuman itu, BN kini mempunyai sokongan 31 kerusi berbanding pakatan pembangkang sebanyak 28 kerusi.

Menurut Najib, Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong masih kekal sebagai wakil rakyat Bebas tetapi akan memberi sokongan kepada BN dalam sidang DUN termasuk sesiapa sahaja yang bakal dilantik Menteri Besar Perak.

Dr. Mahathir menjelaskan, sekiranya kedua-dua ADUN itu didapati tidak bersalah dalam kes rasuah selepas diterima oleh BN maka orang ramai akan melihatnya sebagai satu manipulasi.

Tegas beliau, bukan satu idea yang baik dengan membawa orang yang kualitinya teruk.

Nik Aziz Harap Pilihan Raya di Perak

KOTA BHARU 4 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap rakyat diberikan semula kuasa untuk memilih kerajaan Negeri Perak melalui pilihan raya.

Beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan langkah terbaik dengan memberi peluang kepada rakyat untuk menentukan kerajaan mengikut kemahuan mereka sendiri.

''Memang itu (bubar DUN) cara yang paling baik daripada melompat parti, saya rasa cukup tidak faham macam mana keadaan Malaysia macam itu.

''Dia (wakil rakyat) melompat parti tentu ada 'mastermind'. Kalau hendak cari majoriti macam itu, lebih baik tiada pilihan raya, bagi duit saja,'' katanya kepada pemberita di sini petang ini.

Bagaimanapun, Sultan Azlan Shah sehingga malam ini belum membuat keputusan mengenai cadangan pembubaran DUN itu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang melompat parti sebagai tidak bermaruah dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat.

Segerakan Undang-undang Antilompat

KUALA LUMPUR 4 Feb. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyarankan supaya peraturan antilompat parti diperkenalkan segera demi kepentingan rakyat dan pengundi.

Beliau berkata, walaupun kemasukan semula Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim ke dalam UMNO hari ini menggembirakan, namun semua pihak perlu mengkaji sama ada rakyat dan pengundi di kawasan itu menerima perkembangan tersebut atau sebaliknya.

''Rakyat mengundi seseorang pemimpin bukan sahaja kerana kredibiliti individunya tetapi kerana parti politik yang diwakilinya.

''Justeru, undang-undang antilompat parti mampu memastikan kepentingan rakyat dan pengundi dipelihara,'' katanya pada sidang akhbar mengenai Teater Muzikal Ibu Zain di Istana Budaya di sini hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan di Perak apabila Nasaruddin menyertai semula UMNO.

Tiga lagi ADUN, Jamaluddin Mohd. Radzi (Changkat Jering), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Behrang) dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Hee Yit Foong menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas beliau, tindakan melompat parti boleh mengelirukan dan melukakan hati rakyat yang menaruh harapan tinggi ketika memilih wakil mereka.

Mengenai Teater Muzikal Ibu Zain yang akan dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Jalan Ampang di sini pada 13 hingga 22Mac ini, Mukhriz menjelaskan, ahli UMNO perlu menonton teater berkenaan.

BN Kuasai Perak

Barisan Nasional (BN) peroleh majoriti mudah untuk ambil alih kerajaan negeri Perak ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing bagi menyokong BN.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas. ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.

BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi penubuhan kerajaan baru. Nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.

 
nizar
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa beliau masih Menteri Besar Perak

‘Saya Masih Menteri Besar’

IPOH 4 Feb. – Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa beliau masih Menteri Besar Perak selagi Sultan Azlan Shah belum membuat keputusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, keputusan sama ada negeri ini akan ditadbir di bawah kerajaan baru atau menghadapi pilihan raya semula, hanya akan ditentukan oleh Sultan Perak.

‘‘Saya masih dengan tugas mentadbir bersama rakan-rakan pakatan pembangkang,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan Pas negeri di sini malam ini.

Ketika diminta mengulas pertemuannya dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang ini, Mohammad Nizar berkata, ia berjalan dalam keadaan cukup baik.

