Kenyataan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA yang secara
terbuka menentang Syariat Islam, khususnya undang-undang jenayah hudud,
adalah menyerlahkan sikap Barisan Nasional yang sebenar. Perlu diingat
bahawa UMNO adalah parti teras dalam BN, yang wujud bersama MCA, MIC,
GERAKAN dan lain-lainnya sebagaimana yang kita ulangi sudah pun diberi
amanah menerajui pemerintahan negara Malaysia ini selama lebih dari lima
puluh tahun.
Hakikatnya ialah, bahawa UMNO memimpin kerajaan pusat dan kebanyakan
kerajaan negeri, dengan adanya Biro Agama dalam UMNO itu sendiri, dalam
kerajaannya ada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam - yang diletakkan di
bawah Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO,dan ada menteri
penjaganya, di samping diwujudkan Institut Kefahaman Islam (IKIM),
Fakulti Pengajian Islam di beberapa universiti, di peringkat negeri pula
ada Jabatan Agama Islam masing-masing dan ada Exco Agama daripada UMNO
juga tetapi segala-galanya ini tidak mampu meletakkan Islam itu tinggi
ditempat yang sebenarnya dalam urusan negara Malaysia ini dan dinegeri
yang dipimpin oleh UMNO. Adapun Majlis Fatwa Kebangsaan pula hanya bebas
dalam lingkungan sangkarnya, berkokok mengikut waktu yang disesuaikan
dengan keselesaan UMNO yang menjadi penunggunya.
Soalannya mengapa MCA boleh membuat kenyataan terbuka begitu
rupa?
Dalam hal ini, MCA bukanlah parti yang patut disoal atau diminta
penjelasan, kerana parti ini hanya mewakili kelompok masyarakat Cina
bukan Islam. Manakala hukum hudud pula tidak ada dalam ajaran semua
agama bukan Islam yang dianut oleh ahli MCA. Parti UMNOlah yang secara
khususnya patut dipersoalkan oleh bangsa Nelayu yang beragama Islam
bukannya MCA, kerana banyaknya urusan Islam di dalam tubuh parti UMNO
serta kedudukannya yang memimpin kerajaan pusat dan negeri (Kenapa nak persalahkan parti UMNO pula di atas ketidakmampuan Doktrin PAS ingin melaksanakan Hudud [Doktrin PAS]????? Kenapa parti UMNO pula tidak mempersoalkan kelantangan Doktrin DAP yang majoritinya mewakili kaum Cina menentang Doktrin PAS melaksanakan Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS]?????).
PAS tidak merasa hairan apa yang berlaku, kerana UMNO adalah Parti
Kebangsaan Melayu, di mana “Islam” hanya menjadi agama yang dianut
secara peribadi kalangan ahli UMNO sahaja (Bukankah agama Islam yang di anuti oleh pemimpin2 Ustaz politik Doktrin PAS itu kebanyakkannya adalah agama Islam yang di anuti secara peribadi bukannya Doktrin PAS itu agama wahyu yang di turunkan oleh Allah [SWT] kepada Doktrin PAS utk di sebarkan kepada kaum Melayu di Malaysia tetapi agama Islam itu telah tersebar sebelum datangnya parti UMNO dan Doktrin PAS lagi. Kalau kita hendak percayakan dengan memasukkan perkataan Islam sahaja dalam Perlembagaan parti bermakna Doktrin PAS itu sudah menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan Islam tetapi hakikatnya Doktrin PAS itu terlalu lemah untuk memikul tangggungjawab sebagai pemimpin umat Melayu dan Islam di Malaysia. Kenyataan yang amat sukar untuk di terima oleh pemimpin2 Doktrin PAS. Walaupun pemimpin2 Doktrin PAS tahu bahawa tiada galang gantinya parti UMNO itu dalam menjaga, memperbaiki dan meningkat martabat bangsa Melayu dan menyebarkan, menegakkan dan memartabatkan agama Islam di Malaysia. Itulah sebabnya Doktrin PAS membelakangi umat Melayu yang kononnya tiada dalam Perlembagaan Doktrin PAS yang tidak menjurus kepada perjuangan bangsa tetapi hanya menetapkan perjuangan Islam sahaja. Akhirnya Presiden Doktrin PAS berkali-kali merayu kepada umat Melayu dan Islam supaya mengundi Doktrin PAS bagi menggantikan parti UMNO dalam tampuk pemerintahan di Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia. Rayuan yang bersifat polimek PRU yang akan di pergunakan oleh Doktrin PAS bagi memancing sebanyak undi yang boleh bagi memastikan bahawa Doktrin PAS itu terus kekal di dalam senario politik negara). Perlembagaan UMNO juga tidak
meletakkan Islam menjadi dasar, matlamat dan hukum tertinggi. Sifat
individualistik yang menjadi konsep kepada ahli UMNO menyebabkannya
tidak boleh bertindak terhadap ahlinya yang melakukan maksiat yang
besar, apatah lagi yang terlalu kecil, kerana agama adalah urusan
individu. Ahli UMNO pula boleh menjadi orang yang soleh, paling kuat
beribadat, banyak sembahyang, banyak mendirikan masjid, kerap umrah dan
lebih banyak peluang haji, berkebajikan dalam masyarakat dengan
sebanyak-banyaknya dan sebagainya. Tetapi ahli UMNOi tidak mampu
bercakap atas nama partinya untuk menegur atau menyanggah kenyataan
Presiden MCA, kerana ini akan bercanggah dengan semangat dan konsep
kebersamaan dalam BN yang didukung sama oleh undang-undang tubuh UMNO
yang diselaraskan dengan semua rakan-rakannya dalam Barisan Nasional (Bagaimana pula dengan penentangan Doktrin DAP terhadap Doktrin PAS dalam soal Hudud [Doktrin PAS] dan Negara Islam?????).
