Friday, May 3, 2013

Al-Quran sebagai azimat untuk umat Islam...pedoman bagi manusia...petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini....


Kitab Al-Quran

Milik Allah [SWT]lah segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Allah [SWT] Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Al-Quran ini diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kitab yang di jelaskan ayat-ayatnya satu persatu, diturunkan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya) serta tidak mendengarkan.

Ini (Al-Quran) adalah petunjuk. Dan orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhannya mereka akan mendapat azab berupa seksaan yang sangat pedih.

MilikNya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan Dialah Yang Maha Agung Lagi Maha Besar. Sesungguhnya Kami mudahkan Al-Quran itu dengan bahasamu agar mereka mendapat pelajaran.

Dan Dialah Tuhan (yang disembah) di langit dan Tuhan (yang disembah) di bumi dan Dialah Yang Maha Bijaksana Lahi Maha Mengetahui.

Dana Maha Suci Allah [SWT] yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dan di sisiNyalah ilmu tentang kiamat dan hanylah kepadaNya kamu dikembalikan.

Dan orang yang menyeru kepada selain Allah [SWT] tidak mendapt syafaat  (pertolongan di akhirat) kecuali orang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini.


Maha Suci Allah yang telah menurunkan Furqan (Al-Quran) kepada hambaNya (Muhammad) agar dia menjadi pemberi ingatan kepada seluruh alam. Demi Al-Quran yang penuh hikmah. (Al-Quran ini)  diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu diturunkan dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui. Yang membawa berita gembira dan peringatan tetapi kebanyakkan mereka berpaling (daripadanya) serta tidak mendengarkan.

Allah [SWT] mengatakan bahawa Sesungguhnya org yang mengingkari Al-Quran ketika (Al-Quran) itu disampaikan kepada mereka (mereka pasti akan celaka) dan sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah Kitab yang mulia yang tidak akan didatangi kebatilan baik dari depan mahupun dari belakang (pada masa lalu dan yang akan datang) yang diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji. Sekiranya  Al-Quran Allah [SWT] jadikan sebagai bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab nescaya mereka mengatakan "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? Apakah patut (Al-Quran) dalam bahasa selain bahasa Arab sedang (rasul) orang Arab? Katakanlah: Al-Quran adalah petunjuk dan penyembuh bagi orang yang beriman. Dan orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan dan (Al-Quran) itu merupakan kegelapan bagi mereka (tidak memberi petunjuk kepada mereka). Mereka itu (seperti) orang yang dipanggil dari tempat jauh (Ayat 41-44 Surah Fussilat).

Allah [SWT] mengatakan bahawa demikianlah Allah [SWT] wahyukan Al-Quran kepadamu (Muhammad) dalam bahasa Arab agar engkau memberi peringatan kepada penduduk ibukota (Mekah) dan penduduk (negeri2) di sekeliling serta memberi peringatan tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak diragukan adanya. Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada org mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. Inilah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas (daripada Allah [SWT]).

Allah [SWT] yang menurunkan Kitab (Al-Quran) dengan (membawa) kebenaran dan (menurunkan keterangan yang menjadi) neraca (keadilan). Dan tahukah kamu boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat?

Allah [SWT] mengatakan bahawa Allah [SWT] wahyukan kepadamu (Muhammad) roh (Al-Quran) dengan perintah Allah [SWT]. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) dan apakah imam itu tetapi Allah [SWT] jadikan Al-Quran itu cahaya dengan itu Allah [SWT] memberi petunjuk kepada siapa yang Allah [SWT] kehendaki di antara hamba2 Allah [SWT]. Sesungguhnya engkau benar2  membimbing (manusia) kepada jalan yang lurus.

Al-Quran adalah petunjuk dan orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhannya mereka akan mendapat azab berupa seksaan sangat pedih. Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang menyakini.

Dalam Surah Luqman ayat 1-4, Allah [SWT] menyatakan bahawa inilah ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang berbuat kebaikan iaitu orang yang melaksanakan solat, menunaikan zakat dan mereka menyakini adanya hari akhirat.

Dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu keputusannya (terserah) kepada Allah [SWT]. Yang memiliki sifat-sifat yang demikian itulah Allah Tuhanku. KepadaNya aku bertawakal dan kepadaNya aku kembali.

