Thursday, May 2, 2013

HUSAM MUSA KATA DOKTRIN PAS OPTIMIS DAPAT 54 KERUSI PARLIMEN...KERANA SOKONGAN KAUM CINA...KAUM MELAYU DAN KAUM INDIA...????? DOKTRIN PAS SUDAH JADI DOKTRIN DAP PULA...HANYA MENGHARAPKAN SOKONGAN DARI SATU KAUM SAHAJA...

 
Photo: "Malaysia FBI"



PAS optimis akan memenangi 54 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) iaitu tambahan tujuh kerusi daripada 23 kerusi yang disandang sekarang. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Cina di beberapa buah kerusi.

"Satakat malam tadi PAS terima laporan kita boleh melonjak kepda 54 kerusi. "Jadi PAS akan ada 47 kerusi Parlimen untuk menyumbang kepada pembentukan Pakatan dan PAS mensasarkan tujuh kerusi tambahan untuk menjadikan ia 54 kerusi," kata beliau pada sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa kerusi yang menunjukkan peningkatan sokongan Cina. "Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki PAS termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun. "Saya tak bolehlah sebut semua kerusi takut BN pergi buat kajian pula. Pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor," katanya.

BARISAN NASIONAL...PROJEK TUKAR...PERKUKUHKAN KERAJAAN PUSAT KITA KASI TUKAR KERAJAAN KELANTAN...rakyat Kelantan mempunyai ramai golongan cerdik pandai, bagaimanapun berkata, masih ada yang tidak 'molek' di Kelantan kerana masih mengekalkan kepimpinan politik yang sudah terlalu lama dan tidak mampu melakukan perubahan. "Kalau nak mentadbir negara, harus ada kepimpinan yang mampu terima idea baharu, mestilah kepimpinan yang segar, boleh membawa perubahan...


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sudah lama mengiktiraf dan menghormati Malaysia sebagai sebuah negara Islam berwawasan, maju dan mengamalkan konsep maqasid syariah. Menurut Perdana Menteri, pengiktirafan itu tidak mungkin diterima Pas kerana perjuangan parti tersebut tidak berupaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam contoh dan dihormati sebaliknya akan menjadikan negara lebih mundur.

"Malaysia dihormati kerana OIC melihat negara ini di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) semakin maju dan berjaya. OIC tidak hormat kepada bendera bulan tetapi pada negara Islam yang kuat kerana ilmu, ekonomi, perdagangan, politik yang mantap dan kita menghayati Islam berpaksikan maqasid syariah. "Ini Islam kita, inilah yang hendak dibawa oleh BN, bukan Islam yang mundur. Pemimpin OIC akan ketawa jika diberitahu masalah air di Kelantan pun tidak selesai, orang Arab kata, mahu ambil wuduk pun air tidak bersih, mahu mandi wajib pun susah"...

KITA MAHU KERAJAAN YANG ADA WAWASAN UTK JADIKAN MALAYSIA DAN JAJAHAN TAKLUKNYA NEGARA ISLAM YANG KUYA, DI HORMATI DAN BERMARUAH...

Ahad ini (5/5/2013) merupakan peluang kepada rakyat Kelantan memilih kerajaan yang memperjuangkan Islam sebenar atau kerajaan yang hanya pandai berjanji dan menyampaikan ceramah mengenai Islam. Malaysia sudah berada di landasan tepat untuk lebih cemerlang di masa hadapan namun nasib negara akan berubah sama sekali jika ditadbir pemimpin pembangkang yang tidak berkelayakan. "Kita mahu negara yang macam mana, saya ada visi untuk negara Malaysia kita ini, kerajaan BN ada wawasan untuk negara kita, wawasan kita ingin Malaysia menjadi negara Islam yang kuat, dihormati dan bermaruah"...

Najib berkata, gambaran sebenar negara Islam yang perlu diketengahkan adalah yang mampu berdiri sendiri, memakmurkan rakyat dan mempunyai kekuatan membantu negara-negara Islam lain. Perkara itu, tambah beliau, dibuktikan kerajaan BN yang turut membantu negara Palestin seperti membina masjid, sekolah dan pusat pentadbiran Jabatan Perdana Menteri di Gaza. "Apabila kita berjaya, orang hormat kepada kita, adakah Pas boleh mendapat penghormatan seperti ini di Gaza, tidak dapat, malah pergi sana pun tidak mahu. "Masalah Pas ceramah sana tapi pengisiannya kosong, habuk, bulat macam simbol Pas"...