UMNO lebih mengutamakan konsep pragmatik sekular yang didukung
bersama MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, dalamgabungan parti-parti
komponen Barisan Nasional (Tidakkah Doktrin PAS sekarang lebih secular dari parti UMNO yang di bayangi oleh Al-Kitaban Hikayat 100 hari Buku Jingay). Maka Islam tidak berkuasa dan berdaulat,
hanyalah sekadar menjadi cabang yang berteduh dibawah semangat Barisan
Nasional. Maka UMNO tidak ada kelayakan untuk menegur Presiden MCA
sehingga dia boleh bercakap apa sahaja termasuk dalam perkara Islam
yang dia terlalu jahil kerana bukan agamanya (Doktrin DAP tidak jahil dan agama Islam itu agama Doktrin DAP ke?????).
Hudud
Undang-undang Hudud adalah salah satu daripada hukum jenayah dalam
syariat Islam, bersama dengan hukuman Qisas dan Takzir. Perkataan
“Hudud” bererti batas-batas sempadan Allah yang tidak boleh
dipertikaikan oleh seseorang yang beriman, di mana hukumannya telah
dinaskan oleh Allah secara nyata dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah
SAW seperti juga nas wajib sembahyang lima waktu, puasa, zakat , haji
dan pengharaman arak, judi, riba dan lain-lain. Hudud tidak boleh
dinamakan “Hudud PAS” seperti juga tidak boleh dinamakan “sembahyang
PAS”.Hanya yang jahil murakkab sahaja boleh bercakap begitu.
Allah berfirman maksudnya:“Dan tidaklah harus bagi seseorang yang
beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara – mereka tidaklah mempunyai hak
memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak
taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat
dengan kesesatan yang jelas nyata.” (al-Ahzab: 36)
Perkara yang dinyatakan secara nas saperti Hudud dan Qisas tidak
mungkin dicapai oleh akal manusia, maka Allah menyatakan petunjuknya
secara jelas. Rasulullah SAW sendiri, para pemimpin dan ulama selepasnya
wajib menerima dan pihak yang berkuasa pula wajib melaksanakannya di
mana mereka tidak boleh bertelingkah atau khilaf dari segi wajibnya.
Perbincangan dan berbeza pendapat hanya dalam perkara cabang dari segi
mencari bukti dan proses kehakiman yang adil, bukan meninggalkannya.
Keseluruhan undang-undang jenayah Islam lebih bersifat dan
berkonsepkan mendidik masyarakat, maka dikenakan syarat yang ketat
sehingga sukar menjatuhkan hukuman, tetapi undang-undang dan hukumannya
menakutkan sehingga Presiden MCA juga takut. Penjenayah lebih digalakkan
bertaubat sebelum dibawa ke mahkamah. Hukum Hudud tidak boleh diampun
setelah diputuskan oleh mahkamah, kerana Hudud menjadi hak Allah bagi
memelihara rukun kehidupan bermasyarakat. Lucunya, terdapat pula
kalangan yang jahil pula cuba berhujah, bahawa penjenayah akan
berkeliaran atau bertambah kerana hukuman sangat sukar untuk dijatuhkan.
Hakikatnya ini tidak akan berlaku kerana sebelum sesuatu kes itu dibawa
ke mahkamah, pihak yang mendakwa atau pendakwa akan menentukan sama ada
cukup kesaksian atau tidak untuk kes hudud. Sekiranya bukti tidak cukup
untuk kes hudud bukan bermakna terus dilepaskan. Bukti-bukti jenayah
ini mungkin cukup untuk dibawa kes ke perbicaraan takzir – di mana
hukuman takzir adalah lebih ringan dari hukuman hudud. Dalam bahasa
mudah difahami waktu ini, hukuman takzir boleh wujud dalam bentuk kanun
keseksaan (penal code) yang hukuman dan beban pembuktiannya
jauh lebih ringan dari hukuman hudud.
Setiap penganut Islam sebelum wujudnya PAS dan UMNO wajib beriman
dengan hukum hudud. Maka penganut Islam dalam UMNO wajib bertegas dan
istiqamah dengan Islamnya, seterusnya bertindak sama ada memecat MCA
daripada Barisan Nasional atau UMNO dipecat atau keluar daripada Barisan
Nasional atau ahli-ahli UMNO yang beragama Islam keluar UMNO
beramai-ramai (masuk Doktrin PAS yang kononnya akan membawa Hudud [Doktrin PAS] dan menegakkan Negara Islam).
