Kita tak mahu mengulas tentang penghakiman bersalah DSNR kerana itu adalah kerja-kerja hakim yang bijaksana dan terpelajar. Sekiranya pada pendapatan dan fakta-fakta yang di kemukakan adalah bertepatan dengan nas undang-undang maka pada pendapatan hakim-hakim bijaksana dan terpelajar DSNR patut di hukum dengan 12 tahun penjara dan denda 210 juta, maka kita berserah kepada Allah (SWT) yang menjadi HAKIM yang Maha Agung lagi Maha Adil yang mengetahui akan segala fakta yang dinyatakan, di sembunyikan, di niatkan dan di rancangankan. Insya Allah DSNR akan mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada Allah (SWT).
Permasalahan sekarang apakah matlamat dan gerak kerja yang akan dipakai oleh UMNO/BN untuk menghadapi PRU15. Sekiranya sebelum ini DSNR @ BOSSKU banyak membantu UMNO/BN dalam kempen-kempen PRK dan PRN Melaka dan Johor tapi apabila Mahkamah meletakkan DSNR dalam tirai besi maka "senjata sulit" UMNO/BN sudah tidak dapat di gunakan lagi. Aura BOSSKU amat di geruni oleh PH dan PN kerana ceramahnya semuanya berlandaskan fakta dan bukan "celoteh fitnah, penghasutan dan pembohongan" seperti PH dan PN.
KIta jangkakan PH dan PN akan menggunakan "penghukuman" DSNR sebagai modal politik mereka dalam memperjuangkan "rasuah dan salah guna kuasa" tetapi PH dan PN lupa bahawa mereka juga yang telah menarik balik dan menutup serta membuang semua kes-kes yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin PH dan PN ke bawah "carpet". Ini bermakna PH dan PN mengamalkan "politik balas dendam" untuk membunuh pemimpin-pemimpin UMNO/BN dengan mendakwa mereka di atas kapasiti "rasuah dan salah guna kuasa". Perancangan PH dan PN untuk membunuh UMNO/BN mungkin menghadapi "nightmare" yang mengerikan kerana pemimpin-pemimpin UMNO/BN datang dan pergi.
Modal ceramah politik IMDB sudah basi, persoalan pemimpin-pemimpin rasuah pun sudah basi apabila pemimpin Telewong pun terlibat sakau duit dalam projek Telewong yang "ghaib" entah ke mana. Modal ceramah politik LCS tidak akan mencorakkan apa-apa senario politik yang akan memihak kepada PH dan PN sebaliknya projek LCS itu di tangguhkan oleh PH dan PN. Rakyat sekarang amat mengetahui akan kedudukan di mana, siapa, mengapa dan kenapa sesuatu perkara itu terjadi kerana "ledakan cybertronik" telah membolehkan rakyat mendapat informasi di hujung jari. Rakyat amat mengetahui mana satu berita sensasi yang berunsur fitnah, penghasutan dan pembohongan dan berita yang berpijak di bumi nyata. Pada ketika ini PH dan PN agak gusar dan selalu membuat kenyataan bahawa jangan bagi pada UMNO/BN kerana nanti akan ada lagi "kluster Mahkamah, ada penyamun sakau duit dan salah guna kuasa". PH dan PN adalah kerajaan gagalkrasi dan tiada suatu pun matlamat yang di laksanakan untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran serta kemajuan negara.
Siapakah dalam UMNO/BN yang boleh menggantikan BOSSKU dalam memerangi dakyah fitnah, penghasutan dan pembohongan PH dan PN? Top 5 UMNO selain PM (DS Ismail Sabri) siapa yang ada aura seperti BOSSKU? PM mungkin akan mendapat sambutan tetapi Top 5 UMNO yang lain secara kilas pandang Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mungkin terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjayakan dan merancakkan kempen PRU15 UMNO/BN. Ketokohan Presiden dan Timbalan Presiden terserlah dalam PRN Melaka dan Johor. Mereka berdua telah merancang dan merencanakan kempen UMNO/BN dan meletakkan calon-calon yang tidak masuk akal semasa penamaan calon di PRN Melaka dan Johor. Kita harapkan semasa PRU15 nanti Presiden dan Timbalan Presiden berani melaksanakan perubahan kepada pola percalonan dengan mengemukakan calon-calon muda dan separuh matang (40-50 tahun) untuk mengapai kemenangan UMNO/BN dalam PRU15 nanti.
