Friday, May 3, 2013

PARLIMEN PERMATANG PAUH...ANWAR IBRAHIM SAY BYE-BYE...?????



IDAMAN ANWAR IBRAHIM


keputusan pru 13 permatang pauh
PERMATANG PAUH TERCABAR

Jumlah Pengundi: 71,808
Melayu: 70.2%
Cina: 23.1%
India: 6.3%
B/P Sabah: 0.1%
Lain2: 0.4%

Doktrin PKR sekarang ibarat kapal yang hendak tenggelam. Ahli-ahli keluar berduyun-duyun kerana Anwar Ibrahim dan pemimpin2 PKR gagal dalam matlamat "demokrasi dan keadilan". Sepanjang 15 hari berkempen ada sahaja cabang ataupun ranting yang akan tutup akibat "ketidakpuasan hati ahli-ahli akar umbi" terhadap pucuk kepimpinan PKR. Nampkanya ahli-ahli akar umbi sudah baca "autaman, pembohongan, fitnah dan dusta" Anwar Ibrahim.

Perkara ini di akui sendiri oleh anak calon Barisan Nasional Dr. Mazlan Ismail, orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun. Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini. Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.
Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR. KALUT SUNGGUH.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah! Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan? Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu…Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin? Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon ‘fikrah jelas’ tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang ‘fikrah jelas’ tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 “Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya”.

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.

Takpala… kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu. Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah (NUKILAN AHMAD UZAIR MAZLAN, ANAK DR. MAZLAN).

MARI KAWAN-KAWAN DI PERMATANG PAUH KITA TUNAIKAN HASRAT ANWAR IBRAHIM UNTUK KEMBALI MENGAJAR JIKA GAGAL RAMPAS PUTRAJAYA.

MARI KITA TUNAIKAN HASRAT ANWAR IBRAHIM

KITA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENAIKKAN DAN MENURUKAN PEMIMPIN2 YANG KITA INGINKAN. KITA TELAH MEMBERI KELONGGARAN KEPADA ANWAR IBRAHIM UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA TERDAPAT KONSPIRASI DAN PERBUATAN KHIANAT TERHADAP BELIAU. SEBALIKNYA ANWAR IBRAHIM YANG BERKONSPIRASI DENGAN ORG ASING DAN DANA ASING UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. BERBAGAI "AUTAMAN, PEMBOHONGAN, FITNAH DAN DUSTA" DIGUNAKAN UNTUK MEMBURUK-BURUKKAN PEMIMPIN2 DAN KERAJAAN  BARISAN NASIONAL DI PENTAS ANTARABANGSA TETAPI ANWAR IBRAHIM TETAP GAGAL UNTUK MENDAPATKAN "SOKONGAN EMAS" DARIPADA RAKYAT MALAYSIA. SOKONGAN UNTUK MENDAPATKAN HADIAH IDAMANNYA IAITU "KUASA PERDANA MENTERI DAN PUTRAJAYA". 

KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH [SWT] DAN MENGETAHUI SESUNGGUHNYA ALLAH [SWT] TIDAK AKAN MEMUSNAHKAN NEGARA ITU MELAINKAN RAKYAT NEGARA ITU INGIN MEMUSNAHKAN NEGARA ITU SENDIRI DENGAN MEMBELAKANGI "AJARAN ISLAM SEPERTI TERCATIT DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD [SAW]. PENOLAKKAN CORAK KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM SUDAH SEMAKIN TERSEBAR LUAS DAN SEKARANG KITA HANYA MENANTIKAN SAAT DAN KETIKANYA ANWAR IBRAHIM DI TEWASKAN DI LAPANGANNYA SENDIRI IAITU AKIBAT KESOMBONGAN, KEGILAAN KUASANYA, KEBIADAPANNYA, TABIAT PENDENDAMNYA, AGENDA PLURALISMA, KERUNTUHAN MORAL DAN KREDIBILITINYA YANG DIPERSOALKAN. 

SEKARANG RAKYAT PERMATANG PAUH KENA BUAT PEMILIHAN:-

DR. MAZLAN ISMAIL CALON BARISAN NASIONAL DENGAN CERMIN "ISLAM", BERSIH, BERWAWASAN, BERINTEGRITI DAN TIDAK RUNTUH MORALNYA SERTA BERMARUAH.

ATAU,

ANWAR IBRAHIM CALON PKR. SEMUA RAKYAT PERMATANG PAUH SUDAH TAHU  SIAPA ANWAR IBRAHIM. ANWAR IBRAHIM IBARAT MACAM CACING KEPANASAN SEHINGGAKAN PANGGIL "PELAKON SIAM" YANG KONONNYA BERLAKON "VIDEO CINADOLL" ANWAR IBRAHIM. TAPI MALANGNYA ANWAR IBRAHIM "GAGAL UNTUK MENUTUP BANGKAI GAJAH" YANG MEMBUSUK SETIAP HARI DAN MENYEBARKAN "BAU BUSUK" ITU SERATA MALAYSIA DAN DUNIA AKIBAT PERBUATAN DAN KERUNTUHAN MORALNYA. ITU BELUM DI AMBIL KIRA AGENDA YAHUDI, AGENDA PLURALISMA, AGENDA "KEADILAN DAN DEMOKRASI ALA ANWAR IBRAHIM".

BERHATI-HATI RAKYAT PERMATANG PAUH KITA JANGAN BERIKAN RUANG KEPADA PEMIMPIN YANG BERSIKAP SEPERTI FIRAUN...NANTI...DI TAKUTI DIA AKAN JADI LEBIH FIRAUN DARI SI FIRAUN YANG DI KISAHKAN DALAM AL-QURAN UNTUK DI TATAP OLEH MANUSIA SEHINGGA KE ZAMAN MODEN INI. ITULAH PENGAJARAN YANG KITA HARUS HAYATI DAN DI JADIKAN PEDOMAN DAN SEMPADAN UNTUK TIDAK MELAKUKAN KESILAPAN SEPERTI MANA SI FIRAUN TELAH MELAKUKANNYA BERIBU TAHUN LALU.






















































No comments:

Post a Comment