Ditanya kedudukan kerajaan negeri ketika ini, jelas Mohammad Nizar, selagi belum ada keputusan daripada Sultan Perak, pakatan pembangkang akan menjalankan pentadbiran seperti biasa.

Katanya, segala program yang telah dirancang untuk menyambut perayaan Jubli Perak pemerintahan baginda juga akan berjalan mengikut jadual.

Mohammad Nizar melahirkan keyakinannya bahawa setiap keputusan yang bakal diambil Sultan Perak adalah berdasarkan undang-undang.

‘‘Tuanku kata beri baginda masa untuk buat kajian sedikit, mungkin tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan.

‘‘Saya akur berkenaan keputusan tuanku dan saya menerima ketetapan tuanku. Saya faham itu budi bicara tuanku dan tentunya ia satu keputusan yang adil,” katanya.

Terdahulu Mohammad Nizar menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta pada pukul 3.50 petang. Beliau diiringi Exco Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan, Mohd. Zainuddin Mohd. Yusof dan Exco Pembangunan Industri dan Penerangan, Tai Sing Ng menaiki dua kereta berasingan.

Setiba di luar pintu pagar Istana Kinta, kereta yang dinaiki Mohd. Zainuddin dan Sing Ng tidak dibenarkan memasuki kawasan istana.

Beberapa minit kemudian Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham bersama Speaker DUN, V.Sivakumar pula tiba dan turut tidak dibenarkan masuk.

Sementara itu pada sidang akhbarnya sebelum menghadap Sultan Perak, Mohammad Nizar mengambil langkah drastik dan luar biasa mengumumkan pembubaran DUN dengan serta-merta sebelum mendapat perkenan Sultan Perak.

BN Perak Bentuk Kerajaan Baru

PUTRAJAYA 4 Feb. - Barisan Nasional (BN) hari ini memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan baru di Perak dengan kelebihan tiga kerusi mengatasi 28 kerusi penyandangnya dari pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan demikian berkata, tiga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari pembangkang telah menghantar surat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam memaklumkan mereka telah keluar dari parti masing-masing.

Mereka ialah dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) serta ADUN Jelapang dari DAP, Hee Yit Foong.

Pada masa sama, ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang keluar dari BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali semula ke pangkuan UMNO hari ini.

Serentak dengan perkembangan terbaru itu, Najib berkata, beliau akan menghadap Sultan Perak esok untuk memaklumkan secara rasmi bahawa BN Perak mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan baru.

''Fasal XV1 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan jika Menteri Besar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) hilang keyakinan atau majoriti, beliau hendaklah meletakkan jawatan bersama anggota-anggota Exconya

''Tentu sekali segala-galanya ini ketentuan Ilahi dan kita bersyukur ini berlaku, kita akan mulakan era baru di Perak dan akan berkhidmat untuk kepentingan semua rakyat khususnya di Perak," kata beliau pada sidang akhbar khas di pejabatnya di sini petang ini.

Kemelut politik di Perak memuncak Isnin lalu apabila kedudukan ADUN Changkat Jering dan Behrang menimbulkan tanda tanya setelah Yang Dipertua DUN Perak, V. Sivakumar mengeluarkan kenyataan media bahawa Jamaluddin dan Mohd. Osman telah menghantar surat peletakan jawatan.

Bagaimanapun tidak sampai tiga jam selepas itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya mereka berbuat demikian.

Berikutan itu, Sivakumar memaklumkan kepada SPR berlaku kekosongan di dua kerusi berkenaan namun SPR yang bermesyuarat semalam menolak diadakan pilihan raya kecil kerana mendapati dari aspek perundangan, wujud keraguan pada surat-surat peletakan jawatan yang dikatakan dihantar oleh Jamaluddin dan Mohd. Osman.

Najib berkata, meskipun Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong kekal sebagai wakil rakyat bebas namun ketiga-tiganya telah memberi aku janji akan menyokong BN.

''Mereka telah memberi mandat kepada saya selaku Pengerusi BN Perak untuk mencalonkan nama Menteri Besar.

''Mereka juga memberi aku janji untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh BN dan diperkenankan oleh Sultan Perak," katanya.

