Monday, December 13, 2010

Sampa bila sandiwara Anwar? Kita mesti ingat bahawa Allah (SWT) tidak akan merelakan seorg yang bermasalah spt Anwar di nobatkan sebagai pemimpin Agung atau pemimpin umat Islam kerana ianya berkemungkinan akan meneruskan kedurjanaannya terhadap siapa sahaja yang di ingini apabila Anwar mendapat kuasa di Putrajaya. Pasti akan berlaku balas dendam, hasad dengki, kestabilan dan kemakmuran hancur, hormat menghormati antara agama dan kaum akan terhakis, pengkhianatan, penyelewengan, penggadaian serta kecelakaan yg amat sangat terhadap agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta akan berlaku dengan berleluasa. Kalau rakyat Malaysia tidak percaya cubalah sekarang kita boleh nampak akan bunga-bunga tersebut. Apa yang harus kita buat ialah jangan biarkan bunga-bunga tersebut keluarkan biji benih. Musnahkan bunga-bunga tersebut sebelum ianya menjadi biji benih. Demi agama, bangsa dan negara org bernama Anwar Ibrahim memang tidak layak di gelar Perdana Menteri Malaysia.


Anwar Ibrahim dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail merenung jauh!:


MUNGKIN tiada pemimpin politik paling bermasalah di rantau ini selain Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari semasa ke semasa, kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teraju utama pakatan pembangkang semakin terserlah.

Beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah, malahan dari hari ke hari satu demi satu konflik wujud berkaitan dirinya.

Malahan Anwar juga dihimpit satu demi satu persoalan yang menuntut penjelasan beliau secara tegas.
Tetapi malangnya, Anwar seolah-olah tidak berupaya menghadapi semua persoalan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan politik mahupun peribadi.

Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar dilihat lebih selesa mendiamkan diri terhadap kepincangan pemilihan parti itu yang berlaku baru-baru ini biarpun majoriti ahli PKR mendakwa wujudnya penyelewengan.

Desakan dan pendedahan bagaimana Anwar didakwa memainkan peranan bagi memastikan orang kesayangan, Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

Ia termasuklah tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala yang mencabar beliau dan Azmin menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dengan taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

Malahan Anwar juga tidak mempedulikan mengenai kekecohan demi kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti sebaliknya mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution membuat kenyataan yang sudah diduga bahawa semua itu didalangi pihak luar.

Namun begitu, difahamkan kemelut dalam PKR biarpun menampakkan kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tidaklah meresahkan beliau.

Tetapi apa yang dianggap boleh merimaskan Anwar dan mewujudkan pelbagai persepsi ialah berhubung hubungan istimewanya dengan Azmin yang kini semakin didedah satu persatu oleh bekas-bekas orang kanannya.

Walaupun satu demi satu cabaran dilontarkan oleh kelompok itu tetapi Anwar hanya mendiamkan diri, paling tidak pun jalan selamat yang beliau ambil ia mendakwa, kelompok berkenaan telah diupah oleh UMNO.

Bagaimanapun ini bukanlah jaminan bahawa segala yang didedahkan boleh didiamkan begitu sahaja. Jika Anwar merasakan apa yang mereka dedahkan itu tidak benar, beliau boleh mengambil tindakan undang-undang.

Apatah lagi persoalan dan dakwaan yang dibuat bukanlah ringan sebaliknya ia melibatkan maruah beliau sebagai pemimpin, suami dan bapa.

Paling ketara dan menjadi bualan ramai kenapakah sampai sekarang Anwar tidak menjawab cabaran bagi menjelaskan kenapa Azmin dianggap begitu istimewa dan apa kaitannya isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan beliau.

Cabaran itu bukanlah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO tetapi oleh bekas-bekas rakan karib Anwar sendiri seperti Datuk S.Nallakarupan dan Senator Mohamad Ezam. Mohd. Noor.

Shamsidar bukanlah seorang ahli politik tetapi kenapa beliau turut dikaitkan dalam hubungan rapat antara Anwar dan Azmin?

Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Anwar tetapi beliau seolah-olah mengelak untuk berbuat demikian sebab itulah Mohamad Ezam mencabar Anwar supaya menyaman Nallakarupan kalau apa yang didakwanya berhubung perkara tersebut tidak benar.

Kita harus ingat persoalan hubungan istimewa antara Anwar, Azmin dan Shamsidar ini bukanlah sekali dua dibangkitkan oleh Nallakarupan, malahan sudah berkali-kali.

Dan desakan yang sama turut dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah ada antara mereka meminta isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya tampil menyatakan kebenaran.

Begitu juga Shamsidar, ramai yang hairan kenapa beliau turut mendiamkan diri sedangkan ini melibatkan maruah beliau sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.

Pendedahan terbaru adik bongsu Azmin, Ummi Hafilda turut menuntut penjelasan daripada Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar. Ia kerana apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda telah membangkitkan persoalan mengenai ‘hubungan istimewa dan misteri’ melibatkan Anwar, Azmin dan Shamsidar.

Sememangnya, kita tidak pasti sampai bilakah Anwar akan terus mengelak daripada menyatakan kebenaran serta bersedia berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin.

Tetapi apa yang pasti, semakin lama Anwar cuba mengelak maka semakin banyak pula dakwaan yang berkaitan dengan dirinya terdedah kepada rakyat.

Sebab itulah, sama ada Nallakarupan mahupun Ezam serta bekas pemimpin-pemimpin PKR lain mendesak Anwar berhenti bersandiwara sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya.

Anwar sering sahaja mendakwa semua itu konspirasi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai hujah yang kukuh bagi mempertahankan diri.

Kenyataan balas Anwar terhadap dakwaan-dakwaan ke atasnya lebih banyak ‘dihiasi’ dengan teori dan serangan balik tanpa bukti, seolah-olah semua orang yang menuduh beliau tidak betul dan berkonspirasi.

Bagi Anwar, hanya beliau sahaja betul, baik dan sempurna manakala mereka yang tidak menyebelahinya ‘jahat’ sama ada kelompok itu di dalam atau luar negara.

Sikap Anwar itu jelas dalam pendedahan terbaru oleh WikiLeaks yang menyatakan ejen perisikan Singapura mengesahkan beliau memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan oleh agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Dalam isu ini, Anwar seperti biasa menuduh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia terlibat sebagai sumber pendedahan WikiLeaks manakala Azmin pula memberi hujah lebih dangkal apabila mendakwa pendedahan berkenaan menunjukkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

Seperti biasa, Anwar dan Azmin menggunakan taktik berdolak-dalih bagi menutup isu atau persoalan utama yang dibangkitkan.

Kita tidak menafikan bahawa kedua-dua mereka mungkin mampu memperdayakan sesetengah pihak yang menyokong atau menyebelahi mereka.

Namun begitu, pendedahan dan konflik yang berlaku sudah jelas membongkar satu persatu wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim ini yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar mungkin boleh terus bersandiwara dengan menutupi segala kepincangan dalam kehidupan mereka sama ada dalam dunia politik mahu pun peribadi.

Tetapi mereka perlu ingat kata-kata Umi Hafilda bahawa, ‘‘Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi.’

No comments:

Post a Comment