RAKYAT KELANTAN MESTI TOLAK KERAJAAN PAS KERAJAAN 23 TAHUN DENGAN SLOGAN BO LA WEH...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Kelantan menolak Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Ahad ini kerana pemimpin parti itu banyak menipu rakyat dengan janji yang tidak ditepati sepanjang 23 tahun memerintah negeri itu.

Katanya, pemimpin parti itu hanya pandai melaungkan slogan dan bersyarah tetapi pengisiannya tidak ada untuk memajukan negeri ini sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat. "Bo la weh (cukuplah). Ini nak buat lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai, buat tabung. Tuan-tuan ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung? Berapa banyak duit boleh masuk. Kos RM2 bilion, tak mampu puak-puak Pas ini.

"Saya bagi jaminan, menang BN lebuh raya kita akan buat. Lebuh raya buat, stadium kita buat, masjid juga kita akan buat. Kalau nak kata kita ini negara Islam, serambi Mekah, tapi masjid lambang Islam itu mana"...

TUKAR...TUKAR...TUKAR...

SLOGAN 'Gelombang Merah' kini semakin kuat melanda Kelantan dan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri itu semalam telah mencetus satu gelombang besar dalam kalangan rakyat di negeri itu untuk merubah pentadbir di Kota Darul Naim. Sambutan hangat yang diberikan rakyat Kelantan kepada Najib di setiap tempat yang dikunjungi Perdana Menteri ke negeri itu semalam bagai menyampaikan satu mesej jelas menandakan mereka sudah bersedia untuk mengembalikan Kelantan kepada Barisan Nasional (BN).

Setelah 23 tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan Pas pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Kelantan dilihat agak terkebelakang dari segi pembangunan khususnya melibatkan penyediaan infrastruktur meliputi penyediaan jalan serta bekalan air bersih. Selain itu, Nik Aziz juga dilihat gagal mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu lebih-lebih lagi apabila pelbagai siri projek yang dirancang mereka langsung tidak dapat dilaksanakan.

Pelbagai siri kegagalan kerajaan Pas Kelantan itu, kini mula membuka mata rakyat di 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' itu yang mula 'muak' dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi kerana kelemahan pemerintahan kerajaan negeri. Lebih malang, masalah-masalah besar melibatkan kepentingan orang ramai itu seolah-olah langsung tidak mendapat perhatian daripada pemerintah untuk diselesaikan.

Masalah bekalan air bersih yang berlaku sejak sekian lama misalnya, masih terus menghantui rakyat Kelantan sehingga kini. Akibatnya, ramai penduduk terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menyediakan air ke rumah masing-masing dengan mengepam air dari bawah tanah atau telaga. Tidak dinafikan, memang ada bekalan air bersih yang disediakan untuk rakyat tetapi bekalan tersebut tidak menyeluruh dan terhad di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Lebih teruk lagi, penyediaan infrastruktur penting seperti pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai seolah-olah menjadi bahan gurauan apabila Nik Aziz menubuhkan satu tabung untuk memungut derma daripada rakyat untuk membina lebuh raya yang menelan belanja RM2 bilion itu. Persoalannya, sampai bilakah masalah asas sebegitu terpaksa dihadapi oleh rakyat Kelantan?

Jika usaha untuk menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih pun sudah tidak mampu dilakukan, jadi apa lagi yang rakyat boleh harapkan daripada kerajaan Pas Kelantan sekarang. Pokok pangkalnya, jika prestasi semasa itu diambil kira, rakyat Kelantan seharusnya sudah mula berfikir untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang lebih bertanggungjawab dan mampu melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan yang akhirnya dapat dinikmati oleh banyak pihak.

Sehubungan itu, saranan Perdana Menteri yang menegaskan pilihan raya umum kali ini merupakan masa paling sesuai untuk rakyat di negeri itu menukar kerajaan seharusnya disokong oleh seluruh rakyat termasuk mereka yang tinggal di luar Kelantan.


No comments:

Post a Comment