Ditanya adakah keputusan ketiga-tiga ADUN pembangkang berkenaan menyokong BN sebagai satu tindakan 'tikam dari belakang' bekas parti mereka, Najib berkata:

''Mereka (pembangkang) tidak sangka ini akan berlaku tapi mereka sendiri telah mulakan prinsip untuk tubuh kerajaan tanpa ikut proses demokrasi, jadi mereka tidak boleh salahkan BN''. Mengenai tuduhan rasuah yang bakal dihadapi Jamaluddin dan Mohd. Osman selepas ini, Najib berkata, ia isu berbeza dengan perkembangan terbaru.

Ditanya sama ada ada ketiga-tiga ADUN bebas berkenaan berkemungkinan menyertai BN selepas ini, beliau berkata: ''Kita tunggu dan lihat''.

Mengenai calon Menteri Besar Perak dan barisan Exco yang baru, beliau berkata, ia belum dibincangkan lagi. Najib yang turut ditanya sama ada kejayaan BN menubuhkan kerajaan baru di Perak itu sebagai hadiah kepada beliau yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan bulan depan hanya berkata: ''Kebetulan, jangan cakap tentang jawatan''.

Rakyat Perak Sokong - PM

PUTRAJAYA 4 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya rakyat Perak akan memberi sokongan padu kepada kerajaan baru Barisan Nasional (BN) yang bakal mengambil alih pemerintahan negeri itu.

Menurutnya, rakyat di negeri itu sememangnya mahukan sebuah kerajaan yang boleh memimpin dengan baik selain menjayakan usaha untuk menyediakan pelbagai program pembangunan untuk mereka.

Kata beliau, rakyat Perak juga menginginkan sebuah pemerintahan yang mampu menjamin kestabilan politik.
''Apa yang penting bagi rakyat Perak adalah kerajaan yang boleh memberi kepimpinan dan boleh menjayakan usaha pembangunan kepada rakyat selain menjamin kestabilan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan (Mappa IX) di sini hari ini.

BN hari ini memperoleh kelebihan majoriti tiga kerusi untuk membentuk kerajaan baru di Perak. Ini berikutan keputusan wakil rakyat pembangkang iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi, Mohd. Osman Jailu dan Hee Yit Foong menghantar surat kepada Sultan Perak semalam mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Perak dan keluar parti serta menyatakan sokongan kepada BN.

Pada masa sama, ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar BN Sabtu lalu turut mengumumkan kembali kepada UMNO. Dengan pengumuman itu, BN dan pakatan pembangkang masing-masing kini memiliki 28 kerusi manakala wakil rakyat bebas yang mengisytiharkan menyokong BN, sebanyak tiga kerusi.

Perdana Menteri menambah, beliau menyambut baik keputusan ketiga-tiga wakil rakyat bebas itu dan melahirkan rasa terharu kerana menyokong BN.

Ditanya sama ada sokongan Jamaluddin dan Mohd. Osman yang kini dituduh di mahkamah kerana dakwaan rasuah boleh menjejaskan imej BN, beliau berkata, ia tidak memberi kesan kerana kedua-dua mereka belum dibuktikan kesalahan lagi.

Beliau memberitahu, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam masa terdekat untuk mendapat perkenan bagi memaklumkan bahawa BN kini mempunyai sokongan majoriti berbanding pembangkang.

Beliau berkata, BN setakat ini belum membuat keputusan untuk menubuhkan kerajaan minoriti tetapi ia merupakan tindakan pilihan.

