Sunday, May 19, 2013

CETUSAN ANARKI OLEH "PEMIMPIN DUKA SAMA DUKA"...



KEPUTUSAN PRU 13:-
 
PERLIS (3): BN (3) 
KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)
KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)
TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)
PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)
PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)
PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)
SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)
WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)
WP PUTRAJAYA (1): BN (1)
WP LABUAN (1): BN (1)
NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)
MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)
JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)
SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

PRU 13 sudah berakhir. Pemenangnya ialah Barisan Nasional dengan 133 kerusi dan si kalahnya ialah Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. dengan 89 kerusi sahaja Malangnya walaupun pemberitaan dan pemberitahuan telah di ketahui umum dan seluruh dunia telah mengiktiraf kerajaan Barisan Nasional selepas PRU13 tetapi ada pula "suara-suara sumbang" yang tidak dapat menerima kekalahan tersebut. Mereka ini meletakkan kekalahan itu kepada SPR pula. Kononnya SPRlah yang menyebabkan kekalahan mereka walaupun pada jangkaan Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam akan memenangi "jawatan PM dan Putrajaya" tetapi Allah [SWT] Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Suratan takdir telah menentukan bahawa YAB PM dan YAB TPM serta Barisan Nasional akan terus memerintah Malaysia berpusat di Putrajaya.

Lantaran dari itu, Anwar Ibrahim dan gerombolan gangter jalanan telah mengadakan berbagai bentuk "roadshow" untuk membantah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. Sehinggakan ada individu-individu yang berani menyuarakan supaya di buat demo jalanan besar-besaran bagi mengulingkan kerajaan Barisan Nasional kerana menang secara penipuan "demokrasi" SPR. Hishamuddin Rais, Haris Ibrahim dan terbaru Adam Adli telah secara terang-terangan menyuarakan dan menghasut rakyat untuk bangkit berdemocrazy di jalanan untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional iaitu ala "Malaysia Spring". Malanya Anwar Ibrahim pun merasa takut dan tidak mahu Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam di kaitkan dengan gerakan NGO yang pro Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam. Apa yang Anwar Ibrahim nak takutkan kerana beliaulah yang telah mencetuskan program 505. Matlamatnya ialah untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional kerana menurut Anwar Ibrahim beliau telah di nafikan untuk menjadi "Perdana Menteri" dan "duduk di Putrajaya" oleh YAB PM dan YAB TPM.

Rakyat sekarang sudah jemu dan jelek dengan sandiwara Anwar Ibrahim dan gerombolan gangster jalanan dan rakyat inginkan kerajaan bertindak tegas dalam menangani permasalahan "Pemimpin duka sama duka" yang tidak mahu menerima kekalahan dan gansgter "kampung dusun" yang cuba menghasut rakyat untuk bangkit menentang kerajaan Barisan Nasional di jalanan. 

Rakyat kini mahukan ketegasan dalam pelaksanaan dasar keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali apabila ada gerakan 'Malaysia spring' untuk menggunakan kekerasan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Perlu dilaksanakan semua undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 yang setakat ini tidak nampak impaknya, agar pesalah dilayan sebagai penjenayah dan rakyat tidak lagi dibelenggu provokasi melampau politik jalanan.

Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Mohd. Jamil Mohd. Hassan berharap selepas ini tiada lagi 'nasihat' atau amaran kerana sudah sampai masanya untuk penguatkuasaan undang-undang. "Kita ada undang-undang dan cukup difahami semua peringkat. Masanya sudah tiba, jangan lagi dibazirkan masa dengan menerima 'kecelakaan-kecelakaan' yang dilakukan mereka yang sengaja mempermainkan undang-undang negara kita.

"Dengan 'orang baharu' yang mengambil alih, kita berharap tiada lagi tolak ansur dan amaran tetapi tindakan tegas terhadap orang-orang yang sentiasa kacau keselesaan rakyat," tegasnya. Beliau bersimpati melihat rakyat khususnya yang mencari rezeki harian terjejas secara langsung akibat perbuatan musibah segelintir manusia yang mempunyai agenda peribadi itu.

Tambahnya, pemansuhan ISA sebelum ini ada baik buruknya, dan walaupun ada yang mahu akta itu dikembalikan tetapi ia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya sudah berlalu. "Kita masih mempunyai undang-undang lain yang cukup untuk menghadapi pelbagai situasi, asalkan dilaksanakan sebaik-baiknya dan akan berkesan jika tindakan tegas diambil, bukannya berlemah lembut (dengan penjenayah)," katanya. Menurut beliau, mereka yang membuat kesalahan dan perlu ditangkap, tangkaplah, seterusnya segera serah kepada pihak mahkamah jika cukup buktinya.

