Adakah kita ingin menaiki kapal yang rapuh ke destinasi kita iaitu negara maju menjelang 2020. Adakah kita akan dijamin bahawa kita akan kekal dengan kestabilan, kesejahteraan, keharmonian, keadilan, keutuhan dan kemajuan apabila kita menjejakkan kaki kita ke dalam kapal yang rapuh. Adakah kita di jamin akan dapt mengerjakan amal ibadat untuk dunia dan akhirat spt yang kita dapat di masa kini. Adakah kita ingin mempercayai pejuang demokrasi dan keadilan sedangkan pejuang tersebut mengamalkan demo 3 AAA dalam perlembagaan partinya dan keadilan secara 3 AAA. Adakah kita ingin mempercayai pejuang Malaysia Malaysian sedangkan pejuang itu jelas perkaumannya dan di kenali sebagai pejuang perkauman No.1 di Malaysia. Adakah kita ingin mempercayai pejuang politik Islam sedang agendanya adalah untuk memecah belahkan umat Islam dengan fatwa dan dalil yang mengelirukan. PRU 13 akan di adakan besok tetapi kenapa pihak Pakatan Rakyat memainkan isu Ketuanan Melayu dan isu kaum kafirun boleh menafsirkan Al-Quran dalam ceramah politik. Ini adalah agenda perkauman yang sengaja di bangkit untuk membawa UMNO dan komponen parti BN ke dalam kancah permasalahan yang sengaja di bangkitkan untuk mengalih perhatian kepada permasalahan dan kegagalan Pakatan Rakyat untuk memerintah 4 negeri. Mengapa memainkan isu kenaikan harga minyak dan gula sedangkan Pakatan Rakyat tahu bahawa dunia sekarang sedang menghadapi masalah kewangan yang meruncing. Mengapa setiapa satu tujuan dan perancangan BN akan di tentang dengan kata-kata rasuah, merugikan rakyat, tidak akan membela dan mendatang keuntungan kepada rakyat pendapatan rendah dan sebagainya. Natijahnya inilah kerja-kerja org yang tahu mencari kesalahan dan kesilapan org lain sedangkan kesalahan sendiri di depan mata di abaikan ibarat macam bangkai kuman di sebarang lautan nampak tapi bangkai gajah di depan mata tak nampak.
No comments:
Post a Comment