Tuhan (yang memelihara) langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya jikan kamu orang yang meyakini. Tidak ada tuhan selain Dia. Dia yang menghidupkan dan mematikan. (Dialah) Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu dahulu.


SOLAT

Ayat 78-79 Surah Al-Isra, Allah [SWT] berfirman Dirilah solat ketika gelincir matahari sampai gelapnya malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh (Ayat ini menerangkan waktu-waktu solat yang lima. Tergelincir matahari untuk solat Zohor dan solat Asar, gelap malam untuk solat Maghrib dan Isyak serta Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat). Dan sebahagian malam hari solat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.



ORG KAFIR TIDAK DAPAT MEMAHAMI AL-QURAN:-

Surah Al-Isra ayat 45-48 ada menceritakan bagaimana Allah [SWT] mentafsirkan sekiranya Nabi Muhammad (SAW) membaca ayat-ayat Al-Quran ataupun menperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran itu maka di ibaratkan ada satu dinding yang tertutup antara bacaan itu dengan golongan kafirun ini (di mana Allah [SWT] akan tutup hati mereka dan sumbat telinga mereka agar mereka tidak dapat memahaminya. Apabila kamu menyebut Tuhanmu saja dalam Al-Quran nescaya mereka berpaling ke belakang kerana bencinya). Allah [SWT] juga memberitahu Nabi Muhammad [SAW] bahawa Kami lebih mengetahui (tujuan) mereka mendengar sewaktu mereka mendengar bacaanmu (Muhammad) dan sewaktu mereka berbisik-bisik (iaitu) ketika org zalim itu berkata: "Kamu tidak lain hanyalah mengikuti seorg lelaki yang kena sihir". Lihatlah bagaimana mereka membuat perumpamaan-perumpamaan terhadapmu (Muhammad) kerana itu mereka menjadi sesat dan tidak dapat lagi menemukan jalan (yang benar).

Celakalah bagi setiap pendusta yang banyak berdosa. (Iaitu) orang yang mendengar ayat-ayat Allah [SWT] ketika dibacakan kepadanya namun dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka peringatkanlah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui sedikit tentang ayat-ayat Kami maka (ayat-ayat itu) dijadikan olok-olok. Merekalah yang menerima azab yang menghinakan.


SETIAP ORG MEMIKUL DOSANYA SENDIRI:-

Ayat 13-15 Surah Al-Isra ada menyebut bahawa Setiap manusia itu telah Allah [SWT] tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Pada hari kiamat Allah [SWT] akan keluarkan baginya Kitab dalam keadaan terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu. Barang siapa yang mengikut hidayah (Allah [SWT]) maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia menanggung sendiri (kerugian) akibat kesesatan dirinya sendiri. Seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa org lain dan Allah [SWT] tidak akan mengazab sebelum Allah [SWT] mengutus seorg rasul.


GANJARAN BAGI ORG YANG BERIMAN:-

Ayat 25 Surah Al-Baqarah ada menyebutkan bahawa sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baiklah, maka bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya. Setiap daripada mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buah-buahn yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.


PAHALA ORG YANG BERIMAN:-

Ayat 62 Surah Al-Baqarah di mana Allah [SWT] menyeru bahawa sesungguhnya org mukmin, orang Yahudi, orang Nasrani dan orang Sabiin (org yang mengikuti syariat nabi2 dahulu atau org yang menyembah bintang atau yang menyembah dewa-dewa) siapa saja antara mereka benar-benar beriman kepada Allah [SWT] (org mukmin, org Yahudi, org Nasrani, org Sabiin yang beriman kpd Allah [SWT] termasuk beriman kepada Nabi Muhammad [SAW] percaya kpd hari kiamat dan mengerjakan amalan soleh mereka mendapat pahala dari Allah [SWT]) hari kemudian dan beramal soleh mereka akan menerima pahala daripada Tuhan mereka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


PERINGATAN ALLAH [SWT] UNTUK BANI ISRAEL:-

Ayat-ayat 40-48 Surah Al-Baqarah. Allah [SWT] mengingatkan Bani Israel seraya berkata Wahai Bani Israel ingatlah akan nikmat Allah [SWT] yang telah berikan dan/atau anugerahkan kepada Bani Israel dan penuhi janjimu kepada Allah [SWT] (iaitu menyembah Allah [SWT] dan tidak akan menyegutukannya dengan sesuatupun serta beriman kepada rasul2nya di antaranya Nabi Muhammad [SAW] sebagaimana yang di sebutkan di dalam Taurat).