Jelasnya, BN juga belum memutuskan siapa yang akan menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

ITULAH SECEBIS AL-KISAH BAGAIMANA KERAJAAN PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM TERSUNGKUR DEK KERANA 3 ORANG ADUNNYA MELAKUKAN "TEKNIK KATAK SI KATAK LOMPAT". KITA YANG PELIKNYA TEKNIK ITU DI "INTRODUCE" OLEH ANWAR IBRAHIM YANG CUBA MEMIKAT "30 AHLI-AHLI PARLIMEN" BARISAN NASIONAL UNTUK LOMPAT KEMUDIAN 16/9/2008 AKAN DI JADIKAN TARIKH KERAMAT "ANGKAT SUMPAH SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA" LOMPAT DI KATAK LOMPAT TETAPI APA YANG TERJADI DI PERAK ADALAH SESUATU YANG DI LUAR JANGKA ANWAR IBRAHIM. NAMPAKNYA SEGALA MUSLIHAT DAN NIAT JAHAT ANWAR IBRAHIM TELAH DI BAYAR "CASH" OLEH ALLAH [SWT] DENGAN MENGEMBALIKAN PEMERINTAHAN PERAK KEPADA BARISAN NASIONAL. INI ADALAH SATU TAULADAN DAN PENGAJARAN YANG MESTI DI INGATI OLEH SELURUH RAKYAT PERAK. KALAU PAKATAN SI BIADAP, SI GILA KUASA DAN SI PENDENDAM BERTERUSAN MEMERINTAH KEMUNGKINAN "PERGESERAN ANTARA KAUM" AKAN TERJADI ATAU "SIKAP CHAUVINIS DAN BIADAP, ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM SERTA RASIS" DOKTRIN DAP AKAN TERUS BERMAHARAJALELA DAN DOKTRIN PAS AKAN TERUS MENJADI "BONEKA" ATAUPUN "KUDA" DOKTRIN DAP DI PERAK.


SEKARANG CERITA 2013 DI PERAK...

Di Perak, halangan besar Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam ialah mendapatkan undi orang Melayu khususnya di kawasan-kawasan separa bandar dan luar bandar yang ditandingi Umno pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun Ngeh kekal yakin bahawa disebabkan gabungan ketidakadilan yang disebabkan oleh BN dan prestasi kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama 10 bulan, pengaruh mereka di kalangan pengundi terus mengalami peningkatan.

Kami percaya dan berharap bahawa kini kami memiliki sekurang-kurangnya 40 peratus sokongan pengundi Melayu dari kawasan luar bandar,” katanya. “Secara ideal, sasaran kami bukan untuk menang dengan majoriti tiga kerusi. Kali ini, kami meletakkan sasaran untuk menang dua pertiga daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak,” kata Ngeh.

Ngeh juga mendakwa berdasarkan pada sentimen umum pengundi di kawasan-kawasan kuat Umno, pengundi-pengundi Melayu kini lebih terbuka ke arah Pakatan Rakyat. “Ia satu perubahan besar. Sebelum Mac 2008, DAP tidak boleh menaikkan bendera di kawasan-kawasan itu. Kami tidak boleh masuk langsung wilayah mereka.

Tetapi sekarang, mereka mengalu-alukan saya dan apabila saya datang, saya bercakap kepada kehadiran sekitar 2,000 orang, saya merasakan diri saya dialu-alukan,” kata beliau. DAP, kata beliau, sudah tidak lagi dianggap sebagai parti “cauvinis Cina atau parti komunis.

Begitu juga sebaliknya kata Ngeh sambil menambah, pengundi komuniti Cina juga sudah tidak bimbang
dengan parti-parti berorientasikan bukan Cina. Kata beliau, mereka sudah mula menerima parti-parti pelbagai kaum seperti PKR dan PAS yang berlatarbelakangkan dasar Islam.

“Ini yang kami lakukan sekarang bagi memastikan ada sokongan bukan Melayu bagi PKR dan PAS di kawasan yang DAP tidak bertanding,” katanya. Kata beliau, pihaknya kini dalam proses memujuk masyarakat Cina agar tidak bimbang dengan kedua-dua parti itu dan sedang bergerak untuk melepasi halangan-halangan sedemikian di Perak. Bercakap mengenai strategi, kata Ngeh, gandingan Pakatan Rakyat sudah ada perwakilan di kesemua 24 bahagian Parlimen di negeri itu.


Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan, agenda penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan walaupun pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)  ini.  

