Tuesday, October 25, 2022

Justice in the Wilderness...



Peguam Negara Tommy Thomas


Peguam Negara lantikan PH telah melakukan suatu di luar dugaan iaitu menerbitkan buku "Justice in the Wilderness" berkaitan dengan apa yang berlaku semasa beliau memegang jawatan Peguam Negara pada 2018 iaitu ketika PH memerintah Malaysia. Buku yang di terbitkan telah membicarakan perkara-perkara rahsia dan di ketegorikan sebagai sulit apabila di lantik ke jawatan Peguam Negara. Kita hanya menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan dan kehakiman sahaja.

Lantikan hakim-hakim ke Mahkamah Tertinggi di Malaysia telah di laksanakan melalui perundingan antara Tommy Thomas dengan Tun M yang sepatutnya mesti melalui BKPP and JAC 

"the names submitted by the PM when he tendered his advice to Agong under Article 122B were the names discussed and agreed upon between the PM and AG"

Lantikan Chief Judge Sabah and Sarawak juga gagal untuk mendapat berkenaan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak seperti Article 122B(3) Federal Constitution

"the facts disclosed to the STF by BKPP and JAC do not show that there was any consultation with the Chief Ministers of Sabah and Sarawak regarding the appointment of Chief Judge of Sabah and Sarawak as mandatorily required under Article 122B(3) of the Federal Constitution"

Hakim-hakim yang ada tidak mempunyai kepakaran dalam bidang "commercial law" di mana Tommy Thomas ingin melantik 3 orang pengamal undang-undang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan. Tommy Thomas telah berjumpa dengan PM dan Ketua Hakim Negara berkenaan dengan gesaan untuk melantik 3 pengamal undang-undang terus menjadi Hakim Mahkamah Rayuan

"Tommy Thomas had taken a personal interest in the appointment of judges including submitting three (3) names of members of the Bar for the direct appointment to the Court of Appeal"

Kita boleh lihat sendiri dengan membaca Laporan Petugas Khas mengenai buku Tommy Thomas "Justice in the WIlderness". Kedapatan Laporan Petugas Khas ini amat merunsingkan dan mengecewakan serta memporanda perandakan sistem perundangan dan sistem kehakiman di Malaysia. Tommy Thomas adalah seorang peguam berkaliber yang telah mengamalkan undang-undang selama 40 tahun. Malangnya tingkahlaku dan sistem kerja tidak menunjukkan "professionalisme" dalam mengurus dan mentadbir satu institusi perundangan ulung di Malaysia yang mana Pasukan Petugas Khas telah mendapati Tommy Thomas tidak layak dan cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara.

Cuba bayangkan kakaitangan Jabatan Peguam Negara itu ada seramai 2,000 kakitangan tetapi Tommy Thomas tidak pernah memberikan kepecayaan dan sering menyatakan bahawa kakitangan Jabatan Peguam Negara tidak competent seperti pegamal-pengamal undang-undang di luar. Maka banyak lantikan peguam-peguam swasta telah dilaksanakan oleh Tommy Thomas iaitu peguam-peguam dari firma lamanya dam/atau dikalangan sahabat-sahabat peguamnya. Ini jelas berlawanan dengan kewujudan Jabatan Peguam Negara.

Maka tanggungjawab dan kehancurannya ini mesti di tanggung oleh kita sebagai "pengundI" yang inginkan perubahan iaitu "Ini Kali Kita Ubah" tapi sebaliknya kita dapat "tahi" kerana orang yang tidak "competent" di letakkan di tempat strategik untuk menghancurkan dan memporak peranda sistem pentadbiran dan perundangan yang telah di bina selama 60 tahun.


No comments:

Post a Comment