Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan barisan
Jemaah Menteri yang diumumkan hari ini sebagai Kabinet berimbang
menggabungkan pemimpin berpengalaman, teknokrat dan orang muda. Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu tersebut mampu meneruskan dan
menjayakan agenda transformasi nasional selain meningkatkan kepercayaan
dan keyakinan rakyat. "Selain memberi tumpuan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing,
isu-isu seperti integriti dan rasuah akan diberi tumpuan oleh Kabinet
yang baharu"...
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
Kabinet baharu yang diumumkan hari ini sebagai barisan yang mantap dan
dinamik dengan menggandingkan pemimpin muda serta berpengalaman untuk
melaksanakan transformasi. Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet baharu menggabungkan
pemimpin yang berpengalaman di dalam dan luar kerajaan termasuk pakar
dalam bidang perdagangan dan teknokrat. "Di samping itu terdapat juga tenaga dinamik, orang muda seperti
Khairy Jamaluddin, Datuk Rahman Dahlan dan Datuk Fadillah Yusof yang
menunjukkan prestasi cemerlang sebagai Ahli Parlimen sebelum ini...
APA LAGI HENDAK DI PERKATAKAN SELAIN DARI UCAPAN TAHNIAH SEMOGA KABINET "TEAM TRANSFOMASI" 2013 BOLEH MENJAYAKAN AGENDA "TRANSFOMASI" SETERUSNYA UNTUK MEMBAWA MALAYSIA KE ARAH NEGARA MAJU MENJELANG WAWASAN 2020 NANTI.
TENAGA MUDA DI BAWA MASUK, PENGALAMAN TEKNOKRAT DI PANGGIL SEMENTELAH ITU ORANG BERPENGALAMAN DALAM SELOK BELOK PENTADBIRAN NEGARA JUGA DI KEKALKAN UNTUK MENYEIMBANGKAN "PASUKAN MANTOP" BAGI MEMACU MALAYSIA KE HADAPAN DALAM MASA LIMA (5) MENDATANG NANTI. KECEMERLANG "WAHID DI MAYBANK" TIDAK BOLEH DI PANDANG ENTENG KERANA KEBOLEHANNYA UNTUK MEMBANTU YAB PM DAN YAB TPM MELONJAKKAN LAGI PROGRAM TRANSFORMASI ETP, PTP DAN GTP SUDAH TENTU AKAN DI PERHATIKAN OLEH SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT TERUTAMA DI SEKTOR PERBANKAN. INI ADALAH SATU PENGHORMATAN KEPADA MAYBANK YANG SEBELUM INI TELAH MEMINJAMKAN "AMIRSHAM" KEPADA KERAJAAN MALAYSIA. INI SATU PENGIKTIRAFAN YANG HARUS DI NILAI DARI SUDUT "KEBOLEHAN, KEPAKARAN DAN OBJEKTIF" YANG INGIN DI CAPAI SEPERTI MANA "IDRIS JALA" DI BAWA MASUK SATU KETIKA DAHULU.
Dengan keputusan MCA dan Gerakan tidak sedia menerima sebarang
jawatan dalam kerajaan, masyarakat Cina dalam Kabinet kini diwakili
Senator Paul Low Seng Kuan dan Mary Yap Kain Ching, anggota Parlimen
Tawau. Mary Yap dari Parti Bersatu Sabah, adalah bekas guru dan pernah
dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012. Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia Senator
Datuk Paul Low Seng Kuan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana
Menteri.
PERLANTIKAN SENATOR "PAUL LOW SENG KUAN" PAKAR INTEGRITI MALAYSIA NAMPAKNYA MEMPERKUATKAN LAGI ILTIZAM KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK MENGHAPUSKAN "RASUAH" DAN MENINGKAT "INTERGRITI" DI KALANGAN ANGGOTA KERAJAAN DAN JABATAN KERAJAAN MALAYSIA. SEBELUM INI "PAUL LOW SENG KUAN" HANYA BERCAKAP DI LUAR DAN AMAT KRITIKAL DALAM SOAL "RASUAH DAN INTEGRITI", SEKARANG BELIAU BERADA DI DALAM KABINET KITA NANTI APA AGENDA DAN GERAKAN YANG AKAN DI BAWANYA UNTUK MEMBERSIHKAN "ORGANISASI KERAJAAN DAN KAKITANGAN KERAJAAN DARI GELAJA RASUAH DAN MENINGKATKAN INTERGRITI MEREKA".
PERLANTIKAN KJ, RAHMAN DAHLAN DAN FADILLAH AMAT DI NANTI-NANTIKAN KERANA YB-YB INI TELAH MENUNJUKKAN PRESTASI BAIK DALAM PENGGAL PARLIMEN LALU. MEREKA ADALAH IKON BARU ATAUPUN "SUARA GOLONGAN MUDA" YANG MUNCUL UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PEMIMPIN BESAR DI MASA AKAN DATANG. TUGASAN KJ AMAT BERAT BEGITU JUGA RAHMAN DAHLAN TETAPI KITA PERCAYA MEREKA BOLEH MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERAT TERSEBUT. BUKAN SENANG YAB PM DAN YAB TPM INGIN MEMPERCAYAI ORG YANG TIADA PENGALAMAN TERUS DI ANGKAT JADI MENTERI. BILA SUDAH DI ANGKAT BERMAKNA KJ DAN RAHMAN DAHLAN ADALAH DI KATEGORIKAN SEBAGAI "MEMPUNYAI KEISTIMEWAAN TERTENTU". CUMA SATU AJE NASIHAT "JANGAN TERJERAT DALAM JAWATAN MENTERI" KERANA SETIAP MATA TELINGA DAN MULUT AKAN MELIHAT TINGKAH LAKU DAN PERGERAKAN MENTERI. SEBARANG KESILAPAN KECIL ATAUPUN BESAR PASTI AKAN DI LABELKAN SEBAGAI "KEROSAKAN KEPADA KABINET TEAM TRANSFORMASI".
OLEH ITU MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI MAHUPUN SAKPOL YANG AKAN DI LANTIK NANTI JAGA NAMA BAIK DAN INTEGRITI "KABINET TEAM TRANSFOMASI" UNTUK MEMBUKTIKAN KEPADA RAKYAT LIMA (5) LAGI IAITU MENJELANG PRU14 BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL ADALAH TERBAIKKK...BUKANNYA "KABINET TEAM DEMONCRAZY ATAUPUN DEMOCRAZY YANG MEMPERDANAMENTERIKAN ANWAR IBRAHIM DAN LIM KIT SIANG...
No comments:
Post a Comment