Hudud tidak akan dilaksana - DAP Perak

IPOH 30 April - Selepas beberapa pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng secara terbuka menolak hasrat hukum hudud, DAP Perak hari ini membuat penegasan sama dengan alasan pelaksanaan undang-undang itu tidak ada dalam agenda pakatan pembangkang.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menegaskan, agenda penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan walaupun pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Menurutnya, perkara tersebut jelas dipersetujui oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam, Selangor pada 2009. Dalam konvensyen itu, ketiga-tiga parti telah bersetuju bahawa kalau pakatan pembangkang menjadi kerajaan, tiga dokumen akan menjadi panduan iaitu Perlembagaan Persekutuan.
"Kedua manifesto polisi bersama pakatan pembangkang dan dokumen ketiga ialah buku jingga yang menyenaraikan semua projek dan program yang akan dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Koo Ham memberitahu, pakatan berkenaan juga sudah bersetuju dengan ketiga-tiga dokumen tersebut.

"Sehingga ada perubahan atau persetujuan semua pihak, kalau pakatan pembangkang menjadi kerajaan, tidak ada negara Islam atau hukum hudud," katanya. Isu hudud kembali hangat baru-baru ini apabila Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, pendirian parti itu terhadap hudud tidak pernah berubah dan Pas tetap akan melaksanakan hukum itu sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU-13.

Haron juga dilaporkan tidak menolak kemungkinan Pas keluar meninggalkan pakatan pembangkang seandainya perjuangan untuk melaksanakan hudud ditentang sekutu parti berkenaan. Pendirian yang disuarakan Haron menyebabkan berlaku pertikaian antara pakatan pembangkang selepas DAP berkeras menghalang pelaksanaannya sekiranya pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.
Koo Ham turut mengakui, terdapat perbezaan perjuangan antara Pas, DAP dan PKR tetapi katanya, itu tidak penting asalkan ketiga-tiga parti itu mempunyai matlamat yang sama untuk mengatasi masalah jenayah di Malaysia.
Menurut Koo Ham lagi, walaupun hudud tidak akan dilaksanakan, pakatan pembangkang akan menerapkan nilai-nilai Islam dan sejagat dalam pemerintahannya kalau menjadi kerajaan.
"Begitu juga dengan penganut agama lain di Malaysia. Setiap orang yang mempercayai sesuatu agama percaya agama mereka adalah yang terbaik dan cara agama mereka terbaik untuk menangani masalah masyarakat," katanya.


Anwar tidak boleh pakai, DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga tidak boleh pakai. Mereka tidak boleh berpakat, di depan sahaja tetapi di belakang lain cerita, kalau ini dalam kerajaan hancur negara kita.

"Orang Melayu tidak dapat menerima dasar DAP dan orang bukan Islam takut kepada dasar Pas manakala PKR adalah parti tidak tentu arah, semua boleh, pluralisme boleh, LGBT boleh,'' katanya. Sebaliknya Najib menegaskan, pentadbiran BN mempunyai keberanian untuk merancang sesuatu janji yang ditepati selain mengekalkan keamanan negara dengan rakyat tinggal sebagai sebuah keluarga di bawah konsep 1Malaysia yang adil dan inklusif. "Sekarang Hindraf juga sudah yakin dengan BN kerana dia tengok siapa yang ada agenda untuk membantu masyarakat India dan hari ini mereka sedang berkempen untuk BN menang majoriti dua pertiga,'' katanya. Sebaliknya Perdana Menteri berkata, sekiranya rakyat mahu beliau terus menerajui negara, maka mereka perlu memberikan undi kepada semua calon BN terutama di Perak. "Saya tidak boleh buat kerja seorang. Mereka (calon BN) teguh berdiri di belakang saya, mereka selamat berada di belakang saya,'' katanya. Najib berkata, BN akan memastikan segala aku janji yang ditawarkan kepada rakyat akan dilaksanakan sekiranya parti itu mendapat mandat dalam PRU-13."Saya tidak mahu dianggap munafik. Orang munafik adalah mereka yang tidak menepati janji. Adakah anda mahu orang munafik memerintah?''