Allah [SWT] juga mengatakan bahawa Bani Israel berimanlah kamu kepada apa yang telah Allah [SWT] turunkan (Al-Quran) yang membenarkan apa yang apa padamu (Taurat) dan janganlah kamu menjadi org yang pertama kafir kepadanya dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat Allah [SWT] dengan harga yang rendah dan hanya kepada Allah [SWT] kamu harus bertakwa.

Allah [SWT] juga mengingatkan Bani Israel bahawa janglah kamu mencampuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahuinya (antara yang mereka sembunyikan ialah Allah [SWT] akan mengutus Nabi Muhammad [SAW] seorg nabi dari keturunan Nabi Ismail [AS] yang akan membangunkan umat yang ramai di kemudian hari).

Allah [SWT] juga menyeru Wahai Bani Israel! Ingatlah akan nikmat Allah [SWT] yang telah Allah [SWT] anugerahkan kepada Bani Israel dan (ingatlah pula) bahawasanya Allah [SWT] telah melebihkan Bani Israel dari pada umat yang lain

Walaupun Allah [SWT] telah mengurniakan berbagai nikmat dan keberkatannya kepada Bani Israel seperti Allah [SWT] selamatkan dari Firaun dan pengikut2 yang telah menyembelih anak-anak lelaki Bani Israel kemudiannya Allah [SWT] telah menyelamatkan Bani Israel dengan membelah Laut Merah untuk Bani  Israel dan Allah [SWT] tenggelamkan Firaun dan tentera2nya kemudian Allah [SWT] turunkan Taurat kepada Nabi Musa [AS] membedakan antara yang benar dan batil supaya kamu dapat petunjuk tetapi Bani Israel jadikan anak lembu sebagai Tuhan dengan menduakan Allah [SWT] tapi Allah [SWT] maafkan Bani Israel agar supaya Bani Israel bersyukur. Malang sekali Bani Israel tetap dengan pendirian dan dokongan mereka untuk menyegutukan Allah [SWT], memcampuradukkan yang hak dan batil, menukar ayat-ayat Allah [SWT] dalam Taurat walaupun Allah [SWT] telah memuliakan keturunan Bani Israel sebagai umat yang dilebihkan dari umat2 yang lain.

Sesungguhnya Allah [SWT] tidak memberi petunjuk kepada org yang melampaui batas dan pendusta. Allah [SWT] akan menyesatkan sesiapa yang melampaui batas dan ragu-ragu. Allah [SWT] juga akan mengunci setiap org yang sombong dan berlaku sewenang-wenang.

Barang sesiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka di akan di balas sebanding dengan kejahatan itu. Dan barang siapa mengerjakan kebajikan baik lelaki mahupun perempuan sedangkan dia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk syurga mereka beroleh rezeki di dalamnya dengan tidak terhingga (Ayat 40 Surah Al-Ghafir).

Barang siapa mengerjakan kebajikan maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barang siapa berbuat jahat maka (dosanya) menjadi tanggungan dirinya sendiri. Dan Tuhanmu sama sekali tidak menzalimi hamba-hamba(NYA).

Dan apabila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri (dengan sombong) tetapi apabila ditimpa malapetaka maka dia banyak berdoa.


Allah [SWT] mengatakan bahawa tidak sama org yang buta dengan org yang melihat dan tidak (sama) pula org yang beriman dengan mengerjakan kebajikan dengan org yang berbuat kejahatan. Hanya sedikit sekali yang kamu ambil pelajaran (Ayat 58 Surah Al-Ghafir).

Sesungguhnya org yang beriman dan mengerjakan kebajikan mereka mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.

Maka adapun Kaum Aad mereka menyombongkan diri di bumi tanpa (menghiraukan) kebenaran dan mereka berkata "Siapakah yang lebih hebat kekuatannya daripada kami"? Tidakkah mereka memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan mereka. Dia lebih hebat kekuatanNYA dari mereka? Dan mereka telah mengingkari tanda-tanda (kebesaran) Kami (Ayat 15 Surah Al-Fussilat).

