Sunday, May 12, 2013

PARTI UMNO BUKAN PARTI RASIS MACAM DOKTRIN DAP...KENAPA ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG TERLALU KECEWA MENURUT NAZRI AZIZ?????

Logo UMNO




Siapa tidak mengenali parti UMNO. Ianya adalah parti keramat orang Melayu. Ianya amat berjasa sekali kepada Tanah Melayu kemudian Malaya kemudiannya Malaysia dan rakyatnya. UMNO adalah sebuah parti yang di tubuhkan oleh orang Melayu bagi menentang Malayan Union tajaan British. Kemudian UMNO adalah parti yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia kemudian bersama-sama dengan parti komponennya iaitu MCA dan MIC. UMNO juga yang telah membawa masuk Sabah dan Sarawak melalui persetujuan pemimpin2 tempatan di Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia pada tahun 1963. Oleh itu hendak mengatakan parti UMNO itu rasis amat jangkal sekali kerana bila hendak menuntut kemerdekaan kita panggil parti-parti MCA dan MIC yang mewakili kaum Cina dan India untuk berunding bagaimana caranya dan apakah polisi serta falsafah yang hendak kita ajukan kepada kerajaan British bagi kita menuntut kemerdekaan Malaya pada ketika itu. Bila hendak menubuhkan Malaysia antara Sabah dan Sarawak UMNO panggil pimimpin2 tempatan yang terdiri dari berbagai kaum.

Selepas 56 tahun merdeka kenyataan rasis terhadap parti UMNO masih berkumandang. Kenapa agaknya????? Kalau hendak di bandingkan dengan Doktrin DAP jauh lebih baik parti UMNO kerana parti UMNO yang mewakili kaum Melayu sentiasa inginkan kuasa politik di kongsi bersama dengan kaum-kaum lain di Malaysia, walaupun ada setengah kaum hanya mementingkan diri mereka sendiri. Kita kalau melihat akan penguasaan ekonomi oleh kaum-kaum lain di Malaysia, tidak keberatan untuk mengatakan bahawa persaingan ekonomi telah meyebabkan kaum-kaum lain agak curiga dan iti hati serta dengki dengan pencapaian kaum Melayu dalam ekonomi setelah "sistem penswastaan di wujudkan di Malaysia satu ketika dahulu". Walaupun ada terdapat kekurangan di sana sini tetapi sistem itu telah menimbulkan minat dan kecenderungan "kaum Melayu" untuk menceburi bidang perniagaan yang satu ketika dahulu agak asing dan tidak pernah di buat oleh kaum Melayu melainkan "bertani dan berkerja dengan kerajaan ataupun makan gaji".

ITULAH SEBABNYA YAB PM NAJIB TUN RAZAK KATA UMNO BUKAN PARTI RASIS KERANA IA SENTIASA MEMBERI KEADILAN KEPADA SEMUA RAKYAT TANPA MENGIRA KAUM DI MALAYSIA. INI BERMAKNA UMNO BERPEGANG KUAT KEPADA SERUAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD [SAW] SERTA PERLEMBAGAAN MALAYSIA. UMNO SEJAK DI TUBUHKAN 67 TAHU LALU SENTIASA MENGANGGAP BUKAN MELAYU SEBAGAI RAKAN KONGSI DAN AKAN TETAP MEMPERTAHANKAN DASAR YANG SEDERHANA, ADIL DAN SAKSAMA KEPADA SEMUA BANGSA.

KALAU KITA BANDING PARTI UMNO DENGAN DOKTRIN DAP MACAM LANGIT DENGAN BUMI JAUHNYA. DOKTRIN DAP TERKENAL DENGAN SIKAP CHAUVINIS, RASIS, BIADAP, ANTI MELAYU DAN ANTI ISLAM SEBALIKNYA PARTI UMNO TIDAK CHAUVINIS, RASIS, ANTI KAUM-KAUM LAIN ATAUPUN ANTI AGAMA-AGAMA LAIN. WALAUPUN DALAM UMNO ITU SENDIRI TIADA KAUM-KAUM LAIN CUMA ADA MELAYU DAN BUMIPUTRA TETAPI DALAM BARISAN NASIONAL YANG DI TUNJANGI OLEH UMNO ADA PARTI-PARTI KOMPONEN YANG TELAH BERSAMA-SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA DAN MENSEJAHTERAKAN RAKYAT SELAMA 56 TAHUN. MCA DAN MIC TETAP BERSAMA-SAMA DENGAN UMNO BAIK JATUH ATAUPUN BANGUN. INILAH CONTOH BAGAIMANA SEMANGAT BARISAN KITA BARISAN NASIONAL DARI PERLIS SAMPAI KE SABAH MALAYSIA SUDAH BERJAYA.

