Thursday, May 2, 2013

RED BEAN ARMY OF DOKTRIN DAP...

DOKTRIN DAP DENGAN RED BEAN ARMY



Pasukan berkenaan yang berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang bercakap buruk mengenai DAP. "Objektif mereka mudah. Pertama ialah memastikan isu yang dicipta oleh mereka tersebar luas secara dalam talian dan memberi kesan psikologikal kepada individu tertentu sehingga bersara daripada politik. "Ketiganya, mereka mahu melemahkan semangat orang tertentu dan menafikan segala kebenaran yang didedahkan mereka," katanya seperti dipetik dalam portal berita The Mole di sini hari ini. Dalam pada itu, Shen juga tidak menolak kemungkinan bahawa tentera siber berkenaan memberi komen dalam portal-portal berita yang lain. Beliau juga bertegas bahawa dakwaan pasukan Red Bean Army berkenaan ditaja oleh DAP adalah berasas.


DAP wajar dilabel sebagai parti paling kotor serta rasis kerana berterusan menggunakan sentimen perkauman dan kadangkala bertindak melampau sehingga sampai ke tahap mengugut sesiapa yang tidak menyokong mereka. Menurut Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, beliau terkejut apabila mendapat aduan beberapa peniaga di Johor telah diugut akan dibakar kedai mereka jika tidak mengundi parti tersebut.

"DAP satu-satunya parti yang sanggup berbuat apa sahaja untuk meraih undi, saya telah menerima pelbagai aduan berhubung parti itu termasuk yang terbaharu mahu membakar dan memusnahkan premis kedai jika tidak mengundi calon mereka. "Tidak cukup dengan itu, setiap malam intipati ceramah berkisar isu-isu perkauman. Saya sendiri telah mendengar beberapa rakaman ceramah, penuh politik kebencian dan rasis antara kaum, bahkan memberi harapan palsu kepada masyarakat Cina jika menyokong DAP, orang Cina akan menjadi lebih kuat dan "maharaja seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu, Soi Lek menyeru rakyat supaya bijak menilai perkara yang benar dan bohong kerana perpecahan rakyat mampu mendatangkan kesan buruk kepada negara, bangsa dan agama. "DAP menggunakan isu perkauman supaya rakyat membenci antara satu sama lain dengan menuduh Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar perkauman tetapi siapa yang sebenarnya rasis".

"Siapa yang cuba 'bersepakat' untuk melaksanakan hukum hudud? DAP akan bertindak lebih melampau dalam beberapa hari ini untuk memastikan undi berpihak kepada mereka. Saya seru masyarakat Cina supaya tidak terperangkap dengan politik kotor ini," ujarnya. Soi Lek juga menyifatkan tindakan DAP meletakkan beberapa calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini hanyalah sekadar sebagai hiasan politik semata-mata.

"DAP tidak dapat lari daripada hakikat yang parti itu masih bergantung kepada sokongan masyarakat Cina walaupun cuba menampilkan wajah sebagai parti berbilang kaum," jelasnya.

Rakyat di negeri ini terutama pengundi di kawasan Bukit Bendera diingatkan supaya tidak terpedaya dengan calon Melayu tunggal DAP Pulau Pinang yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini. Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin berkata, rakyat yang akan turun sebagai pengundi pada Ahad ini perlu menilai kredibiliti calon berkenaan agar tidak menyesal di kemudian hari. Katanya, perkara itu penting bagi memastikan kelangsungan bangsa, agama dan negara dapat terus dipertahankan. "Tuan-tuan jangan mudah terpedaya dengan calon Melayu mereka ini, Zaril Khir Johari yang akan bertanding di Parlimen Bukit Bendera.

"Kalau dia di datang masuk kampung untuk berkempen, tanya apa pendirian dia terhadap isu Kalimah Allah.
"Berani atau tidak beliau menyatakan pendiriannya terhadap isu ini. Dari situ nilailah sendiri perjuangan Zairil. Isu kalimah Allah ini penting kerana berkait dengan akidah kita," katanya ketika berucap dalam ceramah di Bagan Jermal di sini malam tadi. Dalam ceramah berkenaan, Shaik Hussein turut mengingatkan rakyat agar tampil meminta penjelasan daripada calon pembangkang terhadap beberapa isu lain yang tidak diperjelaskan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sehingga hari ini.

"Tanya pasal isu Bayan Mutiara, mana pergi keuntungan kerajaan negeri jual tanah berkenaan? Tanya pasal isu penjualan tanah Taman Manggis dan pembinaan terowong dasar laut. "Minta mereka jelaskan mengenai pemberian tanah 44.5 hektar di Tanjung Pinang kepada syarikat terlibat dalam projek terowong ini. Mengapa perlu ada tol sedangkan kerajaan negeri menyerahkan tanah rakyat kepada syarikat terlibat dan mana janji mereka untuk menghapuskan tol?"...INGAT TOL SUNGAI NYIOR...?????

NATIJAHNYA RAKYAT MALAYSIA KENA TOLAK DOKTRIN DAP KERANA BERSIKAP PERKAUMAN...UMAT MELAYU DAN ISLAM KENA TOLAK DOKTRIN DAP KERANA BERSIKAP ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM...KAUM INDIA KENA TOLAK DOKTRIN DAP KERANA BERSIKAP "BURUK" TERHADAP KAUM INDIA SEPERTI YANG TERJADI DALAM KES KAMPUNG BUAH PALA...


UNDI BARISAN NASIONAL...

Photo: Undilah Barisan Nasional



KESTABILAN, KEAMANAN, KEMAKMURAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN, KEADILAN DAN KEMAJUAN































































No comments:

Post a Comment