Saturday, October 22, 2022

Kempen semakin hangat...

SPR telah menetapkan 5/11/2022 sebagai hari penamaan calon, 15/11/2022 hari mengundi awal dan 19/11/2022 hari pengundian. Partai-partai politik sibuk mencari calon-calon yang sesuai untuk di ketengahkan sebagai calon mereka. Masing-masing partai ada kategori dan/atau syarat-syarat yang perlu di penuhi oleh calon-calon terutama dari segi tiada kes-kes Mahkamah, tidak bankrap, tiada permasalahan perkahwinan, tiada saman PDRM dan JPJ tertunggak dan bebas dari pemantauan SPRM.

Partai-partai telah meningkatkan kempen-kempen masing-masing dengan membuka dan merasmikan jentera-jentera di kawasan-kawasan yang bakal di tandingi. UMNO/BN pasti akan mempertahankan kerusi-kerusi yang di menangi dan ditandingi semasa PRU14. Ini termasuklah kerusi-kerusi "katak si katak lompat". Presiden partai masing telah menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusinya. Presiden UMNO sudah pasti di Bagan Datuk, Presiden GTA di Langkawi, Presiden PPBM di Pagoh manakala Presiden PKR lari ke Tambun dari Port Dickson. 

PH dalam konvensyen ceramah perdana di Perak telah menyatakan PH akan mengemukakan seorang anak tempatan Perak sebagai seorang Perdana Menteri. Ramai di kalangan rakyat tertanya-tanya siapa anak tempatan Perak tersebut. Maka dalam konvensyen tersebut baru di ketahui bahawa DSAI telah lari dari N9 ke Perak untuk bertanding di kerusi Tambun sehinggakan Peja mengeluarkan Tik Toknya "orang Perak sebut ayor bukan ayaq". Apa makna sindiran Peja tersebut. Adakah beliau ingin menyatakan bahawa DSAI adalah "nomad politik" yang suka berpindah randah macam veteran Dapigs Lim Kick Siang. Kenyataan Nga Kok Ming kononnya DSAI adalah anak tempatan Perak adalah merosot sekali. Persoalannya berjayakah PH untuk menawan Perak dalam PRU15? Sekiranya di lihat daripada situasi dan sentimen politik "undergrounds" kemungkinan PH akan di kencing oleh rakyat amat besar sekali. 

Dalam konvesyen di Perak tersebut DSAI berjanji tidak akan mengambil gaji dan elaun PM sekiranya beliau di lantik sebagai PM-10 tetapi janji itu akan seperti janji "sekiranya PH menang dan dapat Putrajaya besok maka dalam masa 24 jam harga minyak turun 1:50 sen". Akirnya rakyat kena kencing sampai lenjun dan hancing. Manakala Mat Sabu pula menyatakan sekiranya PH gagal dalam mentadbir negara selepas PRU15 maka rakyat boleh tukar PH dalam PRU16 kelak. Mahu ke rakyat menggadaikan kesejahteraan, keharmonian, keamanan, kemakmuran dan keadilan kepada PH sekali lagi setelah apa yang terjadi semasa 22 bulan yang lalu.

Dalam ceramah perdana PH di Mentakab tiada satu kelumit pun penyesalan PH mengenai pemerintahan 22 bulan dengan manifesto yang banyak "bulan dan bintang aka "angan-angan Mat Jenin" dan/atau "tilikan Nujum Pak Belalang" kepada rakyat. Sebaliknya PH lebih tertumpu kepada retorik politik seperti biasa, fitnah, pembohongan dan menghasut rakyat untuk membenci UMNO/BN. Sanggup pulak berjanji sekiranya PH di pilih maka PH akan membentuk kerajaan yang adil, saksama, mensejahterakan rakyat dan memakmurkan negara tetapi laluan yang rakyat alami selama 22 bulan selepas PRU14 itu amat memerikkan. KIta jangkakan rakyat sudah mengetahui akan isi hati dan niat PH yang pada rakyat satu ketika dahulu adalah alternatif kepada UMNO/BN tetapi sebaliknya yang berlaku yang mana pemimpin-pemimpin PH tidak competent, melucukan, menjadi bahan ketawaan orang di dalam dan di luar negara, tiada dasar dan polisi yang hendak di bawa melainkan politik balas dendam dan pendakwaan politik yang di laksanakan. Semua kementerian penting di isi oleh Dapigs, SPRM di isi oleh anggota PKR, AG di isi oleh peguam Dapigs, lantikkan kehakiman di rancang oleh PH, AG dan Tun M yang pada ketika itu PM-7.

Persoalannya adakah kita ingin melalui situasi yang begitu rupa sekali lagi. Pada pandangan kita apabila melihat PRN Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak kita dapati sentimen retorik politik seperti partai kerajaan rasuah, salah guna kuasa dan/atau zalim kepada rakyat sudah tidak diendahkan oleh rakyat lagi melainkan rakyat inginkan kestabilan dan kemakmuran setelah 2 tahun Covid-19. Rakyat sekarang celik "cybernet" iaitu informasi di hujung jari. Sekali petik semua keluar informasi tentang sesuatu perkara. Rakyat sekarang hanya melihat dan menilai setiap gerak geri partai-partai politik. Kadang kala rakyat suka menghadiri ceramah-ceramah politik untuk mendengar apa yang akan diperkatakan dan apa yang hendak di bawa oleh partai-partai politik kemudiannya rakyat akan menilai partai mana yang boleh dipercayai untuk memimpin negara dan negeri.

Kita tak sabar menanti 19/11/2022 iaitu hari penentu siapa yang akan memerintah Malaysia dan negeri-negeri Perak, Pahang dan Perlis. Adalah di maklumkan bahawa DUN Kelate, Teganu dan Kedah di bawah PAS tidak dibubarkan begitu juga DUN Selangor, N9 dan Penang di bawah PH tidak di bubarkan. KIta juga ingin mengetahui apakah nasib DSAI yang di jolok-jolok oleh PH sebagai PM-10 dan samada PH boleh menawan Perak pada PRU15. Dapigs nak luas koridor "Pantai Barat" dengan Penang sebagai nadi kepada Selangor, N9 dan sekarang ingin melibatkan Perak pula. 

DSAI akan bertanding di Tambun (Perak) v Peja (PN) v BN. Titiwangsa mungkin akan melihat Dato' Jo (BN) v Khalid Samad (PH) v PN. Kita juga ingin mengetahui di manakah rare talent BN iaitu KJ bertanding, ianya kemungkinan di Kuala Pilah dan/atau Port Dickson. KJ ini mesti di bawa masuk dalam kabinet kerana apa yang telah dilaksanakan untuk KKM amat membanggakan sekali tetapi banyak lagi yang perlu di tanganinya terutama permasalahan perletakkan jawatan para doktor dalam sektor kesihatan.



Pada ketika kempen PRU 13





Kita tunggu penamaan calon pada 5/11/2022...



No comments:

Post a Comment