Maka adapun Kaum Thamud mereka telah Allah [SWT] beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai kebutaan (kesesatan) daripada petunjuk itu maka mereka disambar petir sebagai azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan (Ayat 17 Surah Fussilat).

Allah [SWT] ada mengatakan bahawa barang siapa berkehendakkan keuntungan di akhirat akan Allah [SWT] tambahkan keuntungan itu baginya dan barang siapa berkehendakkan keuntungan di dunia Allah [SWT] berikan kepadanya sebahagian daripadanya (keuntungan dunia) tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat (Ayat 20 Surah Al-Syura)

Allah [SWT] ada mengatakan bahawa Allah [SWT] yang menerima taubat daripada hamba2nya dan memaafkan kesalahan2 dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. Allah [SWT] memperkenankan (doa) org yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka daripada kurnia Allah [SWT]. Orang yang ingkar akan mendapat azab yang sangat keras (Ayat 25-26 Surah Syura).

Allah [SWT] ada mengatakan bahawa bagi orang yang menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 keji dan apabila mereka marah mereka selalu bersikap pemaaf. Bagi org yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka dan mereka menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Allah [SWT] berikan kepada mereka. Bagi orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (berbuat baik kpd org yang berbuat jahat kepadanya) maka pahalanya dari Allah [SWT]. Sesungguhnya Allah [SWT] tidak menyukai org yang zalim. Allah [SWT] mengatakan bahawa orang yang membela diri setelah dizalimi tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka. Sesungguhnya kesalahan hanya ada pada orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa (menghiraukan) kebenaran. Mereka itu mendapat seksaan yang pedih tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia (Ayat 37-43 Surah Al-Syura).

Dan tidak sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap kamu akan menjadi seperti seorang sahabat karib. Dan (sifat-sifat baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.

Barang siapa mengerjakan kebajikan maka itu untuk dirinya sendiri dan barang siapa mengerjakan kejahatan maka itu juga akan menima dirinya sendiri kemudian kepada Tuhanmu kami dikembalikan.

Dan sesungguhnya kepada Bani Israel telah Kami berikan Kitab (Taurat) kekuasaan dan kenabian Kami anugerahkan kepada mereka rezeki yang baik dan Kami lebihkan mereka atas bangsa-bangsa (pada masa itu). Dan Kami berikan kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas tentang urusan (agama) maka mereka tidak berselisih kecuali setelah datang ilmu kepada mereka kerena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan memberi keputusan kepada mereka pada hari kiamat terhadap apa yang selalu mereka perselisihkan.


HINDARI PERPECAHAN:-

Ayat 13 Surah Al-Syura ada mengatakan bahawa Allah [SWT] telah mensyariatkan kepadamu (Muhammad) agama yang telah diwasiatkan Allah [SWT] kepada Nuh dan apa yang telah Allah [SWT] wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Allah [SWT] wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu tegakkanlah agama (keimanan dan ketakwaan) dan janganlah kamu berpecah-belah di dalamnya. Sangat berat bagi orang musyrik (untuk mengikuti) agama yang kamu serukan kepada mereka. Allah [SWT] memilih orang yang Allah [SWT] kehendaki kepada agama tauhid dan memberi petunjuk kepada (agama) Allah [SWT] bagi orang yang kembali (kepada Allah [SWT]).


HORMATILAH IBU-BAPA:-

Allah [SWT] dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15-17 ada mengatakan bahawa Allah [SWT] perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Tempoh mengandung sampai tempoh menceraikan susunya ialah selama tiga puluh (30) bulan sehingga apabila dia (anak itu) telah dewasa dan umurnya mencapai empat puluh (40) tahun dia berdoa "Ya Tuhanku berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redai dan berilah aku kebajikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang muslim".

Mereka itulah orang yang Kami terima amal baiknya yang mereka kerjakan dan (orang) yang Kami maafkan kesalahan2nya (mereka akan menjadi) penghuni2 syurga. Itu adalah janji yang benar yang telah dijanjikan kepada mereka.