Umno mampu membawa pelbagai kejayaan yang lebih baik untuk Malaysia pada masa hadapan menerusi sokongan berterusan rakyat Malaysia. PRU13 telah menterjemahkan bahawa sokongan padu rakyat terutama sokongan orang Melayu terhadap UMNO telah memperlihatkan bahawa rakyat di seluruh negara menghargai setiap jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Kedudukan UMNO semakin kukuh untuk kita memacu ke hadapan bagi mencapai cita-cita negara maju menjelang Wawasan 2020. Marilah kita bersama-sama berusaha memastikan UMNO terus meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu dan setiap rakyat yang memerlukan bantuan.

Proses peremajaan UMNO perlu berlaku lebih pantas dengan memperluaskan ruang kepada generasi muda, kumpulan professional dan kelas menengah Melayu untuk bergiat lebih aktif dalam parti. Umno perlu melalui satu proses transformasi politik yang lebih komprehensif dan radikal untuk menjadi parti politik Melayu Islam dan Malaysia dinamis, inklusif serta berwawasan agar universal dari segi perjuangan tanpa melupakan objektif asal penubuhan. Hari ini hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional memajukan bangsa lahir ramai kelas menengah Melayu berpendidikan tinggi berkerjaya dan tinggal di kota besar. Golongan ini berhadapan realiti baru kehidupan sebagai masyarakat bandar jauh berbeza dengan zaman awal penubuhan UMNO yang lebih tertumpu kepada masyarakat desa dan luar bandar. Golongan kelas menengah Melayu perlu disantuni oleh UMNO kerana mereka pasak kekuatan UMNO yang baru. Selain itu generasi muda juga kelompok penting yang perlu didampingi secara lebih dekat oleh UMNO. Citra dan pemikiran mereka berbeza dengan generasi awal UMNO yang membina asas serta mencorak hala tuju perjuangan parti lama ini. Dengan mendampingi golongan muda serta mengajak mereka untuk bersama-sama berjuang dalam UMNO parti kita akan mendapat suntikan semangat dan idea baru. 

UMNO mempunyai tempoh lima (5) tahun sebelum sekali lagi menghadapi pilihan raya bagi memperoleh mandat rakyat untuk terus menerajui negara. PRU14 akan menjadi titik penentuan penting kelangsungan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu. Dalam tempoh singkat ini setiap peringkat kepimpinanUMNO dari pusat negeri hingga bahagian dan cawangan perlu bermuhasabah melakukan pembetulan serta bertindak memastikan UMNO terus mengungguli perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta.    

Kita amat tertarik dengan kenyataan Nazri Aziz mengenai kenapa ANWAR DAN KIT SIANG AMAT KECEWA. 

KETUA PEMBANGKANG, ANWAR IBRAHIM DAN SEKUTU FASISNYA PUNAHSIHAT DOKTRIN DAP SIBUK MENGADAKAN PERHIMPUNAN HARAM MEMBANTAH KEPUTUSAN PRU13 KERANA AMAT KECEWA SETALAH GAGAL MENUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

SEPATUTNYA SEBAGAI PENGAMAL DEMOKRASI BUKAN DEMONCRAZY ATAU DEMOCRAZY KEPTUSAN RAKYAT MESTI DITERIMA BERDASARKAN KEPADA SISTEM DIGUNA PAKAI BERDASARKAN PERLEMBAGAAN. YAB PM SEBAGAI PENGERUSI BARISAN NASIONAL DARI AWAL LAGI MENYATAKAN "BARISAN NASIONAL AKAN MENERIMA APA JUGA KEPUTUSAN RAKYAT PADA PRU13 NANTI". 

TETAPI MASALAHNYA KENAPA KEDUA-DUA KEPALA "PUNASIHAT" ITU TIDAK MAHU TERIMA "HUKUMAN RAKYAT"?????