Beliau khuatir jika diteruskan berlembut dan menangguh tindakan tegas, maka akhirnya tiada kesan, khususnya apabila golongan terbabit semakin 'naik minyak' daripada mahukan pilihan raya bersih kepada mahu menggulingkan kerajaan. "Niat buruk mahu guling kerajaan (gunakan keganasan) ini dapat dielak jika ketegasan sedia wujud dalam pelaksanaan undang-undang sepanjang masa.

"Jika tegas, tidak akan dapat guling (dengan kekerasan) dan tiada sambutan. Tegas juga bukan makna bertindak kejam tetapi tindakan pantas mengikut kuasa peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya. Mohd. Jamil turut menempelak pihak yang cuba meracun minda rakyat dengan persepsi serong kononnya pihak berkuasa mahu 'tangkap dan seksa' mereka yang terlibat, sebaliknya hanya mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan.

Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, mahkamah, tentera dan agensi kerajaan lain perlu bekerjasama dan bersatu demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam. "Walaupun polis penguat kuasa utama untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan, semua pihak berwajib juga perlu bertindak tegas mengikut peruntukan kuasa perundangan masing-masing. "Mereka kata pihak berkuasa mahu guna kekerasan berlebihan, ini tidak wujud pun tetapi hanya mainan persepsi. Kita cuma tidak mahu ada yang cedera, apatah lagi maut kerana perbuatan segelintir manusia ini," ujarnya.

Bagi pemerhati antarabangsa dan keselamatan, Mohamad Faisol Keling pula, pelantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengetuai KDN akan meningkatkan keberkesan kementerian tersebut khususnya mengambil kira pengalaman beliau selaku Menteri Pertahanan sebelum ini. "Pengalaman Ahmad Zahid menguruskan angkatan tentera akan mendorong keutamaan diberi kepada keselamatan dan ketenteraman rakyat dan KDN akan lebih berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar kedaulatan perundangan.

"Namun, KDN kini perlu beri penegasan keamanan secara komprehensif di dua peringkat iaitu di bandar dan juga luar bandar. Ini akan menyuntik keyakinan rakyat terhadap keamanan negara dan kedaulatan undang-undang," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia itu. Tambahnya lagi, suntikan keyakinan kepada rakyat akan membawa kepada pembangunan politik, ekonomi dan sistem sosial yang lebih stabil untuk kemakmuran negara kelak. Beliau turut menegaskan tindakan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang bukannya satu usaha menyekat kebebasan sebaliknya menetapkan satu tanda aras maksimum kesempurnaan hidup.

"Pelaksanaan undang-undang itu asas untuk masyarakat, organisasi mahupun negara mempunyai sebuah kehidupan teratur, maka agensi dan badan kerajaan terbabit perlu beri penegasan dalam aspek kedaulatan undang-undang. "Undang-undang juga dapat mengawal akhlak masyarakat agar lebih beretika dan membentuk perilaku serta kehidupan lebih bertata susila. Kalau ada sistem perundangan tetapi tidak dilaksanakan, maka akan runtuhlah masyarakat dan negara itu sendiri," ujarnya.

Mengambil contoh kecenderungan sesetengah pihak di negara ini mengadakan demonstrasi, beliau menegaskan tidak salah melakukan bantahan selagi tidak melanggar undang-undang sedia ada mahupun mengancam keselamatan awam. Mohamad Faisol turut mempersoalkan gerakan tersebut yang jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara tetapi menuduh pihak berkuasa kejam pula apabila tindakan perlu dilaksanakan. "Kalau berani buat, kena berani tanggung akibatnya. Bukan dihalang pun nak demonstrasi tetapi kenalah ikut batas-batas perundangan, Islam pun pentingkan undang-undang sebagai garis panduan - jangan fitnah, umpat dan buat perkara yang dilarang.

"Isu kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa pemimpin mereka sendiri menerimanya (malah sudah angkat sumpah), negara luar pun iktiraf. Jika tetap mahu gulingkan kerajaan yang dipilih secara sah, bersedialah terima akibatnya," tegasnya.