Dan (amat derhaka) orang yang berkata kepada kedua orang tuanya, "AH" (kalimat atau isyarat yang bernada menentang) Apakah kamu berdua memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan (dari kubur) padahal beberapa umat sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)? Lalu kedua orang tuanya itu memohon pertolongan kepada Allah [SWT] seraya berkata "Celaka kamu berimanlah" Sesungguhnya janji Allah [SWT] itu benar. Lalu dia (anak itu) berkata "Ini hanyalah dongeng orang dahulu".

Ayat 14-15 Surah Luqman, Allah [SWT] menyatakan bahawa KAMI perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya (ibubapa). Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh mencraikan susunya ialah dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKU dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada AKUlah kamu kembali. Allah [SWT] menyatakan bahawa jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Allah [SWT] dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu maka janganlah engkau mentaati keduanya dan bergaullah dengan keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKU. Kemudian hanya kepadaKU tempat kembaliMU maka akan AKU beritahu kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

Ayat 23-23Surah Al-Isra, Allah [SWT]  berfirman Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah  selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika sala seorang antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka (mengucapkan kata-kata yang kasar daripada perkataan "ah" itu) dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Ianya bersambung dengan ayat 24 di mana Allah [SWT] berfirman Dan rendahlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidik aku di waktu kecil".


BERJIHAD

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah [SWT] dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah [SWT]) telah menamakan kamu orang muslim sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Quuran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kepada Allah [SWT]. Dialah Pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.

Kepunyaan Allahlah [SWT] segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah [SWT] benar-benar Maha Kaya lagi Maha terpuji. Dan Dialah yang telah menghidupkan kamu kemudian mematikan kamu kemudian menghidupkan kamu (semula) sesungguhnya manusia itu benar-benar sangat mengingkari nikmat.

Sesungguhnya Allah [SWT] pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Iaitu orang yang jika Kami teguhkan kedudukan meraka di muka bumi nescaya mereka mendidrikan solat, menunaikan zakat menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar dan kepada Allah [SWT] lah kembali segala urusan.

Berapa banyaknya kota yang Kami telah binasakan yang penduduknya dalam keadaan zalim maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutup atap-atapnya dan (berapa banyak pula) perigi yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi (telah kosong ditinggalkan). Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

Dan di antara manusia ada orang yang membantah tentang Allah [SWT] tanpa ilmu pengetahuan tanpa petunjuk dan tanpa hisab (wahyu) yang bercahaya (menjelaskan antara hak dan batil.


GODAAN SYAITAN


Surah Al-Isra ayat 64 Allah [SWT] menyatakan bahawa Dan perdayakaalah siapa yang kamu sanggupi di kalangan mereka dengan ajakanmu dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipu daya belaka (Allah [SWT] memberi kesempatan kepada iblis untuk menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya tetapi segala tipu daya syaitan itu tidak mampu menghadapi orang yang benar-benar beriman). Sesungguhnya (terhadap) hamba-hambatKU kamu (iblis) tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan Cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga.

Syaitan ataupun Iblis akan sentiasa mengoda manusia untuk melanggar segala larangan Allah [SWT] kerana itu adalah ajaran syaitan dan iblis yang di janjikan kepada Allah [SWT] iaitu untuk melalaikan dan menyesatkan manusia supaya tidak tunduk dan mematuhi ajaran Allah [SWT]. Syaitan atau Iblis akan menghantar bala tenteranya lagi besar kedudukan manusia itu lagi besar syaitan ataupun iblis di hantar untuk digoda dan disesatkan. Tapi malangnya syaitan ataupun iblis tidak akan dapat mengoda dan menyesatkan manusia yang beriman kepada Allah [SWT]. Allah [SWT] akan menghantar Malaikat-malaikatnya untuk memerhati dan menjaga manusia-manusia beriman agar sentiasa bernaung di bawah panji-panji Allah [SWT].

Dan jika syaitan menganggumu dengan suatu godaan, maka pohonlah perlindungan kepada Allah [SWT]. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Dan barang siapa tidak mengendahkan pengajaran Allah [SWT] Yang Maha Pemurah (Al-Quran) Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya.

Dan sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan itu) benar-benar menghalang mereka dari jalan yang benar sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Ayat 26 Surah Al-Araf Allah [SWT] menyatakan bahawa Wahai anak Adam Janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia (syaitan) telah mengeluarkan kedua ibu-bapamu dari syurga ia berjaya menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Allah [SWT] telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman.  


