Monday, June 21, 2021

Pandemik Covid-19 turun naik akibat Politik yang yang bercelaru yang memangsakan rakyat

Suasana di Malaysia amat membimbangkan terutama dari segi politik. Ini di beratkan lagi oleh pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia buat kali kedua yang telah memungkinkan kerajaan PN mengisytiharkan Darurat untuk mengantung sidang Parlimen tetapi "essential businesses" di buka kerana takut ekonomi pun turut merudum.

Walaupun penarafan antarabangsa menjangkakan ekonomi Malaysia akan naik di sekitar suku ketiga 2021 tetapi secara realiti rakyat yang menanggungnya amat berat dan perit sekali terutama yang menjalankan perniagaan mahupun yang bergaji. Cuba bayangkan sektor-sektor perniagaan peruncitan kecuali yang "essential" sahaja di buka dan kebanyakkan pekerja semuanya bekerja di rumah dengan gaji penuh dan/atau separuh gaji dan/atau tanpa sebarang gaji. Bantuan BSH memang di berikan oleh kerajaan tetapi berapa sangat yang boleh menampung "permasalahan kewangan" rakyat yang terjejas teruk. 

Pandemik Covid-19 ini dimamah pula dengan kemelut politik Malaysia yang tiada penghujungnya. Keputusan para Menterinya yang separuh matang dan tindakan kerajaan yang teragak-agak dalam menentukan yang mana boleh dan yang mana tidak boleh telah merumitkan lagi permasalahan kewangan rakyat. Kita ambil contoh Negeri Selangor yang jangkitan Covid-19 tidak pernah turun di bawah angka 1,000 orang sejak 1/6/2021. Kenapa ianya berlaku? Kerajaan PN telah melaksanakan "lockdown" tapi cuma sektor "essential businesses" sahaja di benarkan di buka. Di Selangor sektor apa yang terbanyak? Sudah pasti kilang-kilang yang sah dan/atau yang haram. Rakyat boleh mengamalkan perjarakkan satu meter, memakai topeng muka, basuh tangan dan sebagainya tetapi di dalam kilang-kilang bagaimana pula kepatuhan SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan?

Kita jangan terlalu sibuk untuk menyaman rakyat yang tidak patuh kepada SOP tetapi membiarkan kilang-kilang beroperasi sesuka hati tanpa sebarang pantauan dan pengamalan SOP ketat yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Selagi kita bergerak secara "tutup pintu dan buka pintu belakang" selagi itulah pandemik Covid-19 akan merebak. Kerajaan PN tegas terhadap sesetengah sektor tetapi cair kepada sektor kilang-kilang. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah kerajaan PN sekarang takut ekonomi Malaysia akan terjejas teruk akibat dari penutupan kilang-kilang tersebut? Kita kena fikirkan cara yang drastik untuk memerangi pandemik Covid-19 yang drastik.

Kerajaan PN juga tidak bersungguh-sungguh dalam mengvaksinasikan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Pendaftaran untuk divaksin hendaklah di laksanakan melalui MySejahtera tetapi berapa ramai rakyat Malaysia yang ada applikasi MySejahtera tersebut. Bagaimana pula rakyat yang di luar bandar dan pendalaman? Apa yang peliknya kerajaan PN sekarang banyak sangat pengamalan "lantik jawatankuasa bertindak" untuk mengkaji permasalahan sesuatu perkara. Bila kita tubuhkan jawatankuasa, maka permasalahan tersebut akan berpanjangan kerana "jawatankuasa" belum lagi bersidang dan/atau membuat laporan kepada kabinet tentang satu-satu permasalahan. Ini yang amat ketara dalam kerajaan PN sehinggakan rakyat mengelar PM sebagai "PM jawatankuasa". 

Kerajaan PN kena fikirkan mana lebih penting kesihatan rakyat dan/atau ekonomi Malaysia. Rakyat Malaysia yang tidak sihat dan berpenyakit dan senang di jangkiti oleh Covid-19 juga boleh menjejaskan ekonomi Malaysia. Cuba bayangkan sekiranya satu kawasan tersebut di jangkiti oleh Covid-19, maka sudah pasti kawasan tersebut akan di tutup selama 2 minggu (14 hari) untuk mengenal pasti punca jangkitan, membuat saringan dan sebagainya. Adakah kilang-kilang yang telah memberikan keuntungan kepada ekonomi Malaysia berada dalam kawasan tersebut akan di tutup juga? Inilah persoalan yang berlegar-legar dalam kepala setiap rakyat Malaysia. Pada mereka sekiranya nak tutup, maka semuanya mesti ditutup tanpa mengira pangkat, status sosial, untung dan rugi. Apa yang penting ialah mematikan jangkitan Covid-19. Selepas kita mematikan jangkitan tersebut, kita mestilah ada "planning" bagaimana hendak mengaktifkan kembali ekonomi dan/atau menaikkan semula ekonomi Malaysia. Ini tidak kerajaan PN sekarang macam kata pepatah Melayu "sudah nak terberak baru nak buat jamban". 