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana amat kecewa setelah gagal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Anwar dan Kit Siang begitu yakin pakatan pembangkang mampu menubuhkan Kerajaan Pusat selepas pilihan raya umum lalu kerana mempunyai kerjasama serta sumber kewangan kukuh selain sokongan pihak luar.

Katanya, berbanding 2008, pembangkang dalam pilihan raya umum lalu bertanding dengan sokongan kewangan dari empat negeri termasuk dua negeri yang kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang. "Jadi, betullah dia (pembangkang) kata PRU-13 adalah ibu kepada segala pilihan raya umum. Tengok-tengok tidak menang, maka kecewalah. "Anwar boleh terus kecewa sebab lima tahun lagi umur dia sudah 71 tahun. Sama juga dengan Kit Siang kerana hendak ambil Putrajaya sudah jadi perkara mustahil," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan kemenangan BN di Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya tindakan Anwar dan Kit Siang mempertikai BN masih menjadi kerajaan sedangkan pakatan pembangkang menang undi popular, Mohamed Nazri berkata, mereka sepatutnya sudah faham sistem pilihan raya di negara ini. Katanya, berdasarkan sistem pilihan raya di negara ini, kemenangan dikira berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti yang bertanding. "Kamu sudah masuk bertanding dan sudah tahu peraturan permainan itu, tetapi apabila keputusan keluar, kamu hendak tukar. Ini saya beritahu, rumah siap, pahat masih berbunyi.

"Dua Ahli Parlimen ini 'gila' hendak jadi Perdana Menteri dan menteri. Bercita-cita sangat dan apabila tidak menang, mereka cari alasan," katanya. Menurut beliau, pembangkang sebenarnya hipokrit kerana dalam masa sama menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Kelantan. "Di sini tidak setuju dengan keputusan tetapi di sana berebut hendak jadi Menteri Besar Selangor. Di Pulau Pinang dan Kelantan sudah ada kerajaan.

"Orang dia (Anwar) sudah setuju. Orang Selangor pun sudah hantar nama (Menteri Besar) tetapi (Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat), Azmin Ali baru sedar nama sudah dihantar. Maknanya, dia setuju keputusan pilihan raya," katanya. Sementara itu, kata Mohamed Nazri, pengundi Cina silap pertimbangan selepas memberi sokongan mutlak kepada pakatan pembangkang dalam PRU-13 kerana beranggapan hak-hak istimewa Melayu dan bumiputera akan dihapuskan sekiranya kerajaan BN berjaya ditumbangkan. Kata beliau, pengundi Cina tertipu kerana sama ada BN atau pembangkang menjadi kerajaan, hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam tetap tidak akan dipinda.

Beliau yakin semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu serta Islam dalam Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak sanggup menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam yang termaktub dalam Perlembagaan. "Saya kira kalau Anwar menjadi Perdana Menteri pun, ingat dia berani hendak hapuskan hak Melayu dan bumiputera?

"Saya hendak tanya dia, Anwar, kalau 'hang' tubuh kerajaan, 'hang' berani hendak hapuskan hak orang Melayu? Saya hendak tanya Abdul Hadi dan Mahfuz Omar, kalau mereka tubuh kerajaan, berani tak hapuskan (hak Melayu)," katanya. Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, sekiranya Anwar dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sanggup berbuat demikian, mereka perlu memulakannya di Selangor dengan membuang segala peruntukan berkaitan kepentingan Melayu dan bumiputera serta Islam dalam Perlembagaan negeri itu.

Menurut beliau, sudah jelas walaupun pakatan pembangkang boleh menubuhkan kerajaan dan meminda Perlembagaan, ahli Parlimen dan ADUN Melayu serta Islam dalam Pas dan PKR tidak berani menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam. "Bagi masyarakat Cina, mereka tertipu dan hanya mengejar pelangi. Siapa sahaja menjadi kerajaan, hak istimewa Melayu dan bumiputera serta kedudukan agama Islam tidak akan dipinda oleh sesiapa termasuk pakatan pembangkang," katanya.

Mohamed Nazri berkata, pengundi Cina menolak BN kerana merasakan kerajaan tidak ikhlas melaksana konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Sedangkan, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak awal lagi menegaskan konsep 1Malaysia itu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan yang mempertahan golongan bumiputera dan Melayu tanpa meminggirkan kaum-kaum lain.




















































No comments:

Post a Comment