INFAKKAN HARTA dan JANGAN BOROS dan PERKARA-PERKARA YANG DI BENCI oleh ALLAH [SWT]

Surah Al-Isra ayat 24 Allah [SWT] menyatakan bahawa  Dan berikanlah kepada kaum kerabat yang dekat akan haknya, kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah terlalu menghulurkannya (Janganlah kamu terlalu kikir dan janglah pula terlalu pemurah) kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya sesungguhnya Dia Maha mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.

Surah Al-Isra ayat 31-38 Allah [SWT] menyatakan bahawa Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takutkan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu yang buruk. Janganlah kamu membunuh jiwa yang di haramkan Allah [SWT] membunuhnya melainkan dengan suatu alasan yang benar. Barangsiapa dibunuh secara zalim maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya tetapi janganlah ahli warisnya itu melampaui batas dalam membunuh. Janganlah kamu mendekati harta anak yatim kecuali cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai dia dewasa dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu pasti diminta pertangnngungjawabannya. Sempurnakanlah takaran apabila kamu menkar dan timbanglah dengan neraca yang benar. Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati nurani semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dapat menembusi bumu dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

Ayat 26-27 Surah Al-Isra, Allah [SWT] berfirman Dan berikanlah kaum kerabat yang dekat akan haknya kepada orang miskin dan orang yang dalam perjalanan dan janganlah kamu membelanjakan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.


PERCAKAPAN KOSONG

Ayat 6-7 Surah Luqman, Allah [SWT] menyatakan bahawa ada manusia yang mempergunakan percakapan kosong untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah [SWT] tanpa ilmu dan ada pula yang menjadikan agama Allah [SWT] itu sebagai olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat KAMI di berpaling dengan menyombong diri seolah-olah dia belum mendengarnya seakan-akan ada penyumbat di kedua telinganya makan gembiralah dia dengan azab yang pedih.


BERSYUKUR KEPADA ALLAH dan JANGAN SEKUTUKAN ALLAH [SWT] 

Ayat 12 Surah Luqman, Allah [SWT] menyatakan bahawa KAMI telah memberi hikmah kebijaksanaan kepada Luqman iaitu "Bersyukurlah kepada Allah [SWT]" dan barang siapa bersyukur kepada Allah [SWT] maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang tidak bersyukur (kufur) maka sesungguhnya Allah [SWT] Maha Kaya Lagi Maha Terpuji dan ingat ketika Luqman berkata kepada anaknya ketika dia memberi pelajaran kepadanya "Wahai anakku janganlah engkau mempersekutukan Allah [SWT] sesungguhnya mempersekutukan Allah [SWT] adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Ayat 44 Surah Al-Isra, Allah [SWT] berfirman Langit yang tujuh bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah [SWT]. Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya tetapi kamu sekelian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun


NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA

Ayat 16-19 Surah Luqman, Allah [SWT] menyatakan bahawa Luqman berkata kepada anaknya "Wahai anakku! Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, nescaya Allah [SWT] akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah [SWT] Maha Halus Lagi Maha Teliti. Seterusnya Luqman menasihati anaknya "Wahai anakku! lakukanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) daripada yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting. Janganlah  engkau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah [SWT] tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri dan sederhanakanlah dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.


BERTAKWALAH KEPADA ALLAH [SWT]

Ayat 33-34 Surah Luqman, Allah [SWT] menyatakan bahawa wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhamu dan takutlah pada hari yang (ketika itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah [SWT] itu pasti benar maka janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kehidupan dunia dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah [SWT]. Sesungguhnya di sisi Allah [SWT] ilmu tentang hari kiamat dan DIA yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok (manusia itu tidak dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok atau yang akan di perolehinya namun demikian manusia diwajibkan berusaha) dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah [SWT] Maha Mengetahui lagi amat meliputi pengetahuanNYA.


