Monday, December 13, 2010

TPM - kenyataan Meriam Buluh PAS adalah kenyataan yang berniat jahat, prasangka dan cuba menakut-nakutkan rakyat. Meriam Buluh PAS cuba memberikan gambaran bahawa BN adalah sebuah kerajaan yang tidak patuh kepada Undang-undang dan menghormati citarasa rakyat dan Perlembagaan Malaysia serta Demokrasi berpalimen. Ini adalah niat jahat, pembohongan dan fitnah serta buruk sangka yang di tegah oleh Islam. Adakah ini ciri-ciri pemimpin Islam PAS? Sedar-sedarlah Meriam Buluh PAS. PAS ramal BN adakan rampasan kuasa jika tewas PRU 13: Inilah kata-kata YB Pokok Sena "Meriam Buluh" dan YB Shah Alam "Mr. Smart". Kenyataan ini di keluarkan sebagai balasan kpd kenyataan YAB PM "tiada parti lain yg boleh menang selain drp BN". Kita masih ingat kenyataan YAB PM di PAU 2010 "berpasak kepada UMNO berpihak kpd BN biar berkecai tulang mulang nanum kita nak menyerahkan Putrajaya jauh sekali". Bila kita lihat kenyataan YB PM ini kita tidak tahu bagaimana BN akan kalah semasa PRU 13 kecuali itu adalah kehendak Allah (SWT). Walau pun begitu kita sentiasa berdoa agar kejadian itu dapt dihindarkan demi agama, bangsa dan negara. BN tidak akan menyerahkan tampuk pemerintahan kpd parti yang menang contoh Pakatan Rakyat atau PAS adalah satu cerita rekaan YB Meriam Buluh. YB Meriam Buluh ini nak kaitkan kejadian di Perak sebagai libasan yang pasti akan berlaku sekiranya PR dapat Putrajaya. Walau pun YB Meriam Buluh ini tahu apa yang berlaku di Perak ialah YB-YB PR lompat parti jadi bebas dan sokong BN. Tiada berlaku rampasan kuasa. YB Meriam Buluh ini sedar bahawa kemungkinan PR dan PAS berkuasa ke atas Putrajaya itu adalah tipis sekali tapi bagi mencantikkan dan mewarnai politik Malaysia yang sentiasa kelam kabut sekarang maka YB Meriam Buluh keluarkan kenyataan seolah-olah YAB PM ingin menggalakkan rampasan kuasa sekiranya PR dan PAS menang dlm PRU 13. Kita UMNO/BN berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan Malaysia dan menghormati Raja Berperlembagaan serta prinsip-prinsip Rukun Negara serta kedaulatan undang-undang. Jangan salah ertikan kenyataan YAB PM dengan rampas kuasa kerana ianya boleh mengakibatkan org menganggap YB Meriam Buluh ini tidak tahu akan maksud yang tersirat di sebalik kenyataan YAB PM. Dalam erti kata lain YB Meriam Buluh ini kurang pengetahuan dalam bahasa kiasan dan tergolong bersama-sama dgn YB-YB Monyet DAP. Kesian kita tengok YB Meriam Buluh ini apa yg kita takut ialah kejadian sebaliknya akan berlaku kerana contoh sudah ada......

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/muhyiddin-yassin-aug7.jpg
BN akan lakukan rampas kuasa sekiranya kalah PRU 13 adalah kenyataan niat jahat, berprasangka buruk dan cuba menakut-nakutkan rakyat

Rampas kuasa: Niat jahat pembangkang

IPOH 14 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa Barisan Nasional (BN) akan melakukan rampasan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'sampah'.

Beliau berkata, kenyataan tersebut berniat jahat, berprasangka buruk dan bertujuan menakut-nakutkan rakyat supaya rakyat mengundi pakatan pembangkang.

''Beliau cuba memberi gambaran BN sebuah kerajaan yang tidak baik dan tidak menghormati kehendak rakyat.

''Ini satu pembohongan, fitnah dan buruk sangka yang ditegah oleh Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan upacara pecah tanah tapak kilang Twin Creeks Malaysia Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian Khantan, Chemor dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas itu kononnya BN akan melakukan rampasan kuasa jika pakatan pembangkang memenangi PRU-13 nanti.

Menurut Muhyiddin, BN sentiasa menghormati keputusan pilihan raya dan ini dapat dilihat di beberapa negeri yang dimenangi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

''BN menerima kekalahan dan menghormati keputusan pilihan raya yang dijalankan secara demokrasi. Jadi, tidak timbul soal kudeta," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang menjanjikan autonomi penuh kepada rakyat Sarawak sekiranya pembangkang menang dalam PRU-13, Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang akan menjanjikan apa sahaja kepada rakyat termasuk bulan dan matahari.

Katanya, 'janji manis' itu hanya tipu helah pembangkang kerana merasakan pilihan raya di Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.

''Namun, rakyat Sarawak sendiri sedar mereka sudah menikmati banyak kemajuan sejak BN mentadbir negeri itu dan Kerajaan Persekutuan.

''Selama ini, apa yang kita buat tidak bercanggah dengan undang-undang negeri dan Persekutuan," tambah beliau.

 

 http://malaysiandigest.com/images/aidil/politicians/mahfuz%20omar.jpg
Mahfuz menyifatkan kenyataan oleh Najib itu sebagai berbahaya.
KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pemimpin PAS menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan menggerakkan rampasan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi pilihan raya umum ke-13 tergempar, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan rakyat tidak mengundi parti lain selain BN menunjukkan perdana menteri sangat terdesak untuk kekal memegang kuasa.

“Pada Sabtu lalu, perdana menteri mengatakan jika BN tidak boleh menang, tiada pihak lain yang boleh atau harus menang. Ini satu kenyataan bahaya... apa yang akan berlaku jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang?” katanya lagi.

“Adakah ini bermakna akan ada rampasan kuasa? Satu ugutan telah pun dibuat oleh perdana menteri, sebahagian daripada persediaan ke arah pilihan raya, seolah-olah Najib sendiri tidak yakin dengan peluang partinya untuk menang,” kata Mahfuz kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.

Mahfuz merujuk kepada laporan Sabtu lalu memetik Najib berkata, pihak pembangkang tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis.

“Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik,” katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan.

“Janganlah mengambil risiko (menyokong pembangkang) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka,” katanya.

“Ini menunjukkan bahawa perdana menteri tidak percaya pada konsep pilihan raya. Beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan membiarkan orang lain menang jika BN kalah. Ini satu tamparan kepada pengundi,” kata Ahli Parlimen PAS dari Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendesak Najib agar menjelaskan maksud kenyataan beliau, yang menurutnya sebenarnya ia satu bentuk ugutan.

“Najib perlu memberi penerangan yang jelas, jadi kita semua boleh faham. Kami mahukan satu respons terus.

“Jika beliau tidak memberikan respons, ia menunjukkan bahawa beliau tidak sedia untuk melepaskan kuasa (jika kalah),” kata Khalid.

No comments:

Post a Comment