Since 2009, the state government has invested in more housing, jobs, infrastructure, and economic development for the people

IF Isman Yop has it his way, there is no need for any change of government at the Federal level or in Perak, come May 5. For the 83 year old, who spent his whole life in Kampung Kinjang, Tapah, Barisan Nasional (BN) should be given the mandate to rule the country and the state forever. "If I can live until the ripe old age of 100, I will continue to vote BN in," he said when met in his village recently.

Come May 5, it will be the 13th time Isman will be voting since the first general election back in 1959. The grandfather of nine, and great grandfather of 19, had outlived his two only children. Spotting a semi-crumpled cream shirt, Isman doesn't look anything his age, save for the fact that he is toothless. "Why should we change a good government? One which provides the people with almost everything?

"Take for example this village. Back then, there was only that block of classroom. Now, there are numerous developments here," he said, pointing in the direction of Sekolah Kebangsaan Sri Kinjang. Concurring with him was Orang Asli villager Wak Imek Bak Usi, 35, who said that he would vote in BN's Chenderiang candidate Datuk Dr Mah Hang Soon anytime.

This is despite the fact that Parti Keadilan Rakyat will be pitting Orang asli lawyer and activist Amani Williams Hunt Abdullah (popularly known as Bah Tony) against the cardiologist. "I'd rather vote for Dr Mah. He has been working very hard to serve the people here," he said. Just like Isman, Wak Imek and many others from Kampung Kinjang, Perakians should also ask themselves if there really is any need for a change in the state government this election.

They have to be honest with themselves. Have they suffered in any way under BN rule all this while? Do the people live in slums? Or do they need to pit themselves against one another for their daily meals? A recent discussion with some friends who had been in Ipoh long enough revealed that things had changed significantly under BN rule.

"Do you think you have all these stalls to eat in back in those days? All these were mere jungle. "Then, Ipoh was a dead town after sunset. Now, we see it becoming 'alive' once again," he said as we were eating at one of the many food stalls at Dataran MBI in Greentown. As Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin aptly said, the opposition pact's "Ubah" (change) slogan was not applicable in the country as it had no major problems that warranted a change in government.

"We have almost everything. What more do we ask for? There is no reason for our people to take to the streets to voice their unhappiness and demand for a change in government," he was quoted as saying. For Perakians, they just have to take the last four years of Perak BN rule as their point of reference.

Since 2009, the state government under Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir had spent some RM186 million on housing for the people. During that time, he and his team had also created more than 55,000 jobs for the people. The state government, through Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, had provided over RM10 million through the microcredit scheme to some 1,532 recipients.

In the field of education, more than RM45 million had been spent, benefiting some 700,000 students. Also not left out is the welfare of the Orang Asli. Between 2009 and October 2012, more than RM200 million had been utilised for housing, infrastructure, water supply, health services and economic development.
And Zambry has vowed to continue with all the above, should BN be given the mandate again. All these are contained in the 26-page Perak BN's Akujanji manifesto which was unveiled recently.

Among others, the state is committed to creating another 50,000 jobs in the next five years. Also part of the manifesto is the construction of some 35,000 houses for the people, of which 20,000 will be for squatters. The ball is now in the rakyat's court to decide if they want a government with a firm footing and a proven track record, or a loose pact which comes together just for the sake of a "marriage of convenience".

DI PERAK KITA AKAN SAKSIKAN PERTEMBUNGAN ANTARA THE MALAYS HEARTLAND VS THE KINTA VALLEY. KITA TIDAK RASA RAKYAT PERAK INGINKAN SESUATU YANG MEREKA LALUI SELAMA 11 BULAN DI ULANG SEMULA SELEPAS PRU13 NANTI. 

KITA SYORKAN RAKYAT PERAK PILIHLAH "STABILITY, PEACE, UNITY DAN PROGRESS" DI BANDING DENGAN "UBAH INIKALILAH". 

KITA MESTI BERPAKSI KEPADA REALITY JANGAN BERPAKSI KEPADA KHAYALAN DAN FANTASI DAN JANJI MANISMU YANG DI TANAM DI TEPI BIBIR. APABILA MANIS HABIS SEPAH DI BUANG KEMUDIAN KATA "MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN"...







































































































No comments:

Post a Comment