KEADAAN DI SYURGA DAN DI NERAKA

Ayat 43-57 Surah Al-Dukhan, Allah [SWT] ada menyatakan bahawa sesungguhnya pohon zaqqum itu makanan bagi orang yang banyak dosa seperti cairan tembaga yang mendidih di dalam perut seperti mendidihnya air yang sangat panas. Lalu di perintahkan kepada malaikat penjaga neraka "Peganglah dia (orang yang berdosa) kemudian heretlah dia sampai ke tengah-tengah nereka kemudian tuangkanlah di atas kepalanya azab (daripada) air yang sangat panas. Serta dikatakan kepadanya seraya mengejek "Rasakanlah sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia (sebagaimana engkau mendakwanya ketika di dunia dahulu)". Sesungguhnya inilah azab yang dahulu kamu ragukan.

Sesungguhnya orang yang bertakwa berada dalam tempat yang aman. (Iaitu) di dalam taman-taman dan mata air-mata air. Mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal (duduk) berhadap-hadapan.  Demikianlah keadaanya kemudian Kami berikan kepada mereka pasangan bidadari yang bermata indah. Di dalamnya mereka dapat meminta segala macam buah-buahan dengan aman dan tenteram. Mereka tidak akan merasakan mati di dalamnya selain kematian pertama (di dunia). Allah [SWT] melindungi mereka daripada azab neraka. Itulah merupakan kurniaan daripada Tuhanmu. Demikian itulah kemenangan yang agung.


KESESATAN YANG NYATA AKIBAT DARI HAWA NAFSU

Ayat 23 Surah Al-Jathiyah Allah [SWT] menyatakan bahawa pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah [SWT] mebiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya (Allah [SWT] membiarkan orang itu sesat kerana Allah [SWT] telah mengetahui bahawa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya) dan Allah [SWT] telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah yang mempu memberinya petunjuk setelah Allah [SWT] (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?


AMALAN BAIK DAN AMALAN JAHAT

Ayat 160 Surah Al-Anam Allah [SWT] menyatakan bahawa Barang siapa melakukan amal yang baik maka baginya sepuluh kali (10) ganda pahala amalnya. Dan barang siapa yang melakukan perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)

Ayat 162 Surah Al-Anam Allah [SWT] menyatakan bahawa katakanlah Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah [SWT], Tuhan semesta alam bersambung dengan ayat 163 Surah Al-Anam tidak ada sekutu bagiNya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang terawal menyerahkan diri (kepada Allah [SWT]). Inilah katakan Nabi Ibrahim AS kepada kaumnya dan bapanya


BERDOA

Ayat 54 Surah Al-Araf Allah [SWT] menyatakan bahawa sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah [SWT] yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam (6) masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutup malam dan siang yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakanNya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tuduk kepada perintahNya. Ingatlah hanya milik Allah [SWT] urusan menciptkan dan memerintah. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam bersambung dengan ayat 55 Surah Al-Araf Allah [SWT] menyatakan bahawa berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara lembut. Sesungguhnya Allah [SWT] tidak menyukai orang yang melampaui batas.


ORANG YANG MENDUSTAKAN AYAT-AYAT ALLAH [SWT] 

Ayat 175, 176 dan 177 Surah Al-Araf Allah [SWT] menyatakan bahawa apabila ayat-ayat Allah [SWT] di bacakan kepada dia (isi al-Kitab) dia pasti akan berpaling lalu dia diikuti oleh hasutan syaitan (sampai dia tergoda) maka dia termasuk di kalangan orang yang sesat. Allah [SWT] boleh tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat Allah [SWT] tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dia akan menghulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia tetap menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah [SWT]. Maka ceritakanlah (kepada mereka)kisah-kisah itu agar mereka berfikir. Amat buruklah perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat Allah [SWT] dan kepada diri mereka sendirilah mereka berbuat zalim.


SIFAT-SIFAT PENGHUNI NERAKA 

Ayat 178 dan 179 Surah Al-Araf Allah menyatakan bahawa Barang siapa yang Allah [SWT] beri petunjuk maka dialah yang mendapat petunjuk dan barang siapa yang disesatkan Allah [SWT] merekalah orang yang rugi dan sesungguhnya Allah [SWT] jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan jin dan manusia mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah [SWT]) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah [SWT]) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah [SWT]). Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai.


JANGAN IKUT DAN MEMBUAT SESUATU TANPA ILMU DAN JANGAN SOMBONG

Ayat 36-37 Surah Al-Isra, Allah [SWT] berfirman Dan janglah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.  Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya. Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak sampai setinggi gunung.  