Rakyat sudah bosan dengan SOP ketat kerana "varian dari India, Afrika Selatan dan UK" boleh masuk ke dalam negara tanpa sebarang sekatan dan/atau kuarantin walaupun pelancongan tidak di benarkan di Malaysia. Semasa frasa pertama Covid-19 dulu Malaysia hanya ada kematian antara 1-10 orang sahaja tetapi frasa kedua Covid-19 ini kematian mencecah 1-100 orang sehari. Sehinggakan KMM mengesa rakyat supaya patuh kepada SOP untuk meringankan bebas "pasukan barisan hadapan" dan mengurangkan "kapasiti" katil yang boleh di gunakan di Wad ICU. Maka terpaksalah kerajaan PN membuat hospital medan untuk menampung jumlah pesakit yang terkena jangkitan Covid-19 ini. Begitu juga dengan permasalahan vaksinasi, kebanyakkan rakyat sudah mendaftar MySejahtera sudah berbulan-bulan tetapi tarikh untuk divaksinkan masih juga tidak kunjung tiba. Kerajaan PN kata dulu rakyat yang sudah divaksin boleh bergerak dan/atau rentas negeri tetapi apabila sudah divaksin perkara tersebut tidak di bolehkan kerana masih ada rakyat yang belum divaksinkan lagi. Bagi menampung pusat vaksinasi ini kerajaan PN terpaksa membuka medan-medan vaksin baru untuk menampung jumlah rakyat yang telah mendaftar dengan MYSejahtera dan/atau secara manual. Inilah akibatnya apa yang baik semasa kerajaan BN memerintah dulu di tutup, akhirnya terpaksa juga membuka hospital-hospital bergerak. Itulah jangan cepat sangat tutup sana sini akhirnya bila pandemik melanda dan sudah tidak terkawal baru nak buka itu dan ini. Kalau ada Klinik 1Malaysia dulukan senang, tak perlu pening-pening tubuh jawatankuasa. 

Malangnya dos-dos vaksin yang diperlukan oleh rakyat masih berkurangan dan kerajaan PN terpaksa menunggu stok-stok baru untuk sampai ke Malaysia. Inilah yang di katakan "bila jadi pembangkang senang nak cerita semua orang buat tak betul tetapi bila rakyat cakap kerajaan gagal ada pula Menteri kanan kata kerajaan tidak gagal". Permasalahannya dimanakah kerajaan PN tidak gagal?

DYMM Agong setelah bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu telah bertitah bahawa sidang Parlimen hendaklah di segerakan tetapi ada pula Menteri kata sidang Parlimen itu telah di tetapkan antara September-Oktober, 2021 maka kita tunggu ajelah. Ini bermaksud kerajaan PN tidak akan mengadakan sidang Parlimen dalam masa terdekat bagi membincangkan hal-ehwal pandemik Covid-19 dan ekonomi serta keselematan serta kesejahteraan rakyat. Ini juga bermakna kerajaan PN tiada majoriti yang kukuh untuk mengusulkan polisi di dalam sidang Parlimen kelak.

Inilah akibatnya kita terlalu termakan dengan hasutan dan fitnah, akhirnya segala-galanya tergadai. Akhiranya siapa yang rugi. Kita rakyat yang rugi kerana terlalu percaya akan "perubahan yang di janjikan". Janji-janji tak tertunai, malahan rakyat terpaksa berkorban untuk menampung tabung negara. Isu-isu 1MDB, DSN rasuah, makan duit, perompak, penyanggak, makan duit haram telah terbukti parkara hasutan dan fitnah politik. Kerajaan PH di bawah Raja pemecah belah orang Melayu dan Islam hanya bertahan 22 bulan sahaja. Kerajaan PN di bawah pakar jawatankuasa dan kaki semburit ini boleh bertahan dijangkakan sehingga sidang Parlimen di buka semula. Inilah harga yang di beli oleh rakyat Malaysia.

Kita ada tiga pilihan di masa hadapan:-

1.    Kerajaan PN - pakar jawatankuasa

2.    Kerajaan PH - pakar 30 ringgit

3.    Kerajaan BN - pakar prihatin rakyat

 Tepuk dada tanya diri sendiri...undi di tangan anda...