PAS dan DAP
PAS berlainan dengan UMNO dan sangat berbeza, kerana PAS tegas
mengikut undang-undang tubuhnya, menjadikan Islam (Quran, Hadith, Ijmak
dan Qiyas) hukum tertinggi, dasar dan matlamat perjuangannya Islam yang
sempurna, maka termasuk urusan politik negara (Adakah Doktrin PAS berjaya dalam agenda Islamnya atau hanya beretorik politik agama untuk meraih undi dari kaum Melayu dan umat Islam aje). Sekiranya dikaji Surah Al
Maidah yang diturunkan di Madinah, terdapat di dalamnya undang-undang
jenayah, di antaranya Hudud. Kebanyakan sebab nuzulnya (turun ayat)
adalah berkait dengan sikap penganut bukan Islam yang dijawab secara
wahyu. Perkara ini dapat dirujuk dalam kitab tafsir dan sejarah Islam.
PAS berijtihad memilih demokrasi bagi mencapai kuasa pemerintahan dan
melaksanakan Islam termasuk hukum hudud, kerana pendekatan demokrasi
secara damai adalah bersesuaian bagi menyelamat manusia bersama Islam
tanpa paksaan, walaupun memakan masa yang panjang sehingga beberapa
generasi serta pemimpin pergi dan datang (Doktrin PAS nak laksanakan Hudud [Doktrin PAS] kena tunggu demokrasi). Maka proses pelaksanaan
undang-undang termasuk Hudud dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri
Kelantan dan Terengganu setelah mendapat mandat kemenangan besar dalam
pilihanraya lalu. Undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud dipamerkan
lebih dahulu kepada masyarakat umum berbagai agama, dibentang dan
dibuka kepada proses soal jawab terlebih dahulu sebagai satu proses
pendidikannya. Ingin saya pertegaskan sekali lagi bahawa pelaksanaan
enakmen Islam adalah hanya untuk orang Islam sahaja (kalau org Islam kena rogol oleh bukan Islam siapa yang kita hendak hukum, org Islam atau org Kafirun), sama sekali tidak
untuk bukan Islam (kalau org Islam merompak bersama-sama dengan bukan Islam bagaimana kita nak menghukum org Islam dan org Kafirun). PAS tidak membawa perkara ini di Kedah, Perak,
Selangor dan Pulau Pinang kerana tidak mencukupi syarat secara
demokrasi (Kelantan dan Terengganu sudah cukup demokrasinya tetapi kenapa di Kelantan masih dalam kajian demokrasi lagi). DAP pula bukan parti kerajaan pusat yang berkuasa sepenuhnya
seperti MCA. Ahli DAP banyak terdiri daripada masyarakat bukan Islam
yang tertindas oleh kekayaan MCA, MIC dan semangat kebangsaan UMNO yang
terlalu tinggi. Maka PAS lebih mudah berkira dengan DAP (Doktrin PAS senang berkira dengan Doktrin DAP kerana hendak undi bukan Melayu dan Islam tapi takut ilmu kekafiran tersebut singgah ke muka Doktrin PAS maka di wujudkan istilah Bahalol Siyasi untuk memungkinan kerjasama tersebut di atas dasar demokrasi kononnya). Perkara hudud
boleh dibincang secara ilmu dengan adil dan bebas.
Hubungan PAS dengan DAP dan PKR bukan Islam dalam Pakatan Rakyat
adalah secara muafakat. Maka isu pelaksanaan Islam oleh PAS dalam negeri
Pakatan Rakyat adalah berpandukankepada hukum Tahaluf Siyasi dalam
Feqah Siyasah. Ini perkara yang perlu difahami oleh penyokong PAS dan
rakyat seluruhnya.
PAS tetap tegas dengan perjuangan Islamnya dan DAP pula tegas dengan
perjuangannya.Malaysian Malaysia Dalam hal ini kerjasama berlaku dalam titik persamaan
dan hak berbeza pendapat tetap dihormati dan hak penganut bukan Islam
wajib diberi dengan adil.
Titik persamaan secara umum sudah disepakati, apabila DAP menerima
konsep yang sudah ada dalam perlembagaan negara, termasuk kedudukan
agama Islam. Bagi PAS sudah cukup menarik untuk memberi ruang
perbincangan sekiranya memerintah negara. Cara ini tidak boleh dilakukan
oleh UMNO dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (Doktrin DAP dalam kenyataan2 Si Tokong Dynasty Lim menolak sekeras-kerasnya Negara Islam dan Hudud [Doktrin PAS]. Natijahanya Doktrin PAS terutamanya Presiden Doktrin PAS tak perlu berkokok seperti ayam sabung kerana ayam sabung sudah lama mati yang tinggal hanya suara kokokkan yang sumbang menyinari lambang AGAMA ISLAM). Malangnya
perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya
berbahasa Melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk
menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS (Gangguan dari syaitan yang di kenali dalam Pakatan si biadap, si gila kuasa dan si pendendam iaitu SYAITAN DAPAS). Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada
Pakatan Rakyat, maka PAS yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna
tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali.
No comments:
Post a Comment