Doktrin PAS pun mengakui bahawa mereka telah tewas dalam PRU13. Doktrin PAS hanya mampu dengan 21 kerusi sahaja. Sedangkan parti tunjang Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam Doktrin DAP dapat 38 kerusi.

Kerajaan Pas Kelantan menolak sebarang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara kekerasan. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menegaskan, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. Jelas Ahmad, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu menegaskan bahawa parti itu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang didakwa lebih baik.

"Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihan raya dihormati," katanya dalam Facebook beliau hari ini. Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak yang meminta agar proses pilihan raya dihormati dan rakyat diminta tidak menggunakan kekerasan bagi menjatuhkan kerajaan.

Karpal Singh pun sudah membuat "report PDRM" berkaitan dengan democrazy "ala Malaysia Spring". Beliau pun takut dengan keadaan huru hara KERANA PERISTIWA "13 MEI" ITU TELAH MENGHANTUI DOKTRIN DAP.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan dengan nama Malaysia Spring seperti yang didakwa bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Khalid berkata, polis telah menilai dan memandang serius dakwaan itu kerana perkara tersebut boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan awam.
Tunku Abdul Aziz mendakwa, pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).



 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik. Malah, beliau menegaskan kesediaannya berdepan dengan Setiausaha Agung DAP itu termasuk Penasihat parti berkenaan, Lim Kit Siang yang bercadang membawa usul mengecamnya dalam sesi Dewan Rakyat nanti.
 
''Saya sedia menghadapi usul kecaman dari Guan Eng. (Tetapi) kenapa pula dia yang merasa pedas? Dia termakan cilikah? ''Saya memang sudah biasa berdepan dengannya. Apa nak takut?''
 
Ahmad Zahid sebelum itu mengulas kenyataan Guan Eng yang mendesaknya menarik balik gesaan terhadap mana-mana pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia supaya berhijrah ke negara republik.
Menurut Guan Eng, jika Ahmad Zahid gagal berbuat demikian, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah akan membawa usul mengecamnya di Dewan Rakyat. 

Selasa lalu, Ahmad Zahid berkata, pihak yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya first past the post iaitu cuma seorang wakil rakyat mewakili kawasan ditandingi dan bukan single transferable vote boleh berhijrah ke negara republik kerana kerajaan Malaysia dipilih berdasarkan parti yang memenangi jumlah kerusi paling banyak.

Pelbagai pihak turut tampil menyatakan sokongan terhadap kenyataan berkenaan dan menegaskan saranan itu adalah wajar kerana pembangkang ketika ini sengaja menyemai benih kebencian dalam hati rakyat. Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa Guan Eng supaya tidak memutarbelitkan kenyataannya berhubung saranan berkenaan. "Baca elok-elok (kenyataan terbabit). Kalau tak faham bahasa Melayu, elok masuk sekolah semula,'' katanya.

WELL, SI TOKONG LIM DYNASTY KITA NASIHATKAN KAMU GI SEKOLAH KEBANGSAAN (JANGAN GI SEKOLAH KEBANGSAAN (C)  NANTI BUTA MATA DAN BUTA HATI) UNTUK BELAJAR BAHASA MELAYU SEMULA UNTUK MEMAHAMI APA KATA-KATA MENTERI DALAM NEGERI MENGENAI SIAPA TAK SUKA DENGAN PILIHARAYA DI MALAYSIA BOLEH "BLAHHH" KE NEGARA LAIN YANG MENGAMALKAN "POPULARITY VOTE"...ANWAR IBRAHIM PUN BOLEH JOINT SEKALI...MAKLUMLAH SUDAH LAMA "MENGUNAKAN BAHASA BAKU" BAHASA MELAYU SIMPLE PUN TAK FAHAM..."LU INGAT INI NEGARA BAPAK LU UNTUK MEMBUAT DEMOCRAZY JALAN SESUKA HATI LU"...

JANGAN PIJAK KEPALA ORANG MELAYU NANTI PADAH AKIBATNYA. JANGAN MAIN DENGAN API NANTI TERBAKAR TANGAN...ORANG MELAYU SEKARANG TUNGGU DAN LIHAT...SETAKAT PROVOBASI "PEMIMPIN DUKA SAMA DUKA" ORANG MELAYU TAK AMBIL POT TAPI KALAU SUDAH DI BAGI BETIS HENDAK PEHA...MALANGLAH NASIB KAMU WAHAI ANWAR IBRAHIM DAN "GANGSTER JALANAN"...!!!!!

No comments:

Post a Comment