ALLAH [SWT] MENJADIKAN SEGALA-GALA BAIK APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI

Surah Al-Najm ayat 31 Allah [SWT] berfirma Dan milik Allahlah yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. (Dengan demikian) Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat jahat sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan dan Dia akan memberi balasan kepada orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)

Surah Al-Najm ayat 32 pula Allah [SWT] berkata mereka yang menjauhi  dosa-dosa besar dan perbuatan keji selain daripada kesalahan-kesalahan yang kecil. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia mengetahui tentang kamu sejak kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janglah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa

Surah Al-Najm ayat 38 pula Allah [SWT] menyatakan bahawa seorang yang berdosa tidak memikul dosa orang lain

Surah Al-Najm ayat 39 pula Allah [SWT] menyatakan bahawa seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakan

Surah Al-Najm ayat 42, 43, 44, 45, 47 dan 48 pula Allah [SWT] menyatakan bahawa Tuhanlah kesudahan (segala sesuatu). Dialah yang menjadikan orang ketawa dan menangis dan Dialah yang mematikan dang menghidupkan. Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan. Dialah yang menetapkan kejadiannya yang lain (kebangkitan sesudah mati). Dialah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.

Surah Al-Najm ayat 24 Allah [SWT] berfirma apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya...?????


KEHIDUPAN DI DUNIA HANYA PERMAINAN DAN GURAUAN SERTA PERHIASAN

Surah Al-Hadid ayat 20 Allah [SWT] ada menyatakan bahawa Sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam menambah kekayaan dan anak keturunan seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para petani kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah [SWT] serta keredaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.

Surah Al-Hadid ayat 21 Allah [SWT] menyeru kepada manusia agar berlumba-lumba untuk mendapatkan keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah [SWT] dan rasul-rasulNya.Itulah kurniaan Allah [SWT] yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah [SWT] mempunyai kurniaan yang besar.


BENCANA

Surah Al-Hadid ayat 22 Allah [SWT] ada menyatakan bahawa setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri semuanya telah tertulis dalam Kitab (Luth Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah [SWT]. Ini di perjelaskan seterusnya dalam Surah Al-Hadid ayat 23 di mana Allah [SWT] menyatakan bahawa agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu dan tidak pula terlalu gembira (kegembiraan yang melampui batas sehingga menyebabkan kesombongan, ketakburan dan lupa kepada Allah [SWT]) terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah [SWT] tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.


BERITA YANG PERLU DI TELITI DAN DI SELIDIKI

Surah Al-Hujurat ayat 6 Allah [SWT] menyatakan bahawa Wahai orang yang beriman! Jika seorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu.


ORANG MUKMIN ITU BERSAUDARA

Surah Al-Hujurat ayat 10 Allah [SWT] menyatakan bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah [SWT] agar kamu mendapat rahmat.


JANGAN MENCEMUH DAN MENCELA ORANG LAIN SERTA JANGAN MEMANGGIL GELARAN YANG BURUK TERHADAP ORANG LAIN

Surah Al-Hujurat ayat 11 Allah [SWT] menyatakan bahawa Wahai orang beriman! Janganlah suatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain (Ditegah mencela antara sesama mukmin kerana orang mukmin ibarat satu badan) kerana boleh jadi mereka yang dicemuh lebih baik dari mereka yang mencemuh dan jangan pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan lain kerana boleh jadi perempuan yang dicemuh lebih baik daripada perempuan yang mencemuh. Jangan kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk (Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh arang yang digelarnya dengan gelaran itu seperti panggilan kepada seseorang yang sudah beriman dengan kata-kata: hai fasik dan sebagainya). Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang yang zalim.


JANGAN PRASANGKA DAN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN, MENGUMPAT

Surah Al-Hujurat ayat 12 Allah [SWT] menyatakan bahawa Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka sesungguhnya prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah [SWT]. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.


ALLAH [SWT] CIPTA MANUSIA LELAKI DAN PEREMPUAN KEMUDIANNYA BERBANGSA-BANGSA

Surah Al-Hujurat ayat 13 Allah [SWT] menyatakan bahawa Wahai manusia Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah [SWT] ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah [SWT] Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.



No comments:

Post a Comment