Calon-calon yang sudah berpenggal dan tidak memainkan peranan malahan menjadi "tanggapan negatif" di kalangan para pengundi patut di gantikan dengan calon-calon yang berwibawa, berilmu pengetahuan, bersih dari sebarang permasalahan undang-undang dan perkerti yang mulia. Presiden UMNO/BN telah memaklumkan bahawa calon-calon UMNO/BN akan melalui tapisan yang ketat bertaraf "WALI" dan menandatangani surat perlantikkan calon (menghalang dari menjadi katak si katak lompat) sebelum di berikan watikah untuk menjadi calon-calon UMNO/BN. Kemungkinan kita akan dapat melihat beberapa kejutan dalam calon-calon PRU15 nanti untuk mewakili UMNO/BN. Bagi UMNO/BN untuk mendapat majoriti 2/3 maka UMNO/BN mesti menang di Perlis, Kedah, Perak, N9, Melaka, Johor, Pahang, Teganu dan Sabah. Di Kelantan, Penang dan Selangor untuk UMNO/BN menang mungkin mustahil tetapi sekiranya UMNO/BN boleh mencuri beberapa kerusi sudah memadai. Di Sarawak GPS akan bertanding di semua kawasan Parlimen di Sarawak dan akan bersama-sama dengan parti yang mendapat majoriti dan yang membentuk kerajaan di Putrajaya. Di Sabah GRS telah bersetuju untuk bersama dengan BN dalam PRU15 nanti untuk menentang pembangkang iaitu Warisan dan PH.
KIta jangkakan PRU15 akan berlangsung pada tahun ini juga kerana indikasinya amat jelas sekali ditunjukkan oleh PM iaitu turun kelapangan untuk melihat sendiri permasalahan rakyat dan projek-projek yang masih belum selesai untuk kepentingan rakyat.
Parlimen telah di bubarkan pada 10/10/2022 dan kerajaan telah pulangkan mandat kepada rakyat untuk menentukan partai mana yang berhak untuk memerintah Malaysia. Namun kita tunggu samada negeri-negeri yang di kuasai oleh PH dan PAS (Selangor, N9, Penang, Kelate, Tenagu dan Kedah) akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen.
Penyatuaan ummah yang cuba di bawa oleh PAS ke atas UMNO v PPBM telah di tolak oleh UMNO kerana UMNO tidak mahu menerima PPBM melainkan PPBM di tutup. PAS hendak terus bersama dengan PPBM tetapi UMNO tak mahu macam itu juga PAS dengan AMANAH. UMNO ingin mengajak AMANAH tetapi PAS "say no". PAS lebih suka main dua (2) kolam demi kuasa dan jawatan. Hilang semua falsafah PAS yang diperjuangkan sebelum PRU14. Ini bermakna PAS hanya sebuah partai politik yang memikirkan kuasa dan jawatan sahaja yang sanggup mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya yang teah bertahun-tahun kafirkan UMNO. UMNO telah menyatakannya bahawa UMNO akan bersama-sama dengan MCA, MIC dan PBRS serta Friend's of BN. Ini bermakna UMNO tidak berganjak dengan ajakan mainan dan propaganda politik licik dan membelit PAS dan PPBM.
So tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia keluar mengundi untuk menubuhkan kerajaan berdasarkan slogan kestabilan dan kemakmuran. Selamat mengundi...
No comments:
Post a Comment